Monday, December 24, 2012

Hari Kiamat


Kuliah "Siri Modul Perjalanan Ketaqwaan Jundiy Menuju Syurga Allah SWT "
19 Disember 2012

Assalammualaikum,
Bismillah.
                
            Alhamdulillah, sama-sama lah kita mengucapkan kesyukuran tanpa rasa jemu dan malas, dari hari ke hari, dari masa ke masa, dari detik ke detik yang lain. Pastikan diri kita dalam suasana zikrullah, sentiasa muhasabah diri kerana kita sentiasa melakukan kesilapan. Mudah mudahan hari ini lebih baik daripada semalam.

Allah bersumpah dengan masa, yang mempunyai kepentingan yang amat tinggi. Sesungguhnya sebahagian manusia berada dalam kerugian melainkan 4 perkara. Pertama iaitu hamba Allah yang beriman kepada Allah, bermaksud melafazkan dengan hati dan kata-kata serta melahirkan dalam bentuk amalan tanda kecintaan kepada Allah. Kedua, orang yang mengamalkan kebajikan dan amal soleh, yang membawa kepada penyucian. Ketiga, orang yang memperingatkan orang lain tentang kebenaran, mengajak agar hati mereka berpaut dengan al-quran dan sunnah. Keempat, bukan sahaja mengajak kepada kebenaran, malah orang yang berpesan-pesan kepada kesabaran. Jadi marilah kita sama-sama sentiasa berdoa agar Allah memotivasikan kita untuk menjadi orang-orang yang beruntung.

Allah sentiasa memberitahu atau memanggil kita dengan cukup lembut, dengan sentuhan kasih sayang , dengan sifat ar-rahim Nya , agar kita terpanggil untuk mengingatiNya. Bergantung kepada tahap dan hubungan kita dengan Allah, apabila disebutkan nama Allah, hati sudah bergoyang, menandakan tanda ketakutan atau cinta dan kasih kepada Allah, mudah mudahan Allah memberi keberkatan. Allah menyediakan syurga dihadapan kita, dan memberi peluang dalam seberapa waktu yang ada, yang tinggal dalam kehidupan kita yang semakin lama semakin pendek. Bagaimanakah engkau menghabiskan waktu mudamu? Justeru waktu muda adalah waktu yang paling penting untuk kita isikan didalam keadaan atau suasana ubudiyah, sibukkan dengan zikrullah, merapatkan tautan amalan-amalan yang beralur kukuh agar menjadi persediaan di waktu tua. Waktu muda ini lah yang akan ditanya oleh Allah di kubur, sekiranya tidak diisi dengan ubudiyah kepada Allah, apakah jawapan yang mampu diberi dihadapan Allah taala?

Pengisian pada hari ini adalah untuk memberi sentuhan. Sejauh mana keberkesanan pengisian pada hari ini, terhadap jiwa, bergantung kepada tahap keikhlasan dalam menghadapkan diri kepada Allah. Sampaikanlah isi kuliah ini kepada kedua ibu bapa kita, pasangan yang Allah anugerahkan kepada kita,  sahabat yang Allah utuskan untuk berada dalam hidup kita, dan juga kepada seluruh ummah yang mampu kita sampaikan. Sampaikanlah walau satu ayat kepada mereka untuk kita ajak mereka kepada Allah.

Sama-samalah kita berdoa agar amalan kita pada malam ini akan dibawa oleh malaikat untuk dihadapkan kepada Allah. Kita mohon perlindungan kepada Allah daripada Allah campakkan kembali kedunia kerana tiada keikhlasan di dalam hati kita. Justeru, ikhlaskan niat yakinkan diri selepas keluar dari kuliah ini  kita dapat menambahkan amalan untuk dipersembahkan kepada Allah dan semoga amalan itu diakhirat kelak akan memberi sinar cahaya bukan sahaja ketika berhadapan dengan Allah, tetapi sebelum itu lagi. Ketika berada di dalam kubur, terasa begitu luas, sebab dosa-dosa kita telah diampunkan oleh Allah, melalui 4 terminal ketika didunia lagi. Pertama, melalui taubat yang berterusan, taubat nasuha. Setiap malam kita solat taubat 2 rakaat, dengan doa, supaya Allah ampunkan dosa kita seharian. Kedua, dengan istigfar. Dan yang ketiga melalui musibah yang Allah berikan. Sekiranya kita sabar, kerana kita tahu bahawa musibah itu salah satu kifarah yang mana Allah ingin menghapuskan dosa kita. Yang keempat ialah dengan kita berterusan melakukan amal soleh. Allah akan gantikan satu dosa yang kita lakukan dengan satu kebaikan. Inilah yang Allah sebut didalam surah Furqan ayat 70. Inilah yang dicemburui oleh orang-orang yang bertakwa terhadap orang-orang yang ketika didunia melakukan maksiat tetapi dia banyak bertaubat dan akhirnya Allah gantikan dengan kebaikan.

Apabila selesai 4 terminal penyucian diri didunia, maka ketika didalam kubur insyaallah akan mudah dan terlepas daripada soalan munkar dan nakir dan juga daripada suasana yang boleh menyempitkan kubur kita.  Sama-sama lah kita berdoa agar Allah memberi kita kubur yang lapang dan Allah tunjukkan kepada kita syurga yang akan kita perolehi ketika kita masih berada di dalam kubur lagi. Jikalau dosa kita tidak selesai didunia, dan ketika disoal munkar dan nakir juga tidak selesai, maka nauzubillah, kita terpaksa melalui 4 lagi situasi di hari kiamat. Apabila semua dosa kita telah selesai, maka akan mudah ketika di hari kiamat. Yang mana bagi orang yang bertakwa, beramal soleh, rajin bertaubat, rajin beristigfar, rajin melakukan kebajikan, walaupun kebajikan yang kecil , tapi dilakukan dengan kerap , ia akan mengilap keikhlasan.


Tilawah dan tadabbur : Surah An-Naba’ ayat 1-40.

Inilah ayat-ayat Allah yang cukup indah. Mempunyai dua bahagian. Yang pertama, Allah memberitahu kita tentang hari yang selalu dipertikaikan oleh orang-orang yang ingkar. Mereka tidak yakin bahawa pada suatu hari mereka akan dibangkitkan pada hari kiamat. Ketika hari kiamat kelak, manusia terpinga pinga, kerana ketika didunia mereka selalu berselisih tentangnya. Walaupun fitrah mereka mempercayai, namun nafsu enggan menerima hakikat. Dalam masa yang sama, Allah bertanya kembali kepada kita tentang apa yang Allah beri kepada kita didunia, bukan untuk mengungkit tetapi untuk memberitahu, inilah yang Allah berikan kepada kita. Semua yang berlaku ada sebabnya, Allah tidak menjadikan kita seorang diri, dari pasangan, akan lahirnya zuriat. Allah memberitahu juga, Allah menjadikan tidur sebagai istirehat, memberi hak kepada tubuh badan, untuk membuat amal pada waktu siang, untuk mencari penghidupan. Ini adalah fitrah yang diatur, apabila melanggar fitrah, akan tunggang langgang lah. Jadi kita perlu mengikut sistem yang telah Allah cipta untuk kita kerana Allah yang menciptakan kita, maka Allah lah yang tahu kelebihan dan kelemahan kita.

Yang seterusnya Allah telah memberi pengiktirafan kepada manusia, memberi amanah untuk menjadi khalifah di muka bumi. Dan untuk kita berjaya menjalankan amanah Allah, maka kita perlu  mengikut sistem garis yang telah Allah tentukan. Allah telah katakan, bumi sebagai hamparan dan gunung sebagai pasak, semuanya bersebab iaitu untuk keseimbangan dunia. Di dalam surah Ar-Rahman, tertulis bahawa Allah telah mencipta keseimbangan di bumi, maka janganlah kita merosakkan keseimbangan itu. Allah telah menjadikan manusia berpasang-pasangan, untuk pembinaan keturunan mengikut sistemnya. Maka kita perlu mngikut sistem yang disyariatkan oleh Allah. Allah mengharamkan lahirnya anak luar nikah, jangan dilanggar. Sekiranya ada yang melanggar kita perlu buat sesuatu, kita perlu memberikan contoh yang baik kepada mereka. Di dalam surah An-Nisa ayat 1 : Allah ciptakan seorang lelaki, isteri, dan lahirkan keturunan yang banyak. Dengan nama Allah lah kita bersatu. Itulah lafaz akad nikah. Semuanya Allah telah siapkan sistemnya. Jadi insyaallah ia merupakan salah satu amanah untuk kembalikan sistem Allah supaya dilaksanakan dimuka bumi, supaya tidak berlakunya pembunuhan/penzinaan dan perkara-perkara  yang dimurkai oleh Allah swt.

Allah juga telah meletakkan kepelbagaian, sebagai satu rahmat, untuk membina kehidupan yang baik. Bertetapan dengan sistem Allah, semua ini ada pengakhirannya. Al-haq akan kekal, dan yang batil tidak akan kekal. Allah akan nilai dan hisab segala amalan kita. Amalan soleh akan kekal ke akhir hayat, dan amalan mungkar yang batil tidak dapat membantu di akhirat. Jadi pastikan apa yang hendak dibawa ke akhirat, adalah yang kekal disana.

Adakah kita sanggup untuk bertangguh dalam melakukan amalan soleh? Allah sentiasa menaburkan hidayah. Jadi, seluas manakah kita buka hati untuk menerima hidayah dan bimbingan Allah? Sejauh mana kita buka hati untuk beramal dengan al-quran dan membuang sikap-sikap kotor? Semuanya bergantung kepada seluas mana kita buka hati untuk menerima hidayah. Ada golongan-golongan yang tidak merasa akan dihisab, kerana wujudnya faktor dalaman yang menyebabkan iman sakit iaitu merasakan jauh azab dari dunia dan meremehkan azab akhirat. Di dalam ayat-ayat tadi, Allah mengatakan, ada orang-orang yang menolak ayat-ayat Allah, maka sudah jelas pengakhiran bagi mereka. Allah menceritakan azab pengakhiran mereka.

Namun perlu difikirkan dimana akhir kita? Kita mengucapkan syahadah 9 kali di dalam solat. Tetapi apakah keberkesanannya di dalam hati kita? Adakah kita sudah merasakan bahawa azab dunia ini merupakan satu tanda kehebatan azab akhirat? Adakah apa yang kita rasakan itu mampu untuk mengerakkan kita untuk jauh dari perkara yang Allah murka? Adakah kita lakukan perkara yang mengembirakan allah? Walaupun hakikatnya Allah tidak memerlukan pun, tetapi kita yang memerlukannya. Kita yang memerlukan Allah. Apakah yang telah kita lakukan untuk kebaikan kita sendiri? Dan apakah yang telah kita lakukan yang boleh menghumbankan kita ke dalam neraka Allah? Jadikan kedahsyatan neraka sebagai motivasi untuk kita beramal dengan amalan ahli syurga.

Seterusnya Allah menceritakan pula keindahan syurga juga sebagai motivasi untuk kita. Kita akan dapat bertemu dengan Allah dan Allah berbicara dengan kita. Impikan keindahan itu. Di syurga, orang-orang yang beriman cukup gembira, ada pula isteri yang akan bersama-sama, yang akan menjadi isteri di syurga kelak. Allah sediakan bidadari/bidadara disyurga. Bagi mereka yang tidak melayan isteri atau suami dengan baik ketika di dunia, bidadari/bidadara syurga akan mengatakan alangkah ruginya kamu tidak melayan isteri/suami mu dengan baik. Di akhir surah ini, orang-orang kafir berkata alangkah baiknya seandainya dahulu aku jadi tanah. Allah sudah mengetahui tentang penyesalan mereka di akhirat kelak.

Modul Ketakwaan Jundi : Hari Kiamat

Penceritaan tentang peristiwa diakhirat, supaya memberi keinsafan kepada kita, supaya kita berusaha bersungguh-sungguh sebagai persediaan untuk bertemu Allah. Di akhirat kelak kita akan  hidup sepanjang masa, sama ada mendapat nikmat syurga atau terseksa di neraka. Betapa bahagianya ahli-ahli syurga dan seksanya penyesalan orang-orang kafir. Kalau boleh kita hendak masuk syurga secepat kilat, mengharap redha Allah, cinta dan kasih Nya.

Suasana-suasana hari kiamat. Allah sentiasa mengingatkan kita. Di dalam surah Al-Hajj, bayangkan keadaan di padang mahsyar, dalam keadaan yang sangat sulit, keringat kita yang bercucuran deras, matahari yang dekat. Dengan setiap gambaran tersebut, adakah kita masih tidak takut terhadap Allah? Allah memiliki 100 rahmat. Baru satu rahmat yang telah Allah campak didunia, selebihnya Allah simpan di akhirat kelak. Jadi kita perlu wujudkan suasana takut pada Allah walaupun tidak terlihat dan juga membina kasih sayang kepada Allah untuk kita melakukan amal-amal soleh, supaya kita dapat bertemu dengan Allah dalam keadaan gembira. 78:38, kita tidak diizinkan untuk berbicara, kecuali kepada mereka yang diizinkan untuk berbicara. Didunia mungkin kita mampu untuk beralasan, namun tidak di akhirat kelak. Sudah tiada waktu untuk beralasan. Jika didunia, kita masih sempat untuk bertaubat pada bila-bila masa sahaja, namun tidak diakhirat. Di hari akhirat kelak jugak Allah akan perlihatkan segala amalan kita (Surah Al-Imran ayat 30). Tiada alasan untuk kita katakan kita tidak mengetahuinya.

Perasaan ketakutan yang amat jelas oleh para malaikat, walaupun mereka adalah pekerja-pekerja Allah, yang tidak pernah bermaksiat pun tidak mampu berbicara. Apatah lagi manusia, yang pada ketika hari itu manusia lari dari orang sekelilingnya. Tidak ada guna penyesalan kita pada hari itu /akhirat (surah An-Naziat ayat 34,35). Tiada gunanya mencela perbuatan kita ketika di akhirat. Jiwa yang mencela tidak berguna di akhirat. Perlulah kita mencela perbuatan maksiat kita sementara masih didunia. Nafsu pertama ialah nafsu amarah, yang membuat keburukan sahaja. Apabila kita merasakan kita telah melakukan salah, inilah tanda-tanda nafsu lawammah iaitu nafsu mencela. Dan kemudian lahirlah taubat. Jiwa yang mendapat hidayah, akan bertaubat, dan akan dinaikkan darjat kepada nafsu mutmainah. Salah satu tandanya ialah redha. Redha kepada allah, redha kepada apa yang ditakdirkan. Ia menjadi sumber keimanan/roh akhlak. Ada 3 dasar sistem akhlak iaitu siddiq(benar), ikhlas dan sabar. Iaitu kita benar dalam redha kepada allah. Tawakal lahir dari perasaan kita yang mana kita tahu dan yakin bahawa Allah yang mengatur segala urusan. Kita berusaha, Allah yang tentukan.

Di hari akhirat kelak, ada wajah yang berseri dan hitam muram. Bagaimanakah kita nanti? Adakah kita merasa takut? Atau masih bertindak bodoh? Bagaimanakah kita untuk menghadapi hari itu? Adakah kita mampu untuk meninggalkan maksiat? Muhasabah kembali diri kita. Kita perlu merasa satu hubungan/ketakutan/rasa bersalah dengan kesalahan yang dilakukan. Di padang mahsyar nanti kita akan berhimpun selama 50 ribu tahun. Kita tidak makan, tidak minum. Jadi apakah yang kita lakukan disana? Bayangkan bagaimana keadaan/perasaan kita? Nabi bersabda, kita akan dikumpulkan dalam keadaan telanjang dan tidak beralas kaki. Aisyah bertanya, lelaki dan wanita melihat satu sama lain? Baginda menjawab pada hari itu, lebih dahsyat dari apa yang menjadikan mereka merasa sedih itu (hadis riwayat bukhari dan muslim). Setiap kita tidak mampu melihat orang lain. Masing-masing hanya menyatakan diriku, diriku, diriku. Setiap jiwa merasa takut dan gelisah.

Nabi bersabda pada hari itu, manusia dikumpulkan dalam 3 golongan. Golongan yang berjalan kaki, golongan yang berkenderaan, dan golongan yang berjalan dengan muka mereka. Sahabat bertanya, wahai rasulullah, bagaimana mereka berjalan dengan muka? Baginda menjawab Allah akan menjalankan mereka dengan kaki-kaki mereka, dengan muka-muka mereka. Sedangkan mereka yang berjalan dengan kaki-kaki mereka adalah orang yang menjaga muka mereka dari kesulitan dan duri. Ketika di dunia mereka menjaga wajah mereka, menjaga mata mereka, tidak melakukan perakara haram, tidak bersolek dengan solekan yang haram. Firman Allah swt, orang orang yang dihimpunkan dineraka jahanam dengan diseret mukanya, mereka itu adalah orang-orang yang paling buruk tempatnya dan paling sesat jalannya (surah Furqan ayat 74).
Seterusnya Allah mengatakan, dan Kami akan mengumpulkan mereka pada hari kiamat diseret atas muka mereka dalam keadaan buta, bisu dan pekak. Sambil mereka mengatakan, aku akan lari, aku takut, aku tidak mahu. Tetapi, sekarang kita terpaksa menghadap Allah swt. Insyaallah, sebelum tiba saat itu marilah kita sama-sama khusyuk dan takut kepada Allah. Dengarkanlah, jika kita beriman, jika kita takut kepada Allah maka Dia akan memberikan kita pahala. Nabi saw bersabda, sesungguhnya hari kiamat itu, melewati orang mukmin, seperti dua rakaat yang dia lakukan dalam solat. Oleh itu, ketika di dunia, janganlah kita, merasa kedekut, bakhil untuk meluangkan masa solat dua rakaat di malam hari, solat taubat sebelum tidur, dan ketika Allah bangkitkan kita awal subuh, solatlah dua rakat. Ataupun dua rakaat tahajjud, ataupun solat dua rakaat witir ditambah dengan satu rakaat sebagai penutup dalam kehidupan kita ataupun munajat malam kita kepada Allah swt. Mudah-mudahan dosa seharian kita Allah ampunkan dan ia dapat memberikan kita keringanan dalam menghadapi kengerian hari kiamat. Insyaallah setiap dosa yang kita taubat Allah gantikan dengan satu kebaikan.

Bersyukurlah kepada Allah atas kemurahan Allah kepada kita untuk kita melakukan amal soleh. Sebab Allah nak kita masuk ke syurganya. Mudah-mudahan kita takut terhadap kemurkaan Allah, dengan berhati-hati dalam setiap kehidupan kita. Allah beri peluang sebagai mukmin disisi Allah untuk kita lalui hari kiamat yang penuh kenegerian , berlalu seperti solat sunat 2 rakaat yang ringan.  Ingatlah bahawa hari itu pasti terjadi. Mohonlah supaya kita diberi bantuan oleh Allah untuk menghadapi hari itu.

Nabi bersabda, ketika hari kepanasan itu, 7 kumpulan manusia yang akan Allah naungi mereka dibawah naungannya di hari yang tiada naungan kecuali naungan Allah swt. Siapakah mereka itu? Pertama ialah imam yang adil. Kedua, pemuda yang tumbuh dalam ketaatan kepada Allah swt. Ketiga adalah laki-laki yang hatinya tertaut dengan masjid. Keempat, dua orang yang saling mencintai kerana Allah. Kelima, lelaki yang diajak wanita cantik berzina lalu berkata aku takut kepada Allah. Keenam, lelaki yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kiri tidak tahu keadaan tangan kanannya. Akhir sekali ialah lelaki yang mengingati Allah dalam keadaan bersendirian sehingga air matanya bercucuran. Allah cemburu sekiranya kita lupa padanya. Allah mahukan Dia sahaja di dalam hati kita. Pastikan ketika didunia kita bersama-sama dengan Allah, mudah-mudahan diakhirat kelak, Allah akan bersama-sama kita dalam jutaan manusia. Bukan itu sahaja, malah Rasullah akan mencari kita dan memberi minum dari telaganya. Maka kita tidak akan kehausan. Cuba tanamkan ketakutan kepada Allah, dan banyakkan menyendiri bersama Allah.

Bayangkan ketika sampainya saat nama kita dipanggil, dengan seruan yang keras, marilah untuk dihisab. Apakah yang akan kita lakukan dihadapan Allah? Akan terhampar lah segala amalan. Allah akan bertanya, tanpa perlu penterjermah. Kita hanya mampu melihat apa yang telah kita lakukan. Allah berkata kepada kita, bukankah aku telah memberi mu rezeki? Bukankah aku telah memberi mu kecantikan dan memerintahkan menutupi dengan hijab? Tetapi apakah yang telah kamu lakukan? Bukankah aku telah memberi mu ibu dan ayah?  Dan aku tanamkan kedua hati mereka kecintaan kepadamu? Tetapi apakah balasan mu terhadap mereka? Bukankah aku telah memberi mu kekuatan? Mengapa kalian menggunakan kekuatan itu untuk bermaksiat? Engkau telah meremehkan pertemuan dengan ku. Maka hinalah engkau.

Bayangkan sekiranya kita melafazkan dosa-dosa kita dihadapan ibubapa kita, apatah lagi jika dilafazkan dihadapan Allah. Apakah perasaan kita? Orang yang ingkar akan diusir oleh Allah untuk dihumban ke neraka oleh para malaikat. Dan berbeza pula orang yang mukmin, yang akan Allah minta mendekatinya dengan cukup lembut. Maka cahaya dan kelembutan Allah akan meliputi mereka. Maka takdir Allah menjadikan mereka merasa nyaman. Kemudian Allah bertanya, ingatkah engkau dosa ini? Ingatkah engkau dosa itu? Maka Allah berkata, aku telah menutupinya didunia, dan aku ampuni dosa mu. Itulah keadaan-keadaan yang akan kita perolehi. Di antara dua, sama ada beramal dengan amalan ahli syurga, atau sebaliknya.

Sesungguhnya rasa takut yang kita inginkan adalah rasa takut kepada Allah yang membawa kepada cinta kepadaNya. Rasulullah saw adalah orang yang paling takut kepada Allah. Hentikanlah maksiat pada saat ini. Semakin kita dekat kepada Allah, semakin kuat rasa takut kepada Allah. Dan sesungguhnya orang yang paling takut kepada Allah adalah orang yang paling cinta kepada Allah. Kematian merupakan penamat untuk kita beramal. Sentiasalah mengingati mati kita. Ibaratkan setiap detik yang kita lalui merupakan detik yang terakhir. Nafas yang kita tarik itu ibarat nafas yang terakhir. Walaupun umur kita mungkin baru belasan tahun, baru dua puluhan, tiga puluhan. Sebelum kita tidur, bayangkan itu adalah tidur kita yang terakhir. Kerana ketika tidur adalah waktu Allah mengambil roh kita sementara. Itu adalah kematian yang sementara. Apakah persedian kita sebelum kita kembali? Jangan kita yakin apabila kita tidur kita akan bangkit kembali. Jadi ambillah waktu yang ada itu untuk melakukan amal-amal soleh. Bertaubat kepada Allah. Andai kata Allah mengambil nyawa kita ketika itu, insyaallah kita sudah sempat bertaubat kepada Allah. Mintalah doa kepada Allah dalam setiap detik kehidupan kita.

wallahua'lam






Kisah-Kisah Tawakkal


Assalamualaikum wbt.
Bismillahirrahmanirrahim.

Kuliah BM Fasa 1, 18 Dec 2012.

Dengan janji Allah swt : 

4 perkara yang akan didapati dalam majlis ilmu, dengan berniat dalam majlis zikrullah , mengingati Allah dengan khusus yang mengundang cinta kasih kepada kita , semoga Allah melimpahkan kasih syg Nya. Allah telah berjanji akan memberikan…

1) Sakinah, terdapat nikmat dan ketenangan

2) Rahmat dari Allah, walaupun datang dengan segunung dosa, menghadirkan diri dan fokus, dari rezeki kefahaman, dan Allah beri roh untuk Allah cernakan dalam kehidupan kita, mengalir untuk menjadi bekalan dan ketundukan yang total kepada Allah.

3) Malaikat berlumba-lumba untuk bersama-sama kita, diiringi para malaikat dan ketua para malaikat, akan melaporkan nama-nama yang hadir pada Allah. Allah tak memerlukan suasana itu. Untuk malaikat hadapankan kepada Allah, untuk mendapat cinta kasih Allah, seluruh malaikat akan turut mencintai. Rebutlah cinta Allah dengan terus beramal soleh, yakin dari sumber al-quran dan sunnah, tanpa ragu2 - larangan Allah , tinggalkan tanpa menyesal, tinggalkan demi Allah taala. Semoga nama-nama kita popular di sisi Allah dan para penghuni langit , malaikat akan mengkhabarkan pada penghuni langit dan penghuni dunia.

4) Allah akan tutup keaiban kita, kepada yang menyahut seruan untuk hadir majlis zikrullah. Tiada kain yang mampu menutup keaiban kita, tanpa keizinan Allah taala. Kita katakan kepada Allah, kita berlindung dengan Allah dari kejahahatan/keburukan amalan, Allah sahajalah yang mampu mengampunkan dosa dengan taubatan nasuha.

3 trilogi yang menjadi hak taubat yang dilakukan :

a) Menyesal dengan rasa kepedihan hati, bukan sahaja menyesal dengan kata2, tapi dengan hati merasa sakit dengan kesalahan yang dilakukan hingga menitis air mata penyesalan ketika memohon taubat terutamanya di malam hari yang sunyi.

b) berhenti kepada kesilapan yang akan dilakukan , amalan yang sedang dilakukan . Tidak bertangguh , tidak sayang dengan amalan buruk yang dimurkai Allah.

c) bertekad tidak akan mengulangi kerana kita tahu kemurkaan Allah akan menimpa kita semula.

Semua yang ada disekeliling kita  membantu kita menjadi hamba Allah yang ikhlas. Sejauh mana kita berinteraksi dengan alam dan ayat2 Allah dan hadis2 Rasulullah yang dibaca kepada kita.Bagaimanakah untuk berinteraksi dengan alam, apabila membaca al-quran. Melihat kebesaran /penciptaan Allah yang cukup indah , seolah alam ini berkata-kata dengan kita , seluruh pokok2 dan alam berzikir kepada Allah.
Sahabat2 yang rapat dengan Rasulullah, bila dibacakan ayat2 Allah : Saidina Abu Bakar, pada dirinya sendiri berkata, ‘Alangkah indahnya menjadi seekor burung , diakhirat kelak tidak akan dipertanggungjawabkan’. Apa yang lahir dan tersembunyi akan tersembunyi dari Allah dan Allah akan perlihatkan. Apabila kita menutup keaiban orang lain, Allah akan tutup aib kita. Allah sangat dekat dari urat leher kita sendiri, untuk sedarkan orang dalam kelalaian/kesesatan.

Tilawah dan Tadabbur : Ar-Rahman: 1-25

Kalau kita lihat ayat Allah dalam surah ar-rahman. Setiap kali baca, lihat maknanya. Lihat suruhan Allah yang mana belum dilaksanakan dan lihat larangan mana yang belum ditinggalkan. Tinggalkan secara spontan sebagai tanda ketaatan, tinggalkan dengan hati yang redha. Dan  suruhan Allah lakukan tanpa soal.

Bila kita dengar ayat Allah itu  dan lihat makna2, cukup indah! Allah berkata-kata dengan kita dengan al-quran. Roh yang diberikan kepada para Anbiya memberi kesan kepada kita bila baca dengan penuh penghayatan. Mulakan kehidpan dengan al-quran, dan buku catatan amalan dibuka dengan solat subuh. Maka apabila solat subuh, untuk mendapat keredhaan Allah, utk berada dalam suasana redha Allah yang memberi motivasi yang kuat, untuk survive dengan kuat dari solat subuh, mohon kepada Allah agar dapat bangun awal dan solat berjemaah.

Apabila dapat mulakan dengan amalan yang banyak, akan rasa terpandu oleh Allah. Untuk mendapat payung/lembayung rahmat ketika kengerian hari kiamat: terminal yang ke-10 terminal penyucian dosa sebelum masuk syurga Allah. Bangkit solat subuh berjemaah di surau /masjid, Allah akan bookingkan syurga untuk kita. Para isteri /atau siapa sahaja yang membangunkan untuk solat subuh, akan mendapat yang sama.

Bila Allah beri naungan yang sama, kita dapat menumpang sekali. Antara 7 golongan yang dinaungi adalah lelaki yang menjadi kaki masjid /rajin ke masjid. Apabila kita solat subuh berjemaah, disambung dengan tilawah, kita sudah mulakan langkah yang baik. Bila kita keluar rumah sahaja, malaikat yang memegang bendera keimanan dan ketakwaan akan mengiringi kita. Di mana sahaja kita duduk dalam rumah terdapat suasana yang tidak indah, maka azankan dan iqamahkan agar syaitan akan lari.

Ketika tilawah al-quran, doa agar Allah keluarkan sifat2 buruk/penghuni dalam rumah keluar dari hati kita, alirkan kepada bakal pasangan/ keluarga /seluruh keturunan, didalam pandangan rahmat Allah. Minta juga pada Allah agar keluarkan syaitan dari rumah. Sucikan diri, bersihkan hati dari titik2 hitam, yang memberi kesan kepada hati dan cahaya tidak dapat masuk, agar dapat kita bantu membersihkan jiwa, insyaAllah akan lihat syurga. Lihat Allah. Lihat alam seperti alam berkata pada kita.

Seperti dalam surah Ar-Rahman, Allah maha Pemurah. Kepada orang kafir dan orang beriman juga diberi. Allah yang maha pengasih yang mengajarkan al-quran dengan perantaraan para anbiya. Yang mencipta manusia dan mengajar manusia berbicara, mendidik anak2, mentarbiah cucu. Tidak akan rasa tergamak atau tersampai hati untuk tidak mengatakan satu pun yang memperkenalkan kepada Allah. Anak-anak itu amat suci.

Anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah, akan ditanya kedua ibu bapa. Satu hari kita akan jadi ibu bapa. Maka adakah yang melahirkan anak2 yang mungkar kepada Allah? atau yang cintai Allah dan Rasulullah dari segala-galanya?

Mimpikan diri kita kepada Allah, dihadapan Allah bagaimana? Siapakah golongan2 yang Allah berikan nikmat? Contoh : Allah yang maha pengasih yang mengajarkan/ faham al-quran (Ar-rahman: 2). Kita boleh bacakan al-quran, nur dihati untuk membaca, dengan keizinan Allah taala.

Orang yang belajar al-quran itu yang tergagap-gagap, dari yang lancar tapi bongkak adalah lebih baik di mata Allah.

Dalam kisah Bilal bin Rabah iaitu seorang hamba. Abu bakr yang membeli dia. Pelat apabila sebut Allah. Bila Rasulullah menyuruh azan di bukit, azan itu didengar sampai ke penghuni langit. Ia merupakan syariat azan yang pertama. Pada suatu hari, sahabat lain hendak azan, tetapi azan itu tidak sampai. Walaupun sahabat tersebut tidak kata azan bilal tidak sedap, tetapi ada perasaan rasa suaranya lebih sedap dari bilal, maka Azan itu tidak sampai. Amalan yang ikhlas sahaja yang akan sampai kepada Allah.

Apabila sebut ikhlas : Hanya kepada Allah.

Allah menciptakan manusia pandai berbicara (Ar-Rahman: 4). Bila kita rasa : Kita pandai cakap, kita lebih hebat dari orang lain, ingat Allah yang mengajar/memandu akan yang akan dibicarakan atau didiamkan. Apabila Allah ajarkan sesuatu berbicara, Allah tidak hendak kita berbicara2 sesuatu yang mengunjing orang lain, atau berkata-kata yang sia-sia. Allah yang mengajarkan kita pandai berbicara.

(Ar-rahman: 5-6)
Allah hendak bawa kita dalam keadaan zikrullah. Percakapan kita adakah zikrullah? Atau pemikiran kita? Termasuk dari segi pemikiran, mengingati Allah. Zikrullah bukan pada kata-kata sahajar. Jadi, sebelum berkata-kata, minta redha Allah. Sebelum buat keputusan / berbicara, minta redha Allah. Seluruh alam berzikir kepada Allah.

Dan langit diciptakan Allah dan diciptakan dengan seimbang (Ar-Rahman: 7-12). Allah pesan, jangan rosakkan keseimbangan. Dan tegakkan keseimbangan itu dengan adil.

Manusia yang tidak beriman , tidak senang orang lebih senang sedikit dari kita.
5 musuh para da'ie :
1) Mukmin yang dengki. Sebagai orang yang beriman, tidak takut kepada sesiapa selain Allah, yang maha kuasa, Allah nak tengok orang yang beriman bagaimana pertarungkan darah untuk Allah Taala.
2) Syaitan yang menyesatkan.
3) orang kafir yang memerangi
4) munafik yang memutar belitkan
5) nafsu yang memberansangkan. Nafsu yang mengajak kepada kemungkaran, yang menarik dari berbuat kebaikan.

Satu dalam diri, Empat diluar serang kita.  Berpegang kepada Allah taala, kuatkan diri, membina diri dengan cinta kasih kepada Allah taala. Jangan kacau keseimbangan yang Allah ciptakan, Allah hendak memberikan kemudahan kepada mahluk Nya.

Al-quran Allah berikan dengan kasih Nya. Allah berikan kita pndai berbicara : matahari dan bulan , makanan dari tumbuhan2, hujan , buah-buahan , bunga2 yang mempunyai keharuman.

(Ar-Rahman: 13-15)
Mana nikmat yang didustakan/ yang tidak disyukuri?
Kedoktoran : satu bidang yang cukup hebat. Melihat kebesaran Allah dari dalam diri kita sendiri. Allah beritahu juga penciptaan jin dari api. Tetapi ada yang ingkar tak mahu sujud kepada nabi Adam, dan dikeluarkan dari syurga. Yang dahulunya menjadi ketua di syurga, enggan sujud dan tidak mendapat nikmat dan keampunan. Dalam ayat ini, Allah tanya balik, sejauh mana kita bersyukur dalam penciptaan kita yang serba lengkap/indah yang diciptakan sebaik-baik kejadian?

(Ar-rahman: 16-17)
Kalau kita tengok, bila jadi pusingan musim panas kepada musim sejuk: bagaimana kita nikmati? atau dengan keluhan? Tidak ada siapa yang dapat mengubah bila Allah hendak datangkan musim sejuk atau musim panas. Menimbulkan rasa keinsafan. Tetapi kalau rasa degil sangat, pergi bumi Allah yang ada 4 musim, dan rasa kebesaran Allah. Di mana salji tu putih , tapi ramai sangat hati yang kotor.

(Ar-rahman: 18-22)
Air yang payau /masin. Ada ikan air masin, ikan air tawar dan perjumpaan di antaranya. Dan mutiara dalam laut datang dari Allah. Allah sediakan dan kurniaan Allah taala. Maka nikmat Allah yang mana kita dustakan? Dengan mutiara akan menjadi kaya. Apabila kaya, tindas orang yang miskin.

(Ar-rahman: 23-25)
Siapa yang memberikan suasana fizik yang suasana kapal boleh terapung? Suasana untuk berfikir tentang kebesaran Allah. Titanic: Orang takbur kepada Allah. Berlakunya kemurkaan Allah taala, bila dilambung ombak mereka akan sebut Allah taala. Lihat dari segi asal, mereka merasa kehebatan/ canggih, dan Allah hendak tarik agar mereka tidak sesat. Mereka merasa teknologi / penciptaan kapal yang hebat sedangkan manusia pertama yang membina kapal adalah Anbiya kita: Nabi Nuh.

Surah ini mengajar kita….
1) Sekiranya Allah beri segalanya kepada kita, adakah kita bersyukur?

2) Cinta Allah pada kita. Boleh sahaja sekiranya Allah ingin berikan kita perkara buruk segalanya. Tapi Allah beri kita perkara yang baik, suasana yang baik, ibubapa yang baik, agar kita sentiasa diberi ruang untuk mengenal cinta Allah pada kita. Sebagai tanda cinta dan kasih pada kita.


Tawakal kepada Allah

Tawakal dari Allah, yang Allah ajarkan kepada para nabi. Dalam peperangan, Rasulullah duduk disebuah pohon, dan lelaki kafir mengacukan pedang kita Rasulullah., dan ditanya siapakah yang akan menyelamatkan kamu kepada Rasulullah, Rasulullah menjawab – Allah. Dan pedang terlepas dari tangan, dan Rasulullah acukan kembali, dan tanya kan kembali siapakah yang akan menyelamatkan kamu?  Dan adakah kamu akan mengaku Allah adalah Tuhanmu? Pemuda tersebut menjawab – tidak. Tetapi nabi tidak membunuh kerana bukan suasana peperangan ketika itu. Nabi melepaskan pemuda tersebut. Itulah kisah ketawakalan Rasulullah.

Kisah lain: Nabi yunus a.s., melarikan diri dari umatnya dan putus asa, menghadapi umatnya yang tidak mahu dengar. Dan dia naik ke sebuah kapal, diundi 3 kali, dan jatuh kepada baginda. Allah telah turunkan syariat pada waktu itu. Pada masa itu, bila nabi Yunus naik: kapal bergoncang dilanda oleh ombak, kapten kapal mengatakan ada orang yang didalam kapal melakukan dosa. Ketua kapal itu tidak tahu akan kesalahan yang dilakukan oleh nabi Yunus. Nabi Yunus itu mengaku akan kesalahannya dan bersetuju untuk terjun dari kapal. Tetapi kapten kapal mengatakan mana mungkin seorang nabi melakukan kesalahan. Maka, undian terus dibuat tiga kali.

Sekiranya dalam dakwah, kita tak boleh putus asa. Hidayah dari Allah. Sebagai da'ie tak boleh putus asa. Mohon kepada Allah diberi kekuatan. Kemudian nabi dicampak , Allah utuskan paus : untuk telan nabi yunus dan diberi arahan oleh Allah dan jangan makan nabi yunus. Doa nabi yunus, “Tiada tuhan yang layak disembah, sesungguhnya aku termasuk orang2 yang zalim”,  dan Allah suruh ikan paus muntahkan/keluarkan nabi yunus dari perut ikan tersebut.

Sekiranya kita lakukan kesilapan, mohon agar Allah ampunkan sepertimana Allah ampunkan nabi yunus. Nabi yunus tidak give up; Nabi yakin Allah akan selamatkan dia. Ketawakalan nabi yunus kepada Allah cukup kuat. Bertaubat la kepada Allah, tidak akan ada yang mencelakakan kita, semua urusan /kebaikan di tangan Allah. Allah yang maha memelihara alam semesta.

Kisah para Tabii: Ahli ibadah yang zuhud dan beribadah dengan kusyuk. Yang tidak pernah ketawa selama 20 thn, tapi pada hari kematian anaknya, dia tersenyum. Ini adalah kerana sesuatu yang Allah mencintaiNya, aku pun mencintai Nya. Seorang ayah, bila Allah tarik anak beliau, dia tersenyum. Begitu juga ibu bapa kita, suami/isteri kita, bila kehadiran suami/isteri pemberian Allah. Allah akan ambil mereka juga, kerana cinta Allah. Ia merupakan pemberian yang terbaik dari Allah. Melihat dari suasana begitu, Allah akan bantu kita.  

Dan banyak lagi kisah ketawakalan para Anbiya di dalam Al-Quran dan hadis nabi 

Wallahu’alam.

Tuesday, December 18, 2012

Tadabbur al-Hadid


kuliah BM
12/12/12
17.40pm

Taujih

Semoga kita di akhirat kelak bersama di dalam rahmat dan kasih sayang Allah. Suasana di akhirat  sangat hingar bingar, namun bagi orang beriman adalah tenang . Sekiranya dapat meraih cinta dari Allah ,itulah nikmat paling besar , nikmat yang hakiki. Apabila mendapat cinta Allah , Allah akan mengkhabarkan pada malaikat , dan seluruh penghuni langit dan bumi mengenal kita sebagai abid yang dicintai dan dikenali sebagai orang yang soleh/hah dari segi keimanan dan ketakwaan ,impian nikmat syurga allah , dalam menikmati nikmat2 syurga yang diberikan dan Allah tambah lagi satu nikmat , nikmat berbicara dan melihat Allah.

Di samping nikmat-nikmat syurga yang dikhabar di dalam al-quran , Allah akan berbicara dengan setiap dari kita . itulah nikmat yang cukup indah , apabila kita melihat syurga dihadapan. Semua itu tidak dapat diprolehi sekiranya kita tidak memohon simpati Allah , dan mohonlah agar Allah tutupkan keaiban-keaiban kita yang Allah sahaja ketahui dan yang telah diketahui manusia.  Mohon juga kepada Allah , agar Allah tidak biarkan kita menentu nasib kita sendiri, walaupun sekadar sekelip mata atau masa yang lebih pendeki dari itu.

Sesungguhnya Allah maha besar , rabb sekelian alam , pemurah dan penyayang , kepada hamba yang taat dan yang ingkar , Allah la menguasai hari penghisaban , dan Allah lah mengatur segala nya untuk mengatur untuk kita , allah ialah rabb , illah dan malik , tempat kita meminta, memohon pertolongan , memohon rezeki yang halal, merujuk perundangan , dan mengambil illah tempat yang kita tundukkan/pengabdian/keyakinan kerana Allah lah yang bersifat al-wakil.
Sama-samalah kita memohon keberkatan, akan waktu , dari nabi adam dan manusia akhir hingga hari kiamat , 24 jam, mohonlah keberkahan waktu kerana tanggungjawab yang ada lebih banyak dari waktu yang kita ada. Ada yang terlebih waktu yang kita tumpukan sesuatu perkara. Pohonlah keberkatan, lakukanlah solat istikharah agar allah pandu supaya kita tidak melakukan kesilapan. Jika melakukan kesilapan, lakukan taubat, agar Allah tidak memberikan kifarah kepada kita, atau keturunan kita atau bakal isteri atau suami kita. Mohon ampun juga atas kealpaan, kelalaian dan keegoan kita. Segala yang halal, haram, perkara-perkara yang patut kita lakuakan telah disampaikan melalui para Rasul dan juga para duat Allah. Mohon juga agar tidak tergolong dari golongan yang membantah, relakanlah diri agar Allah pimpin.

Ingatkan kembali suami yang kadang-kadang terlupa, memimpin kepada kebenaran, kerana akan dipertanggungjawabkan, amanah-amanah yang diberi , amanah sebagai abid dan khalifah, ibu bapa, melaksanakan tanggungjawab, membimbing dan berdoa , berdoa juga Allah pelihara ibu bapa kita lebih baik kepada kedua ibu bapa, taufik dan hidayah. Pohon juga kepada Allahsupaya hamba-hamba Allah yang di sisi kita adalah hamba-hamba yang mengingatkan kita kepada Allah , dan membawa ke syurga, berganding bahu menuju syurga dan bukannya yang menarik  kita cepat-cepat ke neraka allah taala (nau'dzubillah), mohon doa juga dosa yang dilakukan tidak diberikan kifarah kepada pasangan atau keturunan kita.

Ketika mengingati balik hari kelahiran kita, muhasabahlah. Sekiranya 40 thn dulu , 20 thn , dan setelah Allah berikan waktu, ke mana waktu kita digunakan , membawa diri /menyediakan diri untuk menjadi ahli syurga atau mengadaikan diri sebagai bahan api neraka, mengharap untuk diselamatkan. Adakah kita mahu lalui suasana-suasana itu , masihkah lagi kita merasa ego untuk memohon ampun??


Tilawah al-Hadid
(57:12-24)

Kebenaran datang hari yang maha besar. Mudah je jika allah nk beri ganjaran pahala, dengan membaca, minima 10 ganjaran  pahala, mudah untuk mendapat pahala. Ingat bahawa ada yang mengganggu untuk mengikis balik pahala. Dah tahu ilmu tu tapi belum beramal akan mengundang kemurkaan allah. Godaan dari syaitan yang tak nampak.manusia diajar berdoa kepada allah untuk berlindung kepada allah dari mahluk yang kita tak nampak , tapi mereka nampak kita. Manusia buat kesilapan Allah beri keampunan Allah ajar doa-doa memohon keampunan, Allah ajar agar manusia menyesali kesilapan-kesilapan yang dilakukan. Syaitan tidak akan putus asa dalam melalaikan kita. Syiatan tidak akan pernah berhenti menggoda kita. Tidak dapat menggangu solat kita waktu subuh, syaitan akan datang pada waktu dhuha, tidak dapat dhuha, dtang zohor, begitulah seterusnya, sampai satu saat bila mana kita lalai terhadap musuh kita ni, dia akan berjaya menguasai kita.

Semoga Allah lindungi diri kita dari sifat takbur yang telah mengeluarkan syaitan dari syurga.

Mudah-mudahan kita dibersihkan Allah dari rasa kedegilan dalam melakukan ketaatan kepada Allah. Banyakkan istighfar,  impikanlah syurga, kerana impian hari ini adalah kenyataan hari esok. Sesungguhnya syurga itu adalah sesuatu yang tidak pernah terlihat dek mata, terdengar dek telinga, terdetik dek hati..Syurga adalah satu tempat yang sangat hebat, indah..teruslah kita merendahkan diri untuk mencari redha dan cinta Allah. sebenarnya sangat mudah untuk kita mencintai Allah kerana dah memang menjadi tanggungjawab kita untuk mencintai Allah. Allah memang berhak untuk mendapat cinta kita.

Untuk meraih cinta Allah adalah istimewa kepada hamba Nya yang terpilih , tiada rahsia jadi hamba yang special , bagaimana untuk menjadi hamba allah , yang didasari cinta Nya . merasai kemanisan iman , tidak boleh dirasai , tidak mampu dalam bentuk perasaan , sesuatu dalam jiwa, walaupun hadir dengan banyak dosa, ikhlaskan diri bayangkan syurga di hadapan kita. Apa yang kita buat, Allah beri syurga atau tidak, itu tidak penting kerana yang hendak dicapai adalah cinta dan keredhaan. Jika hendak menagih cinta Allah taala, perlu kejar dan usahakan, kerana antara satu rahmat yang Allah letakkan , manusia boleh hidup aman damai, rahmat kasih syg/kecintaan allah, akan bekorban ,tidak berkira apa sahaja yang ada. Allah cipta dengan satu tujuan , untuk meraih cinta Allah.

Cinta itu hanya Allah yang berhak. Yang haram itu bukan cinta.

Keadaan org2 yang beriman dan bertakwa, dan Allah sebutkan juga orang2 yang munafik, mulut mengatakan beriman tapi hati kufur.Luarnya nampak orang beriman, namun hati kufur , ketika di akhirat kelak, tiada ruang untuk menyembunyikan diri.

Oleh itu, nilailah balik diri kita. adakah terdapat dalam diri kita ini ciri-ciri orang munafik? kalau ada sikitm keluarkan dari diri kita, sebab ini adalah peringatan yang datangnya dari Allah untuk kita muhasabah diri kita. jangan rasa ayat-ayat munafik ini tiada kaitan dengan kita. ini adalah peringatan dari Allah untuk kita.
4 tanda munafik:
1.bercakap tapi berbohong
2.bila diberi amanah oleh Allah, khianati.
tgk balik diri kita,adakah dilaksanakan atau tidak.Setelah akad nikah apa yang dilakukan pada isteri/suami , membimbing mengenal allah. suami adalah pemimpin bagi wanita, bagaimana buruknya, cari la potensi untuk memimpin keluarga , masyarakat ,ummah.
3 bila berjanji,mungkir.
ciri2 munafik mula berputik , kita akan mati , satu agenda kehidupan yang Allah atur pada kita,Allah akan matikan dan hisab balik amalan, samada muslim , kafir dan sebagainya perlu melalui jalan itubarangsiapa mengharapkan pertemuan , akan beramal semata-mata kerana Allah, tidak akan mensyirikkan Allah .


Adab-adab berinteraksi dengan ummah atau mad'u adalah dengan tidak berdebat. Setiap perkara yang kita perkatakan akan dipersoal oleh Allah. mengapa kita berkata demikian, mengapa kita berkata begini?

Setiap kata-kata negative atau demotivated feeling datangnya dari syaitan. sehingga apabila tiba musibah pun kita akan rasa depressed sangat, sehingga keluar kata-kata negatif dari mulut kita mengatakan Allah tidak suka sebab itulah ada musibah. sedangkan bukan demikian hakikat musibah itu.
Musibah merupakan penyucian diri. Ada penyucian diri. Allah bagi musibah bukan kerana Allah tidak suka kita tapi kerana nak membawa kita kembali kepada Allah, memohon keampunan.

jangan putus asa dengan keampunan Allah. selagi Allah tidak bagi waktu kiamat, masih ada hidayah Allah untuk mereka dan kita. kasih sayang yang kita tunjukkan kepada orang yang lalai, then kita bagitau sesuatu pasal Allah, ia akan memberikan kesan kepada hati mereka disebabkan adanya kasih sayang kita untuk mereka, sbb punca kasih sayang itu adalah dari Allah.

ihsan. satu sifat yang akan menyebabkan kita khusyuk dengan sesuatu amalan.(fokus)

sedekah : merupakah salah satu method untuk menjaga stamina iman.
Hati jadi tawar, mula jadi tak best dan malas , banykkan bersedekah .hati akan jadi lembut, membersihkan harta/sucikn hati/melunakkan hati yang menerima.bila banyak bersedekah orang takkan mencuri, allah akan pelihara harta2 kita dan orang yang menerima akan bergembira, iman akan jadi lebih kuat, memberikan pinjaman , dalam bentuk diri, untuk allah beri syurga,  kita pinjamkan untuk dia, contoh : bila orang curi, niatkan dia pinjam, bila fikir negatif, akan caci orang yang mencuri, fikir positif, bila kita tak bersedekah , allah akan ambil secara paksa, salah satu dalam bentuk kecurian, ingat positif, nilai balik diri, bila kita tak sedekah, Allah ambil dan hendak sucikan dari dosa. Jangan bersedih hati terhadap benda yang luput dari kita. Alllah sebenarnya nak menyelamatkan kita dari sesuatu.

Last sekali, jangan menjadi orang yang kikir atau kedekut dengan Allah. jangan terlalu hendak memendekkan masa dengan Allah. contoh, bila solat, solat dengan sangat cepat. nanti di akhirat Allah akan kikir juga dengan kita.

Menjawab soalan dari sesi lepas.

Mengenal pasti sebab-sebab futur/rasa malas nak buat ibadah/rasa tidak bersemangat untu gapai cinta Allah. (9 sebab dalaman, 5 sebab luaran)

Sebab-sebab dalaman:
1. tidak menjaga iman: mata melihat yang haram, tidak menundukkan pandangan, makan makanan syubhah, telinga banyak mendengar muzik yang melalaikan, umpatan, kejian.

2. Jahil tentang kemanisan dan kehebatan syurga Allah dan janji-janji Allah bagi sesiapa yang berbuat kebaikan.

3. rasa jauh dari azab dunia, rasa jauh dari azab akhirat.

4. panjang angan-angan

5. rasa terpaksa dalam beribadah. tidak hadir perasaan seronok beribadah.

6. melakukan perkara-perkara bidaah.

7. tidak memahami makrifat Allah, bila disebut nama Allah, tidak merasai kehebatan dan keagungan Allah.

8. Meremehkan dosa-dosa kecil.

9. lalai dalam muhasabah diri

Sebab-sebab luaran:
1. Kerasa hati

2. remehkan ketaatan

3. Membenci orang soleh

4. hilang cemburu ad-Din (tidak meletakkan Allah terlebih dahulu dalam hati)

15 taman syurga yang perlu dilalui untuk membuang penyakit futur dalam diri.
1. Menutup keaiban orang lain.

2. Menyelesaikan keperluan kaum muslimin

3. Infaq dan sedekah

4. Kasih sayang; tidak berdendam dengan orang lain

5. Berbakti kepada kedua ibu bapa

6. Mendidik anak-anak

7. Memberi bantuan kepada kaum muslimin

8. Mendamaikan manusia

9. Menyertai dakwah dan taalim

10. Memberi makan kepada yang puasa

11. Ringankan beban orang yang dalam kesusahan

12. Memberi bekal kepada mujahid atau keluarganya.

13. Menyingkirkan halangan di jalanan

14. Ucapan yang baik

15. Menghalang dari gangguan manusia


Monday, December 17, 2012

Tawakal kepada Allah



 Kuliah BM 11 Disember 2012.
 
   Alhamdulillah, bersyukur kehadarat Illahi, teruskan ubudiyah dan tambahkan cinta dan kasih kepada Allah, terus mengucapkan kesyukuran/niat/dan hati, bayangkan syurga Allah, keindahan yang tidak terbayang. Syurga yang Allah hendak berikan, tidak pernah dapat dibayangkan, keindahan suasana dan kehebatan syurga. Sama-samalah mengkhayalkan, dan mendapat nikmat/taufik & hidayah untuk mampu mengimpikan kesyurga, walaupun amal tidak sebanyak mana, minta belas kasihNya, beramal didunia untuk Allah redhakan syurga untuk kita.

TILAWAH AN-NAML, 62-75
      Itulah firman Allah taala yang cukup indah, Allah tanyakan banyak soalan, untuk memotivasikan/menyedarkan/berfikir, golongan ulul albab (golongan yang berfikir). Orang yang  menyekutukan Allah, Allah akan azab di akhirat. Allah bagi ruang lagi untuk bertaubat. Orang yang mengingati Allah akan merasa utuh di hati mereka, sesungguhnya Allah lah yang Maha memperkenankan doa. Merendahkan diri, dalam apa juga keadaan (didalam kesulitan) maka Allah akan memperkenankan doa orang yang berada didalam kesulitan dan menghilangkan kesusahan, dan menjadikan manusia sebagai khalifah. Amat sedikit hamba-hamba yang ingat/mensyukuri nikmat-nikmat Allah.
       
             Persoalan-persoalan yang Allah tanya, Allah kategorikan, dari awal penciptaan, namun berapa ramai dan sejauh mana manusia menyedari hakikat ini. Masih memberi sampingan kepada Allah terhadap tuhan-tuhan yang lain. Jika manusia masih ingkar, Allah minta bukti: Siapakah yang mampu mencipta manusia selain daripada Allah? Allah hendak kita sedar bahawa diri kita di muka bumi Allah taala ini , adakah masih lagi merasa hebat/ego, sedangkan itu anugerah/pinjaman dari Allah. Yang Allah hendak lihat adakah bersyukur, berdoa menghadapi kesulitan, dan menanamkan rasa cinta. Sesungguhnya Allah sentiasa mencintai kita & memberi ruang. Sekiranya masih belum ada, Allah akan tanam juga benih-benih kecintaan itu, dan membesar, dan akan berbuah, dan kita akan merasai kemanisannya.
      
              Allah akan berikan nikmat disyurga, Allah tambah lagi nikmat sejauh mana kita menyedari. Allah bagi ruang untuk Allah offer kita untuk syurga dalam pelbagai bentuk. Allah datangkan kepada hambaNya untuk membantu:
1.      musibah : Allah beri peluang cuci dosa (syurga hanya boleh dimasuki dengan bersih dari dosa)
2.      kesakitan : salah satu cara Allah cuci dosa
3.      Allah ajar kepada rasulullah dan rasulullah ajar kepada kita cara istighfar
4.      sambung di malam hari : memohon ampun dan taubat

      Keadaan kita pada hari ini, kita tidak layak langsung untuk masuk syurga jika dibandingkan dengan kecintaan rasulullah, sahabat-sahabat rasulullah, yang istiqamah. Taufik Allah taala yang membantu mereka untuk bertahan dan berjuang demi Allah. Namun apabila sampai berita tentang ummah palestine, Allah offer kepada kita sepertimana Allah offer kepada rasulullah, para sahabat. Sesuatu di palestin, bukan untuk menyusahkan kita, tetapi cara untuk mendapatkan syurga dengan lebih cepat. Mereka-mereka yang masih kecil sudah syahid, mereka menunggu ibu bapa mereka disyurga. Mudah-mudahan dengan roh kekuatan dan semangat dari ummah Palestine dapat membantu dan mendekatkan diri kepada Allah. Sesungguhnya pertolongan Allah akan datang. Mereka berjihad dari dalam diri dan mempertahankan ad-din Allah dengan nyawa dan darah mereka.

      Itu adalah satu perjuangan untuk kite berjuang di jalan Allah dan memanfaatkan, supaya mereka semua juga tunduk kepada Allah. Apa juga keadaan sekalipun ,niatkan infakkan diri untuk menjadi tentera-tentera Allah. Sekiranya hendak bernikah berdoa, niatkan isteri /bakal suami ialah hamba-hamba Allah yang juga menginfakkan diri kepada Allah , dan anak-anak juga adalah anak-anak yang akan diinfakkan utk menjadi  tentera Allah disiang hari/abid Allah dimalam hari. Allah akan mudahkan proses makam yg tinggi di sisi Allah samada bakal ibu/ayah yang akan mendidik anak-anak dengan didikan rabbani untuk memahami ayat-ayat Allah.

 [27 : 62-75]:
Mereka orang kafir fikir mereka hebat tetapi mereka sebenarnya tiada pembantu Sekiranya diminta dicepatkan/dilihatkan azab, yakinlah azab itu semakin dekat. Mohon perlindungan kepada Allah supaya kita tidak menjadi golongan orang-orang yang takbur/ragu-ragu dengan ketetapan Allah/perkara-perkara yang menyebabkan kita jauh untuk mendapatkan pertolongan Allah. Pastikan setiap detik kehidupan, sentiasa dalam keadaan yakin bahawa apa yang berlaku ini adalah di bawah kuasa dan susunan Allah.


TAWAKAL KEPADA ALLAH

Tawakal : salah satu nama-nama Allah (al-wakil) iaitu zat yang menguruskan hamba-hambaNya. Allah bertangggungjawab agar kita hidup dengan tenang dan jauh dari mudarat.

      Penuh dengan kebaikan bertawakal kepada Allah. Kembali kepada Allah dalam apa pun kesusahan . Sekiranya kita mempunyai kesusahan/tidak senang hati, sandarkan diri dan wakilkan /serahkan urusan yang akan dan yang telah kepada Allah. Penyerahan kepada Allah dengan jujur, Allah akan handle everthing for us. At one point kita akan rase tenang. Apa pun masalah yang Allah beri, dan apa yang Allah ambil, kita akan tenang/kerana yakin yang kita sentiasa bersama al-wakil(rase roh al-wakil). Jika masih merasa takut/susah hati/gundah gulana, tanamkan tawakal kepada Allah.

         Tawakal yang tertinggi : bertawakal dalam berdakwah kepada Allah. Apabila kita dijalan Allah, tawakal kita adalah yang paling tinggi. Kita akan rasa tenang dan tidak rasa itu masalah .Dengan pernikahan akan:

  1.    menambah istiqamah
  2. ketenangan
sekiranya selepas pernikahan masih merasa susah, check balik tahap tawakal kepada Allah.
Jika kita yakin, kita akan lebih tenang dan jika sebaliknya, tahap tawakal kita masih rendah.

       Hubungan tawakal  bergantung kepada sejauh mana ketenangan kita. Ketenangan tinggi, ketawakalan juga tinggi. Formula kadar terus ialah tanda kecintaan kita kepada Allah tinggi melalui cinta kita untuk melakukan perkara-perkara sunat.

      Tawakal paling indah ialah tawakal para da'ie: bertawakal atas segala urusan dan menyeru manusia kepada al-wakil yang tidak akan goncang. Sekiranya manusia boleh bertawakal terhadap rezeki/isteri /masalah didunia, itu ialah sebuah kebaikan tetapi tidak mencapai tahap hakikat tawakal. Tawakal paling tinggi ialah dapat menjalankan amanah sebagai du'at. Buktinya ialah apa yang terjadi kepada para nabi. Contohnya Nabi Ibrahim: tawakal yang tinggi kepada Allah dan mampu hadapi seorang diri. Allah yang bersifat al-wakil, sesungguhnya Allah akan bersama nabi Ibrahim ketika orang kafir ingin melakukan sesuatu kepada baginda. Nabi Ibrahim berkata: cukup bagiku Allah. Dia lah sebaik-baik tempat bergantung. Sekiranya tawakal kita tinggi, kita akan kurang rasa takut.

      Yang menyeru kepada jalan Allah, yakinlah bahawa ini jalan Allah. Yakin bila berjuang dengan kalimah syahadah , yakin Allah akan bantu dan kita serahkan segalanya pada Allah. Sekiranya Allah taala menyelamatkan kita, tiada siapa dapat memudaratkan kita lagi. Sesungguhnya tawakal yang tertinggi ialah tawakal berdakwah di jalan Allah, mengajak orang lain juga bertawakal kepada Allah, dan mencari petunjuk dari Allah, taufik dan hidayah. Tawakal hingga ketahap para nabi Allah bertawakal kepada Allah, tidak akan memberi kita putus asa ataupun kegagalan. Apapun yang berlaku kepada kita, terima dengan satu keredhaan. Mohon juga, ketawakalan kepada Allah bertapak kukuh di hati kita.

      Seperti kisah Rasulullah SWT. Dalam masa satu tahun, dua org yang Rasulullah paling cintai meninggal dunia (Saidatina Khadijah dan Abu Talib) di saat Rasulullah benar-benar memerlukan mereka. Allah masih hendak uji ketawakalan rasul ke tahap yang paling tinggi. Hikmah dari pemergiaan orang yang disayangi, Allah beri khabar gembira. Allah hendak tahu tahap ketawakalan Rasulullah kepada Allah. Pada masa yang sama at one point, Allah hendak Allah sahaja didalam hati Rasulullah.


Allah pun "Cemburu"
Disisi lain, Allah "cemburu" pada hati manusia. Apa ertinya? Allah mencintai kalau hati seorang hamba terkait dengan-Nya sendirian ketika ia sedang dalam kondisi taat. tetapi kadang hamba itu tersibukkan oleh urusan dunia, maka Allah mengambil dunianya tersebut, agar ia hanya tersibukkan oleh Allah saja, dan bertawakal pada-Nya.
Sama juga seperti kisah Nabi Ibrahim. Apa yang berlaku dengan kisah nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim diperintahkan untuk meninggalkan anaknya(nabi Ismail dan isterinya Siti Hajar). Apabila berjumpa kembali setelah sekian lama, Allah perintahkan agar menyembelih Nabi Ismail. Allah sayangkan nabi Ibrahim dan Allah inginkan cinta hakiki nabi Ibrahim itu hanya kepada Allah.
Lihatlah ketika Ya'qub sgt tertairk pada Yusuf sehingga kecintaan terhadap Yusuf memenuhi semua hidup dan hatinya. Maka Allah mengambil Yusuf selama dua puluh tahun, sehingga hatinya kembali dipenuhi cinta pada Allah. Setelah itu Dia pun mengembalikan Yusuf padanya.

      Cari balik kekuatan diri kita, agar dapat tahap ketawakalan yang tinggi kepada Allah. Allah sentiasa memberi peluang/suasana untuk mendapat darjat yang tinggi di sisi Allah, jangan bersedih kerana sedih merupakan tahap tawakal yang rendah kepada Allah.