Monday, March 4, 2013

Keimanan Yang Kuat


Kuliah BM Fasa 1 15/1/2013

Assalamualaikum wrt.
Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah , mengucapkan kesyukuran kerana Allah mengizinkan kita bertemu lagi dalam kuliah hari ini. Mari lah kita sama-sama menumpukan perhatian, bersyukur atas setiap waktu yang diberi  serta manfaatkan dengan zikrulllah dan menegakkan kalimah Allah dimuka bumi Allah ini. Bersyukurlah kerana Allah sentiasa memberi kita peluang untuk berzikir dan mempertingkatkan keimanan dan ketaqwaan , untuk menjadi insan yang lebih baik dari waktu sebelum ni.  Infakkan apa yang kita ada untuk Allah. Sesungguhnya, ketenangan dan juga keberjayaan, bergantung dengan keizinan Allah.

Ummah di seluruh dunia pada hari ini tercari-cari ‘role-model’ rumahtangga mukmin untuk dijadikan qudwah, kerana pelaksanaan terhadap kehidupan berkeluarga pada hari ini tidak dapat memberikan kebahagiaan kerana rata-rata telah lari daripada Al-Quran. Mereka tidak mendapat ketenangan dalam kehidupan sedangkan Allah menciptakan kita di bumi ini untuk mendapatkan ketenangan dari Allah swt. Sesungguhnya, tahap halwatul iman kepada Allah, perhubungan dengan pencipta dan juga perhubungan sesama manusia boleh membawa kita kepada kebahagiaan di dunia ini. Inilah matlamat Allah menjadikan kita di dunia, bukannya sesuatu yang menyebabkan kemungkaran, merosakkan, membawa kebinasaan yang akhirnya menyebabkan kita berasa sengsara untuk hidup di dunia. InsyaAllah, kita akan bina balik sistem keluarga dalam Islam untuk mengatur kehidupan manusia di dunia ini supaya hidup kembali kepada fitrah (syariah Allah).


Tilawah dan tadabur

Ar-Rum 25-34   

Asbabun nuzul ayat 27, Ikrimah r.a meriwayatkan bahawa ayat ini diturunkan berkenaan dengan kaum kafir yang merasa hairan dengan kemampuan Allah menghidupkan kembali orang-orang yang telah mati. Sebagai seorang yang beriman, kita tahu Allah itu Maha Kaya dan Maha Berkuasa untuk melakukan sebegitu. 

Ayat ke 28, tidak sepatutnya ada persekutuan antara hamba sahaya dan pemiliknya.  Apatah lagi, kedua-duanya tidak boleh disamakan sekali levelnya itu. Allah telah memberi perumpamaan seperti ini supaya manusia boleh berfikir. Jika hamba hamba sahaya dan pemiliknya sahaja sudah berbeza levelnya, apatah lagi pencipta dan makhluk ciptaanNya. Kita sepatutnya menyedari posisi kita, dan meletakkan diri kita di tempat yang sepatutnya. Tujuan penciptaan manusia di muka bumi ini adalah kerana dua benda, sebagai abid dan juga khalifah. Allah memberi peluang kepada ciptaanNya untuk mentadbir muka bumi mengikut sistem Allah swt.  Apabila kita menegakkan sistem Allah berdasarkan Al-Quran dan sunnah dengan sebenar-benarnya, mudah-mudahan Allah akan memberikan kepimpinan itu untuk kepentingan Islam. Apa-apa pun perjuangan yang kita lakukan adalah untuk mengembalikan bumi Allah swt ini kepada sistem Islam.

Ayat 30, fitrah Allah itu merujuk kepada ciptaan Allah. Manusia itu dianugarahkan naluri abid, iaitu naluri tauhid. Bila masa manusia lari daripada fitrah, ingkar daripada mematuhi fitrah, itulah yang akan membawa hukuman dari Allah. Ketika kita keluar dari rahim ibu, menuju kepada kehidupan di bumi, masing-masing daripada kita membawa prinsip tauhid Allah swt (dalil: Al-Araf ayat 172). Kalau di dunia ini manusia tidak hidup berdasarkan kepada tauhid, maka itu adalah sesuatu yang tidak wajar. Namun, Allah tidak akan hukum mereka selagi mereka tidak mendapat seruan untuk mengenal Allah swt.

Isu semasa: Penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam

Hukum asal penggunaan kalimah Allah bagi penganut agama lain adalah harus. Dalil pertamanya adalah surah Al-Ankabut ayat 61-63 yang menunjukkan penggunaan kalimah ini oleh orang bukan Islam. Contoh lain termasuklah An-Nisa’ ayat 78 dan Al-Imran ayat 78. Dalil kedua menunjukkan orang bukan Islam juga menggunakan kalimah Allah, tetapi dengan makna yang bertentangan dengan sifatNya.  Seperti mana ditunjukkan dalam surah At-Taubah ayat 30, surah Yunus ayat 68 dan surah ayat Al-Ma’idah ayat 17 & 72. Menghalang penggunaan kalimah Allah bukanlah jalan penyelesaian. Sesungguhnya akidah, keyakinan ketakwaan seseorang itu tidak terletak kepada penulisan, tetapi kepada pegangan hati. Selain itu, kita perlulah melipat gandakan usaha bagi menangani kelemahan akidah. Dakwah kita bukan sekadar menumpukan kepada orang bukan Islam, tetapi juga orang Islam yang tidak mempraktikkan Islam.
Manusia ini apabila mereka berbuat salah, mereka akan merasa bersalah. Syaitan pula sebaliknya. Walaupun tahu akan kesalahan yang dibuat, mereka merasa terlalu ego. Tiada perasaan guilty atas kesalahan yang dibuat.

11 terminal penghapusan dosa. 4 terminal daripadanya di dunia, 3 terminal di alam kubur dan selebihnya di akhirat.
  • Memohon taubat
  •  Sentiasa istighfar
  • Melakukan kebaikan
  • Bersabar apabila ditimpa musibah
  • Solat jenazah
  •  Fitnah kubur
  • Amalan yang tidak putus seperti sedekah, amal jariah, ilmu bermanfaat kepada orang lain
  • Kegerunanan ketika hari kiamat
  • Saat berdiri di hadapan Allah
  • Syafaat Nabi Muhammad saw
  • Keampunan dari Allah

Bagaimana mentarbiyah batin kita ketika bermuamalah dengan Al-Quran (Imam Ghazali):
---boleh rujuk kuliah Bermuamalah dengan Al-Quran, 12/2/13.


No comments:

Post a Comment