Bismillah
KULIAH BM
FASA 1 : KULIAH KETAQWAAN JUNDI
10 OKTOBER
2012
MUQADDIMAH
Allah akan pertemukan kita dgn
orang2 yg dicintai Allah. Semua itu berlaku dlm genggaman dan perancangan
Allah. Itu adalah dalam bidang kuasa Allah. Justeru dalam apa keadaan
sekalipun, Allah sentiasa memerhatikan kita. Allah nk kita berada dalam suasana
dimana kita merasai keberadaanNya.
Kita melihat haiwan2, tumbuhan,
kesesakkan kehidupan didunia dan apa keadaan manusia, semua itu mengingatkan
kita kepada Allah. Mudah-mudahan kita sentiasa berada dalam zikrullah. Moga kita
sentiasa mencari. Apabila bangun qiam, doa agar hari ini lebih baik drpd
semalam. Harapan yg tinggi agar membantu kita memberi petunjuk. Bukan setakat
hidayah utk bezakan baik dan buruk, haq dan batil, tetapi dgn menampakkan
kebenaran ini dapat gerakkan anggota kita utk lakukan kebaikkan.
Untuk perkara-perkara maksiat,
berazam utk tidak cuba terfikir atau lintasan-lintasan yang boleh membawa Allah
murka kepada kita. Apabila berlaku lintasan, adakah lintasan itu kebenaran atau
lintasan keburukkan. Lintasan memang akan sentiasa berlaku dan berselang
seli. Haq dan batil akan silih berganti.
Memang akan berlaku. Apabila lintasan berlaku, put into thinking maka ia akan
membentuk plan. Perancangan apabila kita fikirkan secara mendalam, ia akan
menghasilkan tindakkan. Tindakkan apabila kita lakukan berterusan, ia akan
menjadi tabiat. Apa lintasan yg kita raikan merupakan lintasa yg soleh, yg
Allah saying, maka ia akan jadikan tabiat utk kita lakukan ketaatan. Namun jika
lintasan itu adalah kebatilan yg dijolok oleh syaitan, maka dia akan kita
fikirkan dan lahirkan plan. Macam mana aku nk attract dia? Maka apabila put
into thinkin, plan dan daripada hati yg tersentuh dan tergugat dgn kemurkaan
Allah, maka ia akan hasilkan tindakkan. Sebab itu perlu jaga. Apabila telah ada
perancangan dan put into thinking, ia akan melahirkan tindakkan.
Sehari, dua hari, seminggu,
sebulan, setahun, dua tahun. Bayangkan jika perkara itu dimurkai Allah, perkara
itu bertahun, macam mana kita nk rungkai? Sanggup kah kita nk bertaubat setiap
hari agar dosa tersebut terhapus. Satu dosa, satu taubat. Mampu kah habis
taubat? Hidup kita ini pendek. Mcm exam di dunia, kita tahu tarikh, senang. Tetapi
tidak bagi mati. Mati itu detik pemisahan utk transisi yang tiada jalan balik. Peperiksaan
didunia ada masa utk ulang, tetapi tidak di akhirat. Sanggupkah kita hadapi
bakaran neraka? Jika kita lakukan maksiat kemaluan sanggupkah di bakar
kemaluan?
Allah tak perlukan kita. Allah sentiasa
bagi ruang utk kita bertaubat. Andai kita bertaubat dan ulang balik dosa,
bagaimana? Andai dosa kita byk didunia tetapi kita taubat nasuha, Allah
ampunkan. Sanggupkah kita gadaikan Allah yang kekal abadi?
Allah ciptakan kita dgn sebab yg
baik utk jadi abid dan khalifah. Sebagai seorang bakal suami, isteri ibu dan
ayah, akan menetukan generasi akan datang. Apabila kita tidak taat pada Allah,
adakah anak kita akan taat?
Hadith 19 : peliharalah Allah,
maka Allah akan pelihara kita. Kita ikut nafsu kita masa muda. Kita cakap kita
ingat Allah tetapi kita buat perkara maksiat. Kita gadaikan dan persia-sia kan masa yang ada. Adakah Allah
akan bersimpati terhadap kita? Adakah kita sempat utk menagih simpati Allah?
Selepas sahaja solat subuh
pastikan mulakan hidup kita dgn baca ayat quran. Baca maknanya. Apabila ayat
itu ayat perintah, doa agar kita dapat lakukan perintah nya. Sekiranya ayat itu
adalah ayat yg melarang kita drpd kejahatan, adakah kita telah melakukan
perbuatan itu?
TILAWAH
ZUMAR : 45-67
Baru baca satu huruf, dapat 10
ganjaran. Itulah kehebatan Allah. Pemurahnya Allah dan ar-Rahim Nya dia. Memang
cukup cantik ayat-ayat Allah. Itulah kebesaran dan kehebatan ayat-ayat Allah. Adakah
akan bertambah iman dan tawakkal kita apabila dibaca ayat-ayat Allah.
Apakah perasaan kita apabila
disebut nama Allah? Berdenyut dan berdetik tak? Dalam banyak keadaan sebut
sahaja nama Allah. Apabila kita intim dgn Allah, kita akan berasa salah dgn
Allah. Kita akan mencela diri kita. Jika benda itu silap jangan bertangguh. Jangan
beri peluang pada syaitan.
Apabila kita terlupa utk taubat,
dosa itu akan dituntut di akhirat. Manusia mudah lupa tetapi Allah tak lalai. Ini
lah orang yg mempunyai jiwa ghafillah. Jiwa lalai yg tak rasa apapa apabila
melakukan kesilapan dan rasa mereka melakukan kebaikkan. Kerana mereka rasa ini
perkara kecil sahaja. Orang yg jiwa maksiat dan jahat asli itu senang. Orang yang
lalai ini tak sedaar kerana tak boleh terima dia salah dan tak mahu taubat. Orang
yg memang asli jahat apabila kita nasihat dia akan tersentap. Orang yg lalai
ini, dia tak sedar dia buat salah. Agak susah utk handle dan inilah penghuni
neraka yg ramai
Apa yang kita buat hari ini,
kita memang tak layak langsung utk masuk syurga namun Allah beri kita peluang
utk kita kembali. Supaya hanya ada Allah dalam hati kita, pemikiran kita dan
seluruh aliran darah kita.
KULIAH
KETAQWAAN JUNDI : BISIKAN SYAITAN DAN RUNTUHAN NAFSU
Siapa kita ini? manusia macam
mana kita ini? adakah kita mempunyai nafsu lawwamah atau jiwa yg lalai.
39 : 57 – 58. Allah takkan bagi kita peluang kedua apabila
diakhirat nanti. Apabila kita biarkan masa berlalu dan kita kecundang. Sama-sama
kita berdoa kepada Allah agar Allah tidak murka terhadap kita.
Manusia yg memilih dalam surah
syams. Allah beri dorongan pada kita utk memilih yang haq. Tetapi ada mereka yg
enggan menerima ayat-ayat Allah malah ada yg menolak. Allah dah bagi byk hint ketika
di dunia tapi kita tak endah.
Bagaimana nk bezakan antara
bisikkan syaitan dan dorongan hawa nafsu.
Syaitan akan menggoda dgn satu
kemaksiatan dan apabila kita tentang, dia akan tinggalkan kita dan goda kita
dengan kemaksiatan yang lain. Dalam surah an-Nas. Syaitan tidak inginkan kita
melakukan satu jenis kemaksiatan tetapi mahu kan kita lakukan semua jenis
kemaksiatan. Eg : kejahatan kita suka tengok orang berlainan jantina. Tapi anak
soleh dan solehah ini berpaling muka tak tengok. Syaitan akan usik pula dengan
maksiat yg lain. Kalau dgn perempuan gedik, lelaki soleh tak layan. Dia add
wanita tersebut dlm fb dan tegur dlm fb. Kalau anak lelaki approve, syaitan
seronok. Itu strategi syaitan. Syaitan tahu, apabila sekali dah lepas, akan
buat lagi yg lain. Allah utuskan hamba Allah utk tegur “jgn approve, haram”. Kalau
berhenti, dia selamat. Kalau banyak alasan, dia dapat azab.
Jangan buka pintu zina. Allah
kata tundukkan pandangan. Kat fb ada nama takde gambar, approve la. Apabila dah
approve, syaitan goda lain. Syaitan takkan puas hati jika kita buat satu je. Syaitan
akan rancang lain supaya kita akan terus lakukan kejahatan. Apabila ada
conversation antara lelaki dan perempuan, itu adalah syaitan. Kadang-kadang
syaitan bertopengkan dakwah dan tarbiyah utk dia menggoda kita. Mula-mula tanya
soalan ttg kerja, kemudian tanya soalan lain.
Don’t allow yourself to be in
that situation. Ini akan berantai. Kalau kita masuk je, akan berantai. Delete aja.
Kalau yang lain, kita ada group, maka bincang dalam group. Apabila datang je,
ia adalah jolokkan daripada syaitan. Once kita bukak satu, kita akan bukak dosa
lain. Itu adalah strategi godaan dan bisikkan syaitan. Jolokkan syaitan
tenggelam timbul. Minta kepada Allah dijauhi daripada godaan-godaan ini.
haramkan daripada syaitan mengganggu kita sebagaimana Allah haramkan mereka
mendapat rahmat dan ampunan Allah.
Jika kita akan melakukan salah
satu kemaksiatan, dia akan menggoda kita. Yg penting kita lakukan kemaksiatan. Itulah
dia bisikkan. Apabila kita buat satu dan yg lain, maka ia adalah godaan
syaitan.
Nafsu cenderong melakukan satu
kemaksiatan. Jika kita dapati nafsu ini memaksa maka itu bukan bisikkan. Nafsu memaksa
kita utk melakukan kemaksiatan itu sehingga jiwa kita terbiasa melakukan
kemaksiatan itu. Buktinya ialah orang yg melakukan maksiat tidak berasa nikmat
namun ia adalah tabiat. Syaitan hanya memulakan sahaja tetapi kita meneruskan
dengan nafsu. Syaitan lemparkan sahaja perempuan di hadapan, tetapi nafsu yang
menjadikan tabiat.
Jangan benarkan syaitan masuk
dalam kehidupan kita. Kuatkan diri kita dgn Allah. Kuatkan dgn tahajjud. Agar dpt
lindungi kita drpd syaitan. Berdoa agar kita tidak kecundang. Kita memulakan
mujahadah li nafs. Syaitan membuka beratus jalan utk buat maksiat, tetapi nafsu
memilih satu jalan utk diteruskan.
Kalau kita kecundang dan
entertain, nafsu akan take over. Nafsu dan syaitan berpakat. Apabila nafsu take
over, nafsu akan go deeper. Daripada add di fb terus go deeper hingga boleh
buat masturbation. Nafsu itu telah menanamkan panahan beracun syaitan segar
bugar dlm manusia. Tuntun nafsu kita dalam keimanan dan ketaqwaan.
Kalau kita berada dalam
ketaqwaan, kita akan merasa ketaqwaan itu dalam semangat yang membara dan tak
kenal erti lelah. Kalau kita biarkan nafsu itu ditunggangi syaitan, kita akan
ke neraka.
Perbezaan yg ketara antara
syaitan dan nafsu adalah ketika bulan ramadhan. Yang mendorong kita ketika
syaitan takde ialah jiwa yg kotor dan keji. Jiwa yg tidak pernah ditapis nafsu.
Tidak pernah tolak dengan nafsu. Menjadi tawanan nafsu. Oleh sebab itu, perlu
tuntun nafsu kita dan bermujahadah menentangnya.
Untuk kita mentaujih dan islah
kan nafsu kita, banyakkan mujahadah. Ini adalah janji Allah. Allah yg ciptakan
kita dan jiwa kita. Allah tahu dimana kekuatan dan kelemahan jiwa kita. Apabila
kita kasi banyak alasan utk tidak rapat kepada Allah, maka kita salah. Jihad ini
bukan sekadar jihad qital tetapi merangkumi skop yg lebih luas. Jihad dari segi
bahasa ialah memerah kekuatan untuk Allah.
Dalam terminal penyucian utk ke
syurga ada 11 terminal. Dalam utk kita berjihad, selain drpd jihad qital, kita
ada 14 bahagian termasuk jihad melawan hawa nafsu. Muadz bin Jabbal datang
bertemu rasul utk tanya ttg perkara apa yang dapat mendorong ke syurga?
Inti adalah islam, tiang adalah solat. Apa sahaja
urusan basicnya adalah islam yang mengatur kehidupan kita. Tiangnya adalh
solat. Urusan kita ini tanpa solat tak boleh berdiri dan membangun. Puncak berislam
adalah jihad. Jihad itu berjumlah 14 ( para ulama’) berkata.
Jihad ada 14 bhg dalam 4
kategori. Jihad melawan nafsu ada 5, jihad melawan syaitan ada 2, jihad melawan
ahli maksiat ada 3 dan jihad melawan kaum kafir ada 4.
Jihad
melawan nafsu
Pertama : berjihad melawan hawa
nafsu dan syahwat.
Ini adalah
tuntutan hawa nafsu. Hawa nafsu adalah drpd dalam diri. Tiada orang lain dapat
handle melainkan diri kita sendiri. Allah tahu kelemahan kita di mana dan
kekuatan kita dimana. Hawa nafsu ini adah syahwat yg terus menerus menuntut
kepuasan.
Kedua : berjihad menuntut ilmu
Ketika zaman
rasul, rasul agih tugas. Ada yg pergi perang, ada yang kena tinggal utk jaga
keamanan dan rakyat yg tinggal. Ada sebahagian yg rasul hantar utk pergi jihad.
Menuntut ilmu bukan utk diri sendiri tetapi untuk ummah. Semua ilmu adalah ilmu
Allah. Menuntut ilmu agar kita dapat berbakti kepada Allah. Dalam hadith ke-36,
kita telah berjihad kepada Allah ketika menuntut ilmu dan ketika kita melangkah
untuk menuntu ilmu, kita membuka salah satu pintu syurga.
Ketiga : berjihad mengamalkan
ilmu yg ada
Kemurkaan bagi
Allah apabila kita tidak mengatakan apa yg kita lakukan. Ini semua memerlukan
jihad. Ada orang dapat ilmu tetapi malas nk amal. Pada benda-benda keburukkan,
nafsu akan excited. Tundukkan nafsu dengan keimanan. Nafsu yg dihalakan kearah
keimanan, kita takkan puas dgn amalan kita, takkan puas dgn menuntut ilmu.
Keempat : berjihad menyeru
manusia mengamalkan ilmu yg kita amalkan
Kalau kita
tak mahu ajar kepada orang ramai, kita kedekut, maka itu adalah hawa nafsu
Kelima : bersabar dalam
mendokong dakwah
Kita sanggup
menjadikan nyawa kita sebagai tebusan utk kembalikan islam pada tempatnya. Orang
yg jika dia bersumpah kepada Allah, Dia akan terima sumpah itu. Dalam system tarbiyah
menuntut kita beramal dan berdakwah serta berjuang agar orang boleh kembali
kepada Allah. Kadang-kadang kita ada usrah, apabila nampak susah sikit je, kita
tak mahu join.
Jihad
melawan syaitan
Pertama : berjihad dengan sabar
menentang dorongan syahwat
Dalam melawan
nafsu syahwat perlu kuat. Daripada dalam diri ada dan daripada luar pun ada. Syaitan
hembus je, terus jadi. Apabil sekali gus datang, terus kantoi. Kita tak dapat
tahan diri kecuali kita pegang diri dgn Allah.
Kedua : berjuang menentang
syubhah ( was-was)
Syaitan yg
menimbulkan was-was kita. Doa pada Allah agar Allah tutup pintu syahwat kita
yang haram. Jika kita berlindung kepada Allah, insyaAllah akan bantu. Syaitan melemparkan
was-was dan kita berlindung kepada Allah, ianya akan pergi.
Apabila kita berjaya atasi dua
diatas, kita akan menjadi pemimpin orang-orang yg beriman.
Jihad melawan
pelaku maksiat
Pertama : jihad tangan
Kalau kita
ada kekuasaan, kita lawan dgn kuasa kita tetapi dgn berhikmah
Kedua : jihad lisan
Dengan penulisan
kita, dgn amalan kita. Jgn diam lihat kemungkaran. Tegur dgn hikmah. Jangan kita
menghina orang dalam kita berkata-kata. Akan tercabut hikmah daripada
percakapan kita. Dalam kita berkata, jgn kita hina dan sebut. Yg kita sebut
adalah kesilapan dan bukan nama orang.
Ketiga : jihad dgn hati
Jihad melawan
orang-orang kafir
Pertama : membenci perbuatan
mereka, tidak mencintai mereka dan tidak meniru perbuatan mereka
Kedua : jihad melalui lisan
Ketiga : jihad melalui harta (
infaq)
Kalau nk
lawan orang kafir, kita perlukan harta utk peperanngan.
Ke-empat : jihad mengorbankan
nyawa
Kita bisa juga menjadi mujahid
apabila melawan hawa nafsu dan syahwat dalam diri kita. Kita hendaklah menjadi
mujahid di jalan Allah dengan kesabaran. Bersabarlah ketika berdakwah dalam
jalan Allah. Jalan dakwah dan tarbiyah juga adalah jihad kita. Gabungkan diri
kita dgn hamba-hamba Allah yg berjuang dalam jalan Allah.
Seperti umar al-khattab, syaitan
pun takut kepada mereka. Sejauh mana kita spent masa kita utk pelajari ilmu
Allah dan mengkhatamkan kitab-kitab sunnah. Adakah kita telah familiar dgn
sirah nabi? Membaca ulasan tafsir. Tanya balik diri kita. Sekiranya kita dah
lakukan itu, makanya kita telah berjihad dalam jalan Allah. Adakah kita beramal
dgn apa yg kita pelajari? Jangan cemari ilmu yg kita dapat dgn dosa-dosa kita. Kalau
dah tahu perkara itu salah, jgn fikir langsung utk buat dan involve. Give a
stop.
Sudahkan kita melawan hawa
nafsu? Sudahkah kita melawan maksiat? Tingkatan manusia berbeza berdasarkan
amalan kita. Adakah kita akan survive atau berputus asa ditengah jalan? Itulah jihad
melawan hawa nafsu. Allah akan sentiasa bagi kita peluang utk kita sentiasa
berada dalam ketaatan. Allah berikan kita sahabat-sahabat, ibu bapa yg akan
membantu kita. Semua yg berlaku adalah dalam susunan Allah. Allah dah pandu
kita agar sumbangan kita dapat dekatkan diri kepada Allah dan dapat tegakkan
islam. Pohon agar kita dapat membantu ummah dan orang lain agar kita semua
dapat rasa syurga Allah. Mudah-mudahan hidup kita adalah utk keimanan dan
ketaqwaan. Itu adalah tanggungjawab kita.
No comments:
Post a Comment