Bismillah.
Kuliah
Baitul Muslim Fasa 1
09 October
2012, Selasa
MUQADDIMAH
Surah zumar, 39 : 6 – 10. Surah ini
merupakan surah kegemaran para hafazul quran kerana content dalam surah ini sgt
best. Kalau dilihat susunan al-quran ini bermula, bermula surah ahzab, saba’,
fatir. Merujuk kpd tema yg besar iaitu penyerahan kepada Allah secara total. Surah
zumar berkaitan dgn surah2 sebelumnya iaitu beribadah kepada Allah dgn penuh
keihklasan
Beribadah kepada Allah perlu dlm
keadaan ikhlas. Dalam ayat 2, ttg ibadah
ikhlas. Allah juga menyentuh beberapa contoh dalam keilklasan kepada
Allah. Bagaimana Allah bermula dgn
penceritaan ttg nikmat yg Dia berikan kepada kita. Bagaimana kita diciptakan
dan dalam ayat ke-7, Allah tak redha pada hamba2Nya yg kufur. Bagaimana Allah
mahu hambanya bersyukur. Bagaimana mungkin kita boleh beramal tanpa ikhlas?
Menyembah itu sgt luas aspek
nya. Sembah kerana Allah dan kerana Allah semata-mata. Allah sebut ttg
keikhlasan sebanyak dua kali.. bermula dgn perkataan ibadah ( sembahlah Allah)
dgn ikhlas. Boleh dilihat dalam ayat 11 dan 14. Kita menyembah Allah dan kerana
Allah semata-mata. Dua perkara yg berbeza.
Beramal utk Allah bukan utk
orang lain. Apabila ditimpakan manusia ini dgn kesusahan lantas berdoa dgn
penuh taubat dan keinsafan, namun setelah diberi kenikmatan, dia melupakan
Allah malah menyukutan.
Kita pula bagaimana? Adakah beramal
dgn ikhlas tanpa balasan? Beramal hanya utk Allah? Boleh rujuk hadith 40, iaitu
hadith 1 ( hadith niat). Kenapa hadith niat diletakkan / disusunkan dalam
hadith satu? Dalam hadith itu bukan kerana mengejek lelaki itu. Permulaan sesuatu
dimulakan dgn perubahan iaitu niat. Kenapa Omar yg meriwayatkan hadith itu? Kerana
sebelum islam, dialah yg paling teruk jahiliah nya. Tetapi setelah mendapat nur
drpd Allah, dia terus berubah menjadi seorang muslim yg hebat kerana niat dia
mahu perubah dgn ikhlas.
Niat kita mendengar kuliah ini?
kita akan dapat apa yg kita cari. Bersihkan diri dan niat agar kita buat ini
semua dgn ikhlas.
Kuliah ini diadakan agar kita
tidak menjadi seperti orang yg terdahulu. Agar kita menjadi lebih baik drpd
mereka. Mendapat pengajaran yg baik. Implement kan dalam setiap kehidupan kita.
Allah sentiasa beri peluang
kepada kita utk kita lakukan agar kita terpilih Allah. Adakah kita sentiasa
menyediakan diri utk terpilih mendapat taufiq dan hidayah. Allah jadikan diri
kita berbeza dgn malaikat dan syaitan kerana Allah berikan kepada kita dua
jalan. Allah letakkan kedua-dua jalan dalam hati kita. Itu lah keunikkan
manusia. Allah bersyura dgn malaikat utk memberitahu kpd malaikat ttg
perancangannya utk menjadikan khalifah iaitu manusia. Manusia dilantik menjadi
wakil Allah dibumi. Allah jadikan kita dgn dua tugasan utk kita fulfill iaitu
sbg abid dan khalifah.
Allah bagikan kita peluang dan nafsu. Jiwa yg
kadang2 mengajak kepada kefasiqan dan jiwa yg bertaqwa. Tafsir surah ghashiyah.
Allah beri tahu kita ttg hari kiamat. Manusia ada dua golongan iaitu golongan
yg beruntung. Ketika di hari kiamat, wajah mereka berseri-seri kerana byk
lakukan kebaikkan. Satu lagi golongan, muka dia hitam. Marah2 time kiamat sbb
dah tak tahan.
Sebelum kita lakukan sesuatu, tunaikan haq
Allah. Sebelum selesaikan or berjumpa dgn org lain, jumpa dgn Allah dahulu. Tunaikan
solat terlebih dahulu. Solat sunat 2 rakaat sebelum lakukan tugas agar
dipermudahkan dan agar tugas yg kita lakukan ini dekatkan kita kepadaNya dan
kepada syurganya. Andai tugas itu membawa kita keneraka, minta digantikan dgn
yg lebih baik. Itu lah dia solat istikharah.
Siapa yg ingkar dan berdegil tidak mahu taat
kepada Allah, sesungguhnya Allah tak perlukan kita. Surah zumar, ayat 7. Seseorang yg berdosa tak pikul dosa orang
lain. Kita mungkin boleh bercakap macam2 dgn orang lain, tetapi dlm hati hny
Allah yg tahu.
Apabila kita bercinta dengan Allah, Allah sambut
kita dengan penuh hormat. Amalkan sunnah baginda. Kalau boleh hari2 tambah
amalan sunnah yg baru. Terminal penyucian dosa kita yg ke-11 ialat pengampunan.
Yg ke-10 ialah syafaat nabi. Kat akhirat nanti nabi bawak air utk kita kerana
baginda kenal kita. Itulah syafaat nabi. Kita ikut sunnah dia ketika di bumi.
Baginda kasi air dgn tangannya sendiri. Beruntung nya.
Salah satu kesyukuran ialah tunduk kan anggota
utk taat kepada Allah. Berdoa kepada Allah supaya jangan biarkan kita
menentukan nasib kita sendiri. Baca lah doa tersebut di dalam solat kita agar
kita tak tentukan nasib kita sendiri. Semua takdir adalah di tangan Allah.
Allah takkan berikan yg buruk kepada kita. Allah beri musibah utk berikan kita
terminal 4. Allah nk sucikan kita daripada kifarah dosa di dunia.
TERMINAL
PENYUCIAN DIRI
11 terminal penyucian diri. Allah nk bagikan
kita syurga, org yg ada dosa sebesar zarah pn tak lepas. Utk masuk syurga, ada
11 terminal. 4 didunia, 3 di kubur. 4 diakhirat. Kalau Allah bagi musibah kita
jgn merungut.
Ketika di dunia :
1- taubat.
Kalau kita
lakukan dosa dan tak taubat, takkan terhapus dosa. Kalau kita taubat, Allah akan
lupakan anggota kita yg lakukan dosa di akhirat. Eg : pandang lelaki/perempuan
buat kali ke-dua dgn syahwat maka mata dan kemaluan akan dibakar di neraka. Kita
dah terlajak lakukan dosa dan sebut innalillah dan tak buat lagi. Hakikatnya tidak
diampunkan kerana tidak solat taubat. Kita berazam utk tinggalkan tanpa solat
taubat, tidak terhapus. Perlu taubat spesifik. Solat taubat dan azam
tinggalkan. Allah akan lupakan dosa kita. Di akhirat Allah akan panggil kita. Kita
akan dibangkitkan dgn wajah yg berseri kerana sentiasa bangun malam. Bangun tahajjud.
Kalau nk orang dgr nasihat kita, kita kena minta dgn Allah. Kita yg nk menyeru
kepada Allah tapi kita sendiri tak rapat kepada Allah. Bangkit tahajjud, kata2
mudah di dengari. Kata2 kita adalah hanya menyeru kepada Allah. Kita tak maki
hamun orang, tidak berdendam kepada orang. Dengan bangun tahajjud kepada Allah.
Dating dengan Allah melalui tahajjud. Kita ckp sikit je orang tersentap utk
bercinta dgn Allah. Mmg berat tp jika kita lakukan, kita akan dapat ganjaran.
2- istighfar
Beristighfarlah
dari dosa yg kita tidak ingat. Nabi beristighfar setiap hari lebih dari 100x,
lalu apa yg menghalangi kita untuk beristighfar 100x setiap hari? Kita hanya
memerlukan waktu ½ minit
3- lakukan kebaikkan.
Buat dosa sekali, buat kebaikkan
sekali. Yg ideal ialah buat lebih byk. Kebaikkan itu akan hapuskan dosa2 kita
Seorang
lelaki datang pada Rasul dan berkata , “Aku telah mencium seorang wanita”. Nabi
segera memalingkan wajah darinya sehingga turun ayat Hud : 114. Laki-lai itu
bertanya “ Wahai Rasul, apakah ini untukku?” Rasul menjawab “ Untuk yang
melakukan itu dari umatku “ ( HR Bukhari dan Muslim)
4- musibah.
Musibah juga menghapuskan dosa. Allah
timpakan musibah utk sucikan kita daripada dosa. Ada sesetengah manusia berlagak
kerana tidak ditimpa musibah walaupun dia lakukan dosa. Allah kata, kalau kau
nk dunia, Aku berikan. Tapi di akhirat, balasan yg hakiki adalah neraka
jahanam.
Ketika di
kubur :
1.
Solat
jenazah
lagi ramai org yg solatkan kita, lagi byk dosa
kita terhapus. Oleh kerana itu jika orang yg kita kenal mati, cepat-cepatlah
kita kumpulkan orang yg beriman untuk melakukan solat jenazah. Yang penting
bukan jumlah, tetapi dengan orang ebriman. Bersegeralah dan kumpulkanlah orang
soleh utk melakukan solat jenazah.
2.
Fitnah
kubur
Kita akan rasa fitnah kubur akibat dosa kita yg masih tak terhapus. Kita
terima dan redha kerana Allah nak bersihkan kita daripada dosa.
Rasul bersabda “ Kuburan itu mungkin kebun dari kebun syurga dan mungkin
jurang dari jurang neraka “ HR At-Turmudzi
3.
Hadiah
pahala amalan manusia
Doa amlan anak soleh. Orang yg meninggal hny
ada tiga perkara yg dpt selamatkan dia ialah sedekah jariah. Kilatkan keikhlasan
dengan banyak kebaikkan. Banyak lakukan amal, kebaikkan dan sedekah supaya
keikhlasan kita terjaga. Amalan kecil yg banyak akan kilatkan keikhlasan kita. Apabila
byk, kita terlupa nk ungkit. Ke-2 ialah doa anak yg soleh. Jgn tinggalkan anak
yg tak reti doa utk kita. Anak pula yg akan tambah seksaan kita. Jangan kita
abaikan. Wajib utk kita tarbiyah kan anak-anak.
“Apabila anak Adam mati, maka terputuslah
amalnya, kecuali tiga hal : ibu yang dimanfaatkan, sedekah jariyah atau anak
soleh yg mendoakannya “ (HR Muslim)
Ketika hari
kiamat :
1 hingga 7
settle, maka dihari kiamat, kita akan dimudahkan. Mereka ini akan merasai
lalunya hari kiamat ini mcm solat sunat 2 rakaat yg singkat. Cinta dgn Allah
tak akan rugi. Apabila kita mendapat cinta Allah, kita akan rasai hidup ini
sungguh indah. Dapat musibah pn takpe.
Andai dosa terlalu banyak, siksa
kubur pn tak lepas lagi. Masih banyak lagi dosa. Maka kita akan lalui 4
terminal di akhirat ini.
1.
Kengerian
hari kiamat
Kengerian itu
seharusnya cukup utk menghapus dosa. Melihat matahari yg digulung, bintang yang
berjatuhan, lautan yg meluap dan bumi yg digoncangkan. Semua kengerian ini
menghapus dan menyuci kesalahan.
2.
Berdiri
dihadapan Allah
3.
Syafaat
nabi
4.
Keampunan
Allah
Nabi bersabda “ Allah
berfirman, “ Malaukat telah memberi syafaat, para nabi telah memberi syafaat,
dan orang yg beriman telah memberikan syafaat, maka tinggallah Yang Paling
Pengasih…”
Itu lah yg Allah kaut manusia dlm
neraka utk beri syafaat. Allah akan kaut manusia di neraka utk diberi
pengampunan. Manusia di neraka sentiasa
menunggu ketika mereka akan diberi pengampunan.
Taubat itu terminal pertama. Sanggup
kah kita utk dibakar dalam neraka? Itu merupakan satu kepedihan yg cukup
menyayat. Ingatlah ketika didunia ini berubah lah. Jangan terfikir langsung utk
ulang. Wudhuk 24 hours, solat dhuha, mulakan hari dgn baca quran. Mulakan hidup
kita dgn taubat. Solatlah taubat 2 rakaat secara konsisten.
Kalau lihat amalan kita, nak
dapat tempias syurga pn susah. Apabila Allah redhai kita, Allah redhai syurga
kita. Syeikh drpd Kuwait kata, sekarang ini, masalah onani adalah masalah yg paling besar. Yang menggoda
murabbi dan murabbiyah yg single. Perkara ini satu phenomenon dunia. Mereka yg
berada dalam system tarbiyah ummah ialah masalah masturbation dan onani. Yang kedua
ialah hubungan hambar suami isteri yang mana selepas akad nikah dia tidak
setubuhi isteri dia. Mereka yg onani dan masturbation yg tidak mintak ampun
kepada Allah, dia akan dpt kifarah. Masalah masturbation yg tak taubat or
taubat tp buat balik, Allah akan tarik ketika dah kahwin. Ulama bagi tahu
apabila cinta itu atas dasar kefasikkan, setelah dia terima islam, dia akan
mencintai Allah dan tinggalkan yg lain.
Jangan pandang, jgn bercinta
before nikah kerana ada hikmah. Sebab itu jika lakukan dosa terus minta ampun. Taubat
dgn taubat nasuha. Jgn langkau batas2 Allah.
Rujukan : Buku Hati Sebening Mata Air, karangan Amru Khalid.
No comments:
Post a Comment