Sunday, March 24, 2013

Interaksi dengan Allah adalah Melalui Fitrah dan Melihat Sunatullah.

Kuliah Baitul Muslim 19.03.13

Bismillahirah.
Assalamualaikum wbt.

Interaksi dengan Allah adalah melalui FITRAH. Allah meletakkan fitrah dalam diri kita dan fitrah inilah yang berjanji dengan Allah utk menjadikanNya Rabb kita. Moga niat ikhlas walaupun amal itu seberat zarah. Amalan itu sama ada di hujung daun, atas langit, bumi etc, pasti Allah akan nilai. 

Jadi, jangan pandang amal kecil sebagai amal terbuang  tetapi di sisi Allah pasti mempunyai piawai yang tinggi andai disertai keikhlasan.

Husnuzzhon kepada Allah bahawa setiap kali kita sedut dan lepas nafas adalah nikmat Allah kepada kita. Lantas, kita boleh melakukan pelbagai aktiviti dan justeru, tunjukkan SYUKUR melalui ketaatan. Moga ini adalah masa yang dihabiskn dlm barakah Allah. 

Kalau kita bertangguh bahawa masa masih panjang kerana kita muda, kita berada di atas jari telunjuk syaitan. Jadi, sentiasa berhati-hati dengan perasaan bahawa hidup masih panjang. Semoga akh Iman Syafiq berbahagialah di sisi Allah.. Akh Iman Syafiq, dipanggil saat umurnya masih muda. Mati muda atau mati ketika tua bukanlah ukuran kemuliaan di sisi Allah. Kemuliaan d sisi Allah diukur melalui TAQWA.. 

Jadi, terus memohon kpd Allah - Allah matikn kami dengan husnul khotimah, dan jangan engkau matikn kami dengan suul khotimah. Terus memohon, agar setiap langkah kaki kita adalah untuk dekat kpd Allah, agar kita KEMBALI kpd Allah dlm keadaan yang Dia paling redhai. Bukan dlm keadaan DIa murkai atau dlm keadaan Dia berpaling dari menatap kita.

Pastikan amalan kita penuh dengan rasa ikhlas, rendah diri, takut, harap andai amalan-amalan kita tak bernilai pada Allah... 3 bekalan dibawa mati - ilmu yg diajarkn, sedeqah, doa anak yg soleh.. Moga2 anak-anak usrah dan anak-anak solehah menjadi anak-anak akhirat di samping anak kandung.. 

Mungkin kita tidak mmpu buat kebaikan dalam satu hari... Namun dengan tilawah setiap hari, 1 huruf = 10 pahala. Justeru, buatlah tilawah al-quran setiap hari, selepas subuh dan mathurat pagi.
  •   Al-quran merupakan interaksi Allah dgn kita.. 
  •   Al-quran patut dijadikan motivasi kita.. 

Allah akan mempercepat proses pengadilan di akhirat seperti mana kita bersegera mendekati Allah di dunia. 

2:164 - Perumpamaan penciptaan Allah yang hebat. Langit bumi siang malam.. Langit berdiri tanpa tiang tapi tidak pernah jatuh. Bumi tempat kita berpijak tidak menenggelamkan kita. Ketika qiamat, bumi akn menenggelamkn segalanya dan akan memuntahkan segala isinya. Peristiwa gunung berapi dan gempa bumi merupakan kiamat kecil. Peringatan kepada kita tetang hari qiamat.. hari kehancuran.. hari penghisaban.. 

Peggantian malam dan siang. Malam untuk beristirehat. Siang utk bekerja dan beribadah. Semua untuk keselesaan kita. Allah beri kita macam2.. Nikmat REZEKI santapan jasad.. Nikmat HIDAYAH santapan rohani.
  Islam > iman > taqwa.. Darjat-darjat manusia d sisi Allah..

Sekiranya kejayaan membuatkn kita jauh dari Allah, maka itu ISTIDRAJ. Allah beri dlm keadaan dia marah. Husnozzhon kita pada Allah akan menyebabkan Allah memudahkan kehidupan kita hingga tiba masa kita bertemu Dia. 

Matahari memanaskn air laut yg masin.. tetapi wap air yg naik adalah air yg tawar! Wap air naik namun tidak naik sehingga ke atmosfera (bulan/planet2 lain). Kerana air itu diturunkn untuk makhluk di bumi, bukan di bulan/marikh. Ia merupakan SUNATULLAH = Sistem Allah 

Air naik dan terkumpul tinggi daripada bukit-bukit, supaya bukit tidak halang awan daripada sampai ke kawasan pedalaman. Allah boleh buat air masin. Tetapi kerana sayangnya Allah pada kita, dia buat air tawar. Air masin tidak berguna untuk manusia, tapi berguna untuk ikan. Ikan di laut tetap tawar walaupun hidup dalam lautan yang masin.

Tadabbur minuman dan tadabbur makanan (ikan di laut) yang kita perolehi setiap kali kita makan dan minum. Generasi yg soleh dan solehah lahir dari iman yg kukuh dan ma'rifatullah. Antara cara didik hati - lihat pada alam..

Sunnatullah pada water cycle.. 
(1) cahaya matahari yang panas mengewapkn air 
(2) awan dibawa angin dengan ketinggian yang lebih daripada bukit untuk bawa air ke pedalaman yang tandus
(3) Allah tetapkan ketinggian wap air (8 batu dari paras laut) dengan mewujudkan lapisan udara sejuk untuk stop wap air dari naik terlepas ke angkasa lepas. Logiknya, semakin dekat dengan matahari semakin panas. Tapi semakin kita naik ke langit (eg kapal terbang), semakin sejuk.

Ayat 2:165. Kesan akhlak As-siddiq terlihat pada percakapan dan perbuatan. Ikhlas itu adalah menumpukan segala amal semata2 kerana Allah, bukan ingin kepujian. Cara untuk recheck ikhlas.. 
1) Buat kerana siapa? Jika kerana orang, kalau dipuji kita rasa seronok. Jika ikhlas, pujian orang menyebabkan kita rasa tidak seronok. 
2) Bimbang kalau-kalau kita ada buat salah yg ditutupkan Allah daripada orang ramai. 
3) Batin = zahir. Lebih baik batin > zahir
  
Salah satu tanda cinta Allah.... kita ikut Rasulullah saw.
Ayat 3:31. Dalil cinta Allah adalah dengan taat Rasulullah. Cara untuk benar dalam cinta dengan Allah. 
(1) Lebihkn Allah dalam urusan kita, walaupun lebih dari hawa nafsu kita.. 
(2) Zikrullah dalam hati dan lisan menjadi kefardhuan bagi kita. Banyak istighfar. Anggota badan sentiasa dlm ketaatn.
(3) syukur saat dapat nikmat dan ketika terhalang daripada nikmat

Cinta kpd Allah adalah unconditional love.. Tiada syarat. 
Sebab ini janji Allah dalam Quran. 2 : 166.

Wallahu’alam

Thursday, March 21, 2013

MUSLIM, MUKMIN DAN MUTTAQIN



Kuliah Baitul Muslim Fasa 1 (12/3/13)

Assalamualaikum wbt.

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah syukur kepadaNya kerana dengan izin Allah hati kita terpanggil untuk mendekatkan diri kepada Allah swt dan seterusnya sentiasa mengikhlaskan diri untuk mndekatkan diri kepada Allah swt kerana tidak ada waktu yang lebih bermanfaat kecuali dengan kita mempergunakan waktu yang ada untuk beriman kepada Allah swt dan untuk beramal soleh, serta terus melakukan usaha menyeru manusia dan menyeru diri kita sendiri kepada Allah swt dan seterusnya memupuk kesabaran dalam hati kita, mengingatkan diri kita supaya sentiasa bersabar dalam setiap detik kehidupan. Seterusnya mengajak orang lain untuk sentiasa bersabar terhadap apa sahaja yang Allah takdirkan. Sesungguhnya apa yang Allah takdirkan kepada kita merupakan tanda kasih sayangNya kepada kita. Allah tidak akan mentakdirkan sesuatu berlaku melainkan itulah yang terbaik untuk kita.

            Justeru,  sebagai seorang hamba yang benar-benar beriman dan bertaqwa kpd Allah swt, yang meyakini Allah swt itu rabb kita yang telah menciptakan kita, yang sentiasa mmberi perhatian dan mengurus kita tanpa penah merasa putus asa, malah sentiasa  memberikan kita peluang dan motivasi kepada diri kita untuk sentiasa berada  di atas landasan kebenaran Allah swt, haruslah sentiasa istiqamah dalam mendekatkan diri kepada Allah melalui solat, qiamullail, tilawah quran, tadabbur quran, hafalan quran, dan mengamalkan tuntutan daripada al-quran. Sentiasalah kita mendekatkan diri kepada Allah swt, dengan cara sentiasa mengingatiNya dengan zikrullah. Dengan berzikir, kita akan mencapai ketenangan dalam hati.

Sesungguhnya kehidupan  di dunia ini amat pendek. Namun kesingkatan waktu untuk beramal itu sekiranya kita mengagihkannya dengan baik untuk beramal soleh, merealisasikan tanggungjawab dan amanah yang Allah berikan kepada kita, menjalankan suruhannya dengan penuh keikhlasan dan ketaatan, dan meninggalkan segala larangan Allah swt tanpa keraguan dan berdolak dalik, in shaa Allah kita akan diterima oleh Allah swt sebagai abid yang diredhaiNya dan dikurniakan jannah yang kekal abadi.

Allah swt inginkan yang terbaik untuk kita dalam setiap detik kehidupan dan Allah swt tak ingin kita memasuki nerakaNya, tetapi neraka diciptakan untuk hambaNya yang mungkar. Allah swt sentiasa memberikan suasana kepada kita supaya kemungkaran itu tidak berleluasa. Apabila  Allah sayang kepada kita, Dia akan mengutuskan hamba-hamba yang diredhaiNya untuk bersama kita. Itulah merupakan pertolongan Allah swt kepada kita. Janganlah berputus asa daripada berdoa kepada Allah swt kerana doa itu senjata orang mukmin. Sekiranya kita tidak menggunakan senjata ini, kita akan mudah diperkotak katikkan oleh syaitan, ibarat bola dihujung tangan dan kita akan lebih mudah untuk di gelincirkan, sama ada dalam bentuk nafsu yang sentiasa memberangsangkan, atau suntikan panah beracun dengan pelbagai cara. Apabila badan kita dipenuhi racun-racun ini, ia mengambil masa yang panjang untuk kita pulihkan kembali. Kita hendaklah sentiasa mncari penawar. Syaitan boleh menyuntikkan panah kepada mata kita, sepertimana yang telah disabdakan daripada nasi saw,

zina mata adalah daripada melihat” (HR Bukhari dan Muslim).

 Syaitan akan cuba untuk masuk ke dalam diri kita melalui pandangan mata, pendengaran telinga, aliran darah, pemakanan dan pemikiran. Melalui pemikiran ia akan memberi perasaan was-was, yang sentiasa tenggelam timbul, datang dan pergi, agar kita tidak merasa ia sebagai suatu tekanan yang kuat, tetapi perkara yang datang sekali sekala itu, sekiranya kita tidak berpegang kuat kepada Allah swt, akan menyebabkan kita mudah diganggu oleh syaitan.

Rasulullah saw telah mengajarkan doa kepada kita untuk kita amalkan bagi menghadapi gangguan atau halangan untuk kita beristiqamah dalam melakukan sesuatu:

“Ya Allah sesungguhnya engkau telah menciptakan makhluk yang mereka melihat kami tetapi kami tidak melihat mereka, oleh itu ya Allah putus asakanlah mereka daripada mengganggu kami sebagaimana mereka putus asa daripada keampunanMu. Jauhkanlah mereka daripada kami ya Allah sebagaimana Engkau jauhkan mereka daripada rahmatMu ya Allah dan haramkan lah mereka daripada mengganggu kami ya Allah sebagai Engkau mengaharamkan mereka daripada keampunan dan rahmatMu”.

Usaha kita untuk mendekatkan diri kepada Allah melalui 3 cara iaitu;

·         melalui taqarrub kita kepada Allah
·         melalui qiamulullai, kerana waktu sepertiga malam itu adalah waktu yang mustajab, yang mana Allah akan memprkenankan doa-doa hambaNya.
·         melalui tilawah al-quran (al-quran sebagai motivasi hidup kita untuk meningkatkan tahap kita daripada seorang muslim, menjadi mukmin seterusnya muttaqin)

Melalui muhasabah kita terhadap interaksi kita kita dengan al-quran kita dapat menilai di manakah martabat kita disisi Allah swt. Apabila dibacakan ayat-ayat al-quran apakah itu berlaku kepada diri kita? Adakah kita seorang muslim,mukmin atau muttaqin yang stiasa bertawakkal kepada Allah swt? Seandainya kita masih di tahap muslim, kita berusahalah bersungguh-sungguh dengan melihat apakah ciri-ciri yang boleh menaikkan martabat kita ke tahap yang lebih tinggi. Pemilihan itu berpandu kepada kasih sayang Allah swt dan kesediaan kita untuk menyambut seruan Allah swt untuk mencapai martabat muttaqin disisi Allah swt.

Tadabbur surah Al Quran al-anfal 1-12

Di dalam surah al-anfal, terdapat 3 darjat hamba Allah swt untuk kita nilai diri kita di sisi Allah swt;

  muslim
·         mukmin
·         muttaqin

Ayat 1-4

Menjadi muslim sejati dalam kehidupan merupakan sesuatu yang kita amat hajati. Fitrah kita sentiasa menginginkan suasana itu, yang mana bukan sekadar pangkat yang disandang, tetapi ia merupakan kemuliaan yang mengangkat darjat umat islam sepanjang zaman. Menjadi seorang muslim yang berasaskan al-quran merupakan kurniaan yang paling besar daripada Allah swt. Allah swt telah memberikan ruang kepada kita untuk mencapai tahap itu supaya kita dapat hidup dengan al-quran dan seterusnya merasai kebesaran dan nikmat Allah swt.  Menyedari bahawa pilihan Allah swt yang meletakkan kita dalam keadaan muslim yang hidup sentiasa berpandukan al-quran merupakan suatu kurniaan yang paling besar daripada Allah swt. Kalau kita ukur dengan apa jua kekayaan dunia, ia tidak akan dapat menyamai nikmat seorang muslim ini. Muslim itu bukan sekadar dari segi nama tetapi muslim itu sendiri merupakan doa. Muslim itu sendiri merupakan satu peringatan yang sentiasa mengingatkan kita dengan kewajipan untuk meyempurnakan diri melalui ajaran al-quran dan sunnah. Apabila nama kita dipanggil, nama sebagai doa itu akan sentiasa berterusan dan dalam masa yang sama memberikan motivasi dalam diri kita untuk menyempurnakan kewajipan untuk menjadi insan yang lebih baik di sisi Allah swt.

Peningkatan tahap daripada seorang MUSLIM yang hanya diperolehi setelah mengucap 2 kalimah syahadah kepada seorang mukmin iaitu kematangan muslim. Mukmin itu diperoleh melalui proses tarbiyah, didikan melalui al-quran daripada kecil yang disempurnakan sewaktu dewasa dan kita mencapai tingkat kefahaman tentang agama Allah swt. Apabila seseorang itu mencapai tahap mukmin, hidupnya pasti dekat dengan al-quran. Seseorang yang aktif mencari cahaya Allah melalui pembelajaran al-quran, keimanan itu akan semakin melekat dalam dirinya. Proses meningkatkan kualiti itu sangat mudah sebenarnya. Namun seperti yang disebutkan dalam ayat ke-2

 “Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah mereka apabila disebut nama Allah, gementar hatinya…”(al-anfal:2)

Perkara ini merupakan asas, iaitu sentuhan yang dasyat dalam jiwa seorang muslim apabila disebutkan nama Allah. Ketika kita ingin memberikan alasan, mulut kita terkaku di saat nama Allah disebutkan kerana kita tahu Allah Maha Mengetahui, sekiranya perkara itu salah, kita akan terus berhenti daripada melalukan perkara tersebut kerana kita tidak boleh menjadi seorang yang munafik di hadapan Allah swt. Ciri pertama, apabila disebut nama Allah swt apakah hati kita merasa gementar? Pada ayat ini tergambar satu sentuhan yang dasyat bagi seorang muslim, terutama ketika diri kita dihadapkan dengan proses akidah dan tarbiyah dzatiyah,saat dibacakan ayat-ayat Allah swt, adakah kita merasakan kewujudan, kebesaran  serta kasih sayang Allah swt kepada kita? Apa sahaja kurniaan Allah swt yang berada di sekeliling kita, walaupun disampaikan melalui manusia, adakah kita dapat merasakan bahawa itu semua adalah atas arahan Allah. Sabagai contoh, apabila ada seseorang datang meminang kita, adakah kita dapat merasakan bahawa Allah telah menggerakkan hati seseorang itu untuk datang meminang kita? Itulah satu tarbiyah dzatiyah daripada Allah swt. Ketika ayat-ayat Allah dibacakan, getaran yang dirasakan bukanlah getaran biasa tetapi merupakan getaran sentuhan Ilahi terhadap ayatNya kepada kita. Getaran ini terjadi hanya pada hati seorang MUKMIN. Sekiranya hati kita bergetar ketika dibacakan ayat Allah swt, itu merupakan syarat minima untuk kita diterima Allah swt sebagai mukmin menurut neraca piawaian Allah swt. Bagi mereka yang hatinya mati dan telah tertutup rapat oleh dosa dan maksiat, mereka tidak akan merasai getaran apabila disebut nama Allah swt, ibarat air yang lalu di atas daun keladi, tidak meninggalkan sebarang kesan. Kadang-kadang Allah sentap kita dengan musibah agar kita menyedari tentang dosa dan maksiat kita, yang telah menyebabkan Allah swt murka kepada kita sehingga hati kita tidak mampu untuk bergetar apabila disebutkan nama Allah swt. Pemahaman terhadap ayat alquran menjadi refleksi terhadap amal perbuatan kita. Seterusnya hati seorang mukmin itu diperkuatkan lagi sehingga Allah berkata

“…apabila disebut nama Allah gementar hatinya, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka, bertambah imannya… “   (8:2)

 Sentuhan ayat Allah swt pada diri seorang mukmin merupakan sentuhan yang boleh menggoncang lubuk hati kita dengan ayat-ayat Allah swt. Perkara ini tidak akan berlaku kecuali jika kita sudah mencapai tahap mukmin. Marilah kita menilai diri kita, adakah kita seorang muslim yang hanya menyerah diri kepada Allah swt tanpa iman yang bertapak dalam hati kita? Kerana syarat seorang mukmin itu adalah iman yang mantap yang mana pemantapan iman itu berlaku melalui ayat-ayat Allah swt. Mudah-mudahan ayat-ayat Allah swt mampu memberi sentuhan yang kuat dalam diri kita, serta mengarahkan  potensi yang dalam diri kita untuk kita tundukkan semua anggota, hati dan pemikiran kita kepada Allah swt dan akhirnya apabila hati kita bergetar, apabila dibacakan ayat Allah swt, akan bertambah kuat keimanan kita, kukuh dilubuk hati, yang akhirnya akan melahirkan sifat TAWAKKAL hanya kepada Allah swt. Di saat keimanan kita menemukan tempat pada seorang muslim, maka terserlahlah di lubuk hati kita, ketauhidan terhadap  Allah swt. Hasil daripada keyakinan dan keimanan terhadap Allah swt, kita dapat melihat penyerahan yang menyeluruh atau kata lainnya tawakkal sepenuhnya kepada Allah, iaitu pemilik keimanan yang hakiki.

Muslim itu menyerah diri dan tangga pertama seorang mukmin ialah getaran hati apabila dibacakan ayat Allah dan bertambah iman yang akhirnya melahirkan seorang yang sentiasa bertawakkal kepada Allah swt. Apabila kita sedar bahawa untuk bangkit dan mula belajar al-quran secara benar hanya hati yang mampu menjawabnya, kerana semua itu adalah interaksi al-quran dengan hati. Apabila kita membuka hati kita dengan sebenar-benarnya, in shaa Allah, hidayah itu akan masuk dan akan melimpah keluar dengan taufikNya, seterusnya mengalir ke seluruh anggota kita, membuahkan ketaatan kepada Allah swt dan menjadikan kita seorang yang sentiasa mempunyai hubungan yang intim dengan Allah swt. Mudah-mudahan ini akan menyedarkan kita untuk sentiasa bangkit dan berusaha bersungguh-sungguh tanpa rasa putus asa dalam kita mempelajari al-quran. Kita boleh mulakan setiap hari pada waktu kita bangkit dari tidur, dengan tilawatul quran. Mudah-mudahan hari yang kita mulakan dengan kalamullah itu, akan dipermudahkan oleh Allah swt untuk memperolehi petunjuk dan memeliharanya dalam kehidupan kita.

Ingatlah tawakkal ini wujud dari amal soleh sebagai buah daripada keimanan yang benar iaitu dimanifestasikan dalam peningkatan kualiti ibadah kita, bermula dengan solat kita. Solat merupakan amal individu seseorang dengan Allah swt. Solat merupakan dialog kita dengan Allah swt. Ketika kita solat kita sedang bercakap dengan Allah, maka apabila kita bercakap dengan Allah kita kena khusyuk dengan Allah swt. Apabila kita solat, kita rasakan kehadiran Allah dihadapan kita. Allah telah berfirman :

“ sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dengan mungkar ” (al-ankabut: 45)

 Apabila kita solat, kita kena pastikan yang kita memikirkan perkara-perkara yang baik. Apabila solat kita sempurna, kita akan menjauhi perkara yang dimurkaiNya. Sebagai contonhya apakah yang kita akan tulis di dalam mesej, facebook? Semua perkara yang kita tulis akan dicatat. Ingatlah yang Allah itu tidak pernah leka dan sentiasa memerhatikan kita. Allah telah bagi peluang kepada kita untuk memanfaatkan sebaik mungkin teknologi serta kemudahan yang ada. T etapi bagaimanakah kita menggunakannya? Adakah penulisan kita, atau perkara yang kita sebutkan ini kerana Allah? Atau adakah kita menggunakan medium ini untuk berinteraksi dengan seseorang yang bukan mahram? Semua ini akan disoal di kemudian hari. Ingatlah bagaimana kita memanfaatkan kemudahan smartphone, whatsapp untuk mendekatkan diri kepada Allah swt, ataupun yang akan menjunamkan kita ke dalam api neraka yang paling dalam. Bersamalah kita menggunakan kemudahan ini untuk menyeru orang lain kepada Allah. Sebelum kita mula menulis sesuatu, kita ingat kepada Allah dan tulislah sesuatu yang akan mengingatkan kita semua kepada Allah. Jika kita menulis sesuatu yang tidak mengingatkan Allah swt, tahap muslim itu sendiri masih lagi tidak lepas. Sebagai seorang muslim, kita menyerahkan diri kita kepada Allah swt, kita menundukkan semua anggota kita kepada Allah swt. Jika kita merasa tangan kita mampu untuk menulis sesuatu yang haram yang akan menarik kita ke dalam neraka,  kenapa tidak kita tuliskan sesuatu tentang Allah. Permasalahan kerja yang memerlukan interaksi antara lelaki dengan perempuan di dalam sesuatu persatuan contohnya, sekiranya kita melakukan interaksi secara bersendirian sahaja, itu merupakan dosa besar di sisi Allah swt. Cukup kuatkah iman kita untuk melawan panasnya api neraka di kemudian hari? Jalan lain yang kita boleh ambil untuk mengelakkan interaksi antara lelaki dengan perempuan secara bersendirian adalah dengan mewujudkan ‘group conversation’. Ini merupakan peluang yang Allah beri kepada kita untuk kita melaksanakan kerja di dalam jemaah. Melalui kerja-kerja dakwah secara berjemaah, syaitan akan cuba masuk secara halus, dengan cara mewujudkan interaksi antara lelaki dan perempuan secara bersendirian.

Apabila kita taat kepada Allah, Alah akan bantu kita. Dengan keyakinan kita kepada Allah swt, kita sentiasa ingat bahawa amal perbuatan yang kita kerjakan sedang diperhatikan oleh Allah swt. Kita memegang identiti  sebagai seorang muslim, dimana pun kita berada, sekiranya kita berpegang kepada syariat Allah, walaupun kita dipandang pelik, yakinlah Allah akan memberikan yang terbaik untuk kita. Sebagai contohnya, seorang perempuan yang menjaga aurat, batas pergaulan dan kehormatan diri, Allah akan kurniakan jodoh yang soleh tanpa perlu kita tersua-sua mencarinya. Sekiranya kita mempunyai keyakinan yang kuat, Allah akan berikan yang terbaik untuk kita. Sekiranya kita melakukan kesilapan dan tidak bertaubat, Allah akan memberikan kifarah kepada keturunan kita nanti.

Sebagai seorang mukmin yang bertawakkal kepada Allah, di saat keyakinan kita letakkan sepenuhnya kepada Allah, Allah akan bantu kita. Tawakkal yang wujud dari amal soleh merupakan buah daripada keimanan kita yang benar dan dimanifestasikan dalam peningkatan kualiti ibadah kita. Orang-orang yang beriman, mempunyai tawakkal yang tinggi, apabila dikurniakan rezeki , mereka akan mudah menginfakkan rezeki ke jalan Allah kerana mereka yakin, yang mereka tidak akan miskin dan sedekah yang dilakukan itu merupakan satu kebaikan dan akan menyucikan diri dari sifat kedekut dan menyucikan harta dari yang haram. Hasil daripada keimanan dan tawakkal yang tinggi akan mewujudkan kesempurnaan dalam ibadat terutama solat dan tanggungjawab sosial dalam bentuk infak.
Proses peningkatan keislaman ini akan melahirkan tahap mukmin yang hakiki. Tingkatan yang berbeza di sisi Allah swt bergantung kepada sejauh mana interaksi hati kita dengan Allah swt, al-quran dan takdir. Perbezaan interaksi inilah yang akan menentukan tahap seseorang itu sama ada tahap muslim biasa, mukmin yang hakiki atau posisi tertinggi iaitu muttaqin.

“Sesungguhnya Allah tidak melihat bentuk rupa dan fizikal kamu tetapi Dia melihat hati dan amalan kamu sekalian “ (HR Imam Bukhari)
Al wahan adalah golongan yang cintakan dunia dan takutkan mati. Inilah dua kualiti umat islam yang akan menghilangkan nilai umat islam dan tidak berguna di muka bumi Allah swt. Kehidupan mereka akan menambahkan lagi kemurkaan Allah swt. Namun ada golongan yang dipilihNya untuk membangkitkan golongan ini dan al-quran berada di hati golongan terpilih ini.

 “Jikalau sekiranya penduduk negeri ini beriman dan bertaqwa pastilah kami akan melimpahkan kepada mereka barakah di langit dan di bumi, tetapi mereka mendustakan ayat-ayat Kami, maka kami seksa mereka disebabkan perbuatan mereka itu.” (Al a’raf :96)

Perkara ini bukanlah sesuatu yang ringan namun dengan permulaan yang intensif tentang pembelajaran tafsir tilawatul quran, mentadabbur serta merealisasikan ajaran al-quran, dengan izinNya kita akan mendapat kemudahan dalam kehidupan seharian. Generasi al-quran akan melahirkan golongan muttaqin yang akan memacu masa depan dengan lebih baik.

Dengan tunduk dan patuhnya kita kepada Allah swt, berpegang teguh kepada al-quran dan as-sunnah, mudah-mudahan Allah akan memberikan hikmah kepada kita.

Dunia adalah penjara bagi seseorang mukmin, namun syurgalah yang paling hakiki di sisi Allah swt.

Allah itu Maha Kuasa, walaupun amalan kita mungkin tidak seberapa, namun mudah-mudahan Allah terima ia sebagai amalan soleh di sisiNya dan menaikkan martabat kita. Kadang-kadang Allah menguji kita untuk melihat sejauh mana istiqamah kepadaNya.

WALLAHUA’LAM.





Saturday, March 16, 2013

Sistem-sistem di dalam Islam- Sistem Akhlak

Kuliah Baitul Muslim Fasa 1 (5/3/13)

Assalamualaikum wrt.

Ahlan wasahlan wamarhabanbikum pada semua pendengar yang dipilih Allah swt untuk dapat bersama-sama dalam majlis zikrullah ini. Allah akan memberikan kepada mereka yang berhati ikhlas serta berusaha bersungguh-sungguh untuk membersihkan diri daripada titik-titik hitam kekaratan dosa ataupun daripada perkara-perkara yang boleh menarik mereka dari menuju neraka Allah, untuk sentiasa berada di landasan kebenaran Allah dan akhirnya hidup kita menuju kepada syurga Allah swt. Allah sentiasa memberikan pertolongan dalam pelbagai bentuk kepada kita, kadang-kadang dalam bentuk ujian yang boleh menggugat kesabaran kita dan juga pergantungan kita kepada Allah. Apa pun yang berlaku di sekeliling kita adalah sebagai satu tanda sayang Allah kepada kita. Bersyukurlah kita kepada Allah swt kerana dalam setiap detik dan waktu yang Allah perjalankan dalam kehidupan kita,  Allah pastikan kita menjadi semakin hampir kepada Allah swt.

Ingatlah 4 nikmat dan pemberian Allah swt kepada mereka yang bersama-sama dalam majlis zikrullah:
  • Pemberian rahmat, sakinah dari Allah.
  • Allah akan mengutuskan para malaikat yang akan bersama-sama kita, untuk memberikan laporan dan mendapat rahmat dari Allah meskipun kita semua membawa dosa masing-nasing
  • Duduk bersama para malaikat yang ternanti-nanti kumpulan hamba Allah yang sentiasa mengalunkan ayat-ayat suci Quran.
  • Catatan nama oleh para malaikat yang akan diuar-uarkan dalam penghuni penghuni langit, mereka yang disayangi di sisi Allah swt.

Mudah-mudahan dengan penghadiran kita dalam kuliah ini, Allah akan memberikan nur, taufiq, dan hidayah kepada kita. Mudah-mudahan apabila kita mati, roh kita akan turut bergembira kerana dapat bertemu dengan orang-orang yang soleh di sisi Allah swt. Walaupun kita tidak pernah lihat wajah Rasulullah, tidak pernah mendengar suaranya, namun kasih sayang kita terhadap baginda semakin bertambah dari masa ke semasa dan juga bertambah keimanan kita kepada Allah swt. Itulah kemuliaan umat Rasulullah swt.

Tadabur Ar-Rahman 1-18

Allah bersifat Ar-Rahman kepada semua makhlukNya, samada muslim atau kafir. Tetapi, Allah bersifat Ar-Rahim hanya kepada semua hambanya yang taat. Allah bersifat pemurah kepada makhluknya dengan mengurniakan pelbagai benda seperti ayat 1-4. Allahlah yang mengizinkan kita berbicara dan Dialah yang menetapkan bahawa manusia ini boleh berbicara. Berbanding dengan haiwan seperti kambing yang tahu mengembek, berkokok seperti ayam, mengiau seperti kucing, mengaum seperti harimau. Allah memberikan ciptaanNya suara yang berbeza, tetapi Allah mengurniakan manusia pandai berbicara.  Kurniaan ini untuk menguji manusia, alhamdulillah jikalau mereka yang menggunakan nikmat berbicara untuk zikrullah dan menyeru manusia lain kepada Allah melalui dakwah.  Namun, ada yang menggunakannya ke arah kemaksiatan dan melakukan perkara-perkara yang lagha yang menjauhkan mereka dari Allah swt. Justeru, jangan kita cemari pemberian Allah daripada kita berkata-kata tentang perkara-perkara yang dimurkai Allah swt, kerana lidah ini sesuatu yang lembut, maka olah dan lembutkanlah lidah kita supaya apa yang kita katakan hanyalah perkara yang Allah redhai dan sukai.  Lidah inilah yang mampu membawa kita ke syurga atau neraka. (Yasin: 65)

SISTEM-SISTEM DI DALAM ISLAM –Sistem Akhlak

Tatacara kehidupan Islam terbahagi kepada 8 sistem:

1. Sistem kerohanian
  • taqarub: berusaha mendekatkan diri kepada Allah swt (Hujarat: 13. Ad-Zariyat: 50, Al-Imran : 130) methods: qiamuallail, tilawah Al-Quran, zikrullah
  • muraqabah : berjaga-berjaga terhadap kemungkinan akan datangnya serangan penyakit rohani samada dari nafsu kita, golongan kafir, munafiq, syaitan dan nafsu syahwat.
  • istiqamah : berdiri teguh di atas jalan yang lurus, salah satu perintah Allah kepada hambaNya (As-Syura: 15)

2. Sistem akhlak 
3. Sistem sosial : sistem yang mengatur kehidupan masyarakat, perhubungan lelaki dan wanita. Salah satu cabangnya ialah sistem hijab dalam Islam.
4. Sistem ekonomi
5. Sistem politik
6. Sistem hukum jenayah
7. Sistem pengadilan
8. Sistem pentadbiran dan pengurusan

Fokus kita pada hari ini ialah sistem akhlak.

Akhlak dari segi bahasanya beerti sifat atau tabiat. Dari segi istilah diertikan sebagai kumpulan sifat yagn bersemadi di dalam jiwa dan berdasarkan dorongan dan pertimbangan sifat tersebut, sesuatu perbuatan itu dikatakan baik atau buruk.

Kejadian insan iaitu jasad dipanggil khalaq. Maka keadaan rohaninya dipanggil khuluq.  Perbuatan yang lahir dari dorongan dalaman akan melahirkan akhlak.

4 perkara:
  • Akidah: ikatan antara pencipta dan hambaNya. Pengesaan terhadap Allah, tauhid rububiyyah dan tauhid uluhiyyah
  •  Ibadah –solat, puasa, zakat, haji dan ibadah umum.
  • Akhlak
  • Syariat- berbeza mengikut nabi-nabi yang tertentu

3 teras dalam sistem akhlak:
  • Ikhlas (Az-Zumar: 2-3, Al-Mukmin: 14, Az-Zumar: 14)
  • Siddiq/benar (At-Taubah: 119)
  • Sabar (Al-Imran: 200, At-Tur: 48)

Teras kepada semua amalan kita. Akhlak ini adalah satu kombinasi yang menjadi amalan mukmin. 

Keikhlasan satu yang abstrak, amalan ini tidak dapat dinilai oleh manusia. Janganlah kita sia-siakan amalan kita kerana tidak ikhlas. Syarat ikhlas ialah buat 100% kerana Allah, dan bertepatan dengan syariat. Jangan kita sabitkan niat itu kerana benda lain, maka syiriklah kita.

Benar akan menguasai dan memimpin akhlak-akhlak mulia yang lain. 10 bahagian benar untuk kita laksanakan:
  1. Benar dalam ikhlas kepada Allah (Kahfi:110)
  2.  Benar dalam cinta kepada Allah (Al-Baqarah :165)
  3.  Benar dalam taqwa dan takut kepada Allah (Al-Baqarah :140-141)
  4.  Benar dalam wara’ kepada Allah
  5.  Benar dalam tawakal kepada Allah (Al-Maidah:23, Al-Imran:159)
  6.  Benar dalam haya’ kepada Allah
  7.  Benar dalam mensyukuri nikmat Allah (Ibrahim:34, Saba’:13)
  8.  Benar dalam zuhud kepada Allah ( Al-Hadid: 23)
  9.  Benar dalam redha kita kepada Allah (At-Taubah: 100)
  10.  Benar dalam bertaubat kepada Allah (At-Tahrim: 8)

Benar dalam ikhlas kepada Allah maknanya menunjukkan segala perhatian kerana Allah semata-mata yang menghasikan suasana yang kita tidak mengharapkan sesuatu terhadap apa yang kita lakukan. Kita juga tidak akan berasa tenang dan gembira apabila mendapat pujian orang. Jikalau mereka melakukan kesalahan, mereka akan berasa bimbang dengan kesalahan  itu walaupun tidak diketahui orang. Mereka terus-terusan meneliti bait diri mereka, bimbang sekiranya batin menjadi lebih buruk daripada zahir.

Sama-samalah kita muhasabah diri. Apa pun yang kita lakukan, adalah kerana Allah. Tiada sifat riak dan gundah gulana sekiranya tidak dipuji.

Wallahualam.

DOA


DOA

KULIAH BM FASA 1- 26 FEBRUARI 2013

Assalamualaikum,

Doa merupakan ibadah , menggamit rahmat Allah agar Allah mengurniakan sesuatu kepada kita , tundukkan dengan rasa rendah diri berdoa kepada Allah. Namun, kadang-kadang sebagai insan yang lemah, kita tidak dapat lari dari rasa resah dan tidak sabar, lantas terus berputus asa. Usah begitu, teruskanlah berdoa kerana ia tanda pergantungan dan pengharapan terus kita kepada Allah.
 ALLAH MAKBULKAN DOA DENGAN 3 CARA :

  1. Apa yang kita minta , Allah jawab terus
  2.   Kadang-kadang kita minta A Allah beri kita B  , contoh  , kita minat pada A, Allah beri B.Hal ini supaya kita mengenal hati dari lubuk hati paling dalam , menguji kita yang menyakini Allah sebagai rabb,illah,malik. Menyedari segala sesuatu dalam susunan Allah , kita mengambilNya sebagai sumber yang mengatur kehidupan , yang menciptakan kita , dan yang memberi rezeki kepada kita , kita sangat menyakini bahawasanya Allah sangat menyayangi kita hamba-hambaNya dan kita yakin  segala ketetapanNya adalah yang terbaik untuk kita.Justeru, dengan keyakinan ini tidak akan timbul sedikit pun keraguan dalam ketetapannya, malah kita dapat merasai kebesaran Allah , susunan Allah , taufik dan hidayah Allah. Sedarilah kita hanya hamba Nya , wajib untuk taati Allah..
  3. Allah makbulkan diakhirat : Allah ambil nyawa dia awal , Allah hendak beri dia syurga Allah .
  
Pada masa yang sama, orang yang bermusuhan dengan kita , orang munafik sentiasa  mencari-cari ruang untuk memecah- belahkan kita. Justeru doalah sebagai bekalan menepis dugaan yang boleh dilihat dengan mata kita ini.     
  
Di samping itu, Allah menguji manusia dengan nafsu yang ada dibadan sendiri , Allah melihat bagaimana kita merungkai /membendung nafsu. Nafsu yang dididik dengan iman dapat melahirkan taqwa, yakni takut dan harap. Untuk mendidik nafsu, disitulah terletaknya peran doa. 

Kita berdoa :
  • untuk mohon perlindunganNya
  • mentauhidkanNya
  •  memohon ampunan, rahmat , dan mendekatkan diri kepada Allah
  • memohon rezeki bentuk , rezeki didunia , isteri/suami , zuriat.


Sesungguhnya  doa menjalinkan hubungan hamba dengan tuhannya, iaitu Allah . Doa melahirkan pengabdian diri dan tautan hati kepada allah.

Pengorbanan yang kecil : luangkan masa /infakkan masa untuk zikrullah

PERSEDIAAN KEPADA DIRI UNTUK MELALUI AMBANG PERNIKAHAN :

 Jodoh itu telah ditetapkan waktunya , tidak akan lambat dan cepat walau sedikit pun . Justetru, usah langkaui batas-batas. Contohnya antara  kes yang umi handle, berkenan pada lelaki bukan mahram . Cara untuk sampai kepada jodoh ada 2, pertama ,yakni yang Allah redha dan yang kedua, iaitu cara yang Allah murka. Justeru, taatlah kepada Allah dan kekang jiwa dan nafsu.  Carilah jalan yang Allah redha. Allah berfirman: “ jangan dekati zina” , Allah tidak kata jangan berzina seperti mana Allah sebut  JANGAN MEMBUNUH tetapi Allah sebut jangan DEKATI zina.

An-nur 30-31 asas mengekang jiwa dan nafsu. Yang utama pandangan --tundukkan mata , pada lelaki dan wanita. Hukum Allah , jangan berkata -kata sewenang wenang nya . Jangan bercakap ikut suka apa yang Allah perintah dan larang kerana kefahaman al-quran salah. Jadi sangat penting untuk berguru untuk dapat kefahaman yang sahih.

 Jangan sebab kecintaan kita pada mahluk , menyebabkan kita ingkar pada Allah . Berpeganglah  kepada tali Allah , yakinlah! Hadis ke 19 : pelihara Allah , Allah akan pelihara kamu .Keyakinan kepada Allah yang utuh memberi kita kekuatan mengekang nafsu. Sesungguhnya dunia adalah syurga bagi orang mungkar/yang melakukan maksiat . Dan di akhirat kelak mereka akan saling tuduh-menuduh .

Taat kepada Allah dari melakukan perkara2 haram : Jaga hati dari berkenan pada yang bukan mahram ,kekang hawa nafsu yang haram. Mohon doa kepada Allah agar Allah tutupkan pintu syahwat yang haram dan mohon buka kembali setelah ijab kabul untuk mentaati perintah Allah. Semoga Allah memberi petunjuk untuk mengikhlaskan diri kepada Allah .  Banyakkan mengamalkan zikir dalam kehidupan , berbuat baiklah kepada semua mahluk, bermujahadahlah daripada tindakan-tindakan negatif, atau perkara-perkara yang boleh mengikir tindakan-tindakan positif.

2 TITISAN YANG ALLAH BERKATI :

 1 . Titisan darah jihad para syuhada

 2 . Titisan air mata bertaubat/keinsafan : al-furqan ; memohon ampun bila buat dosa . Bertaubat : Allah gandakan dengan satu kebajikan lain  : hamba yang berdosa : dan berdoa , titisan yang Allah sayang dan berkati .Jangan berputus asa dengan dosa yang dilakukan , manusia tidak terlepas dari dosa : solat taubat nasuha, dengan bertaubat Allah tutup kesilapan lain.

Menyahut seruan untuk beriman kepada Allah , mendekatkan diri kepada Allah, mengikuti kuliah/majlis zikrullah, Allah akan ampunkan dan tutupkan kesilapan. Jangan jadikan alasan,

peluang yang Allah berikan : bersegera bertaubat  dan jangan mengulang kembali dosa. Allah sentiasa memberi hidayah /membantu. Bila taat kepada Allah dan berhubungan dengan orang-orang soleh , Allah akan memberi solusi/bantuan untuk meraih cinta, meraih matlamat sebagai abid dan khalifah.

Sebagai seorang daie kita sangat memerlukan kepada doa. Namun kadang-kadang ada halangan-halangan yang menyebabkan tidak sampai apa yang dihajati. Justeru, sangat penting untuk kita kenal pasti perkara-perkara yg boleh menghalang & yang melambatkan pemakbulan DOA . Nilailah dan rungkai kembali apa yang menghalang dari doa dikabulkan. Berdoalah  agar allah memudahkan. Antara halangan yang menyebabkan menghalang dan melambatkan pemakbulan doa :
1.       Lemah hubungan dengan Allah , kurang rasa sensitif dengan Allah .
2.        Syirik kerana takut dan lemah tawakal kepada Allah , kurang tawakal .
3.        Tiada perhatian yang fokus untuk memahami islam .
4.       Lemah cita-cita.
5.       Rasa kita tak layak /tak mampu/tidak ada ilmu , persepsi2 negatif yang dibaja , rasa kita lemah dan terpinggir . Percayalah, sesungguhnya berpegang dengan allah bermakna kita berpegang kepada ikatan yang kukuh .suasana , bila berpegang kepada allah , rasa kuat/yakin/semangat kembali : bergantung dan merasai kebesaran allah :
6.        Doa : kurang sabar ,mudah terpengaruh ,
7.        Pengaruh hiburan moden pada kerja/kehidupan ,perkara2 yang melalaikan akan melambatkan proses perubahan .
8.        Rasa gagal dan putus asa : putus asa dari ampunan adalah sikap negatif . Justeru, optimislah, binalah rasa kuat dan yakin kepada allah.
9.        Menunda pekerjaan : hiburan-hiburan yang ada sekeliling , rasa enggan berdoa , teralpa,terlalai , strategi syaitan /menunda-nunda
10.   Merasa diri terlalu lemah dan merasa puts asa : setiap manusia ada potensi diri ,masing-masing ada kelebihan dan kekurangan, teruskanlah melakukan proses perubahan diri .
11.   Lemah hubungan dengan orang-orang yang soleh .
12.   Merasa diri hebat : rintangan yang boleh menghalang kita dari berubah dan pergantungan kita dengan allah. Guide line yang amat penting

MUHASABAH DIRI :

Membekalkan diri dengan stamina-stamina iman . Setiap amalan-amalan sunat yang dicintai allah ditambah dari hari ke hari. Allah sentiasa memberi peluang , berdoalah kepada Allah : “jangan biarkan kita menentukan nasib kita sendiri walaupun sedetik .”
              
            Nabi yunus telah melakukan kesilapan dan diberi keampunan oleh Allah. Suasana tawadhuk , tidak putus asa dengan rahmat dan ampunan , doa yang berterusan agar Allah ampunkan. Ingatlah halangan doa dikabulkan , bila melakukan dosa akan timbul titik hitam , jika bertaubat , akan bersih : melihat dengan pandangan mata hati paling dalam , lubuk hati. 2 titisan yang Allah berkati : titisan air mata orang yang berdosa dan titisan darah para syuhada .

Allah hendak dengar rintihan doa banyak kali, lembutkan suara , lafazkan dan jangan pendamkan dalam hati , luahkan . Allah hendak dengar rintihan kita , Allah maha mendengar ,  bila kita mencintai allah , Allah akan mengutuskan hamba Nya yang soleh .


JAGA STAMINA IMAN : iman bertambah dan berkurang , kerap atau lambat
 Antara latihan terapi hati /kerja batin:
  1. Untuk bermuamalah dengan al-quran ,selepas solat subuh , mulai pagi dengan tilawah.
  2. Solat dhuha .
  3. Wudhuk 24 jam .
  4. Solat qiamualail .
  5. Taubat: sebelum masuk tidur.
  6. Tidak merasa dendam kepada sesiapa pun . Memaafkan , ciri2 calon syurga : hati tidak berdendam , tenang .
 15 taman terapi untuk suburkan  rasa kemanisan/kuat iman:
  1.  Menutup aib kaum muslimin.
  2.  Membantu selesaikan keperluan kaum muslimin /org lain .
  3.  Infak dan sedekah dijalan Allah.
  4.  Berkasih sayang
  5. Berbakti kepada orang tua.
  6. Mendidik anak.
  7.  Memberi bantuan kepada kaum muslimin .
  8.  Mendamaikan manusia .
  9.  Dakwah dan taa'lim .
  10.  Memberi buka kepda orang berpuasa.
  11.  Meringankan kesusahan .
  12. Bekal seorang mujahid .
  13.  Menyingkirkan ganguan .
  14.  Ucapan yang baik .
  15. Mencegah ganguan dari manusia 


Monday, March 4, 2013

Awasi Sifat Ego dan Bersederhanalah

Kuliah 28/2/2013


Assalamualaikum wrt.
Bismillahirrahmanirrahim.

Tadabbur surah ar-Rum ayat 30 – 36

Ayat 30
Fitrah dalam ayat ini bermaksud ciptaan Allah. Manusia diciptakan Allah untuk mempunyai naluri beragama iaitu beragama tauhid. Jika ada manusia yang tidak beragama tauhid, maka itu adalah sesuatu yang tidak wajar. Fitrah untuk beragama itu sebenarnya Allah telah tanam di dalam hati setiap manusia. Sekiranya mereka menutup, itulah yang dikatakan kufur disisi Allah swt. Oleh sebab itu kita perlulah menyelami hati kita ke lubuk yang paling dalam kerana disitu tersimpannya fitrah yang Allah berikan pada kita. Fitrah itulah yang mengenal ketauhidan kepada Allah swt. Apabila kita melihat sesuatu lihatlah dengan mata hati kita. Dengan itu kita akan dapat melihat kebesaran Allah, hikmah di sebalik perintah-perintah Allah. Dan kita akan melaksanakannya dengan penuh ketaatan.

Begitu juga dengan larangan Allah.  Larangan Allah adalah sesuatu yang akan membawa keburukan kepada kita. Allah menyuruh kita agar menundukkan pandangan, kerana dengan pandangan itu, akan menusuk di dalam hati kita. Apabila dosa bertapak didalam hati kita, ia akan menimbulkan titik hitam. Kita perlu sucikannya dengan taubat. Itulah antara larangan Allah yang bukan dilarang tanpa sebab tetapi kerana ingin memberikan kebaikan kepada kita. Apabila manusia berzina, lahir lah anak-anak yang tidak mempunyai keturunan. Akan membuatkan mereka itu membuang keluarga. Larangan Allah adalah satu hikmah yang Allah berikan kepada kita untuk memastikan kita sentiasa dalam keadaan yang baik.

Batas-batas hukum, perkara yang haram Allah larang kita, perkara yang halal Allah galakkan, perkara yang sunat Allah beri peluang untuk kita laksanakan.  Sekiranya kita sentiasa melakukan perkara sunat Allah akan mencintai kita. Perkara yang makruh adalah perkara yang halal tetapi Allah tidak suka kita lakukan. Kita menjauhi perkara makruh supaya kita tidak terjebak dengan perkara syubhah. Apabila kita meninggalkan perkara syubhah, ia menjauhkan kita dari perkara yang haram sebab apabila kita berada pada perkara syubhah, menandakan kita berada di jurang yang boleh menjatuhkan kita ke lembah yang haram. Jadi kita tinggalkan supaya kita selamat, kerana syaitan sentiasa menggoda kita. Sama-samalah kita mohon perlindungan Allah swt, supaya kita sentiasa diberi peluang oleh Allah untuk menyerlahkan fitrah kita.

Ayat 31
Kebanyakan manusia tidak mengetahui dan tidak mahu tunduk kepada fitrah yang diciptakan Allah swt  menyebabkan mereka melakukan kesilapan. Namun Allah  tetap nak menyelamatkan kita, Allah beri peluang untuk kita bertaubat. Dalam surah Furqan ayat 70, jika kita bertaubat dengan satu kesalahan, Allah akan gantikan dengan satu kebaikan. Bukan senang untuk kita melakukan kebaikan, maka banyakkanlah bertaubat dengan dosa lalu mudah mudahan Allah akan gandakan perbuatan baik kita.

Ayat 32
Allah memberitahu pada kita yang mana apabila berpecah-pecah pada golongan, masing – masing meninggalkan apa yang telah Allah syariatkan, mereka meninggalkan agama tauhid, mereka menganut berbagai kepercayaan mengikut keinginan mereka. Mereka merasa bangga, hebat dan merasa merekalah yang paling betul dikalangan manusia. Inilah manusia, Allah dah bagi dah yang satu, dia nak buat perkara yang salah. Kerana apa? Kerana mereka mengikut hawa nafsu dan mengikut jolokan-jolokan syaitan. Sedangkan hanya agama tauhid dan cara hidup Islam lah yang akan diterima oleh Allah. Walaupun mereka merasa hebat, tetapi itu semua tertolak di sisi Allah swt.

Ayat 33
Allah memberitahu kepada kita, yang dimaksudkan dengan rahmat adalah terlepas daripada bahaya. Rahmat adalah kasih sayang Allah, Allah sayangkan hamba-hambanya, walaupun hambanya ingkar, namun setelah ditimpakan bahaya mereka kembali kepada Allah, Allah tetap menerima mereka. Allah berikan mereka rahmat agar mereka terlepas daripada bahaya itu. Tetapi, apa yang berlaku setelah itu? Mereka kembali ingkar.

Ayat 34, 35, 36
Kalau yang pertama tadi mereka diberikan rahmat dan diselamatkan kemudian mereka mempersekutukan Allah. Dan ada juga sebahagian daripada mereka yang apabila diberikan rahmat mereka gembira, namun apabila ditimpa musibah mereka berputus asa. Maka itulah keadaan manusia. Ada juga orang yang beriman apabila mereka diberikan musibah mereka putus asa. Itu merupakan penapisan – penapisan untuk Allah menguji sejauh mana keimanan kita. Adakah kita menghadapi ujiannya dengan penuh tabah dan keredhaan atau pun kita gagal sehingga merasakan seolah olah Allah tidak sayangkan kita? Allah berikan banyak rezeki dan kemudahan tanda Allah memuliakan kita. Tetapi apabila Allah tarik kembali rezeki kita, maka dengan mudahnya kita mengatakan sesungguhnya Allah telah menghina kita.

Allah telah katakan, bukan itu hakikatnya, tetapi kerana kamu telah lupa tentang amanah dan tanggungjawab kamu kepada orang miskin, anak yatim, kamu menyayangi hartamu dengan berlebihan, menyebabkan Allah ingin menyelamatkan kita dengan menarik sebahagian harta kita supaya kita tidak lalai. Allah tegur kita dengan kesusahan. Allah ingin menguji, sama ada kita yakin dengan Allah atau kita putus asa. Contohnya dalam bab jodoh, Allah lambatkan jodoh kita. Apakah perasaan kita? Adakah kita merasa putus asa? Ataupun contohnya ada hamba Allah yang telah kecundang hatinya, telah melepaskan pandangan haram sehingga pandangan haram itu membuatkannya dia berkenan pada seorang lelaki namun lelaki itu berkahwin dengan wanita lain menyebabkan dia menyimpan perasaan yang begitu hebat sehingga sanggup terjebak kepada perkara yang haram. Dimanakah keyakinan kita terhadap Allah di tahap itu?

Oleh itu kuatkan keyakinan pada Allah, dan yakinlah bahawa setiap yang datang dan pergi adalah atas susunan Allah. Allah tidak pernah lalai dan tidak pernah tidur. Kita  perlu yakin semuanya atas kehendak Allah, sebab Allah mahukan yang terbaik untuk kita. Allah akan pastikan tidak ada satu mudarat yang berlaku keatas kita. Apabila Allah mengambil sesuatu daripada kita, ingatlah ia adalah satu teguran. Mungkin kita ada membuat sesuatu kesilapan. Jangan kita anggap bahawa hak kita telah diambil, kerana hakikatnya kita tidak mempunyai apa-apa hak terhadap apa yang berada dimuka bumi.  Apa yang Allah berikan adalah pinjaman kepada kita. Isteri yang Allah beri adalah satu pinjaman supaya kita dapat meneruskan kehidupan yang sempurna sebagai seorang hamba dimuka bumi Allah. Untuk melahirkan zuriat yang benar-benar beriman dan bertakwa supaya dapat menjadi khalifah Allah. Itu adalah sementara. Di akhirat, sekiranya seorang suami dan isteri mempunyai hubungan yang rapat dengan Allah, maka Allah benarkan mereka bersama. Tetapi jika suami dan isteri membawa haluan masing – masing yang berbeza, maka di akhirat juga mereka akan terpisah kerana didunia mereka tidak bersatu untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Kesakitan itu adalah satu cara Allah sayang pada kita. Allah belum lagi mengambil nyawa kita, hanya memberi kesakitan. Allah mahu kita ingat padanya. Sakit itu salah satu cara Allah menghapuskan dosa kita. Apabila kita sakit, hati kita tidak tenang, maka perbanyakkanlah qiam, kerana ia adalah terapi yang paling baik. Apabila kita merasa resah gelisah, putus asa, ingatlah, yakinlah dengan Allah, Allah adalah Rab kita, Allah adalah Malik kita, Allah adalah Illah kita. Anak kita adalah anugerah daripada Allah, kita akan dipersoal balik tentang apa yang kita lakukan terhadap anak kita. Sebab itu, sebelum mendirikan rumah tangga, ketika kita masih menjadi seorang anak, jangan kita lakukan perkara yang Allah murka terhadap kedua ibu bapa kita.

Apabila anak kita melakukan sesuatu pada kita, contohnya mengabaikan kita ketika kita sakit, jangan kita salahkan anak, salahkan diri kita dulu. Mungkin kita ada buat perkara yang sama pada ibubapa kita dulu. Apabila kita lakukan sesuatu yang buruk pada ibubapa kita, anak-anak kita akan lakukan yang lebih teruk lagi terhadap kita. Siapa yang mendidik anak-anak? Kita. Sebab itu kita perlu tarbiyah anak-anak daripada kecil. Malah sebelum kahwin lagi, kita perlu jaga dan taat pada perintah Allah dengan sempurna, iA Allah akan bantu kita. Allah bagi kita anak-anak yang lebih taat kepada Allah. Dalam hadis Qudsi, kita melangkah pada Allah satu hasta, Allah datang pada kita satu depa. Kita perlu tunjukkan contoh pada anak-anak kita. Walaupun kita sekarang belum berkahwin, tetapi roh-roh anak-anak kita sudah berada di alam roh. Dia tahu apa yang kita buat didunia ini. Apabila kita buat perkara baik, dia seronok. Apabila kita buat perkara yang buruk, dia sedih. Sesungguhnya ini semua berlaku dalam susunan Allah dalam perancangan Allah, dan ia saling berkaitan antara satu sama lain. Allah mahukan yang soleh solehah untuk kita tapi andai kita masih ingkar, Allah tidak akan beri pada kita. Maka, sama-samalah kita berusaha untuk mentaati Allah swt.

Pesanan Luqman Al-Hakim pada anaknya.

Allah rakamkan kehebatan Luqman Al-Hakim di dalam mentarbiyah anaknya di dalam Al Quran dan menjadi tontonan dan amalan manusia sampai ke hari kiamat. Masya Allah hebatnya Luqman Al- Hakim disisi Allah swt. Allah katakan dalam surah Luqman ayat 18, dan janganlah kamu memalingkan wajah dari manusia(kerana sombong) dan janganlah berjalan di  bumi dengan angkuh. Sungguh, Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membanggakan diri. Luqman Al-Hakim terus mengingatkan anaknya, anak ummi tengok dalam surah Luqman, ummi tak ulang dah sebab ummi dah lalui dah sebelum ni. Nasihat yang ke sembilan, awasi sifat ego dan bersederhanalah. Pesanan yang kelapan, bersabarlah atas sesuatu yang menimpa kita. Pesanan ketujuh, suruhlah melakukan perkara yang baik, dan tegahlah kemungkaran. Pesanan keenam, tunaikanlah solat dan berdakwahlah. Pesanan kelima yakinlah alam ghaib dan penyaksiaannya. Pesanan keempat kembalilah kepada Allah. Pesanan ketiga berhemah tinggi terhadap ibu bapa. Pesanan kedua bersyukur kepada Allah azawajalla. Pesanan pertama jangan sekali kali mensyirikkan Allah.

Ummi dah terangkan sampai pesanan yang ke sembilan, awasi sifat ego dan bersederhanalah. Apabila ummi sampaikan ayat ini, sama sama lah kita muhasabah diri, pernah tak kita lakukan dalam kehidupan kita? Mudah mudahan Allah beri kemudahan kepada kita untuk melakukan amal soleh selepas ini insyaAllah. Luqman al-Hakim mengingatkan anaknya janganlah memalingkan mukamu daripada manusia lantaran kesombongan dan keegoan mu terhadap mereka, sebaliknya, kita disyariatkan Allah supaya, kita temui manusia dengan wajah yang ceria dan berseri-seri tanpa ada rasa takbur dan meninggi diri. Sebab bila kita ada rasa takbur, kita akan lihat orang lain dengan masam muka.

Dan Allah turunkan dalam al Quran surah Abassa, Allah beritahu kita betapa buruknya perangai itu. Allah turunkan surah itu pada Rasullullah, walhal yang dilakukan Rasulullah itu baru sedikit. Bukan seperti kita yang bermasam muka marah dengan teruk. Tetapi pada ketika Rasulullah sedang berdakwah pada pembesar-pembesar Quraish, dengan harapan dan doa sekiranya pembesar-pembesar ini boleh menerima Islam, maka akan ramai lagilah pengikut Quraish yang akan turut beriman. Ketika itu, datanglah seorang sahabat Rasulullah Ibn Ummi Maktum yang buta, yang tidak nampak apa yang sedang Rasulullah buat, meminta Rasulullah dan memegang tangan Rasulullah untuk diajarkan Islam kepadanya. Maka pada ketika itu Rasulullah berpaling bermasam muka sedikit, mengatakan dia tidak boleh terburu-buru, bahawa dirinya sedang berurusan dengan arab Quraish. Maka disitu pun Allah tegur. Untuk menjadi contoh kepada kita. Sesungguhnya Rasulullah maksum, dipelihara daripada melakukan dosa, tetapi Allah biarkan perkara itu berlaku untuk menjadi satu syariat kepada kita, jangan kita bermasam muka.

Jadi dalam kisah ini, Luqman mengingatkan anaknya jangan sombong terhadap orang lain, sepatutnya kamu bertemu manusia dengan wajah yang berseri seri wajah yang ceria sebelum kita berkata apa apa. Sesungguhnya, interaksi muka kita dengan wajah yang berseri seri itu, insyaAllah akan menarik hati hati manusia yang bersih, yang boleh kita bentuk untuk kembali kepada Allah swt insyaAllah. Kemudian dipesan kepada anaknya jangan berjalan dimuka bumi Allah swt dengan keadaan yang angkuh. Kerana sifat tersebut adalah perkara yang menjadi kemurkaan Allah swt. Allah tidak menyukai orang yang sombong dan bermegah megah. Maka untuk itu, apakah yang perlu kita lakukan? Luqman al-Hakim mengatakan, bersederhanalah pada setiap langkahmu. Jangan langkahmu menunjukkan sifat lemah, hingga tidak terdaya ketika berjalan, ataupun terkinja kinja seperti orang yang nakal. Jalan kita adalah jalan seorang yang warak dan yakin diri. 

As sa’ar ini adalah satu perbuatan, yakni yang mana ia adalah satu penyakit yang dihadapi oleh unta, yang menyebabkannya memalingkan tengkuknya. Ini merupakan perumpamaan yang dilukiskan dalam al quran yang menggambarkan sifat angkuh dan sombong, dalam menegah orang muslim menyeru kepada Allah dalam keadaan berbangga, takbur, kagum dengan diri sendiri. Contohnya kita melihat peminta sedekah, kita memalingkan muka, enggan melihat, menghina, kerana apa? Kerana kita angkuh dan tidak prihatin pada orang lain. Ini adalah antara perkara yang boleh menimbulkan kemarahan manusia kepada kita sedangkan kita telah jelas bahawa, orang yang suka memalingkan muka ini adalah orang yang berpenyakit. Begitu juga dengan interaksi apabila kita berhadapan dengan orang sebegini, kita haruslah membantunya menyembuhkan penyakit ini.

Luqman mengingatkan anaknya dengan firman Allah swt tadi, dan sederhanakanlah langkah perjalananmu. Kesejahteraan dan keharmonian adalah dalam kesederhanaan pada setiap tindakan dan perkataan kita. Kita tidak tergopoh gapah, dan kita tidak mencari jalan bersifat bongkak. Langkah yang sederhana menuju kepada matlamat kita yang mulia untuk menjadi insan yang bertakwa kepada Allah swt, dan juga kita mengajak manusia kepada bertakwa kepada Allah. Dan juga kita tidak sombong, yang mana iA kita mengatur langkah menuju cita cita dengan ceria dan progressif. Kadang –kadang apabila kita hendak mengejar cita cita kita, kita mengajak orang lain, tetapi orang lain tidak mahu, orang lain lambat, kadang-kadang kita masam muka kepada mereka.

Kadang-kadang kita lupa kita sedang berinteraksi dengan hati manusia. Berkatalah dengan kata yang disukai oleh hati, berbicaralah dengan hati dengan penuh lemah lembut kerana ia akan memberi kesan yang mendalam. InsyaAllah orang akan lebih mudah untuk menerima Allah. Sebab Allah berinteraksi dengan kita dengan kasih sayang, kelembutan tetapi bukan kelemahan. Sama samalah kita mohon kepada Allah supaya Allah berikan hikmah itu, iA kita akan memilih perkara yang diredhai oleh Allah dalam usaha kita untuk berinteraksi dengan makhluk Allah yang lain. Apabila seorang mukmim berjalan tergopoh gapah, sombong bongkak, maka orang tengok beginikah orang Islam? Mereka tengok kita pun tidak lalu, apatah lagi untuk mendengar apa yang kita sampaikan. Apabila kita bertemu dengan wajah yang ceria hati yang penuh kasih sayang, maka ia akan mengalir ke seluruh tubuhnya melalui pandangan yang halal disisi Allah, ia melihat kita dengan rasa sentuhan kasih sayang. Jadi dia akan lebih mudah untuk menerima kita dan menerima apa yang kita sampaikan. Bukan untuk dekat kepada kita, tetapi untuk dekat kepada Allah. Saidatina Aishah juga menjelaskan bahawa Saidina Umar r.a telah mengatakan bahawa Rasulullah saw apabila berjalan, baginya menyegerakan langkah perjalanan, tidak terlalu lembik dan tidak terlalu gopoh. Tetapi perjalanan itu nampak seorang yang tegas, berwibawa, berketerampilan tinggi, dan berkeyakinan.

Luqman meneruskan wasiatnya, lunakkanlah suaramu, sesungguhnya seburuk buruk suara adalah suara keldai. Allah melarang kaum musyrikin meninggi ninggikan suara kerana mereka ini sering bermegah megah dengan ketinggian suara. Dan seterusnya, kaum muslimin dituntut merendahkan suara supaya suara itu tidak menyebabkan orang lain menjadi serabut dan tidak terasa hati dengan perkataan kita. Apabila kita menjerit, atau bercakap dengan suara yang berlebihan, berleter panjang, ia adalah perkara yang membingitkan telinga yang boleh merosakkan gegendang telinga dari segi saintifik. Ia juga merupakan tanda orang itu hanya memikirkan diri sendiri dan tidak prihatin terhadap orang lain. Banyak keburukan-keburukan akibat dari kita meninggikan suara.

Apa yang dimaksudkan dengan sederhana? Jadi disini kita bersederhanalah dalam berjalan, dalam memandang manusia, suara juga kita bersederhana. Pandangan, langkah dan suara. Tiga gabungan dalam membentuk keperibadian kita. Luqman menekankan bukan sahaja kepentingan apa yang disampaikan tetapi juga apa kepentingan keterampilan diri kita. Supaya kita bukanlah lemah, kolot, gopoh, sambrono, tetapi seorang yang cantik dan smart. Itulah criteria abid, anbiya, dan juga du’at. Kalau orang tengok kita, orang nampak karismatik kita. Semua ini berpunca daripada hati. Macam mana hubungan dan interaksi kita dengan Allah. Kita tidak rasa hebat dihadapan Allah, tetapi kita tawadduk di hadapan Allah, maka kita akan ditingkatkan darjatnya dihadapan manusia. Semua ini adalah anugerah daripada Allah sekiranya kita melakukan semua dengan penuh keikhlasan.

Dalam bab suara ini, kita tidak melantangkan suara kita sehingga boleh menimbulkan kemarahan orang lain dan juga tidak terlalu perlahan hingga tidak kedengaran. Sesungguhnya yang terbaik adalah pertengahan. Sesiapa yang mengangkat suaranya tanpa ada sebab musabab, adalah menyerupai keldai. Dan seburuk buruk suara adalah menyerupai keldai. Orang Arab mengumpamakan keldai dengan sifat yang tercela dan kebodohan. Menyederhanakan suara melambangkan adab yang murni, kepercayaan diri dan keyakinan kepada perkara yang kita suarakan. Berlidah tadam,bercakap kasar dan suka menengking merupakan adab yang buruk dan keji. Ia akan mengundang keraguan orang yang mendengar terhadap apa yang dituturkan.

Orang yang suka memperlekehkan atau suka menjatuhkan orang lain adalah orang yang berada di martabat yang rendah. Mereka akan melakukan apa sahaja untuk menjatuhkan orang lain. Mereka adalah orang yang hina disisi Allah swt. Dari sunnah juga ada terdapat arahan bahawa perlunya menghindarkan diri daripada suasana kebingitan. Abu Hurairah ra telah mengatakan bahawa Rasulullah telah bersabda, “apabila kamu mendengar ayam berkokok, maka pohonlah daripada Allah limpahan rahmatnya kerana dia melihat malaikat. Apabila kamu mendengar suara himar iaitu suara keldai, pohonlah perlindungan daripada Allah agar dijauhi daripada syaitan kerana dia melihat syaitan.” Demikianlah dilakarkan dengan nilai moral yang terkandung dalam method al quran yang unggul dalam memancarkan nur dan hidayah Allah kedalam jiwa kita supaya kita sentiasa mendapat taufik dalam menjalankan amal yang praktikal.

Walaupun wasiat ini adalah wasiat yang telah lama termaktub dalam al quran, tetapi insyaAllah perlaksanaannya adalah evergreen. Perlaksanaannya berada di dalam suasana yang hebat disisi Allah swt. Disitulah Allah memberikan pertolongan kepada kita supaya kita dapat diberikan taufik di dalam melakukan amal yang praktikal. Kalau kita tengok, ini merupakan wasiat yang dilakukan oleh Luqman Al-Hakim pada anaknya yang boleh menjadi contoh buat kita hingga ke hari kiamat. Selagi Al Quran Allah pelihara daripada kemusnahan insyaAllah. Wasiat Luqman adalah wasiat ad din yang menggalakkan kemaslahatan individu, jemaah, dan juga ummah keseluruhannya pada setiap masa dan ketika insyaAllah.

Jadi, itulah pesanan ummi pada hari ini, dari segi mimik muka, keterampilan muka kita pandangan muka kita dengan wajah air wuduk, limpahan air wuduk yang menjadi penyucian dosa dosa kita, posture perjalanan badan kita yang meyakinkan, tidak terlalu gopoh gapah, dan tidak terlalu lemah, dan akhirnya suara kita yang merdu yang lunak, mengajak manusia beriman dan bertakwa kepada Allah swt, seruan kita yang menyebabkan manusia rasa hampir dengan Allah, itu merupakan kehebatan-kehebatan anugerah daripada Allah, apabila hati kita tunduk, cinta dan sayang kepada Allah, maka akan terzahir melalui percakapan perbuatan dan gerak langkah kita insyaAllah yang akhirnya memberi satu sentuhan kepada hamba-hamba Allah yang ada dihadapan kita.

Itulah yang nak kita tanamkan pada diri kita. Dan juga pada diri bakal isteri dan bakal suami kita nanti, dan juga zuriat zuriat kita. Mungkin kita sekarang sudah besar, mungkin kedua ibu bapa kita terlepas pandang, mungkin ada yang sempat atau tidak sempat mengajar pada kita. Masih belum terlambat untuk kita amalkan selagi pintu taubat tidak tertutup, selagi matahari tidak terbit dari sebelah barat, Allah beri peluang untuk kita bertaubat. Untuk kesilapan lalu, kita bertaubatlah supaya dengan taubatan nasuha kita tidak mengulanginya. Ingatlah kemungkinan Allah menarik nyawa kita sebentar lagi, tinggalkanlah amalan mungkar yang sedang kita lakukan sekarang, supaya Allah menerima kita sebagai abid yang diberkatinya. Dan akhir sekali untuk dosa-dosa yang akan datang, kita mohon doa supaya Allah beri perlindungan dan kita tidak terjebak dengan kesilapan.

Apa yang baik itu datangnya dari Allah, ambillah, mudah mudahan dengan amalan itu dapat meninggikan martabat disisi Allah swt dalam setiap detik kehidupan. Apa yang silap, ummi minta ampun daripada Allah, dan minta maaf pada anak-anak andai apa yang ummi sampaikan tidak menepati kehendak dan cita rasa anak anak, namun itulah yang mampu ummi sampaikan demi mencari redha Allah dunia dan akhirat.