Kuliah
Baitul Muslim Fasa 1 (12/3/13)
Assalamualaikum
wbt.
Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah syukur kepadaNya kerana dengan izin Allah hati
kita terpanggil untuk mendekatkan diri kepada Allah swt dan seterusnya sentiasa
mengikhlaskan diri untuk mndekatkan diri kepada Allah swt kerana tidak ada
waktu yang lebih bermanfaat kecuali dengan kita mempergunakan waktu yang ada
untuk beriman kepada Allah swt dan untuk beramal soleh, serta terus melakukan
usaha menyeru manusia dan
menyeru diri kita sendiri kepada Allah swt dan seterusnya memupuk kesabaran
dalam hati kita, mengingatkan diri kita supaya sentiasa bersabar dalam setiap
detik kehidupan. Seterusnya mengajak orang lain untuk sentiasa bersabar
terhadap apa sahaja yang Allah takdirkan. Sesungguhnya apa yang Allah takdirkan
kepada kita merupakan tanda kasih sayangNya kepada kita. Allah tidak akan
mentakdirkan sesuatu berlaku melainkan itulah yang terbaik untuk kita.
Justeru, sebagai seorang hamba yang benar-benar beriman
dan bertaqwa kpd Allah swt, yang meyakini Allah swt itu rabb kita yang telah menciptakan
kita, yang sentiasa mmberi perhatian dan mengurus kita tanpa penah merasa putus
asa, malah sentiasa memberikan kita peluang
dan motivasi kepada diri kita untuk sentiasa berada di atas landasan kebenaran Allah swt,
haruslah sentiasa istiqamah dalam mendekatkan diri kepada Allah melalui solat, qiamullail, tilawah quran, tadabbur
quran, hafalan quran, dan mengamalkan tuntutan daripada al-quran. Sentiasalah
kita mendekatkan diri kepada Allah swt, dengan cara sentiasa mengingatiNya
dengan zikrullah. Dengan berzikir, kita akan mencapai ketenangan dalam hati.
Sesungguhnya
kehidupan di dunia ini amat pendek.
Namun kesingkatan waktu untuk beramal itu sekiranya kita mengagihkannya dengan
baik untuk beramal soleh, merealisasikan tanggungjawab dan amanah yang Allah
berikan kepada kita, menjalankan suruhannya dengan penuh keikhlasan dan
ketaatan, dan meninggalkan segala larangan Allah swt tanpa keraguan dan
berdolak dalik, in shaa Allah kita akan diterima oleh Allah swt sebagai abid
yang diredhaiNya dan dikurniakan jannah yang kekal abadi.
Allah
swt inginkan yang terbaik untuk kita dalam setiap detik kehidupan dan Allah swt
tak ingin kita memasuki nerakaNya, tetapi neraka diciptakan untuk hambaNya yang
mungkar. Allah swt sentiasa memberikan suasana kepada kita supaya kemungkaran
itu tidak berleluasa. Apabila Allah sayang
kepada kita, Dia akan mengutuskan hamba-hamba yang diredhaiNya untuk bersama
kita. Itulah merupakan pertolongan Allah swt kepada kita. Janganlah berputus
asa daripada berdoa kepada Allah swt kerana doa itu senjata orang mukmin.
Sekiranya kita tidak menggunakan senjata ini, kita akan mudah diperkotak
katikkan oleh syaitan, ibarat bola dihujung tangan dan kita akan lebih mudah untuk
di gelincirkan, sama ada dalam bentuk nafsu yang sentiasa memberangsangkan,
atau suntikan panah beracun dengan pelbagai cara. Apabila badan kita dipenuhi
racun-racun ini, ia mengambil masa yang panjang untuk kita pulihkan kembali.
Kita hendaklah sentiasa mncari penawar. Syaitan boleh menyuntikkan panah kepada
mata kita, sepertimana yang telah disabdakan daripada nasi saw,
“zina
mata adalah daripada melihat” (HR Bukhari dan Muslim).
Syaitan akan cuba untuk masuk ke dalam diri
kita melalui pandangan mata, pendengaran telinga, aliran darah, pemakanan dan
pemikiran. Melalui pemikiran ia akan memberi perasaan was-was, yang sentiasa
tenggelam timbul, datang dan pergi, agar kita tidak merasa ia sebagai suatu
tekanan yang kuat, tetapi perkara yang datang sekali sekala itu, sekiranya kita
tidak berpegang kuat kepada Allah swt, akan menyebabkan kita mudah diganggu
oleh syaitan.
Rasulullah saw
telah mengajarkan doa kepada kita untuk kita amalkan bagi menghadapi gangguan atau
halangan untuk kita beristiqamah dalam melakukan sesuatu:
“Ya Allah sesungguhnya
engkau telah menciptakan makhluk yang mereka melihat kami tetapi kami tidak
melihat mereka, oleh itu ya Allah putus asakanlah mereka daripada mengganggu
kami sebagaimana mereka putus asa daripada keampunanMu. Jauhkanlah mereka
daripada kami ya Allah sebagaimana Engkau jauhkan mereka daripada rahmatMu ya
Allah dan haramkan lah mereka daripada mengganggu kami ya Allah sebagai Engkau
mengaharamkan mereka daripada keampunan dan rahmatMu”.
Usaha kita untuk
mendekatkan diri kepada Allah melalui 3 cara iaitu;
·
melalui
taqarrub kita kepada Allah
·
melalui
qiamulullai, kerana waktu sepertiga malam itu adalah waktu yang mustajab, yang
mana Allah akan memprkenankan doa-doa hambaNya.
·
melalui
tilawah al-quran (al-quran sebagai motivasi hidup kita untuk meningkatkan tahap
kita daripada seorang muslim, menjadi mukmin seterusnya muttaqin)
Melalui
muhasabah kita terhadap interaksi kita kita dengan al-quran kita dapat menilai
di manakah martabat kita disisi Allah swt. Apabila dibacakan ayat-ayat al-quran
apakah itu berlaku kepada diri kita? Adakah kita seorang muslim,mukmin atau
muttaqin yang stiasa bertawakkal kepada Allah swt? Seandainya kita masih di
tahap muslim, kita berusahalah bersungguh-sungguh dengan melihat apakah
ciri-ciri yang boleh menaikkan martabat kita ke tahap yang lebih tinggi.
Pemilihan itu berpandu kepada kasih sayang Allah swt dan kesediaan kita untuk
menyambut seruan Allah swt untuk mencapai martabat muttaqin disisi Allah swt.
Tadabbur surah Al Quran al-anfal 1-12
Di dalam surah
al-anfal, terdapat 3 darjat hamba Allah swt untuk kita nilai diri kita di sisi Allah
swt;
muslim
·
mukmin
·
muttaqin
Ayat 1-4
Menjadi
muslim sejati dalam kehidupan merupakan sesuatu yang kita amat hajati. Fitrah
kita sentiasa menginginkan suasana itu, yang mana bukan sekadar pangkat yang
disandang, tetapi ia merupakan kemuliaan yang mengangkat darjat umat islam
sepanjang zaman. Menjadi seorang muslim yang berasaskan al-quran merupakan
kurniaan yang paling besar daripada Allah swt. Allah swt telah memberikan ruang
kepada kita untuk mencapai tahap itu supaya kita dapat hidup dengan al-quran
dan seterusnya merasai kebesaran dan nikmat Allah swt. Menyedari bahawa pilihan Allah swt yang
meletakkan kita dalam keadaan muslim yang hidup sentiasa berpandukan al-quran merupakan
suatu kurniaan yang paling besar daripada Allah swt. Kalau kita ukur dengan apa
jua kekayaan dunia, ia tidak akan dapat menyamai nikmat seorang muslim ini.
Muslim itu bukan sekadar dari segi nama tetapi muslim itu sendiri merupakan
doa. Muslim itu sendiri merupakan satu peringatan yang sentiasa mengingatkan
kita dengan kewajipan untuk meyempurnakan diri melalui ajaran al-quran dan
sunnah. Apabila nama kita dipanggil, nama sebagai doa itu akan sentiasa
berterusan dan dalam masa yang sama memberikan motivasi dalam diri kita untuk menyempurnakan
kewajipan untuk menjadi insan yang lebih baik di sisi Allah swt.
Peningkatan
tahap daripada seorang MUSLIM yang
hanya diperolehi setelah mengucap 2 kalimah syahadah kepada seorang mukmin
iaitu kematangan muslim. Mukmin itu diperoleh melalui proses tarbiyah, didikan
melalui al-quran daripada kecil yang disempurnakan sewaktu dewasa dan kita
mencapai tingkat kefahaman tentang agama Allah swt. Apabila seseorang itu
mencapai tahap mukmin, hidupnya pasti dekat dengan al-quran. Seseorang yang
aktif mencari cahaya Allah melalui pembelajaran al-quran, keimanan itu akan
semakin melekat dalam dirinya. Proses meningkatkan kualiti itu sangat mudah
sebenarnya. Namun seperti yang disebutkan dalam ayat ke-2
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman
adalah mereka apabila disebut nama Allah, gementar hatinya…”(al-anfal:2)
Perkara
ini merupakan asas, iaitu sentuhan yang dasyat dalam jiwa seorang muslim
apabila disebutkan nama Allah. Ketika kita ingin memberikan alasan, mulut kita
terkaku di saat nama Allah disebutkan kerana kita tahu Allah Maha Mengetahui, sekiranya
perkara itu salah, kita akan terus berhenti daripada melalukan perkara tersebut
kerana kita tidak boleh menjadi seorang yang munafik di hadapan Allah swt. Ciri
pertama, apabila disebut nama Allah swt apakah hati kita merasa gementar? Pada
ayat ini tergambar satu sentuhan yang dasyat bagi seorang muslim, terutama
ketika diri kita dihadapkan dengan proses akidah dan tarbiyah dzatiyah,saat
dibacakan ayat-ayat Allah swt, adakah kita merasakan kewujudan, kebesaran serta kasih sayang Allah swt kepada kita? Apa
sahaja kurniaan Allah swt yang berada di sekeliling kita, walaupun disampaikan
melalui manusia, adakah kita dapat merasakan bahawa itu semua adalah atas
arahan Allah. Sabagai contoh, apabila ada seseorang datang meminang kita,
adakah kita dapat merasakan bahawa Allah telah menggerakkan hati seseorang itu
untuk datang meminang kita? Itulah satu tarbiyah dzatiyah daripada Allah swt.
Ketika ayat-ayat Allah dibacakan, getaran yang dirasakan bukanlah getaran biasa
tetapi merupakan getaran sentuhan Ilahi terhadap ayatNya kepada kita. Getaran
ini terjadi hanya pada hati seorang MUKMIN.
Sekiranya hati kita bergetar ketika dibacakan ayat Allah swt, itu merupakan
syarat minima untuk kita diterima Allah swt sebagai mukmin menurut neraca
piawaian Allah swt. Bagi mereka yang hatinya mati dan telah tertutup rapat oleh
dosa dan maksiat, mereka tidak akan merasai getaran apabila disebut nama Allah
swt, ibarat air yang lalu di atas daun keladi, tidak meninggalkan sebarang
kesan. Kadang-kadang Allah sentap kita dengan musibah agar kita menyedari
tentang dosa dan maksiat kita, yang telah menyebabkan Allah swt murka kepada
kita sehingga hati kita tidak mampu untuk bergetar apabila disebutkan nama
Allah swt. Pemahaman terhadap ayat alquran menjadi refleksi terhadap amal
perbuatan kita. Seterusnya hati seorang mukmin itu diperkuatkan lagi sehingga
Allah berkata
“…apabila disebut nama
Allah gementar hatinya, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka,
bertambah imannya… “ (8:2)
Sentuhan ayat Allah swt pada diri seorang
mukmin merupakan sentuhan yang boleh menggoncang lubuk hati kita dengan ayat-ayat
Allah swt. Perkara ini tidak akan berlaku kecuali jika kita sudah mencapai
tahap mukmin. Marilah kita menilai diri kita, adakah kita seorang muslim yang
hanya menyerah diri kepada Allah swt tanpa iman yang bertapak dalam hati kita?
Kerana syarat seorang mukmin itu adalah iman yang mantap yang mana pemantapan
iman itu berlaku melalui ayat-ayat Allah swt. Mudah-mudahan ayat-ayat Allah swt
mampu memberi sentuhan yang kuat dalam diri kita, serta mengarahkan potensi yang dalam diri kita untuk kita
tundukkan semua anggota, hati dan pemikiran kita kepada Allah swt dan akhirnya
apabila hati kita bergetar, apabila dibacakan ayat Allah swt, akan bertambah
kuat keimanan kita, kukuh dilubuk hati, yang akhirnya akan melahirkan sifat TAWAKKAL hanya kepada Allah swt. Di
saat keimanan kita menemukan tempat pada seorang muslim, maka terserlahlah di
lubuk hati kita, ketauhidan terhadap
Allah swt. Hasil daripada keyakinan dan keimanan terhadap Allah swt,
kita dapat melihat penyerahan yang menyeluruh atau kata lainnya tawakkal
sepenuhnya kepada Allah, iaitu pemilik keimanan yang hakiki.
Muslim
itu menyerah diri dan tangga pertama seorang mukmin ialah getaran hati apabila
dibacakan ayat Allah dan bertambah iman yang akhirnya melahirkan seorang yang
sentiasa bertawakkal kepada Allah swt. Apabila kita sedar bahawa untuk bangkit
dan mula belajar al-quran secara benar hanya hati yang mampu menjawabnya,
kerana semua itu adalah interaksi al-quran dengan hati. Apabila kita membuka
hati kita dengan sebenar-benarnya, in shaa Allah, hidayah itu akan masuk dan
akan melimpah keluar dengan taufikNya, seterusnya mengalir ke seluruh anggota
kita, membuahkan ketaatan kepada Allah swt dan menjadikan kita seorang yang sentiasa
mempunyai hubungan yang intim dengan Allah swt. Mudah-mudahan ini akan
menyedarkan kita untuk sentiasa bangkit dan berusaha bersungguh-sungguh tanpa
rasa putus asa dalam kita mempelajari al-quran. Kita boleh mulakan setiap hari
pada waktu kita bangkit dari tidur, dengan tilawatul quran. Mudah-mudahan hari
yang kita mulakan dengan kalamullah itu, akan dipermudahkan oleh Allah swt untuk
memperolehi petunjuk dan memeliharanya dalam kehidupan kita.
Ingatlah
tawakkal ini wujud dari amal soleh sebagai buah daripada keimanan yang benar
iaitu dimanifestasikan dalam peningkatan kualiti ibadah kita, bermula dengan
solat kita. Solat merupakan amal individu seseorang dengan Allah swt. Solat
merupakan dialog kita dengan Allah swt. Ketika kita solat kita sedang bercakap
dengan Allah, maka apabila kita bercakap dengan Allah kita kena khusyuk dengan
Allah swt. Apabila kita solat, kita rasakan kehadiran Allah dihadapan kita.
Allah telah berfirman :
“ sesungguhnya solat itu mencegah
dari perbuatan keji dengan mungkar ” (al-ankabut: 45)
Apabila kita solat, kita kena pastikan yang
kita memikirkan perkara-perkara yang baik. Apabila solat kita sempurna, kita
akan menjauhi perkara yang dimurkaiNya. Sebagai contonhya apakah yang kita akan
tulis di dalam mesej, facebook? Semua perkara yang kita tulis akan dicatat. Ingatlah
yang Allah itu tidak pernah leka dan sentiasa memerhatikan kita. Allah telah
bagi peluang kepada kita untuk memanfaatkan sebaik mungkin teknologi serta
kemudahan yang ada. T etapi bagaimanakah kita menggunakannya? Adakah penulisan
kita, atau perkara yang kita sebutkan ini kerana Allah? Atau adakah kita
menggunakan medium ini untuk berinteraksi dengan seseorang yang bukan mahram?
Semua ini akan disoal di kemudian hari. Ingatlah bagaimana kita memanfaatkan
kemudahan smartphone, whatsapp untuk mendekatkan diri kepada Allah swt, ataupun
yang akan menjunamkan kita ke dalam api neraka yang paling dalam. Bersamalah
kita menggunakan kemudahan ini untuk menyeru orang lain kepada Allah. Sebelum kita
mula menulis sesuatu, kita ingat kepada Allah dan tulislah sesuatu yang akan
mengingatkan kita semua kepada Allah. Jika kita menulis sesuatu yang tidak
mengingatkan Allah swt, tahap muslim itu sendiri masih lagi tidak lepas.
Sebagai seorang muslim, kita menyerahkan diri kita kepada Allah swt, kita
menundukkan semua anggota kita kepada Allah swt. Jika kita merasa tangan kita
mampu untuk menulis sesuatu yang haram yang akan menarik kita ke dalam
neraka, kenapa tidak kita tuliskan
sesuatu tentang Allah. Permasalahan kerja yang memerlukan interaksi antara
lelaki dengan perempuan di dalam sesuatu persatuan contohnya, sekiranya kita melakukan
interaksi secara bersendirian sahaja, itu merupakan dosa besar di sisi Allah
swt. Cukup kuatkah iman kita untuk melawan panasnya api neraka di kemudian
hari? Jalan lain yang kita boleh ambil untuk mengelakkan interaksi antara lelaki
dengan perempuan secara bersendirian adalah dengan mewujudkan ‘group
conversation’. Ini merupakan peluang yang Allah beri kepada kita untuk kita
melaksanakan kerja di dalam jemaah. Melalui kerja-kerja dakwah secara
berjemaah, syaitan akan cuba masuk secara halus, dengan cara mewujudkan
interaksi antara lelaki dan perempuan secara bersendirian.
Apabila
kita taat kepada Allah, Alah akan bantu kita. Dengan keyakinan kita kepada
Allah swt, kita sentiasa ingat bahawa amal perbuatan yang kita kerjakan sedang
diperhatikan oleh Allah swt. Kita memegang identiti sebagai seorang muslim, dimana pun kita
berada, sekiranya kita berpegang kepada syariat Allah, walaupun kita dipandang
pelik, yakinlah Allah akan memberikan yang terbaik untuk kita. Sebagai
contohnya, seorang perempuan yang menjaga aurat, batas pergaulan dan kehormatan
diri, Allah akan kurniakan jodoh yang soleh tanpa perlu kita tersua-sua
mencarinya. Sekiranya kita mempunyai keyakinan yang kuat, Allah akan berikan
yang terbaik untuk kita. Sekiranya kita melakukan kesilapan dan tidak
bertaubat, Allah akan memberikan kifarah kepada keturunan kita nanti.
Sebagai
seorang mukmin yang bertawakkal kepada Allah, di saat keyakinan kita letakkan
sepenuhnya kepada Allah, Allah akan bantu kita. Tawakkal yang wujud dari amal
soleh merupakan buah daripada keimanan kita yang benar dan dimanifestasikan
dalam peningkatan kualiti ibadah kita. Orang-orang yang beriman, mempunyai
tawakkal yang tinggi, apabila dikurniakan rezeki , mereka akan mudah
menginfakkan rezeki ke jalan Allah kerana mereka yakin, yang mereka tidak akan
miskin dan sedekah yang dilakukan itu merupakan satu kebaikan dan akan
menyucikan diri dari sifat kedekut dan menyucikan harta dari yang haram. Hasil
daripada keimanan dan tawakkal yang tinggi akan mewujudkan kesempurnaan dalam
ibadat terutama solat dan tanggungjawab sosial dalam bentuk infak.
Proses
peningkatan keislaman ini akan melahirkan tahap mukmin yang hakiki. Tingkatan yang berbeza di sisi Allah swt
bergantung kepada sejauh mana interaksi hati kita dengan Allah swt, al-quran
dan takdir. Perbezaan interaksi inilah
yang akan menentukan tahap seseorang itu sama ada tahap muslim biasa, mukmin
yang hakiki atau posisi tertinggi iaitu muttaqin.
“Sesungguhnya Allah tidak
melihat bentuk rupa dan fizikal kamu tetapi Dia melihat hati dan amalan kamu
sekalian “ (HR Imam Bukhari)
Al wahan adalah
golongan yang cintakan dunia dan takutkan mati. Inilah dua kualiti umat islam
yang akan menghilangkan nilai umat islam dan tidak berguna di muka bumi Allah
swt. Kehidupan mereka akan menambahkan lagi kemurkaan Allah swt. Namun ada
golongan yang dipilihNya untuk membangkitkan golongan ini dan al-quran berada
di hati golongan terpilih ini.
“Jikalau sekiranya penduduk negeri ini beriman
dan bertaqwa pastilah kami akan melimpahkan kepada mereka barakah di langit dan
di bumi, tetapi mereka mendustakan ayat-ayat Kami, maka kami seksa mereka
disebabkan perbuatan mereka itu.” (Al a’raf :96)
Perkara ini
bukanlah sesuatu yang ringan namun dengan permulaan yang intensif tentang
pembelajaran tafsir tilawatul quran, mentadabbur serta merealisasikan ajaran
al-quran, dengan izinNya kita akan mendapat kemudahan dalam kehidupan seharian.
Generasi al-quran akan melahirkan golongan muttaqin yang akan memacu masa depan
dengan lebih baik.
Dengan tunduk
dan patuhnya kita kepada Allah swt, berpegang teguh kepada al-quran dan
as-sunnah, mudah-mudahan Allah akan memberikan hikmah kepada kita.
Dunia adalah penjara bagi
seseorang mukmin, namun syurgalah yang paling hakiki di sisi Allah swt.
Allah itu Maha
Kuasa, walaupun amalan kita mungkin tidak seberapa, namun mudah-mudahan Allah
terima ia sebagai amalan soleh di sisiNya dan menaikkan martabat kita. Kadang-kadang
Allah menguji kita untuk melihat sejauh mana istiqamah kepadaNya.
WALLAHUA’LAM.
No comments:
Post a Comment