kuliah BM
12/12/12
17.40pm
Taujih
Semoga kita di akhirat kelak bersama di dalam rahmat dan kasih sayang Allah. Suasana di akhirat sangat hingar bingar, namun bagi orang beriman adalah tenang . Sekiranya dapat meraih cinta dari Allah ,itulah nikmat paling besar , nikmat yang hakiki. Apabila mendapat cinta Allah , Allah akan mengkhabarkan pada malaikat , dan seluruh penghuni langit dan bumi mengenal kita sebagai abid yang dicintai dan dikenali sebagai orang yang soleh/hah dari segi keimanan dan ketakwaan ,impian nikmat syurga allah , dalam menikmati nikmat2 syurga yang diberikan dan Allah tambah lagi satu nikmat , nikmat berbicara dan melihat Allah.
Di samping nikmat-nikmat syurga yang dikhabar di dalam al-quran , Allah akan berbicara dengan setiap dari kita . itulah nikmat yang cukup indah , apabila kita melihat syurga dihadapan. Semua itu tidak dapat diprolehi sekiranya kita tidak memohon simpati Allah , dan mohonlah agar Allah tutupkan keaiban-keaiban kita yang Allah sahaja ketahui dan yang telah diketahui manusia. Mohon juga kepada Allah , agar Allah tidak biarkan kita menentu nasib kita sendiri, walaupun sekadar sekelip mata atau masa yang lebih pendeki dari itu.
Sesungguhnya Allah maha besar , rabb sekelian alam , pemurah dan penyayang , kepada hamba yang taat dan yang ingkar , Allah la menguasai hari penghisaban , dan Allah lah mengatur segala nya untuk mengatur untuk kita , allah ialah rabb , illah dan malik , tempat kita meminta, memohon pertolongan , memohon rezeki yang halal, merujuk perundangan , dan mengambil illah tempat yang kita tundukkan/pengabdian/keyakinan kerana Allah lah yang bersifat al-wakil.
Sama-samalah kita memohon keberkatan, akan waktu , dari nabi adam dan manusia akhir hingga hari kiamat , 24 jam, mohonlah keberkahan waktu kerana tanggungjawab yang ada lebih banyak dari waktu yang kita ada. Ada yang terlebih waktu yang kita tumpukan sesuatu perkara. Pohonlah keberkatan, lakukanlah solat istikharah agar allah pandu supaya kita tidak melakukan kesilapan. Jika melakukan kesilapan, lakukan taubat, agar Allah tidak memberikan kifarah kepada kita, atau keturunan kita atau bakal isteri atau suami kita. Mohon ampun juga atas kealpaan, kelalaian dan keegoan kita. Segala yang halal, haram, perkara-perkara yang patut kita lakuakan telah disampaikan melalui para Rasul dan juga para duat Allah. Mohon juga agar tidak tergolong dari golongan yang membantah, relakanlah diri agar Allah pimpin.
Ingatkan kembali suami yang kadang-kadang terlupa, memimpin kepada kebenaran, kerana akan dipertanggungjawabkan, amanah-amanah yang diberi , amanah sebagai abid dan khalifah, ibu bapa, melaksanakan tanggungjawab, membimbing dan berdoa , berdoa juga Allah pelihara ibu bapa kita lebih baik kepada kedua ibu bapa, taufik dan hidayah. Pohon juga kepada Allahsupaya hamba-hamba Allah yang di sisi kita adalah hamba-hamba yang mengingatkan kita kepada Allah , dan membawa ke syurga, berganding bahu menuju syurga dan bukannya yang menarik kita cepat-cepat ke neraka allah taala (nau'dzubillah), mohon doa juga dosa yang dilakukan tidak diberikan kifarah kepada pasangan atau keturunan kita.
Ketika mengingati balik hari kelahiran kita, muhasabahlah. Sekiranya 40 thn dulu , 20 thn , dan setelah Allah berikan waktu, ke mana waktu kita digunakan , membawa diri /menyediakan diri untuk menjadi ahli syurga atau mengadaikan diri sebagai bahan api neraka, mengharap untuk diselamatkan. Adakah kita mahu lalui suasana-suasana itu , masihkah lagi kita merasa ego untuk memohon ampun??
Tilawah al-Hadid
(57:12-24)
Kebenaran datang hari yang maha besar. Mudah je jika allah nk beri ganjaran pahala, dengan membaca, minima 10 ganjaran pahala, mudah untuk mendapat pahala. Ingat bahawa ada yang mengganggu untuk mengikis balik pahala. Dah tahu ilmu tu tapi belum beramal akan mengundang kemurkaan allah. Godaan dari syaitan yang tak nampak.manusia diajar berdoa kepada allah untuk berlindung kepada allah dari mahluk yang kita tak nampak , tapi mereka nampak kita. Manusia buat kesilapan Allah beri keampunan Allah ajar doa-doa memohon keampunan, Allah ajar agar manusia menyesali kesilapan-kesilapan yang dilakukan. Syaitan tidak akan putus asa dalam melalaikan kita. Syiatan tidak akan pernah berhenti menggoda kita. Tidak dapat menggangu solat kita waktu subuh, syaitan akan datang pada waktu dhuha, tidak dapat dhuha, dtang zohor, begitulah seterusnya, sampai satu saat bila mana kita lalai terhadap musuh kita ni, dia akan berjaya menguasai kita.
Semoga Allah lindungi diri kita dari sifat takbur yang telah mengeluarkan syaitan dari syurga.
Mudah-mudahan kita dibersihkan Allah dari rasa kedegilan dalam melakukan ketaatan kepada Allah. Banyakkan istighfar, impikanlah syurga, kerana impian hari ini adalah kenyataan hari esok. Sesungguhnya syurga itu adalah sesuatu yang tidak pernah terlihat dek mata, terdengar dek telinga, terdetik dek hati..Syurga adalah satu tempat yang sangat hebat, indah..teruslah kita merendahkan diri untuk mencari redha dan cinta Allah. sebenarnya sangat mudah untuk kita mencintai Allah kerana dah memang menjadi tanggungjawab kita untuk mencintai Allah. Allah memang berhak untuk mendapat cinta kita.
Untuk meraih cinta Allah adalah istimewa kepada hamba Nya yang terpilih , tiada rahsia jadi hamba yang special , bagaimana untuk menjadi hamba allah , yang didasari cinta Nya . merasai kemanisan iman , tidak boleh dirasai , tidak mampu dalam bentuk perasaan , sesuatu dalam jiwa, walaupun hadir dengan banyak dosa, ikhlaskan diri bayangkan syurga di hadapan kita. Apa yang kita buat, Allah beri syurga atau tidak, itu tidak penting kerana yang hendak dicapai adalah cinta dan keredhaan. Jika hendak menagih cinta Allah taala, perlu kejar dan usahakan, kerana antara satu rahmat yang Allah letakkan , manusia boleh hidup aman damai, rahmat kasih syg/kecintaan allah, akan bekorban ,tidak berkira apa sahaja yang ada. Allah cipta dengan satu tujuan , untuk meraih cinta Allah.
Cinta itu hanya Allah yang berhak. Yang haram itu bukan cinta.
Keadaan org2 yang beriman dan bertakwa, dan Allah sebutkan juga orang2 yang munafik, mulut mengatakan beriman tapi hati kufur.Luarnya nampak orang beriman, namun hati kufur , ketika di akhirat kelak, tiada ruang untuk menyembunyikan diri.
Oleh itu, nilailah balik diri kita. adakah terdapat dalam diri kita ini ciri-ciri orang munafik? kalau ada sikitm keluarkan dari diri kita, sebab ini adalah peringatan yang datangnya dari Allah untuk kita muhasabah diri kita. jangan rasa ayat-ayat munafik ini tiada kaitan dengan kita. ini adalah peringatan dari Allah untuk kita.
4 tanda munafik:
1.bercakap tapi berbohong
2.bila diberi amanah oleh Allah, khianati.
tgk balik diri kita,adakah dilaksanakan atau tidak.Setelah akad nikah apa yang dilakukan pada isteri/suami , membimbing mengenal allah. suami adalah pemimpin bagi wanita, bagaimana buruknya, cari la potensi untuk memimpin keluarga , masyarakat ,ummah.
3 bila berjanji,mungkir.
ciri2 munafik mula berputik , kita akan mati , satu agenda kehidupan yang Allah atur pada kita,Allah akan matikan dan hisab balik amalan, samada muslim , kafir dan sebagainya perlu melalui jalan itubarangsiapa mengharapkan pertemuan , akan beramal semata-mata kerana Allah, tidak akan mensyirikkan Allah .
Adab-adab berinteraksi dengan ummah atau mad'u adalah dengan tidak berdebat. Setiap perkara yang kita perkatakan akan dipersoal oleh Allah. mengapa kita berkata demikian, mengapa kita berkata begini?
Setiap kata-kata negative atau demotivated feeling datangnya dari syaitan. sehingga apabila tiba musibah pun kita akan rasa depressed sangat, sehingga keluar kata-kata negatif dari mulut kita mengatakan Allah tidak suka sebab itulah ada musibah. sedangkan bukan demikian hakikat musibah itu.
Musibah merupakan penyucian diri. Ada penyucian diri. Allah bagi musibah bukan kerana Allah tidak suka kita tapi kerana nak membawa kita kembali kepada Allah, memohon keampunan.
jangan putus asa dengan keampunan Allah. selagi Allah tidak bagi waktu kiamat, masih ada hidayah Allah untuk mereka dan kita. kasih sayang yang kita tunjukkan kepada orang yang lalai, then kita bagitau sesuatu pasal Allah, ia akan memberikan kesan kepada hati mereka disebabkan adanya kasih sayang kita untuk mereka, sbb punca kasih sayang itu adalah dari Allah.
ihsan. satu sifat yang akan menyebabkan kita khusyuk dengan sesuatu amalan.(fokus)
sedekah : merupakah salah satu method untuk menjaga stamina iman.
Hati jadi tawar, mula jadi tak best dan malas , banykkan bersedekah .hati akan jadi lembut, membersihkan harta/sucikn hati/melunakkan hati yang menerima.bila banyak bersedekah orang takkan mencuri, allah akan pelihara harta2 kita dan orang yang menerima akan bergembira, iman akan jadi lebih kuat, memberikan pinjaman , dalam bentuk diri, untuk allah beri syurga, kita pinjamkan untuk dia, contoh : bila orang curi, niatkan dia pinjam, bila fikir negatif, akan caci orang yang mencuri, fikir positif, bila kita tak bersedekah , allah akan ambil secara paksa, salah satu dalam bentuk kecurian, ingat positif, nilai balik diri, bila kita tak sedekah, Allah ambil dan hendak sucikan dari dosa. Jangan bersedih hati terhadap benda yang luput dari kita. Alllah sebenarnya nak menyelamatkan kita dari sesuatu.
Last sekali, jangan menjadi orang yang kikir atau kedekut dengan Allah. jangan terlalu hendak memendekkan masa dengan Allah. contoh, bila solat, solat dengan sangat cepat. nanti di akhirat Allah akan kikir juga dengan kita.
Menjawab soalan dari sesi lepas.
Mengenal pasti sebab-sebab futur/rasa malas nak buat ibadah/rasa tidak bersemangat untu gapai cinta Allah. (9 sebab dalaman, 5 sebab luaran)
Sebab-sebab dalaman:
1. tidak menjaga iman: mata melihat yang haram, tidak menundukkan pandangan, makan makanan syubhah, telinga banyak mendengar muzik yang melalaikan, umpatan, kejian.
2. Jahil tentang kemanisan dan kehebatan syurga Allah dan janji-janji Allah bagi sesiapa yang berbuat kebaikan.
3. rasa jauh dari azab dunia, rasa jauh dari azab akhirat.
4. panjang angan-angan
5. rasa terpaksa dalam beribadah. tidak hadir perasaan seronok beribadah.
6. melakukan perkara-perkara bidaah.
7. tidak memahami makrifat Allah, bila disebut nama Allah, tidak merasai kehebatan dan keagungan Allah.
8. Meremehkan dosa-dosa kecil.
9. lalai dalam muhasabah diri
Sebab-sebab luaran:
1. Kerasa hati
2. remehkan ketaatan
3. Membenci orang soleh
4. hilang cemburu ad-Din (tidak meletakkan Allah terlebih dahulu dalam hati)
15 taman syurga yang perlu dilalui untuk membuang penyakit futur dalam diri.
1. Menutup keaiban orang lain.
2. Menyelesaikan keperluan kaum muslimin
3. Infaq dan sedekah
4. Kasih sayang; tidak berdendam dengan orang lain
5. Berbakti kepada kedua ibu bapa
6. Mendidik anak-anak
7. Memberi bantuan kepada kaum muslimin
8. Mendamaikan manusia
9. Menyertai dakwah dan taalim
10. Memberi makan kepada yang puasa
11. Ringankan beban orang yang dalam kesusahan
12. Memberi bekal kepada mujahid atau keluarganya.
13. Menyingkirkan halangan di jalanan
14. Ucapan yang baik
15. Menghalang dari gangguan manusia
No comments:
Post a Comment