Bismillah
Kuliah BM Fasa I :
18 September 2012
MUQADDIMAH
Sesesungguhnya hari2 mendatang makin singkat dan bagi kita
yg telah dipilih ALlah Ahlan wa sahla.
moga Allah meredhai kita
mengenali satu sama lain. itulah yg kita harapkan supaya keberkahan
Allah bersama-sama kita. menghampirkan diri bersama Allah agar kita
dapat suasana yg ALlah barakah dan suasana yg hakiki
Allah membeli kita dgn memberikan jannah, perniagaan yg
sentiasa untung di dunia dan akhirat.
Allah tawarkan satu jual beli
utk kita korbankan. Allah offer satu perniagaan yg takkan rugi
selama-lamanye. Namun saham, mahar, modalnya ialah diri kita dan harta
benda kita dgn Allah berikan jannah
Allah tuntut kita utk berjuang dlm jalanNya dan dalam itu kita mungkin
akan terkorban atau mengorbankan org lain utk tegakkan kalimah
Allah. Perjanjian itu telah dimaktubkan oleh ALlah dalam taurat dan quran.
Sbb itu diakhir zaman kita perlu kembali pada Allah
Allah berbicara kepada kita dgn quran. Itu satu perbualan antara
Allah dgn kita. Perbualan Allah dgn kita secara berbisik dlm solat, dating
kita dgn Allah. Perbualan cukup indah di dalam solat.Baca la solat dgn
baik, dirikan solat dgn baik utk kita dapat keberkesanan dlm
solat. Bykkan bertaubat dlm solat, bykkan beristighfar. Perbaharui
syahadah kita sebanyak 9 kali didalam solat kita. Dalam masa yg
sama,pastikan utk kita mohon hidayah dan taufiq agar berada dlm landasan
sirat mustaqim kerana kaki kita mudah tergelincir, hati kita mudah berubah,
complain.
Kita mudah utk tergelincir dan seleweng dr niat dan keistiqomahan. Itu
merupakan kegelinciran yg menyebabkn kita tergelincir. Allah syariatkan
atleast kita minta doa kepada Allah agar hati kita tetap dlm landasan sirat
ini. Maka perjanjian kita dgn Allah, jgn lalai dgn tujuan kita diciptakan.
Hidup kita penuh dgn perjanjian. Sejak di alam roh lagi, apabila
kita berada dlm perut ibu kita masih di ingatkan lagi. Justeru, dalam kuliah BM
fasa 1 ini preparation bagi seorang bakal ibu dan ayah. ini merupakan
peranan yg besar dlm pembentukkan anak2
Dosa2 yg dilakukan oleh bakal kedua ibu bapa, suami dan isteri, pada
anak2 yg akan dilahirkan akan memberikan kesan terhadap kesolehan anak. Jgn
kita tinggalkn sisa2 or bekas2 dosa langsung kepada anak2 yg kita bakal
lahirkan. Biarlah anak itu dilahirkan suci bersih tanpa dosa ibarat kain
putih. Ibu bapa yg corak mereka jadi nasrani, majusi yahudi. kalau
anak2 tersilap langkah org pertama yg wajib dipersoal adalah ibu bapa. Jgn
langkah, jgn langkawi batas2 dosa yg digarisi Allah. Jgn kita
langgar, rempuh batas syariat dan hudud2 yg ditentukan Allah. Jangan dekati
zina. Bermula dgn zina mata, kawal mata kita agar mata kita sujud
kepada Allah bukan sekadar dahi sahaja, tetapi mata dan hati juga sujud
kepada Allah agar seluruh anggota akur kepada Allah. Apabila keseluruh
jiwa kita sujud kepada Allah, semua itu mampu ditunduk iman utk akur kepada
ALlah
TILAWAH : AL- HUJURAT : 1-10
Ketika ayat pertama dan kedua diturunkan adalah kerana berlaku pentengkaran
mulut antara abu bakr dan umar. namun ada yg merasakan ayat itu
ditujukan kepada mereka org2 beriman, menurut muhammad bin thabit
Ayat ini diturunkan dan thabit menangis. inilah contoh org yg beriman dan
bertaqwa disisi ALlah. Dia tak fikir ayat ini diturunkan itu siapa tp utk
dia, thabit bin qais. Lalu rasul tny, "adakah engkau tidak redha
hidup terpuji masuk syurga. Dia redha dan takkan tinggikan suara.
Ketika ayat 1 dan 2 turun utk tegur abu bakr dan umar, tp ada sahabat
yg lembut hatinya menangis dgn ayat ini. Dia tak buat perkara itu tapi dia rasa
mcm dia pernah buat terhadap rasul lantas dia nangis. Utk hidup lebih
terpuji adakah dia redha,,,ye dia redha kerana ayat itu bukan utk dia. Dia cuma
terasa,,tp utk masa akan datang dia berjanji takkan lakukan lagi
Ayat
ini Allah dah turunkan lama dah, 1400 tahun yg dahulu. ayat ini
diturunkan pada zaman rasul..tp kita juga mungkin lakukan juga pada hari ini.
Mungkin aku ada terbuat perkara ini ada lakukan kesilapan, taubat lah. Jgn
tundakan taubat
Dalam ayat 4 & 5 : keluar je dari pintu bilik nabi ialah
masjid. So, dekat la rumah nabi dan masjid. Ruang tamu rumah rasul adalah
masjid. Apabila rasul dlm bilik dia menjerit2 utk panggil..tidak beradab. Kadang2
arab punya style nih tak sabar, keras tinggi suara berbanding orang
madinah. Dia mengaku, "ayat ini ditujukan kpd aku kerana aku
berteriak panggil rasul ". inilah sahabt, Aqra'.
Fastabiqul Khairat ( Berlumba
melakukan kebaikkan)
Tangan2 kita akan menjadi saksi di akhirat kelak.tangan2 kita akan
berkata di akhirat kelak. Justeru
take any note utk
mencatit. Allah khususkan tangan. Tangan akan lakukan penyaksian. Seorang
yg ada dalam kuliah ini catit agar dapat beratkan timbangan kita di
akhirat
1. selamat dr neraka
2. duduk di al a'raf
Menangguhkan amalan soleh. Kita kedekut utk mecatit, lambatkan
kita masuk syurga. Tangan kita menulis walaupun satu, tp dgn ikhlas. Walau
pun taip 'A', then Allah cabut nyawa ( it can happen to us) , mudah
mudahan A yg kita catit tu beri timbangan berat di sisi Allah di surga
Look simple but important. Jgn catit something yg jebak kan kita
ke neraka eg : kita maki, marah kat org dan sbg nya atau kita
lakukan sesuatu yg haram. kita tekan button yg haram, akan bagi
timbangan yg berat di sisi Allah
Ibarat solat jemaah..smua org baca n org buat amalan
tu.. kalau kita tulis dalam kuliah ini dan semua org baca dan
buat, darjat macam solat jemaah insyaAllah. Bukan senang nk bina amalan
setinggi 27 tingkat it is so hard, nk bina satu tingkat pn payah...
Apabila kita menulis, kita melihat in a different angle terhadap
amal soleh yg disampaikan
different people can see
different angle. sharing ilmu. ada org lain baca dan amal..dan dia
sampaikan pada org lain pahala kita berganda..amalan soleh yg cukup
hebat!!
jemom: dengan kita menulis itu,
tulisan kearah menyeru kepada Allah
Org amalkan dan kembangkan kepada org
lain, untung,,berbaloi-baloi. Rebutlah pahala..fastabiqul khairat. Kita
takde masa nk buat amalan byk2 dlm masa yg singkat. Jika kita lihat satu
kemungkaran ubah dgn tangan. Kalau kita pemerintah takpe Tp kita nih
siapa? ikan2 bilis pinggiran di muka bumi Allah. Dengan melalui amalan2 soleh, disini
lah peluang kita nk menulis.Apabila org lain baca dan sampaikan, pahala
kita akan berkembang dan keredhaan ALlah.
TAUBAT
Dalam kita melakukan kerja, ada kepincangan dlm amaln kita. Kita
lakukan solat tapi hati masih kotor. Hati masih lagi rasa curiga atau kita
rasa ALlah tak adil. Kita solat tp masih pakai baju
ketat. Kita solat tapi masih tak mampu kawal nafsu kita. Kita
solat tp kadang2 ktia bercakap kasar dgn ibu bapa. Kita solat tp nk makan
mknn yg buruk utk diri. Persediaan menjadi bakal suami isteri
membentuk rumah tangga mukmin dan bukan rumah tangga mukmin biasa tp dua bukan duat biasa tp duat
cemerlang. Ini adalah preparation individu.
Tiada balasan yg diharapkan, tiada pujian yg diharapkan, tiada ucapan
terima kasih diharapkan tetapi doa agar kita dpt hidayah dan menjadi
abid di sisi Allah. Apa yg diharapkan keredhaan dan cinta ALlah agar terus
istiqomah.
Taubat bukan dilakukan sekali shj tetapi berulang ulang setiap
hari dan bukan dilakukan bila kita buat silap. ini adalah method utk
kita rapat keapda Allah dan kasih cinta kepada ALlah. Dlm masa yg sama
mohon kepada ALlah dgn taubat dapat sucikan kita
Taubat merupakan satu drpd 11 terminal penyucian utk masuk syurg. Tidak
ada org yg berdosa masuk syurga. Org yg suci dari dosa sahaja masuk
syurga. Everybody masuk syurga sbb itu Allah sediakan 11 terminal utk
masuk syurga. Ibarat masuk car wash ada buih2 sabun, air
percik, polish dan lap. Begitulah kita dihdapan ALlah, minima ada 11
terminal utk kita sucikan diri
Taubat : 111 - 112. Apa maksud taubat? taubat itu
kembali. Bermula drpd perasaan takut kepada Allah lantas dorong dia
utk kembali kepada Allah
Org at-taibun : org yg sentiasa
bertaubat
Pengembalian kepada Allah
bermula drpd perasaan takut. Org yg bertaubat ialah org yg takut kepada
Allah. Org yg tak takut kepada Allah takmo kembali pada ALlah
Awali taubat utk dosa kita dihadapan Allah. Apabila kita sedar
kita lakukan dosa dihadapan Allah, kita tahu diri kita kotor. Apabila kita buat
dosa, kita dah kotori diri kita. Org tak takut takkan kembali.
Takut ini lahir drpd kefahaman
Al-fahmu merupakan syarat utk menimbulkan rasa takut. Drpd faham rasa
takut akan lahirkan perbuatan utk konsisten bertaubat.
Org yg bertaubat ialah orang yg
takut. Org yg ada perasaan takut Alhamdulllah selamat.
Org yg bertaubat adalah org yg
menyesal
Org yg bertaubat
adalah org ingin kembali
maka apabila dia takut,
menyesal dan ingin kembali --> menyucikan diri drpd segala dosa dan maksiat
Kembali kepada ALlah dgn penuh kesedaran. Ya rabb, dosa yg dilakukan
berpuluh-puluh tahun akan ditinggalkan kerana sayangkan kamu.
apabila org yg
memahami faham salah :
1. malas taubat
2. tidak rasa takut
3. tak menyesal
4. tak ingin kembali
utk apa nk taubat kalau tak
laku pendosa besar
kajian kes
1. taubat utk pelaku dosa
menyebabkan malas taubat
2. para wanita anggap taubat
hny utk perbuatan haram
kesilapan kefahaman taubat ini
boleh buat org yg taat kt Allah n org kuat ibdah xperlu bertaubat
dia xrasa dia perlukn taubat
sbb dia da rasa dia ckup baik da..lbih2 lg org2 yg kuat ibadah
"buat pa taubat..kita mana buat salah pon" nauzubillah. Llafaz
taubat itu istighfar. Rasulullah yang maksum pun sentiasa beristighfar,
apatah lagi kita yang banyak dosa..Supaya kita ingt diri kita. Org2
kuat agama bleh berlaku salah faham taubat sbb dia rasa taubat itu untuk org2
buat dosa sahaja. Ada dosa besaq zarah pn xbleh msuk syurga. Ada
sombong skit pn xbleh msuk syurga
Taubat itu berlaku di semua peringkat keimanan org yg taubat juga
perlu perbaharui taubat dia..taubat ada tingkatannya. tak kira pelaku dosa
besar atau dosa kecil, harus perbaharui taubat
kenapa kita perlu bertaubat?
-harus proseskan minda bila ditanya soalan-
Proses menuntut ilmu harus ada dua pakej
1)tafakkur fikir
kena
berfikir ilmu ini benar atau tidak. alQuran kata yes or no. Nabi kata yes or no
2) tazakkur
digestkan
ilmu dalam diri
orang yang
tazakkur baru boleh bercakap dan menyampaikan
latih diri
utk berfikir
Sbb tu Allah kata yatafakkarun. Org yg berfikir baru boleh
lihat perkahwinan ini adalh sesuatu yg besa. Bg org yg berfikir, keinginan
antara laki dan wanita, Allah syariatkan perkahwinan. Sbb tu kena belajar syariat
mcm mana nk pinang wanita. Mcm mana drpd lelaki dan wanita Allah jadikan adam
dan hawa, lahir qabil dan habil
Abila tgk2 kenan je jom buat zina..lahirlah anak. Adakah mcm tu? Dgn
lafaz ijab qabul. Sbb tu ada adab bukan nye kat tepi jalan dan
semak ataupn nikah tak cukup syarat, tak cukup saksi sbb takut buat
dosa. Ibu bapa tak consult,,tak kira apa kate ibu bapa.. kawen lari. Sbb
ape? tidak ada tafakkur ini
Tak lihat yg Allah cipta semuanya ada nilai. anak lelaki : jgn
langgar batas Allah, sbb lelaki la wanita di zina. Lelaki yg
ada dalam naungan Allah ialah walaupun lelaki didatangi wanita yg paling gedik
dan buruk sekali pn dan ajak dia berzina, dia tolak.eg : anak perempuan
tegur dlm fb, dan layan..dia tak dpt naugnan kecuali zinaApabila tegur dia rasa
syahwat..maka habis..dan terjebak pada zina.
Kalau lelaki yg soleh dan beriman,,dia igt dan tafakkur. lahirkan
anak lelaki yg tazakkur. Kalau pilih isteri pn dia tak pilih isteri yg
gedik yg mendedahkan aurat dihadapan lelaki yg kata "aku takut
kepada Allah"
lelaki adalah pemimpin kepada
wanita dan wanita yg solehah ialah wanita yg selalu memelihara diri ketika
suaminya takde
Kalau lelaki yg soleh itu ramai, takkan ada wanita
zina lantas takde anak haram. Anak lelaki, take the lead dalam
keimanan dan ketaqwaan. banyakkan taubat ketika jiwa kita rasa
urgensi utk taubat
Utk kita encourage diri utk
taubat :
1. tahu kedudukan diri
dihadapan Allah
·
kita nih hmba yg sentiasa lalai,lemah smngt dan lebih mudah nk
merungut..igt kat mana kita
2. sedar berapa byk kita
langgar hak Allah
·
bila kita sedar, kita segera bertaubat,,kita takkan mampu tidur
tanpa solat taubat
3. sedar bhw hati terasa
di perah
·
tazakkur
·
fikir itu otak, tazakkur tu hati
·
Apabila hati kita rasa guilty..this is something
wrong. Apabila kita rasa bersalah dlm hati, rasa tak senang, rasa
something wrong..igt..itu adalah hint drpd Allah yg kita lakukan dosa. Cepat2
la bertaubat...sbb tu hati kita tak tenang. Indicator dr hati, tepuk
dada tny iman.Ttaubat je lah..takyah fikir ape
4. mulut tergamam
·
apabila kita buat benda salah, mulut kita rasa tergamam nk bohong
·
apabila kita lakukan kesilapan, kita nk bohong pn tak jadi
·
apabila ada rasa, kita nk ckp tapi kita tak buat lag...benda tu
dah salah..bila nk ckp sesuatu, dan mulut kita tergamam = something wrong
·
bila buat benda salah, kita tergagap, terpaku mulut
·
indicator kita ada buat silap
Sama2 beri komitment utk perbetul amalan kita, berazam utk taubat
kepada Allah. Apabila kita terasa kita tak buat salah, kita byk salah. Taubat
drpd dosa besar dan drpd dosa2 kecil, bertaubat dr dosa besar. Kdg2 tak
rasa kita lakukan dosa besar...kadang2 kita tak perasan,,,kita rasa takde dosa
pn..tp sebenarnye dosa besar
contoh dosa besar : mengakhirkan solat
kumpul 2 solat dalam satu
waktu itu dosa( solat combo)
Sekiranya sukar nk bangkit
suboh, takde effort nk minta tolong org lain kejutkan or set alarm or utk kita
boleh bangkit..apabila kita tertinggal waktu suboh, kita berdosa.
celakalah org yg lalai dlm
solat, surah al maun. Org yg lalai bukan tinggalkan solat secara
total tapi yg solat diakhir waktu.
Rasul sabda : org yg laku solat asar 2 minit before maghrib,,dia
masuk neraka wayl. Wayl : terbuat drpd api neraka yg licin, setiap
kali pelaku dosa panjat, dia jatuh balik. Khas neraka yg dijanjikan pada org yg
mengakhirkan solat
Dosa yg paling besar adalah anak yg melaknat orang tua nya. Bagaimana
seorang anak sanggup laknat org tua nya? seseorang yg caci maki ibu bapa
org lain, org lain itu maki ibu bapa dia. siapa pn pelaku nya, dia telah
buat dosa
Sbb itu ketika hari kiamat, ketika manusia dibangkitkan semula di
padang mahsyar, dalam hiruk pikuk dan nafsu lawwamah. Ada juga yg tak sabar utk
di hisab, tak tahan dgn suasana di padang mahsyar. Pada org yg
bertaqwa..susana hiruk pikuk tak didengari malah lalui dgn cepat seperti
solat sunat dua rakaat yg ringkas di dunia dgn penuh ketenangan ( ini
hadith nabi)
Apabila manusia minta dgn cepat, mereka mencari nabi2
Allah.. termasuk adam.
-
nabi adam kata : sungguh Allah telah lakukan satu yg murka..iaitu
mkn buah khuld. aku telah lakukan dosa, aku tak layak utk mintak
dipercepat hisab
-
nabi Nuh juga begitu utk meminta permisson dipercepat hisab
-
nabi ibrahim : aku telah berbohong 3 kali di hadapan Allah
1.
disoal oleh ayah dan pembesar2 :
·
ttg siapa yg pecahkan berhala..tp dia tak mengaku
·
lepas hancurkan berhala, dia letak kapak kat berhala yg paling
besar..semua org marah tp nabi ibrahim soh tny berhala. maka aku tak layak
nk pohon
akhirnya mereka pergi pada
Rasul, i have that key
Bersyukur la kepada Allah kerana dipilih menjad umat nabi
Muhammad. dosa besar buat Allah marah, taubat la. Apabila kita tahu kita
sgt perlukan taubat.. taubat dari mengakhiri solat, derhaka kepada ibu
bapa, dosa besar dan kecil. tutup pintu dlm nada marah dihadapan ibu bapa
juga adalah dosa besar. memakan daging saudara kita yg bangkai,,,makan
daging ibu bapa kita..memaki kedua org dua sama lah kita macam cannibal.
Apakah kita sedar bila kita lakukan dosa besar? hidup kita tanpa
erti apabila tanpa taubat kerna bergelumang dosa. apa yg mendahuli segala
zina ialah zina mata. menonton filem porno...site2 blue. zina mata
adalah melihat..penghantar zina,,gerbang awal drpd berbuat zina. seorang
mungkin tak kunjung lokasi zina tetapi setelah zina
mata. pemuda dan pemudi setiap hari lihat
pornografi, bersekedudukan. itu adalah dosa besar. chatting
perbicaraan haram
Adakah kita masih enggan
bertaubat?
Pada yg masih belajar, dan mendapat biasiswa jgn sekali-kali
gunakan biasiswa utk perkara yg haram sbb akan ditanya oleh Allah dijawab
di akhirat. Duit biasiswa adalah hasil amanah ummah utk tuntut ilmu. Mngkin
kita just buat dosa2 kecil yg tak butuhkan taubat namun berjuta dosa kecil
setiap hari menggunung jadi besar.
30-40% anak2 di ipt dah lakukan pregnancy test di universiti
everyday. pelihara diri drpd perkara haram. sekarang nih dah tak kira
dah, pakai tudung ke tak sama level je. Pelihara diri daripada pelaku
zina. pelihara diri drpd perkara2 yg dimurkai Allah. Jagalah diri dan
minta drpd Allah pelihara diri drpd dosa2 besar. iA Allah akan
berikan kita the best. Apabila kita jaga hukum Allah, Allah akan
berikan the best utk kita.Kawal diri kita drpd dosa2 kecil dan haramkan diri
kita drpd dosa2 besar
Pada anak2 lelaki dan
perempuan, kawal diri. Doa agar Allah tutupkan syahwat yg haram dan agar
Allah pelihara drpd terjebak kepada lembah haram dan drpd sifat2
keji dan lahir sbg mutiara yg bersih
Apa yg baik drpd Allah. Apa pn
dlm detik kehidupan, taubat lah agar kita kembali dlm keadaan yg suci dan
bersih.
No comments:
Post a Comment