Saturday, March 16, 2013

Sistem-sistem di dalam Islam- Sistem Akhlak

Kuliah Baitul Muslim Fasa 1 (5/3/13)

Assalamualaikum wrt.

Ahlan wasahlan wamarhabanbikum pada semua pendengar yang dipilih Allah swt untuk dapat bersama-sama dalam majlis zikrullah ini. Allah akan memberikan kepada mereka yang berhati ikhlas serta berusaha bersungguh-sungguh untuk membersihkan diri daripada titik-titik hitam kekaratan dosa ataupun daripada perkara-perkara yang boleh menarik mereka dari menuju neraka Allah, untuk sentiasa berada di landasan kebenaran Allah dan akhirnya hidup kita menuju kepada syurga Allah swt. Allah sentiasa memberikan pertolongan dalam pelbagai bentuk kepada kita, kadang-kadang dalam bentuk ujian yang boleh menggugat kesabaran kita dan juga pergantungan kita kepada Allah. Apa pun yang berlaku di sekeliling kita adalah sebagai satu tanda sayang Allah kepada kita. Bersyukurlah kita kepada Allah swt kerana dalam setiap detik dan waktu yang Allah perjalankan dalam kehidupan kita,  Allah pastikan kita menjadi semakin hampir kepada Allah swt.

Ingatlah 4 nikmat dan pemberian Allah swt kepada mereka yang bersama-sama dalam majlis zikrullah:
  • Pemberian rahmat, sakinah dari Allah.
  • Allah akan mengutuskan para malaikat yang akan bersama-sama kita, untuk memberikan laporan dan mendapat rahmat dari Allah meskipun kita semua membawa dosa masing-nasing
  • Duduk bersama para malaikat yang ternanti-nanti kumpulan hamba Allah yang sentiasa mengalunkan ayat-ayat suci Quran.
  • Catatan nama oleh para malaikat yang akan diuar-uarkan dalam penghuni penghuni langit, mereka yang disayangi di sisi Allah swt.

Mudah-mudahan dengan penghadiran kita dalam kuliah ini, Allah akan memberikan nur, taufiq, dan hidayah kepada kita. Mudah-mudahan apabila kita mati, roh kita akan turut bergembira kerana dapat bertemu dengan orang-orang yang soleh di sisi Allah swt. Walaupun kita tidak pernah lihat wajah Rasulullah, tidak pernah mendengar suaranya, namun kasih sayang kita terhadap baginda semakin bertambah dari masa ke semasa dan juga bertambah keimanan kita kepada Allah swt. Itulah kemuliaan umat Rasulullah swt.

Tadabur Ar-Rahman 1-18

Allah bersifat Ar-Rahman kepada semua makhlukNya, samada muslim atau kafir. Tetapi, Allah bersifat Ar-Rahim hanya kepada semua hambanya yang taat. Allah bersifat pemurah kepada makhluknya dengan mengurniakan pelbagai benda seperti ayat 1-4. Allahlah yang mengizinkan kita berbicara dan Dialah yang menetapkan bahawa manusia ini boleh berbicara. Berbanding dengan haiwan seperti kambing yang tahu mengembek, berkokok seperti ayam, mengiau seperti kucing, mengaum seperti harimau. Allah memberikan ciptaanNya suara yang berbeza, tetapi Allah mengurniakan manusia pandai berbicara.  Kurniaan ini untuk menguji manusia, alhamdulillah jikalau mereka yang menggunakan nikmat berbicara untuk zikrullah dan menyeru manusia lain kepada Allah melalui dakwah.  Namun, ada yang menggunakannya ke arah kemaksiatan dan melakukan perkara-perkara yang lagha yang menjauhkan mereka dari Allah swt. Justeru, jangan kita cemari pemberian Allah daripada kita berkata-kata tentang perkara-perkara yang dimurkai Allah swt, kerana lidah ini sesuatu yang lembut, maka olah dan lembutkanlah lidah kita supaya apa yang kita katakan hanyalah perkara yang Allah redhai dan sukai.  Lidah inilah yang mampu membawa kita ke syurga atau neraka. (Yasin: 65)

SISTEM-SISTEM DI DALAM ISLAM –Sistem Akhlak

Tatacara kehidupan Islam terbahagi kepada 8 sistem:

1. Sistem kerohanian
  • taqarub: berusaha mendekatkan diri kepada Allah swt (Hujarat: 13. Ad-Zariyat: 50, Al-Imran : 130) methods: qiamuallail, tilawah Al-Quran, zikrullah
  • muraqabah : berjaga-berjaga terhadap kemungkinan akan datangnya serangan penyakit rohani samada dari nafsu kita, golongan kafir, munafiq, syaitan dan nafsu syahwat.
  • istiqamah : berdiri teguh di atas jalan yang lurus, salah satu perintah Allah kepada hambaNya (As-Syura: 15)

2. Sistem akhlak 
3. Sistem sosial : sistem yang mengatur kehidupan masyarakat, perhubungan lelaki dan wanita. Salah satu cabangnya ialah sistem hijab dalam Islam.
4. Sistem ekonomi
5. Sistem politik
6. Sistem hukum jenayah
7. Sistem pengadilan
8. Sistem pentadbiran dan pengurusan

Fokus kita pada hari ini ialah sistem akhlak.

Akhlak dari segi bahasanya beerti sifat atau tabiat. Dari segi istilah diertikan sebagai kumpulan sifat yagn bersemadi di dalam jiwa dan berdasarkan dorongan dan pertimbangan sifat tersebut, sesuatu perbuatan itu dikatakan baik atau buruk.

Kejadian insan iaitu jasad dipanggil khalaq. Maka keadaan rohaninya dipanggil khuluq.  Perbuatan yang lahir dari dorongan dalaman akan melahirkan akhlak.

4 perkara:
  • Akidah: ikatan antara pencipta dan hambaNya. Pengesaan terhadap Allah, tauhid rububiyyah dan tauhid uluhiyyah
  •  Ibadah –solat, puasa, zakat, haji dan ibadah umum.
  • Akhlak
  • Syariat- berbeza mengikut nabi-nabi yang tertentu

3 teras dalam sistem akhlak:
  • Ikhlas (Az-Zumar: 2-3, Al-Mukmin: 14, Az-Zumar: 14)
  • Siddiq/benar (At-Taubah: 119)
  • Sabar (Al-Imran: 200, At-Tur: 48)

Teras kepada semua amalan kita. Akhlak ini adalah satu kombinasi yang menjadi amalan mukmin. 

Keikhlasan satu yang abstrak, amalan ini tidak dapat dinilai oleh manusia. Janganlah kita sia-siakan amalan kita kerana tidak ikhlas. Syarat ikhlas ialah buat 100% kerana Allah, dan bertepatan dengan syariat. Jangan kita sabitkan niat itu kerana benda lain, maka syiriklah kita.

Benar akan menguasai dan memimpin akhlak-akhlak mulia yang lain. 10 bahagian benar untuk kita laksanakan:
  1. Benar dalam ikhlas kepada Allah (Kahfi:110)
  2.  Benar dalam cinta kepada Allah (Al-Baqarah :165)
  3.  Benar dalam taqwa dan takut kepada Allah (Al-Baqarah :140-141)
  4.  Benar dalam wara’ kepada Allah
  5.  Benar dalam tawakal kepada Allah (Al-Maidah:23, Al-Imran:159)
  6.  Benar dalam haya’ kepada Allah
  7.  Benar dalam mensyukuri nikmat Allah (Ibrahim:34, Saba’:13)
  8.  Benar dalam zuhud kepada Allah ( Al-Hadid: 23)
  9.  Benar dalam redha kita kepada Allah (At-Taubah: 100)
  10.  Benar dalam bertaubat kepada Allah (At-Tahrim: 8)

Benar dalam ikhlas kepada Allah maknanya menunjukkan segala perhatian kerana Allah semata-mata yang menghasikan suasana yang kita tidak mengharapkan sesuatu terhadap apa yang kita lakukan. Kita juga tidak akan berasa tenang dan gembira apabila mendapat pujian orang. Jikalau mereka melakukan kesalahan, mereka akan berasa bimbang dengan kesalahan  itu walaupun tidak diketahui orang. Mereka terus-terusan meneliti bait diri mereka, bimbang sekiranya batin menjadi lebih buruk daripada zahir.

Sama-samalah kita muhasabah diri. Apa pun yang kita lakukan, adalah kerana Allah. Tiada sifat riak dan gundah gulana sekiranya tidak dipuji.

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment