Sunday, November 25, 2012

Hadith-hadith Taubat



KULIAH BM FASA 1, 20 NOV 2012

Bismillah.


          Segala waktu adalah hak Allah. kita hanya menyusun dan Allah sahaja yg menentukan. Berdoalah kepada Allah, agar Allah berikan rezeki kefahaman agar dpt kita cernakan dlm amalan kita. Sentiasalah berdoa kepada Allah supaya Allah memberkati waktu kita dan suasana kita. mudah-mudahan kita dpt mengambil amanah drpd ilmu Allah. Apa yg disampaikan oleh ummi berlaku atas keizinan Allah.
     
        Kita dipilih Allah utk menerima ilmu ini. Apa yg kita perlu lakukan agar Allah beri keberkatan kepada ilmu yg dikurniakan kepada kita, kita diberikan pertolongan drpd Allah utk amalkan ilmu itu. dengan tiket keikhlasan, memberikan hasil halawatul iman ( kemanisan iman) utk bertambah cinta kepada Allah. marilah kita fokus kepada Allah. Apabila kita lakukan amalan-amalan soleh kepada Allah, in shaa Allah line internet akan clear.

          Marilah kita berzikir agar Allah berkati ilmu ini, menjadi amalan solehah dan dpt merasai kemanisan iman. agar kita dapat meraih cinta Allah. kita menyediakan diri utk menjadi hamba yg dicintai Allah dengan melakukan amalan wajib tanpa rasa keraguan dan kemalasan serta bersegera mendekatkan diri kepada Allah beserta amalan sunat yg akan mengundang cinta kepada Allah.

TADABBUR DAN TILAWAH : AL - IMRAN : 133 - 140

         Sebagai salah satu cara utk kita mendapat kemaafan daripada org yg mungkin kita telah buat dosa iaitu contoh orang2 yg telah kita canangkan nama2 mereka atas nama umpatan, atau kita menjebakkan diri kita ke lembah fitnah, umpatan dan gunjingan dimana Allah bandingkan orang yg menggunjing itu memakan mayat sahabat sendiri.

         minta doa pada Allah agar Allah ampunkan dosa kita andai kita tidak sempat minta maaf. salah satu cara utk dpt kemaafan drpd mereka ialah dengan berdoa kepada Allah, pahala kebaikkan yg Allah berikan kepada kita, Allah akan berikan pahala itu sebagai hadiah drpd kita kepada sahabat yg pernah kita gunjing namanya, yg pernah kita canang yg boleh jebakkan kita ke lembah umpatan.

          Mudah-mudahan dengan itu akan terhapus dosa kita kepada mereka. dalam masa yg sama, maafkan dosa org yg kita pernah buat silap, In shaa Allah kita suci drpd dosa mengumpat, mengunjing dan lain2. agar Allah golongkan kita dlm golongan abid.

         Apabila kita mengaji al-quran adalah mudah utk kita dpt pahala. 10 utk setiap huruf. Allah sgt pemurah terhadap kita namun sejauh manakah kita menyedari hakikat kemurahan Allah swt kepada kita. tanda kesyukuran kita kepada Allah dgn mengucapkan Alhamdulillah sbg wirid kita dan kedua ialah melakukn ketaatan kepada Allah. Itulah tanda abid yg bersyukur

         Allah sentiasa beri peluang kepada kita, sama ada kita sedari atau tidak. adakah kita abid yg terkategori di sisi Allah sebagai abid mengenang budi terhadap Allah. Allah tidak pernah berlaku zalim tetapi kita yg sentiasa menzalimi diri sendiri. menzalimi diri sendiri bermaksud kita tidak meletakkan hak kita sbg abid Allah. tidak meletakkan diri kita ditempat yang sepatutnya Allah meletakkan diri kita sama ada sebagai seorang hamba atau khalifah. itu adalah dua tujuan Allah hidupkan kita, sebagai abid dan khalifah.

        Tanya balik diri kita, adakah kita ini menjadi seorang hamba yg mengabdikan diri kepada Allah, seorang hamba yang bersyukur. Allah telah mengatakan dalam surah al-imran, ayat 133. apabila kita byk memohon ampun, Allah akan berikan syurga seluas langit dan bumi bagi orang2 bertakwa.


        Siapakah orang bertakwa yang bersegera memohon keampunan :

  1. orang yang berinfaq baik di waktu lapang atau sempit. 
  2. orang-orang yg menahan amarah : mereka marah apabila islam digunjing, diperkotak katik kan. mereka marah atas dasar keimanan.
  3. orang yg memaafkan kesalahan org lain : mereka menyedari mereka melakukan kesilapan dan segera mencari keampunan Allah.
  4. apabila melakukan perbuatan keji atau menzalimi diri, mereka segera mengingati Allah lalu mohon ampun atas dosa-dosanya. mereka tahu tiada siapa yg dpt ampunkan dosa mereka selain Allah. mereka berazam tidak melakukan perbuatan dosa itu

        Perbuatan keji (fahisyah) adalah perbuatan dosa yang melibatkan orang lain. contoh nya ialah zina, dia melibatkan orang lain terjebak kepada dosa. begitu juga seperti riba. Menzalimi diri pula adalah perbuatan dosa yang hanya akan meinmpa diri sendiri sahaja. apabila dosa yg kita buat menjebakkan orang lain kepada dosa maka ianya adalah fahisyah dan apabila melibatkan diri sendiri sahaja, ianya menzalimi diri

        3 : 136 : balasan bagi mereka adalah syurga. orang yg beriman yg berjihad pada jalan Allah, kadang2 tidak sempat berusaha utk jadi kaya, utk hidup senang lenang. orang yg pergi berjihad perlu keluar drpd rumah utk pertahankan ad-deen. mereka tiada masa utk menjayakan diri mereka sendiri seperti mana orang biasa yg menyebabkan mereka seolah-olah seperti orang yg tidak berjaya. namun, ini bukan neraca penilaian disisi Allah, yang penting ialah darjat keimanan kita di sisi Allah. sekiranya manusia itu tinggi dipandangan Allah tetapi rendah dalam pandangan manusia, itu adala lebih mulia berbanding sebaliknya. 

         itu merupakan firman Allah dalam surah al-imran. mudahan kita sentiasa berada dalam keberkatan Allah dan tergolong dlm hambaNya yg bersegera memohon keampunan. kita sedar bahawa diri kita merupakan hamba Allah yg byk lakukan kesilapan kerana syariat yg Allah letak pada kita memang banyak dan kadang2 kita teralpa, tergelincir kerana kita lebih pentingkan hawa nafsu dan ajakkan syaitan berbanding janji yg Allah dah janjikan yg kekal abadi diakhirat kelak.kita memilih utk berfikiran negatif dan melakukan dosa. namun Allah berisfat penuh rahmah dan rahim serta maha menerima taubat drpd hambaNya.



HADITH-HADITH TENTANG TAUBAT
       
        Sebelum tidur amalkan utk solat taubat 2 rakaat setiap hari paling minima. sebelum tidur kita bertaubat kepada Allah agar Allah ampunkan dosa kita sepanjang Allah serta Allah kembalikan roh kita suci drpd dosa. berdoa kepada Alah agar Allah menerima taubat kita dan Allah akan menerima taubat kita andai kita bertaubat tanpa syarat. 

        taubat lah dengan taubat nasuha, iaitu taubat yg menyeluruh. bertaubatlah dari segala sesuatu, bertaubatlah dengan segala eksistensimu. Taubat tak sekadar mengatakan " Aku bertaubat dari mengunjing orang, kecali dari si Fulan". Taubat ini tidak akan diterima.

       Makna taubat yg kedua ialah nashuha berasal dari nashiatu iaitu nasihat. apabila kita melakukan maksiat dan bertaubat, maka dia akan sentiasa mengingatkan kita drpd perbuatan maksiat yg pertama. taubat itu akan mengingatkan kita supaya kita tidak mengulangi. apabila nk buat dosa, kita teringat janji kita kepada Allah.


       Marilah sama-sama kita merenungi sabda Rasul saw, melihat-lihat keindahan dan kemudahan Islam, sehingga kita tidak akan lagi mendengar kekerasan, kegarangan, kesusahan maupaun kepelikan yg sering disematkan kepada ajaran Islam. sesungguhnya deen islam adalah cara hidup yg diterima Allah. sama-sama kita hayati islam dan fahami islam itu dengan kefahaman yg dikehendaki Allah dan amalkan nya.

       Rasul bersabda : "Wahai para manusia, minta ampunlah pada Tuhan kalian dan bertaubatlah, maka aku meminta ampun dan bertaubat pada Allah seratus kali setiap hari " - HR Bukhari dan Muslim-

      Rasul yg maksum minta ampun kepada Allah seratus kali sehari. para sahabat sentiasa melihat ketika rasul memberi pengisian pn, rasul akn berhenti sebentar dan beristighfar, dan sepanjang pengisian kira-kira seratus kali.baginda beristighfar/taubat. Kalau rasul yg maksum pn sentiasa merasakan dirinya sentiasa melakukan kesilapan dan baginda beristighfar, dalam satu pertemuan pn rasul minta ampun 100x kepada Allah. namun kita?

       Kita tak tahu tahap kita disisi Allah. namun kenapa kita tidak mahu bersegera memohon ampun pada Allah? Sepanjang kehidupan kita, berapa banyak kali kita bertaubat keapda Allah? Atau kita lupa atau sengaja tidak memohon ampun. Rasul itu maksum, yg terjaga drpd maksiat pn bertaubat 100x sedangkan rasul itu lebih tinggi dihapadan Allah. Tetapi rasul bertaubat kerana apa? Kerana baginda ingin mengangkat darjat baginda dengan cinta dan makrifah terhadap Allah dengan sebenar-benar pengenalan.

Bila kali terakhir kita bertaubat?
sudahkah kita mengulangi taubat kita?
atau sekali bertaubat kita rasa sudah cukup?
atau sentiasa bertaubat kerana mahukan keyakinan yang Allah mengampuni kita.


        Para Sahabat berkata,

"Kami menghtung dalam setiap satu pertemuan Rasulluah saw mengucapkan lebih dari seratus kali,

Ya Rabbi, ampunilah ak, dan terimalah taubatku. sesungguhnya, Engkau adalah Maha Penerima taubat, lagi Maha Penyayang - HR Abu Dawud, At-Tirmidzi, Ibnu Majah dan Imam Ahmad-


     Ketika berada di tengah-tengah sahabat, tiba-tiba rasul diam, ketika itu nabi sedang meminta ampun drpd Allah. kita sebagai hamba Allah yg pasti satu detik pasti melakukan dosa, kadang-kadang kita berfikir perkara negatif, melihat kesalahan orang lain atau kita merancang utk membuat sesuatu yang buat hati kita gembira tetapi dalam kemurkaan Allah.

Rasul bersabda :

' Sungguh, Allah membentangkan tangan-Nya setiap malam agar orang yg berbuat kejelekan di sing hari mau bertaubat. dan Dia juga membentangkan tangan-Nya di siang hari agar orang yg berbuat kejelekan di malam hari mau bertaubat - HR Muslim dan Imam Ahmad-

       Bayangkan Allah hulurkan tangan Dia utk terima taubat kita. Allah menanti lafaz taubat kita. Allah menanti kita tetapi sedar tak kita suasana itu. Allah tidak membentangkan kedua tanganNya dalam hal rezeki. Allah hanya membentangkan kedua-dua tanganNya utk menerima taubat. Apakah kita masih enggan bertaubat? seolah-olah kita tidak melakukan dosa. itu egois. Kita takbur dgn Allah. Kita tak mahu bertaubat atau menangguhkan taubat.

       Allah berikan kita rezeki, kita seronok tetapi tidak sebut Alhamdulillah. Apakah perkataan pertama yang kita sebut apabila mendapat rezeki? adakah 'wah!!! bestnya" . Ini adalah suatu kezaliman dan ketidak adilan terhadap Allah. kita tidak meletakan hak Allah di tempat Allah yang Maha Memberi Rezeki. itu adalah satu dosa. benda itu nampak kecil, namun itu adalah contoh abid yang tidak kenal budi. Banyak shj dosa yang kita lakukan utk menzalimi diri sendiri dan juga dosa yg melibatkan orang lain.

       Kita rasa kita patut mendapat keadilan sedangkan kita tidak melakukan keadilan terhadap orang lain. Kita hanya menyatakan hak kita, tetapi kita lupa adakah kita telah menunaikan hak orang lain. adakah kita telah menunaikan hak Allah? banyak perkara yg jika kira satu persatu kita tidak layak mendapat anugerah atau belaan drpd Allah. banyak perkara yang kita lalai kepada Allah. Banyak yang Allah lakukan kepada kita namun kita leka. Kita tidak bersyukur keapda Allah merupakan satu kezaliman.

Kenapa kita masih tidak mahu bertaubat?

Rasul bersabda :

" Rabb kita turun setiap sepertiga malam terakhir, lalu berfirman " Siapa yang berdoa pada-Ku, unutk Aku kabulkan permohonannya. : siapa yg meminta kepada-Ku, untuk Aku penuhi permintaannya? Sdan siapa yg mohon ampun pada-Ku, untuk Aku ampuni dosanya? " - HR Bukhari dan Muslim-

       Hasil daripada taubat itu mengundang Rahmat Allah, mengundang pertolongan Allah, pengampunan dan pengabulan doa drpd Allah. Sentiasalah bertaubat kepada Allah.

       Ketika orang lain berdengkur tidur, kita bangkit dan  mohon keampunan. "Aku bertaubat dari dosaku selama dua puluh tahun yg lalu". Di saat Allah sedang turun ke bumi, dan berkata " Adakah orang yg bertaubat? Siapakah yg bertaubat, untuk Aku ampuni? " . Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. Apabila kita memohon kepadaNya, Allah akan terus ampunkan dan menjawab doa kita dan Allah akan jawab segala permintaan kita.

       Sama-samalah kita garap dan rebut supaya kita merasai kebesaran Allah, kasih sayang ALlah dan makrifah Allah terhadap kita melalui permohonan ampun kita dengan bertaubat.

Dalam sebuah hadith Qudsy dikatakan,

" Wahai Bani Adam, kalian tidaklah (sungguh-sungguh) berdo dan mengharap pada-Ku, Aku akan mengampuni dosa-dosa kalian dan Aku tidak peduli. Wahai Bani Adam, jikalau dosa kalian mencapai awan di langit, lalu kalian minta ampun pada-Ku, Aku akan mengampuni kalian, dan Aku tidak peduli. Wahai Bani Adam, jikalau kalian datang pada-Ku dengan dosa sebesar ukuran bumi, tetapi kemudian kalian mendatangiku dengan tanpa berbuat syirik pada-Ku, maka Aku akan datang padamu dengan ampunan sebesar itu pula "  - HR At-Tirmidzi-

          Adakah kita masih enggan bertaubat dengan semua ini kerana Allah akan ampunkan dosa kita walau sebesar mana pun dosa kita bawa di hadapan Allah kecuali dosa syirik. Apabila syaitan cuba berjanji dengan Allah utk menggoda kita selama nyawa kita masih di badan, Allah menjawab " Demi kemulian-Ku dan keagungan-Ku, Aku akan ampuni mereka selama mereka minta ampun kepadaKu.

         Itulah beza dosa manusia dan syaitan. Dosa manusia Allah ampunkan. Kadang-kadang kita lakukan kesilapan tanpat kita sedari. kadang-kadang kita lakukan kesilapan atas kejujuran kita. Kita rasa semua orang baik dan kita dimanipulasi oleh orang lantas terjebak kepada kemaksiatan terhadap Allah.

Allah sentiasa menabur kasih sayangnya. Sentiasa mengajak kita utk mencintaiNya dan mendapat kasih sayang daripada Allah. Rasul bersabda :

" Allah lebih gembira menerima taubat hamba-Nya daripada hamba yg berjalan di padang pasir, lalu ia kehilangan kenderaannya yang memuat makanan dan minumannya. Ia menyangka akan mati, lalu ia menggali lubang dan tidur di dalamnya sambil berkata, " Aku akan tidur di lubang ini sampai kematian datang menjemput. " Tiba-tiba kenderaan dan makan yg ia bawa berada di atasnya. - Adakah kebahagian yang lebih besar dari peristiwa itu? Kebahagiaan orang yang akan mati, lalu selamat? - sampai-sampai ia berkata, "Ya Allah Kau hambaku, dan aku tuhan-Mu" ( ia sampai salah bicara karena bahagia). Maka Allah lebih gembira menerima taubat hamba-Nya daripada kegembiraan hamba tadi " - HR Bukhari dan Muslim-


La ilaha illallah, kita begitu lalai pada Allah. Tidakkah kita melihat besarnya karunia-Nya? Dan kita tetap enggan bertaubat setelah mendengar semua itu? Begitu keraskah hati kita untuk tidak kerap bertaubat.

Di zaman Bani Israil, ada seorang yg melakukan dosa selama hidupnya. Ketika hampir mati, ia mengumpulkan anak-anaknya seraya berkata, "Wahai anakku, tiada seorang pun di dunia ini yang melakukan dosa sepertiku. Jika aku mati, bakarlah bangkaiku, nyalakan api, lalu lemparkan aku ke dalamnya. Bila sudah jadi abu, hancurkanlah dan tebarkan di puncak-puncak gunung. Maka sekiranya Tuhanku kuasa atasku, Ia akan meyiksaku dengan siksa yang tak seorang pun disiksa dengannya."

       Ketika mati, ia pun dibakar, dan abunya dihancukan. Laku, mereka menunggu hari bertiupnya badai. Setelah badai tiba, mereka sebarkan abu itu di atas gunung. Setelah itu, Allah berfirman, " Jadilah, " maka jadilah. Lalu Allah berfirman, "Apa yang menyebabkan kamu melakukan ini?" Ia menjawab " Aku takut pada-Mu dan dosaku."  Allah berfirman, " Dengan takutmu pada-Ku, Aku telah mengampunimu. Aku bersaksi denganmu, wahai Malaikat, bahwa Aku telah mengampuninya dan memasukkannya ke surga" - HR Bukhari dan Muslim-

Orang yg berada didalam keadaan yg banyak dosa, apabila nk mati dia rasa dia sgt berdosa dan redha Allah utk menyiksa dia. Dia menyesal. Dia rasa Allah berhak menyiksa dia kerana dia takut kepada Allah. Dengan erti kata itu pn, seolah-olah memohon ampun dan dpt kembali kepada Allah dalam keadaan yang bersih.

          Ada pula atsar yang mengisahkan seseorang dengan ketaatannya selama dua puluh tahun. setelah itu ia pun berbuat maksiat selama dua puluh tahun juga. Lalu ia berkata, "ya Tuhanku, aku taat padamu selama dua puluh tahun, lalu bermaksiat selama dua puluh tahun...Akankah aku Kau terima jika aku bertaubat?" Ia bergumam sendiri, "Tidak mungkin setelah semua uang aku perbuat." Suatu hari ia tertidur. Ia pun mendengar suara, "Kau telah berbuat taat pada kami, sehingga Kami pn mendekatimu. Laku, Kau pun bermaksiat hingga Kami pun melupakanmu. Maka jika kau kembali pada Kami, Kami pun akan menerimamu."


        Itulah contoh yang mana sekiranya telah buat kesilapan dan balik semula kepada Allah, Allah akan menerima. Pintu taubat masih terbuka. Kembalilah pada Allah.  

         Di zaman Nabi Musa, manusia dan hewan kehausan, dan hamoir mati, kerana sedikitnya persediaan air. mereka lelah, hingga berkata, "Wahai Musa, serulah Allah, dan mintalah agar hujan diturunkan!"  Nabi Musa pun mengumpulkan mereka di satu tanah lapang, lalu ia berdoa pada Allah. Mereka pun mengaminkan doa beliau, tetapi hujan tak kunjung turun. Akhirnya, ia pun berkata, " Ya Tuhanku, mengapa Kau tidak mau menurunkan hujan, padahal kami telah berdoa dan menghinakan diri pada-Mu?"

        Allah menjawab, " wahai Musa, di antara kalian ada seorang yg berbuat maksiat selama empat puluh tahun, ia belum bertaubat. Maka ia menghalangi terkabulnya doa kalian." Lalu ia bertanya, " Lalu apa yang harus kami lakukan?" Allah menjawab, "keluarkanlah orang yg berbuat maksiat itu! Jika orang itu keluar dari barisan kalian, hujan akan turun."  Nabi Musa pun berkata, "Aku meinta kalian bersumpah pada Allah. Aku bersumpah pada Allah, di antara kita ada yang berbuat maksiat selama empat puluh tahun, hingga hujan tidak turun-turun, maka hendaklah ia mau keluar dari barisan."

        Orang yang berbuat maksiat itu menoleh ke kanan dan kiri sekiranya ada yang keluar selain dia. Tetapi tidak ada seorang pun yang keluar. Tahulah ia kalau uyang dimaksudkan adalah dirinya. Lalu ia berkata, "Ya Tuhanku, aku telah berbuat maksiat selama empat puluh tahun, dan Kau telah menutupinya. Ya Tuhanku, jika aku keluar, maka namaku akan tercemar. Dan jika aku tetap tinggal, maka hujan tidak akan turun. Ya Tuhanku, aku sekarang bertaubat padamu, aku menyesal, aku kembali pada-Mu, maka ampunilah aku, dan tutupilah kejelekanku!"

       Hujan pun turun, akan tetapi orang yg berbuat maksiat itu tidak keluar dari barisan. Akhirnya Nabi Musa bertanya, "Ya Tuahnku, hujan telah turun dan orang itu belum keluar? "  Allah menjawab, "Wahai Musa, hujan telah turun dengan taubat hamba-Ku yang telah bermaksiat selama 40 tahun."

       Nabi Musa bertanya lagi, " Ya Tuhanku, tunjukkan orang itu padaku agar aku bergembira dengannya"  Allah menjawab, "Wahai Musa, ia telah berbuat maksiat pada-Ku selama 40 tahun, dan Aku telah menutupinya. Lalu apakah Aku akan membukanya padamu, mencemarkan namanya, padahal ia telah kembali pada-Ku?"

TRILOGI SYARAT TAUBAT

Bagaimana kita harus bertaubat? Ada tiga macam syarat yang menjadi hak Allah, yakni :

  1. Menyesal - kalau bertaubat mesti ada rasa menyesal. menyesal terhadap dosa yang TELAH dilakukan.
  2. Berhenti dari berbuat dosa - berhenti utk dosa yang SEDANG dilakukan
  3. Bertekad untuk mengulangi lagi - utk perkara yang akan datang


      Apa makna menyesal? Menyesal itu kepedihan dalam hati. Di antara kita mungkin pernah melihat dosa di pelupuk mata, lalu hatinya menyesal. Penyesalan adalah kepedihan yang menyayat hati, yang timbul drpd pedihnya berbuat maksiat. Sedih, kerana telah menyepelekan hak Allah atau kerana melalaikan Allah selama puluhun tahun.

         Dengan kelembutan Allah, Allah tak siksa kita dengan dosa yang kita lakukan. Allah tak terus azab. Allah bagi peluang pada kita utk bertaubat. Allah utuskan orang beriman kepada kita agar kita bertaubat. namun adakah kita masih bertaubat? kita tunaikan tak solat taubat sebelum tidur?

Bagaimana mengungkapkan rasa penyesalan?
Dengan linangan air mata. Ketika mata mengangis, kita mengungkapkan penyesalan, kegoncangan jiwa dan getaran hati. kemudian dengan mensedekahkan harta agar Allah mau mengampuni. Kemudian dengan sujud dan ibadah yang lama. Semua itu adalah penyesalan.

Berapa kadar minimal penyesalan?
Kadar terendah adalah kepedihan hati dan goncangan jiwa. Ibnu Umar pernah berkata, "Barang siapa yang merasa sakit karena kesalahan, lalu hatinya bergetar, maka kesalahannya akan dihapus dari lauhul mahfuz"

Syarat-syarat taubat.

  1. Penyesalan menjadi syarat pertama taubat. 
  2. menghentikan dosa
  3. betekad kuat tidak akan mengulangi

         Trilogi taubat termasuk amlan hati. Hati kita yg rasa menyesal. Hati kita yg nak berhenti. Hati kita yang nak berazam. Hati yang bertekad utk tidak ulangi dosa itu. Mungkin ada di antara kita yg menyedari dosa-dosanya, kemudian bertaubat. Taubatnya diterima dan kesalahnnya dihapus. Kita tidak tahu itu. Kenapa?  kerana taubat adalah amalan hati. Tiada seorang pun yang mengetahuinya.

Bersungguh-sungguhlah bertaubat. Furqan : 68 -70


INDAHNYA TAUBAT

Taubat Sang Penjagal

-  pengajaran : untuk kita berada dalam keadaan taubat, sentiasa dekatkan diri dengan orang yg soleh.


Ka'ab bin Malik
      Seorang sahabt bernama Ka'ab bin Malik tertinggal dari perang Tabuk, hingga Nabi marah dan memerintahkan kaum muslim agar memboikotnya selama lima puluh hari. Dan setelah lima puluh hari, Allah mengampuninya. Al-Quran datang dengan taubat Allah padanya. Ka'ab memasuki masjid setelah ia diboikot selama lima puluh hari. 
       Lihat apa yg dikatakan Nabi setelah ia di boikot lima puluh hari, " Wahai Ka'b, bergembiralah menyambut hari yang paling paling setelah ibumu melahirkanmu...Allah telah mengampunimu: -HR Bukhari dan Muslim-
    Sesungguhnya hari paling indah adalah ketika Allah mengampuni kita dan ketika kita mengeluarkan maksiat yang memenuhi hati kita dan bertaubat pada Allah.



     



     

No comments:

Post a Comment