Kuliah BM 11 Disember 2012.
Alhamdulillah,
bersyukur kehadarat Illahi, teruskan ubudiyah dan tambahkan cinta dan kasih kepada
Allah, terus mengucapkan kesyukuran/niat/dan hati, bayangkan syurga Allah,
keindahan yang tidak terbayang. Syurga yang Allah hendak berikan, tidak pernah
dapat dibayangkan, keindahan suasana dan kehebatan syurga. Sama-samalah
mengkhayalkan, dan mendapat nikmat/taufik & hidayah untuk mampu mengimpikan
kesyurga, walaupun amal tidak sebanyak mana, minta belas kasihNya, beramal
didunia untuk Allah redhakan syurga untuk kita.
TILAWAH
AN-NAML, 62-75
Itulah firman Allah taala yang cukup
indah, Allah tanyakan banyak soalan, untuk memotivasikan/menyedarkan/berfikir, golongan
ulul albab (golongan yang berfikir). Orang yang menyekutukan Allah, Allah akan azab di akhirat.
Allah bagi ruang lagi untuk bertaubat. Orang yang mengingati Allah akan merasa
utuh di hati mereka, sesungguhnya Allah lah yang Maha memperkenankan doa. Merendahkan
diri, dalam apa juga keadaan (didalam kesulitan) maka Allah akan memperkenankan
doa orang yang berada didalam kesulitan dan menghilangkan kesusahan, dan
menjadikan manusia sebagai khalifah. Amat sedikit hamba-hamba yang ingat/mensyukuri
nikmat-nikmat Allah.
Persoalan-persoalan yang Allah tanya, Allah kategorikan, dari awal penciptaan, namun berapa ramai dan sejauh mana manusia menyedari hakikat ini. Masih memberi sampingan kepada Allah terhadap tuhan-tuhan yang lain. Jika manusia masih ingkar, Allah minta bukti: Siapakah yang mampu mencipta manusia selain daripada Allah? Allah hendak kita sedar bahawa diri kita di muka bumi Allah taala ini , adakah masih lagi merasa hebat/ego, sedangkan itu anugerah/pinjaman dari Allah. Yang Allah hendak lihat adakah bersyukur, berdoa menghadapi kesulitan, dan menanamkan rasa cinta. Sesungguhnya Allah sentiasa mencintai kita & memberi ruang. Sekiranya masih belum ada, Allah akan tanam juga benih-benih kecintaan itu, dan membesar, dan akan berbuah, dan kita akan merasai kemanisannya.
Allah akan berikan nikmat disyurga, Allah tambah lagi nikmat sejauh mana kita menyedari. Allah bagi ruang untuk Allah offer kita untuk syurga dalam pelbagai bentuk. Allah datangkan kepada hambaNya untuk membantu:
1.
musibah
: Allah beri peluang cuci dosa (syurga hanya boleh dimasuki dengan bersih dari
dosa)
2.
kesakitan
: salah satu cara Allah cuci dosa
3.
Allah
ajar kepada rasulullah dan rasulullah ajar kepada kita cara istighfar
4.
sambung
di malam hari : memohon ampun dan taubat
Keadaan kita pada hari ini, kita tidak
layak langsung untuk masuk syurga jika dibandingkan dengan kecintaan
rasulullah, sahabat-sahabat rasulullah, yang istiqamah. Taufik Allah taala yang
membantu mereka untuk bertahan dan berjuang demi Allah. Namun apabila sampai
berita tentang ummah palestine, Allah offer kepada kita sepertimana Allah offer
kepada rasulullah, para sahabat. Sesuatu di palestin, bukan untuk menyusahkan
kita, tetapi cara untuk mendapatkan syurga dengan lebih cepat. Mereka-mereka yang
masih kecil sudah syahid, mereka menunggu ibu bapa mereka disyurga. Mudah-mudahan
dengan roh kekuatan dan semangat dari ummah Palestine dapat membantu dan
mendekatkan diri kepada Allah. Sesungguhnya pertolongan Allah akan datang. Mereka
berjihad dari dalam diri dan mempertahankan ad-din Allah dengan nyawa dan darah
mereka.
Itu adalah satu perjuangan untuk kite
berjuang di jalan Allah dan memanfaatkan, supaya mereka semua juga tunduk
kepada Allah. Apa juga keadaan sekalipun ,niatkan infakkan diri untuk menjadi
tentera-tentera Allah. Sekiranya hendak bernikah berdoa, niatkan isteri /bakal
suami ialah hamba-hamba Allah yang juga menginfakkan diri kepada Allah , dan
anak-anak juga adalah anak-anak yang akan diinfakkan utk menjadi tentera Allah disiang hari/abid Allah dimalam
hari. Allah akan mudahkan proses makam yg tinggi di sisi Allah samada bakal
ibu/ayah yang akan mendidik anak-anak dengan didikan rabbani untuk memahami ayat-ayat
Allah.
[27 : 62-75]:
Mereka
orang kafir fikir mereka hebat tetapi mereka sebenarnya tiada pembantu Sekiranya
diminta dicepatkan/dilihatkan azab, yakinlah azab itu semakin dekat. Mohon
perlindungan kepada Allah supaya kita tidak menjadi golongan orang-orang yang
takbur/ragu-ragu dengan ketetapan Allah/perkara-perkara yang menyebabkan kita
jauh untuk mendapatkan pertolongan Allah. Pastikan setiap detik kehidupan,
sentiasa dalam keadaan yakin bahawa apa yang berlaku ini adalah di bawah kuasa
dan susunan Allah.
TAWAKAL KEPADA ALLAH
Tawakal : salah satu nama-nama Allah (al-wakil) iaitu zat yang menguruskan hamba-hambaNya. Allah bertangggungjawab agar kita hidup dengan tenang dan jauh dari mudarat.
Penuh dengan kebaikan bertawakal kepada Allah.
Kembali kepada Allah dalam apa pun kesusahan . Sekiranya kita mempunyai
kesusahan/tidak senang hati, sandarkan diri dan wakilkan /serahkan urusan yang
akan dan yang telah kepada Allah. Penyerahan kepada Allah dengan jujur, Allah
akan handle everthing for us. At one point kita akan rase tenang. Apa pun
masalah yang Allah beri, dan apa yang Allah ambil, kita akan tenang/kerana
yakin yang kita sentiasa bersama al-wakil(rase roh al-wakil). Jika masih merasa
takut/susah hati/gundah gulana, tanamkan tawakal kepada Allah.
Tawakal yang tertinggi : bertawakal
dalam berdakwah kepada Allah. Apabila kita dijalan Allah, tawakal kita adalah
yang paling tinggi. Kita akan rasa tenang dan tidak rasa itu masalah .Dengan pernikahan
akan:
- menambah istiqamah
- ketenangan
sekiranya
selepas pernikahan masih merasa susah, check balik tahap tawakal kepada Allah.
Jika
kita yakin, kita akan lebih tenang dan jika sebaliknya, tahap tawakal kita
masih rendah.
Hubungan tawakal bergantung kepada sejauh mana ketenangan kita.
Ketenangan tinggi, ketawakalan juga tinggi. Formula kadar terus ialah tanda
kecintaan kita kepada Allah tinggi melalui cinta kita untuk melakukan
perkara-perkara sunat.
Tawakal paling indah ialah tawakal para
da'ie: bertawakal atas segala urusan dan menyeru manusia kepada al-wakil yang tidak
akan goncang. Sekiranya manusia boleh bertawakal terhadap rezeki/isteri
/masalah didunia, itu ialah sebuah kebaikan tetapi tidak mencapai tahap hakikat
tawakal. Tawakal paling tinggi ialah dapat menjalankan amanah sebagai du'at. Buktinya
ialah apa yang terjadi kepada para nabi. Contohnya Nabi Ibrahim: tawakal yang
tinggi kepada Allah dan mampu hadapi seorang diri. Allah yang bersifat al-wakil,
sesungguhnya Allah akan bersama nabi Ibrahim ketika orang kafir ingin melakukan
sesuatu kepada baginda. Nabi Ibrahim berkata: cukup bagiku Allah. Dia lah
sebaik-baik tempat bergantung. Sekiranya tawakal kita tinggi, kita akan kurang
rasa takut.
Yang menyeru kepada jalan Allah, yakinlah
bahawa ini jalan Allah. Yakin bila berjuang dengan kalimah syahadah , yakin Allah
akan bantu dan kita serahkan segalanya pada Allah. Sekiranya Allah taala
menyelamatkan kita, tiada siapa dapat memudaratkan kita lagi. Sesungguhnya tawakal
yang tertinggi ialah tawakal berdakwah di jalan Allah, mengajak orang lain juga
bertawakal kepada Allah, dan mencari petunjuk dari Allah, taufik dan hidayah. Tawakal
hingga ketahap para nabi Allah bertawakal kepada Allah, tidak akan memberi kita
putus asa ataupun kegagalan. Apapun yang berlaku kepada kita, terima dengan
satu keredhaan. Mohon juga, ketawakalan kepada Allah bertapak kukuh di hati kita.
Seperti kisah Rasulullah SWT. Dalam masa
satu tahun, dua org yang Rasulullah paling cintai meninggal dunia (Saidatina Khadijah
dan Abu Talib) di saat Rasulullah benar-benar memerlukan mereka. Allah masih
hendak uji ketawakalan rasul ke tahap yang paling tinggi. Hikmah dari pemergiaan
orang yang disayangi, Allah beri khabar gembira. Allah hendak tahu tahap
ketawakalan Rasulullah kepada Allah. Pada masa yang sama at one point, Allah
hendak Allah sahaja didalam hati Rasulullah.
Allah pun "Cemburu"
Disisi lain, Allah "cemburu" pada hati manusia. Apa ertinya? Allah mencintai kalau hati seorang hamba terkait dengan-Nya sendirian ketika ia sedang dalam kondisi taat. tetapi kadang hamba itu tersibukkan oleh urusan dunia, maka Allah mengambil dunianya tersebut, agar ia hanya tersibukkan oleh Allah saja, dan bertawakal pada-Nya.
Sama juga seperti kisah Nabi Ibrahim. Apa
yang berlaku dengan kisah nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim diperintahkan untuk
meninggalkan anaknya(nabi Ismail dan isterinya Siti Hajar). Apabila berjumpa
kembali setelah sekian lama, Allah perintahkan agar menyembelih Nabi Ismail. Allah
sayangkan nabi Ibrahim dan Allah inginkan cinta hakiki nabi Ibrahim itu hanya kepada
Allah.
Lihatlah ketika Ya'qub sgt tertairk pada Yusuf sehingga kecintaan terhadap Yusuf memenuhi semua hidup dan hatinya. Maka Allah mengambil Yusuf selama dua puluh tahun, sehingga hatinya kembali dipenuhi cinta pada Allah. Setelah itu Dia pun mengembalikan Yusuf padanya.
Lihatlah ketika Ya'qub sgt tertairk pada Yusuf sehingga kecintaan terhadap Yusuf memenuhi semua hidup dan hatinya. Maka Allah mengambil Yusuf selama dua puluh tahun, sehingga hatinya kembali dipenuhi cinta pada Allah. Setelah itu Dia pun mengembalikan Yusuf padanya.
Cari balik kekuatan diri kita, agar dapat
tahap ketawakalan yang tinggi kepada Allah. Allah sentiasa memberi
peluang/suasana untuk mendapat darjat yang tinggi di sisi Allah, jangan
bersedih kerana sedih merupakan tahap tawakal yang rendah kepada Allah.
assalamualaikum , alhamdulillah , nk tambah dikit , cemburu allah kepada hambaNya , allah hendak hanya allah didalam hati para hambaNya .. jadi allah uji dengan mengambil orang yang disayang. wallahua'lam
ReplyDeleteWa'alaikumussalam,
ReplyDeleteJazakallah Akhi atas teguran.
insyaAllah telah diupdate.