Kuliah BM Fasa 1,
19.2.2013
Assalamualaikum
wbt.
Bismillahirrahmanirrahim.
Roh kita melalui berbagai-bagai peringkat
untuk Allah uji, untuk Allah beri peluang untuk beramal. Roh memberikan
kesaksian. Allah lihat setelah diciptakan. Apa yang dilakukan seorang hamba itu.
Ianya tercorak dari ibu bapa. Allah hendak memberi peluang buat pahala dengan
mencorakkan anak-anak. Roh muslim - ibu bapa yang mencorakkan roh dalam keadaan
muslim. Sebagai bakal ibu dan bapa, menjadi tanggungjawab untuk mengekalkan
seorang anak itu membesar dalam keadaan muslim. Pada hari kiamat, Allah akan
bangkitkan manusia kembali dalam keadaan penyeksaan atau aman damai. Amalan
kita akan ditimbang dan akan melalui siratul mustaqim. Disitulah samada akan terjatuh
ke dalam neraka jahanam ataupun akan masuk syurga secepat kilat ataupun
merangkak, bergelut, jatuh bangkit ketika berada dalam pusingan siratul
mustakim yang halusnya adalah helaian rambut dibelah tujuh. Mohonlah doa agar Allah
berikan kemudahan dan bantuan kepada kita
ketika menghadapi semua peringkat tersebut. Sehingga berada dihadapan Allah,
kita dipanggil oleh Allah dengan cukup lembut dan Allah membisikkan kepada kita
yang dosa-dosamu diampunkan dan masuklah kamu ke dalam syurga. Itulah merupakan
saat-saat yang paling indah.
Kita minta doa pada Allah supaya pada
hari kiamat kelak yang penuh kengerian, Allah sibukkan kita dengan suasana yang
dinikmati yang selama ini kita kekangkan segalanya yang dilarang dan menikmati di syurga kelak. Bagi orang
beriman, dunia ibarat penjara tetapi di akhirat ibarat syurga. Bagi orang kafir
atau orang yang ingkar untuk taat kepada Allah mereka merasakan sebaliknya. Semoga
Allah selamatkan kita dari kengerian hari kiamat. Mudah-mudahan Allah berikan
kita suasana indah di dunia dan akhirat. Kita berjuang untuk menegakkan kalimah
Allah di dalam jiwa kita dan jiwa-jiwa yang dapat dijangkau. Sampaikanlah kepada
orang lain apa sahaja yang kita dapat dari al-Quran dan hadis agar hati mereka
juga dapat tersentuh untuk mereka mengabdikan diri kepada Allah.
Gerakkan anggota-anggota kita untuk
melakukan penulisan walaupun satu patah perkataan. Apa yang kita dapat, kita
catat terus supaya ianya akan memberikan kesaksian. Mungkin penulisan ini akan
menyelamatkan kita di akhirat kelak. Tulis benda yang baik. Apabila kita tidak
menulis benda yang baik, tangan kita tidak dapat memberikan kesaksian yang baik.
Gerakkan tangan atau jari-jari. Ianya dapat membantu kita untuk berhadapan
dengan Allah. Tulis apa yang dapat daripada pengisian. Amalan yang kecil yang
dapat mengilap keikhlasan. Kuliah ini bukan sahaja kuliah mendengar. Kita perlu
buat sesuatu samada melalui amalan atau mendekatkan diri kepada Allah atau
mengajak orang lain jika dapat merasa kebaikan daripada pengisian kuliah. Amalan
yang berterusan yang akan berkembang, dan amalan akan berganda. Itulah kelebihan
yang Allah beri kepada umat Rasulullah s.a.w. Apabila membuat satu kebaikan, Allah
gandakan kebaikan itu.
Tilawah Surah
An-Nahl [16 : 64-79]…
Banyak nikmat yang Allah sampaikan kepada
kita. Masih keraskah hati kita untuk tidak mahu memerhatikan apa yang Allah
anugerahkan kepada kite. Melalui kesenangan yang Allah berikan kepada kita,
adakah masih kita tidak taat kepadaNya. Bukalah mata, pemikiran, hati dan
selamilah hati hingga ke lubuk hati paling dalam. InsyaAllah, kita akan nampak kebesaran/ketauhidan Allah. Apabila kita
melihat ciptaan Allah, Allah telah memberikan kelebihan kepada manusia. Itu
semua adalah pemberian Allah kepada kita. Tetapi sejauh mana kita mensyukurinya.
Allah lahirkan kita dari perut ibu kita. Dari tidak tahu apa-apa, Allah berikan
kita pendengaran, penglihatan dan kecerdikan. Kemana kita halakan kecerdikan kita
itu. Mohonlah doa supaya Allah berikan rezeki untuk menambahkan amalan kefahaman.
Interaksi dengan al-quran
Sebelum dibacakan/membaca al-Quran, kita
perlu sedar yang kita sedang berhadapan dengan kata-kata Allah yang Allah
turunkan untuk menyayangi kita dan Allah turunkan kerana kasih-sayangNya kepada
kita. Ayat-ayat al-Quran diturunkan adalah untuk Allah ajarkan macam mana untuk
kita mengenalNya, untuk mencari identiti diri kita di sisi Allah SWT. Al-Quran dijadikan sebagai panduan hidup. Al-Quran
dan hadis sebagai bimbingan untuk belajar macam mana untuk hidup di bumi Allah.
Apa yang kita lakukan semasa kita dibacakan/membaca al-quran? Adakah kita
bercakap ketika al-Quran dibacakan? Apa jawapan kita untuk jawab dengan Allah SWT?
Apabila Allah tanya, apabila ayatKu dibacakan apakah interaksi kamu kepadaKu? Pemikiran
kita, apabila al-Quran dibacakan kita buka atau tidak hati kita untuk mendengar
ayat Allah? Ataupun kita bergelak ketawa apabila ayat al-Quran dibacakan.
Pastikan kita ada jawapan di hadapan Allah SWT, insyaAllah. Setiap peristiwa dalam
kehidupan kita Allah akan tanya apa yang kita lakukan untuk mengingati Allah. Ketika
ayat al-Quran dibacakan apakah yg kamu buat? Adakah kita menutup telinga ketika
ayat al-Quran dibacakan ataupun masih mampu bercakap? Mudah-mudahan kesilapan
yg kita lakukan dapat Allah ampunkan dengan kita melakukan solat taubat sebelum
Allah mengambil nyawa kita sebentar dan mudah-mudahan Allah kembalikan nyawa kita
pada eosk hari, insyaAllah. Allah bagi peluang kepada kita untuk kita menjadi
insan yang lebih baik disisiNya selepas ini. Untuk mendapat rahmat dan petunjuk
dari Allah, bacalah dan amalkan al-Quran. Resapkanlah makna-makna al-Quran dalam
hati kita.
Tadabur
ayat al-quran [16: 65-79]
Daripada kupasan, bedah buku ‘Agar al-Quran
Menjadi Motivasi Hidup Kita’.
Ayat 65
Allah ciptakan alam dalam keadaan muslim, bukan
sekadar untuk dilihat tetapi menghayati apa yang berlaku di muka bumi Allah. Allah
turunkan hujan dibumi yang tandus dan disuburkan kembali .Itu merupakan
sunatullah. Orang yang sentiasa mengambil pelajaran dia akan melihat ini
merupakan kebesaran Allah SWT.
Ayat 66
Daripada haiwan ternak Allah hasilkan susu (e.g: susu lembu/unta). Susu
berada diantara najis dan darah tetapi susu itu memberikan satu kekuatan kepada
orang yang meminumnya dan memudahkan untuk ditelan oleh orang yang meminumnya.
Itu merupakan kebesaran Allah tetapi sejauh mana kita bersyukur. Anak yang baru
lahir, siapa yang memberi hidayah pada anak itu untuk menyusu daripada ibunya?
Semuanya dari Allah tetapi sejauh mana kite menghargainya? Tanamkan niat untuk
menyusukan anak.
1.
Apabila memakai baju/tudung niatkan supaya aurat dipelihara dari
perkara-perkara yang haram.
2.
Niatkan supaya dapat menyusukan anak dengan cara yang halal supaya anak
kita membesar sebagai insan dan khalifah Allah yang muntaqim disisi Allah.
3.
Untuk bagi susu kepada anak, mampukah kita lalukan dengan perkara-perkara
haram (e.g: tayangkan kepada lelaki yang haram dilihat). Niatkan supaya Allah
pelihara kita apabila menutup aurat. Supaya orang yang beriman ingat perkara-perkara
yang Allah dah tetapkan pada kita ,supaya kehidupan kita sentiasa berada dalam
redha Allah SWT. Mungkin ianya nampak
kecil, tetapi ia memberikan impak yang besar kepada anak yang bakal dilahirkan.
Ayat 67
Disitulah kreativiti yang Allah berikan
kepada manusia. Orang yang kufur kepada Allah, mereka lebih rela untuk membuat
minuman yang memabukkan. Mereka tidak memilih rezeki yang baik. Sesungguhnya Allah
berikan kepada setiap manusia kecenderungan
yang positive dan negative. Kecenderungan manusia yang positive ada pada
fitrahnya. Fitrah berada di lubuk hati manusia. (Ulul albab) albab - org yg boleh
mlihat ciptaan Allah dari lubuk hatinya yang paling dalam. Dalam lubuk hati
terletaknya fitrah. Apabila kita selami hati kita sampai ke tahap lubuk,
insyaAllah kita akan melihat kebesaran Allah. Mudah-mudahan Allah berikan kita martabat
disisiNya sebagai orang yang mengerti disisi Allah, sebagai orang yang
menghayati disisi Allah.
Ayat 68
Allah yang ilhamkan pada
lebah-lebah itu. Ada 3 sumber madu
1.
Gunung-gunung
2.
Pohon-pohon kayu
3.
Rumah buatan manusia.
·
Allah juga berikan ilham kepada kita untuk buat rumah lebah dan Allah
ilhamkan pada lebah untuk datang ke rumah tersebut.
Apabila kt makan madu
ingatlah Allah yg ilhamkan kepada lebah itu untuk buatkan rumah dan mengeluarkn
madu ditempat-tempat yang dinyatakan tadi.
Ayat 69
Ilmu yang Allah berikan:
1.
Kita tafakurkan, kita fikirkannya akan salah dan betulnya dan kita kaitkan
dengan realiti.
2.
Kemudian kita tazakurkan, kita serapkan dalam diri kita untuk kita
amalkan.
Ini merupakan 2 cara macam
mana kita cernakan ilmu dan kemudian terlahirnya amal. Contohnya kita lihat
madu, ada yang warna kuning, coklat, hitam.
Ayat 70
Allah singkapkan diri kita sendiri. Allah
suruh tengok haiwan ternak yang ada susu, kemudian Allah suruh tengok buah
kurma dan buah anggur dan kita makan, kemudian Allah suruh kita tengok tentang
lebah dan Allah beritahu pada kita ayat 70 ini. Ada manusia yang baru lahir
sudah meninggal ataupun meninggal dalam perut, tetapi ada yang Allah biarkan
hidup sampai ke tua sampai dia kembali balik ke zaman kanak-kanaknya. Itu semua
ketetapan dari Allah, semuanya dalam susunan Allah.
Ayat 71
Ada sesetengah orang Allah berikan
kekayaan. Allah tahu dengan kekayaan itu akan menambahkan keimanannya kepada
Allah. Ada sesetengah orang Allah berikan kemiskinan agar dekat dengan Allah dan
jika diberikan kekayaan dia akan jauh dari Allah. Ada juga Allah berikan
kekayaan disebabkan kemurkaan supaya senang bagi Allah untuk menghukum di
akhirat kelak agar hati mereka tertutup supaya tidak beriman kepada Allah. Mohonlah
perlindungan dari Allah. Orang yang dilebihkan rezeki tetapi tidak mahu
mengongsikan hartanya pada orang-orang susah, ini merupakan orang-orang yang
ingkar pada nikmat Allah. Itu merupakan rezeki dari Allah. Allah telah syariatkan
zakat dan sedekah untuk menyucikan rezeki yang diberikan kepada kita dan mengembangkan
lagi rezeki yang diberikan kepada kita. Apabila kita sedekahkan rezeki yang Allah
berikan sebenarnya itulah hak kita. Sedekah itu yang akan membantu kita di
akhirat. Rezeki yang kita simpan, itu hanya pada kita sekiranya kita tidak
menunaikan hak-hak kepada orang yang sepatutnya menerima rezeki daripada kita.
Allah bagi rezeki kepada kita untuk kita infakkan. Harta yang kita perolehi ada
hak-hak orang lain yang perlu kita keluarkan dengan hati yang redha. InsyaAllah
Allah akan bersihkan hati dan harta kita dan tambahkan lagi harta kita. Bukan sahaja
harta yang fizikal tetapi harta dari segi ganjaran pahala juga akan bertambah.
Apa yang kita sedekahkan adalah untuk kita, apa yang kita simpan bukan untuk kita.
Ayat 72
Allah jadikan kita bersuami-isteri
dan Allah telah mensyariatkan cara pertemuan yang dihalalkn oleh Allah. Antara
nikmat yang besar dari Allah ialah apabila Allah utuskan orang-orang yang baik
dariNya untuk berada di sekeliling kita. Samaada daripada kedua ibu bapa kita,
suami kita, kedua ibu bapa mertua kita ataupun anak-anak yang bakal Allah
lahirkan kepada kita. Serahkan pertemuan itu kepada Allah sebab jodoh dah
ditetapkan oleh Allah. Apabila sudah sampai masanya itu, Allah akan gerakkan
hati kita dengan cara yang halal. Jangan lalui jalan yang salah dalam usaha kita
untuk mencari jodoh. Allah tanamkan fitrah dalam hati kita untuk:
1.
Melihat kebenaran.
2.
Memahami kebenaran
Apabila Allah telah
bertapak kuat dalam hati kita, kita tidak akan menggadaikan keimanan kita untuk
kepentingan duniawi, untuk mencari seorang wanita/lelaki dan tidak akan menggadaikan
keimanan kita demi cinta manusia. Namun kita akan menggadaikan segalanya demi
cinta Allah. Apabila kita mencitai Allah, Allah akan mengutuskan hamba yang
dicintaiNya untuk mencintai kita.
Jika kita tidak mengingati Allah, Allah
akan biarkan kita. Itu merupakan beza antara penghuni syurga dan neraka. Jangan
gadaikan keimanan kita untuk duniawi. Iman yang digerakkan untuk menggapai
petunjuk Allah, merasa keimanan pada Allah itu merupakan satu proses untuk
mengenali Allah. Bagaimana kita nak tahu kita beriman atau tidak adalah melalui
keteguhan kita pegang amanah Allah. Contohnya
tanggungjawb kita iaitu solat. Tanda-tanda keimanan kita adalah apabila kita
merasakan sensitif dengan waktu-waktu kita. Selesaikan amanah pada Allah dahulu
kemudian baru selesaikan yang lain. Islam merupakan amanah dari Allah. Pertahankan
keislaman kita, dan islam itu sendiri. Kita harus pertahankannya kerana amanah.
Jangan digadaikan keimanan kita itu kerana cinta pada manusia. Nauzubillah…
Mungkin kadang-kadang tidak sampai melakukan
zina tetapi zina hati. Apabila kita berinteraksi dengan lelaki/perempuan kita
berasa tenang dan seronok. Kita telah menggadaikan maruah kita sebagai seorang
mukmin/mukminah dengan membenarkan diri kita menjadi sumber dosa. Allah katakan
jangan dekati zina. Allah juga telah mengatakan jangan membunuh. Membunuh bukan
satu kehendak /neutral. Tetapi pada zina, ia merupakan naluri pada kita /fitrah
sebab itu merupakan untuk penerusan zuriat. Jangan sesekali dekat dengan
sesuatu yang mendekatkan. Mudah-mudahan Allah berikan hidayah (nampak perkara
itu benar/salah) dan taufik (jauhkan kita dari melakukan perbuatan salah). Tepuk
dada tanya iman /fitrah. Jangan sampai keislaman kita ditukar dengan dunia yang
tiada nilai disisi Allah. Jika dunia ini bernilai seperti sehelai sayap
nyamukpun, Allah tidak akan bagi kepada orang kafir. Dunia ini adalah ujian
untuk Allah lihat siapa yang paling baik amalannya disisi Allah. Allah bekalkan
fitrah untuk melihat kebenaran. Apabila kita beriman, adakah iman kita dimulut atau
didada ataupun dihati atau di dalam lubuk hingga kita melihat fitrah dan kita
melihat kebesaran Allah dan kita hidup dalam hidayah.
No comments:
Post a Comment