Monday, December 30, 2013

Interaksi hati dengan Al-Quran

Kuliah BM (23.12.2013)



Ucapan dimulakan dengan seruan kepada pendengar agar menyampaikan rasa kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana dapat bersama-sama menuntut ilmu pada kali ini. Kita merupakan pilihan dan jemputan serta diberi keizinan dan hati yang bersih untuk bersama-sama menyertai kuliah baitul muslim ini, semata-mata mencari keredhaan Allah s.w.t.
Berikut merupakan empat perjanjian yang Allah sampaikan kepada hambaNya melalui Baginda Rasulullah, melalui hadithnya

  1. Allah telah menjanjikan payung sakinah kepada orang yang menyertai majlis ilmu seperti kuliah BM ini.
  2. Malaikat   rahmat pula akan sentiasa bersama-sama dengan orang yang menuntut ilmu. 
  3. Mereka akan sentiasa didoakan oleh para malaikat.
  4. Selain itu, hamba allah yang berada dalam majlis zikrullah, namanya akan popular di sisi Allah dan penghuni langit sana.
Ummi menyeru pendengar untuk bersyukur ke hadrat Allah kerana
  • Allah telah menggerakkan hati-hati untuk berada dalam kuliah ini
  •  Kita merupakan makhluk yang dipilih khas untuk melakukan perancangan Allah yang lebih besar di sisiNya pada masa akan datang
  •  Melakukan sesuatu  bukanlah dibayar wang ringgit. Kita tidak akan dapat apa-apa keuntungan tanpa redha daripada Allah s.w.t
  • Kerana Allah sayang kita, sebab kita melakukan perkara yang sunat, untuk berada dalam majlis ilmu ini demi mengharapkan keredhaan daripadaNya.

Semoga niat yang suci ini dapat meningkatkan kita ke martabat yang lebih tinggi di sisiNya dan menjadi abid yang dicintai oleh Allah seperti yang telah disabdakan oleh Rasulullah dalam sebuah hadith qudsi yang berbunyi: Allah berfirman bahawa Aku mencintai hamba yang melakukan perkara yang aku wajibkan. Tetapi ada di kalangan hambaKu ini yang melakukan perkara yang sunat sehingga ke tahap aku mencintai mereka.
Perkara yang telah diwajibkan merupakan fitrah. Suka atau pun tidak kita wajib melakukannya. Tetapi kita akan mendapat satu tingkat yakni abid yang dicintai apabila melakukan perkara sunat.
Semoga keikhlasan berada dalam majlis ini akan meningkatkan martabt kita disisiNya, di mataNya, pada pandanganNya serta dikenali oleh penghuni langit.

Allah akan meyebarkan kepada para malaikat, penghuni langit dan bumi tentang hambanya yang melakukan perkara fardhu dan sunat serta menyuruh mencintai mereka. Apabila mendapat cinta daripada Allah, itu ibarat kita memiliki segala-galanya. Oleh itu, marilah kita berjuang untuk mendapatkan cinta Allah agar di akhirat kelak kita akan dipandang oleh Allah , dibangkitkankan dengan wajah yang berseri-seri, dikenali oleh Rasulullah. Baginda menghulurkan air kepada kita ketika dahaga di padang Mahsyar kelak kerana kita melakukan sunahnya, berselawat kepada Baginda, merindui untuk hidup bersama-sama Baginda.
Banyak dosa bukanlah penghalang untuk kita mendapat rahmat Allah. Sesungguhnya para malaikat berlumba-lumba turun apabila adanya majlis zikrullah.  Kemudian ketua malaikat akan kembali menghadap Allah dan menyatakan bahawa ada hambanya yang hadir ke majlis zikrullah dengan dosa yang sangat banyak. Maka Allah mengarahkan agar memberi rahmat kepadanya. Namun begitu, sekiranya di dalam majlis berlaku perkara haram, maka orang lain tidak akan mendapat rahmat dan sakinah daripada Allah. Maka hendaklah kita sentiasa fokus pengabdian kita ketika di dalam majlis agar dosa kita tidak menjadi penyebab putusnya rahmat Allah kepada sahabat-sahabt yang lain.

Surah Al-Baqarah, ayat 1-11.

Tiada keraguan dalam Al-Quran. Allah bercakap dengan kita. Ketika kita membaca Al-Quran, menghafaz, mahu pun mendengar, hendaklah kita memandangnya dengan hati yang hidup. Dengan itu, kita aka merasakan kebesaran Allah ketika Al-Quran dibacakan kepada kita.
Al-Quran merupakan petunjuk bagi hamba Allah yang bertaqwa. Kuliah pada kali ini menekankan persedian taqwa bakal suami atau isteri. Jodoh yang Allah temukan akan tenjadi quratul ain kepada kita serta menyaksikan amanah, nikmat, dan rezeki dalam mencapai keredhaan Allah selain dari merealisasikan tuntutan fitrah mengikut syariat Allah. Sekiranya tiba waktu untuk bernikah, Allah akan memberikan peluang tersebut.

Terdapat tiga golongan manusia di bumi ini. Allah menciptakan mereka dalam keadaan muslim.
  1.  Golongan yang bertaqwa. Mereka tidak ragu-ragu dengan Allah dan juga Al-Quran malahan berinteraksi dengan kitab Allah dengan cukup indah.
  2.  Golongan kufur
  3.   Golongan munafiq

Dalam persediaan bakal suami atau isteri, suami merupakan pemimpin yang dapat membimbing keluarga kepada Allah. Manakala isteri pula menjadi pengurus rumah tangga, membantu suami dalam menuju jannah Allah. Sebagaimana Allah berfirman dalam surah al-Tahrim: peliharalah dirimu dan keluargamu daripada api neraka yang bahan bakarnya daripada manusia dan batu dan penjaganya adalah malaikat yang garang. Para malaikat bertanya kepada ahli neraka, “tiadakah hamba Allah yang menyeru kamu kepada Allah?”

Al-Baqarah ayat 3
Al-Jasiyah ayat 13

Allah memuliakan kita, meninggikan kedudukan sebagai manusia dan menjadikan unsur kesamaan antara manusia berupa unsur tiupan Ilahi yang mulia. Kita diciptakan oleh Allah di dalam rahim. Dilahirkan dan menjadi kegembiraan kepada ibu bapa dan orang lain. Allah menundukkan apa yang ada di langit dan bumi untuk membantu kita melakukan ubudiyyah kepada Allah.  Begitu juga fungsi suami isteri dalam kehidupan kita. Kehidupan kita tidak akan sempurna seorang diri, maka Allah mengutuskan abid muttaqin sebagai pasangan kita. Allah menuntut dan mengajar kita untuk mencari pasangan yang soleh dan solehah di dalam Al-Quran, surah Al-Furqan ayat 74.

Bertemulah dengan jodoh dengan cara yang halal seperti solat istikharah, tidak perlu dating atau pun chatting.
Ciri-ciri orang yang bertaqwa kepada Allah

  • Mulakan kehidupan kita, selepas solat subuh dengan dengan membaca Al-Quran serta fahami maknanya. Lihatlah suruhannya serta larangannya, serta hokum. Seperti tuntutan dalam suratul A’laq, kita disuruh supaya membaca
  • Membaca Al-Quran bukanlah wajib. Ia merupakan perkara sunat yang boleh memartabatkan kita menjadi hamba yang dicintai.

Ketaqwaan akan melahirkan 14 perkara.
  1. Mendapat hidayah daripada Allah
  2.  Mendapat bantuan Allah
  3.  Mendapat perlindungan Allah. Apabila kita mempunyai hubungan dengan Allah, akan wujudlah rasa cinta dan perlidungan daripada Allah
  4.  Memperoleh kasih sayang daripada Allah, RasulNya serta penghuni langit dan bumi.
  5.  Memperoleh keampunan daripada Allah
  6. Mendapat penyelesaian dalam setiap masalah. Jadi hendaklah kita menanam rasa ketaqwaan ini sebelum bernikah lagi agar lebih mudah mentarbiah, mengurus rumah tangga dan memikul amanah yang diberi
  7.  Mendapat pelepasan dari masalah
  8. Mendapat rezeki
  9. Dipermudahkan segala urusan
  10. Dilipat gandakan amalan sekiranya melakukan amalan soleh. Ini diibaratkan seperti menanam pokok yang keluar 7 butir,  dan setiap butir menghasilkan 10 hingga 100 butir lagi.
  11. Diterima amalan. Surah an-Nisa ayat 195
  12. Mendapat kejayaaan
  13. Memperoleh kegembiraan
  14.  Memdepoleh syurga. Orang yang bertaqwa akan   diberikan syurga dan diselamatkan dari api neraka.


Surah Taubah ayat 111. Allah membeli kita dengan wang, masa, nyawa. Allah memberikan jalan ke syurga itu mahal harganya. Ketaqwaan mengukur sejauh mana kita sanggup mengorbankan apa yang kita ada kepada Allah. 

Allah turut memberitahu kita tantang hamba yang kafir serta munafiq.

Surah Al-Hijr ayat 29. Allah menciptakan manusia dengan kemuliaan. Allah menyediakan kita bekalan untuk kita mengatur kehidupan di bumi. Jadi, hidup di bawah naungan Al-Quran merupakan nikmat yang paling besar, yang tidak dapat dirasai melainkan oleh hamba Allah yang diberikan hikmah olehNya.

Setiap kali kita membaca al-Quran, kita merasakan Allah sedang berbicara dengan kita. Perasaan tersebut merupakan satu anugerah. Jadi kita hendaklah membuka hati kita, berdoa supaya Allah mempermudahkan kita untuk mengenaliNya. Ketika membaca Al-Quran, cuba timbulkan perasaan yang Allah sedang berbicara dengan kita. Sekiranya tidak faham, mohonlah agar diberi kefahaman. Selain itu, doalah agar Allah memberikan jodoh yang baik.

Semoga kita bertemu dalam sujud  sebagai abid muttaqin dan khalifah Allah yang akan menyebarkan kalimah Aallah keseluruh umat di muka bumi.










Monday, December 23, 2013

Perjalanan ketaqwaan jundiyy menuju Jannah Allah swt

Kuliah BM (16.12.2013)


Allah Maha Mengetahui hati dan tindakan kita. Sekiranya kita hamba Allah yang dicemburui, bila kita dalam kelalaian Allah akan menarik kita kembali kepadanya. Abid yang disayangiNya dalam kehidupan kita adalah anak-anak soleh yang dikurniakan, sahabat-sahabat yang membantu dalam melakukan ketaatan dan melakukan ketundukan yang sempurna kepadaNya. Itu adalah cemburu Allah kepada kita. Melakukan rukun Islam yang kelima iaitu bagi hamba Allah yang diberi kemampuan, akan menjadi abid yang istimewa di sisi Allah sama ada di dunia dan kembalinya dia kepada Allah. JIka kita hendak Allah menjemput kita, sentiasalah  mempersiapkan diri untuk menjadi pilihan Allah.Kita mahu menjadi hamba Allah yang mana satu? Adakah hamba Allah yang bersyukur atau yang mungkir, hamba yang redha atau yang selalu merungut?  Atau hamba Allah yang kufur nikmat, fasik, tahu tapi masih melakukan perkara yang salah. Dalam tidak sedar, banyak peluang yang Allah berikan kepada kita untuk dapat hidup dalam keredhaanNya. Oleh itu, sentiasalah redha dengan Allah dan meredhai apa yang Allah berikan kepada kita malah sama-sama mengucapkan kesyukuran kepadaNya.

Ketika nabi Ibrahim diberi arahan untuk menyembelih anaknya sendiri, nabi Ibrahim sangat sayang anaknya. Namun, setelah diberi arahan menyembelih, nabi ibrahim berbincang dengan anak-anaknya. Ketika itu, anak-anak sudah matang membuat keputusan dan belajar membuat keputusan. Mereka tahu itu dalah arahan Allah untuk menyembelih dan mereka menurut kerana taat kepada Allah. Itulah sifat anak-anak soleh.
Ayat-ayat Allah sebagai dalil pengisian tajuk kali ini iaitu modul ketakwaan jundi menuju syurga Allah dan  menjadi bentengan agar tidak melakukan larangan-larangan Allah. Disebutkan neraka kepada kita, apakah perasaaan kita kepada Allah? Sekiranya Allah mengambil nyawa kita ketika ini, sudah cukupkah amalan yang ada? Mampukah kita? Adakah amalan-amalan kita diberkati Allah? Sedar atau tidak, dari akil baligh hingga kini,kita menanggung perbuatan sendiri. Paling-paling tidak amalan-amalan kita menjadi benteng dicampak ke pintu neraka. Elakkan merasa hebat di sisi Allah.
Allah melakukan kebaikan pada kita tanpa meminta balasan. Oleh itu, marilah kita mengucapkan alhamdulillah dan merasakan kesyukuran. Kita sering bertanya apa yang Allah belum lakukan untuk kita, tapi pernah atau tidak kita bertanya apa yang telah kita lakukan untuk Allah? Sama-sama menilai diri dan menjadi hamba Allah yang taat.

Ciri-ciri munafik, ketika bercakap dia bohong, mungkir janji, amanah ubudiyah dengan keikhlasan, atau ayat-ayat tadi mengajar mengelakkan perbuatan pura-pura dihadapan Allah. Kita lalai ketika dihadapan manusia, bila dibelakang sebaliknya hamba Allah yang hebat di sisi Allah malu. Ketika bersembunyi, Allah melihat kita, taujihad kita, melihat akibat meninggalkan perintah Allah sama ada kita fasik atau munafik dan di mana kita di sisi Allah.

Sebuah cerita mengisahkan seorang  perempuan  bermimpi anak gadisnya yang telah meninggal dunia, anaknya diikat dan berpakaian teruk, dia terasa sangat sedih ketika menceritakannya kepada imam Hasan Al-Basri. Kemudian imam Hasan Al-Basri bermimpi anak gadis itu bertukar menjadi ahli syurga malah ketika dalam syurga anak gadis itu memakai mahkota. Semasa di dalam mimpi anak gadis menceritakan kisah dia kepada  imam itu. Pada suatu hari ada hamba Allah melalui kubur dia dan mereka berselawat, sedangkan di dalam kubur ada orang yang diseksa. Oleh disebabkan berkat selawat lelaki itu, mereka telah diampuni dan mereka diselamatkan daripada seksaan kubur malah telah mendapat syafaat.  Sentiasalah berdoa  supaya Allah ampuni mereka.

Perbezaan orang munafik dan orang mukmin
Orang mukmin
-- selalu bersedekah dan memohon ampun
 --aman dari segala sesuatu melainkan Allah
 --selalu berbuat baik dan menangis, menyendiri dan menyepi :
 --orang mukmin menanam dan takut binasa

Orang munafik
--Dipenuhi laknat Allah ke  mana pun mereka pergi
--neraka Jahanam tempat mereka, tingkat paling bawah untuk oang munafik

 Surah At-Taubah, ayat 67
"Orang-orang munafik lelaki ataupun perempuan sebahagian dengan sebahagiannya yang lain adalah sama, mereka menyeru yang mungkar dan melarang berbuat makruf"

Allah menjanjikan neraka untuk orang munafik, untuk mereka seksaan yang abadi

An-Nisa, ayat 140
"bila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diejek oleh kaum kafir dan munafik, maka janganlah kamu duduk (bergaul) dengan mereka sehingga mereka masuk kepada memperkatakan soal yang lain kerana sesungguhnya (jika kamu melakukan yang demikian) tentulah kamu sama seperti mereka. Sesungguhnya Allah menghimpunkan sekalian orang munafik dan kafir di dalam neraka Jahanam"

Orang munafik lebih buruk dan jahat daripada orang kafir. Sama-sama kita mohon ampun dan istighfar dan solat taubat sebagai rutin, solat taubat sebelum tidur. Sekiranya kita mohon ampun pada Allah, Allah ganti dengan kebaikan. Mohon doa kesalahan yang sedar atau tidak, sengaja atau tidak. Mohon ampun dan doa, agar dijauhkan dari neraka dan dimasukkan syurga bersama orang-orang yang diberi rahmat oleh Allah. Fasik, munafik, kafir, musyrik, sombong, ada sifat sombong, tidak akan bau syurga. Marilah ucapkan kesyukuran kepada Allah, kita masih bernafas kerana Allah mahu kita untuk bertaubat.


Sunday, December 15, 2013

Fitrah Manusia dan Fitrah Alam

Kuliah Baitul Muslim (9.12.2013)



Tadabbur surah Fatir ayat 41, “Sesungguhnya Allah menahan dan memelihara langit dan bumi supaya tidak berganjak dari peraturan dan keadaan yang ditetapkan baginya; dan jika keduanya (ditakdirkan) berganjak maka tidak ada sesiapapun yang dapat menahannya daripada berlaku demikian selain dari Allah. Sesungguhnya Ia Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.”

Begitu besarnya kehadiran Allah swt sehingga Allah sendiri membuat perumpamaan fitrah tersebut kepada hampir sebahagian besar makhluknya. Contoh-contoh fitrah alam semesta yang Allah cerita kepada kita iaitu tentang burung, binatang-binatang, matahari dan semua ciptaan Allah yang lain. Allah menciptakan semuanya sebagai makhluk yang sentiasa menyerahkan diri atau sentiasa mengikut perintah arahan dan sususan Allah. Kita tengok ciptaan Allah di langit dan juga dibumi semuanya hidup, membesar kemudian menjadi mati, semua itu terjadi dalam perancangan Allah swt. Yang mana Allah telah menetapkan ukurannya, dan ukuran itu sangat tepat. Semua itu berlaku dalam kawalan, jagaan dan peliharaan Allah. Yang mana pada hari kiamat, semua yg seimbang td akan menjadi kucar kacir, bintang yang kini teletak elok ditahan langit pada hari kiamat nanti akan meletup, pecah bertaburan jatuh ke bumi.

Jadi sekiranya ketika melihat sekeliling kita menggunakan mata hati, kita akan dapat melihat kebesaran Allah, kita akan dapat merasai hubungan rapat kita dengan Allah swt. Allah menahan dari berlakunya kehancuran pada seluruh manusia supaya kita dapat mencapai matlamat kita dihidupkan oleh Allah. Dalam ayat tadi Allah kata kenapa langit tidak jatuh? Kerana Allah lah yang menahannya. Dan bumi kenapa tidak bergoyang? Tidak terbalik? Itu semua kerana Allah yang menahannya. Tetapi ada masanya apabila Allah akan memberi arahan pada bumi dan langit untuk menurunkan hujan sehingga berlaku banjir dan sebagainya. Itu juga semua berlakunya atas arahan Allah. Ditempat-tempat yang tidak pernah berlakunya banjir, tiba-tiba banjir, maka itu adalah peringatan daripada Allah.

Allah memerintahkan kita agar mengeluarkan zakat, membantu orang miskin, bersedekah dengan ikhlas. Di dalam hadis Rasulullah, terdapat tiga peringatan kepada kita sekiranya kita tidak mengeluarkan harta dengan ikhlas. Peringatan Allah turun dalam 3 cara, yang pertama iaitu dari cara kebakaran, kedua dengan cara kecurian dan yang ketiga dengan banjir. Rasulullah saw juga berdoa kepada Allah supaya umat manusia ini tidak dihapuskan secara habis sebagaimana yang berlaku kepada kaum nabi Nuh as dimana banjir besar berlaku dan hancurlah kesemua hamba-hamba Allah yang ingkar melainkan Nabi Nuh dan mereka yang beriman dan bertakwa. Allah telah menurunkan arahan agar membina bahtera dan mengumpulkan segala jenis binatang sebagai bekalan. Dan Allah mengarahkan supaya membaca doa, “Bismillahi Majreha wa Mursaha” maksudnya bacalah bismillah ketika kamu melayarkan bahtera itu dan ketika kamu melabuhkan bahtera itu.

Itu semua adalah sususan Allah yang perlu kita ambil pengajaran dan iktibar dan kita dapat lihat betapa besarnya kecintaan Allah kepada alam semesta. Dan seterusnya Allah kata dalam surah An Nahl ayat 79, “Tidakkah mereka memperhatikan burung-burung yang dimudahkan terbang melayang-layang di angkasa? Tiada yang menahan mereka (dari jatuh) melainkan Allah sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda-tanda bagi kaum yang beriman”. Itulah besarnya kehendak Allah swt pada alam semesta, Allah kawal semuanya agar tidak membawa musibah kepada manusia agar kita mudah dapat beribadah kepada Allah, mudah melakukan pentadbiran muka bumi Allah.

Rasulullah saw berdoa agar Allah tidak menghapuskan umatnya sehabis habisnya melalui 3 cara, yang pertama supaya tidak dihapuskan oleh musuh, yang kedua bencana alam termasuk banjir gempa bumi atau sebagainya, dan yang ketiga Rasulullah juga berdoa agar Allah tidak membiarkan umatnya berpecah belah. Doa Rasulullah yang pertama dan kedua dimakbulkan oleh Allah, namun doa yang ketiga Allah tidak makbulkan. Rasulullah menangis bertahajud memohon agar Allah memakbulkan doa yang ketiga namun Allah tetap tidak memakbulkan kerana Allah ingin menguji siapa di antara umat Rasulullah saw ini yang betul-betul ikhlas beriman kepada Allah dan mengikut sunnah Rasulullah saw. Kerana sekiranya benar mereka berpegang dan bersatu pada tali Allah, mereka tidak akan berpecah belah. Kalau suami dan isteri ingat kepada Allah mereka tidak akan bercerai berai.

Suami atau isteri yang Allah anugerahkan kepada kita adalah pilihan Allah. Apabila kita rasa kebesaran Allah dengan isteri atau suami yang Allah anugerahkan adalah yang terbaik buat kita, maka setiap kali kita pandang isteri atau suami, kita lihat kebesaran Allah. Maka kita akan sentiasa menghargainya sebab antara ramai-ramai yang ada diluar sana, Allah beri dia kepada kita. Jadi sekiranya kita letak Allah dihati kita insyaAllah tidak akan berlaku perceraian. Itu salah satu contoh interaksi Allah kepada kita supaya kita mempunyai satu hubungan yang akrab dengan fitrah Al-Quran maka Allah terus berfirman dalam surah An-Nahl ayat 79 tadi. Kadang-kadang kita tengok kapal terbang dan sebagainya, itu semua adalah kelebihan yang Allah bagi pada hamba-hamba Allah yang terpilih, untuk mencipta satu pengangkutan daripada konsep yang Allah tunjukkan pada burung dalam ayat tadi.

Mengikut pengalaman ummi sendiri, baru-baru ini Allah jemput ummi ke Mekah dalam cara yang paling istimewa yang ummi dapat rasakan sendiri, walaupun dalam keadaan kita banyak dosa, banyak melakukan kesilapan, tetapi Allah jemput sebagai tetamu Allah. Kegembiraan yang amat sangat dapat berada di rumahNya, ditempat penumpuan ubudiyyah, semua manusia menumpukan pada satu arah iaitu baitullah dan itulah ummah Allah swt. Kita tidak menyembah kaabah, tetapi kita khusyuk fokus penumpuan kita pada Allah dan Allah kurnikan kiblah itu sebagai satu arah buat kita. Mengikut pengalaman ummi, walaupun untuk pergi kesana ummi tidak sempat mengikuti kursus penuh, tetapi ummi niatkan untuk pergi menjadi tetamu Allah disana daripada kecik, dan ummi berdoa pada Allah, solat hajat, kalau boleh, Allah jemput dan pilih kita menjadi tetamunya yang paling istimewa, dengan cara yang paling istimewa, pada waktu yang paling istimewa disisiNya. Dan alhamdulillah Allah pilih ummi dengan cara yang paling istimewa.

Pada ummi, semua perjalan ummi disana Allah muliakan. Ummi rasakan Allah cukup baik kepada kita, Allah bagi semua benda, Cuma ummi sentiasa menilai diri ummi, ummi banyak melakukan kesilapan, tetapi Allah masih sayang kita, Allah permudahkan semua untuk kita. Dari perjalanan awal ke lapangan terbang hingga ke sana Allah bagi dapat hotel yang dekat, diberi makanan yang cukup istimewa, terasa sangat disayangi Allah dan Allah permudahkan semua perkara. Itulah yang ummi rasa, ketika kita hidup dirumah kita, kita hanya solat berkiblatkan baitullah dari jauh sahaja, tetapi apabila berada betul-betul dihadapan rumah Allah, itulah perasaan yang paling istimewa. Apabila kita ikhlas, Allah akan permudahkan banyak perkara, Allah akan sentiasa tenangkan hati kita, dan Allah berikan kesabaran pada kita. Apa-apa pun kita redha, dan bersyukur kepada Allah swt.

Ketika di raudhah, tempat yang mustajab untuk berdoa, ummi ingat Rasulullah pernah berdoa pada Allah, ummi sambungkan doa Rasulullah, doa untuk anak anak yang telah Allah pilih, untuk Allah beri peluang ummi sentuh hati-hatinya, supaya mereka inilah yang akan menjadi penghuni jannatul firdaus bersama baginda Rasulullah saw. Dan ummi doa supaya Allah beri kita kekuatan, untuk mengajak ummah kepada Allah swt, dan ummi doakan juga walaupun tidak disebut nama seorang demi seorang, tetapi ummi doakan kuliah yang ummi buat untuk membantu anak-anak supaya dapat membina diri, keluarga, masyarakat, kerajaan, ummah dengan Islam sebagai ustaziyatul alam. Semoga Allah satukan hati kita, dengan cinta Allah swt, dan juga semoga Allah permudahkan jodoh anak-anak ummi yang Allah beri peluang dipertemukan dengan ummi.

Jadi, tadi Allah ceritakan tentang langit, bumi yang Allah pelihara, dan kemudian burung yang bebas. Dan Allah katakan dalam surah al-an am ayat 38  “Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian kepada Tuhan mereka semuanya akan dihimpunkan.” Al quran memberi tahu kita dalam bahasa yang sangat indah, contohnya matahari sebagai sumber kehidupan, binatang burung dan lain-lain juga seperti kita. Allah kata tidak akan mungkin bagi matahari, mendapatkan bulan, dan malam pun tidak dapat mendahului siang, dan masing-masing beredar pada garis edaran sendiri. Jadi kalau kita lihat, ciptaan Allah swt, yang Allah berikan dan beritahu pada kita dalam al quran membuktikan bahawa alam semesta dan isinya berjalan sesuai dengan fitrahnya. Mereka patuh dan tunduk pada ketentuan Allah. Tidak ada satu pun diantara mereka, yang bangkang pada perintah Allah.

Bandingkan dengan kita, cuba kita nilai balik diri kita, adakah kita pernah bersikap sombong, yang mana kita enggan tunduk kepada titah Allah swt. Ada atau tidak amalan yang kita langgar pada hari ini? Ada atau tidak perbuatan kita yang kita langgar perintah Allah? Dan bandingkan dengan alam Allah swt tadi, kalau matahari ingkar pada Allah, dia akan hancur, tetapi manusia Allah berikan peluang. Walaupun silap kita sebesar gunung, sepenuh langit bumi, andai kita bertaubat, Allah tetap bersifat kasih dan sayang pada kita dan Allah terima kita. Dalam surah Al Ahzab ayat 72 “Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh”.

Langit, bumi dan gunung semua takut, tapi manusia terima, kerana ingat, Allah memberikan kepada setiap manusia itu kecenderungan positif dan negatif, Allah tahu kita mampu buat sebab Allah maha berkuasa kepada kita, tetapi Allah memberikan kuasa kepada kita iaitu kuasa memilih. Kerana itulah adanya dosa dan pahala, syurga dan neraka. Dalam surah As Syam ayat 8 hingga 10, “Dan di antara manusia ada yang berkata: ‘Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat’ padahal mereka sebenarnya tidak beriman. Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya. Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).” Allah kurniakan pada manusia kecenderungan positif dan negatif. Kecenderungan positif ada pada fitrah. Fitrah boleh melihat, memahami dan memeluk kebenaran daripada Allah dengan hidayah. Allah mahukan kita mengikut fitrah positif ini sebenarnya, namun manusia kadang-kadang tersilap mengambil peluang, hidayah ditutup sendiri oleh nafsu. Jadi kalau kita tidak mendapat hidayah, jangan salahkan orang lain. Kita perlu mintak pada Allah agar Allah beri kita hidayah.

Seterusnya, Allah saja membiarkan manusia hidup di atas tanah, sebab peluang untuk melakukan pilihan menjadi terbuka dan peluang untuk mengadahkan diri ke hadrat Allah dengan menjalankan ibadat dan kesempatan untuk bertaubat juga lebih terbuka. Itulah tujuan fitrah manusia dihidupkan di atas muka bumi, manusia bukanlah seperti malaikat yang terpelihara dari sebarang dosa, bukan seperti haiwan yang sentiasa menyalurkan hasrat nafsunya kehendak perut, tetapi manusia adalah makhluk pertengahan diantara keduanya dengan dibekali unsur roh dan fizikal secara sempurna agar kelak kita mampu untuk mengorientasikan kehidupan kita berdasarkan kepada fitrah yang cenderung kepada positif. Itulah kekuatan kita sebenarnya yang Allah berikan dalam diri kita sebab apabila kita lihat alam yang berada disekeliling kita, sentiasa tunduk dan taat kepada Allah. Mudah mudahan ia akan menginsafkan diri kita.

Allah memberikan semua kepada kita dan cumanya bagaimanakah kita menyambut kasih sayang Allah. Apa yang disampaikan ini semuanya datang dari Allah, sekiranya hati-hati kita tersentuh, maka tandanya itu cinta Allah kepada kita. Namun sekiranya kita tidak merasa apa-apa maka mohonlah hidayah dari Allah supaya masa yang Allah berikan kepada kita, kita tidak kerugian. Kerana pada ketika ini, Allah boleh ambil kita. Apa yang kita lakukan didunia, itulah yang kita akan dapat di akhirat. Kalau amal soleh yang kita lakukan, untunglah kita disisi Allah. Tapi dalam jangka waktu umur yang Allah berikan pada kita, kita sia siakan, apakah bekal yang tinggal untuk kita bawa kelak? Kalau waktu kita sendirian pun kita tidak mampu merasa cinta pada Allah, apatah lagi ketika kita sudah bersuami atau beristeri.

Sama samalah kita memohon doa kepada Allah supaya Allah berikan kita kekuatan, kesabaran dan istiqamah ketika melakukan ibadah dan juga amanah untuk kita mengendalikan bumi Allah. Pengalaman ummi ketika melihat ramai ummah mngerjakan haji, yang berbagai bagai perangai, kita berdoa kepada Allah agar ampuni mereka, ampuni kita dan Allah beri peluang untuk beramal sebagai mana amalan haji Rasulullah di Mekah. Sama samalah kita tanam niat pada hari ini untuk dijemput Allah menjadi tetamunya di Mekah. Kerana ketika kita mengerjakan haji di Mekah ia mengajar kita erti suasana dipadang mahsyar terutama ketika wukuf di Arafah. Sekiranya kita melebihkan Allah dalam segala galanya insyaAllah ketika kita dijemput untuk menjadi tetamunya, Allah permudahkan segalanya insyaAllah.


Thursday, June 6, 2013

Amal Mizan

Kuliah Baitul Muslim 28/5/2013

Assalamualaikum wrt.

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, sama-sama kita mengucapkan kesyukuran kepada Allah swt di atas limpah rahmat dan kurnia daripadaNya. Alhamdulillah kerana diizinkan bertemu kembali dalam suasana zikrullah. Allah telah bersumpah dengan waktu dalam surah Al-Asr, bahawasanya semua manusia berada di dalam kerugian melainkan orang-orang yang melakukan amal soleh. Kerugian itu akan dialami oleh semua manusia, kecuali mereka yang berpesan-pesan kepada kesabaran.  Penyesalan di dunia itu satu rahmat dari Allah swt, tetapi penyesalan di akhirat itu  merupakan satu kemurkaan atau pembalasan daripadaNya.  Berdoalah kepada Allah agar kita jauh daripada sifat lupa; lupa kepada Allah satu kepedihan yang cukup hebat.  Masa yang diberikan Allah kepada kitaini, sama-samalah kita fikirkan kembali , muhasabahkan kembali apa yang telah kita lakukan terhadapNya.



TADABUR AL-BAQARAH,186

Allah sentiasa dekat dengan kita, lebih dekat daripada urat leher kita sendiri. Dia sentiasa memperkenankan hamba-hambaNya yang berdoa kepadaNya.  Supaya doa kita diperkenankan Allah, rujuk surah Al-Fatihah: 5-6. 

Adab sebelum membaca sesuatu doa ialah mengabdikan diri kepadaNya. Layakkah kita meminta daripada Allah swt sedangkan kita tidak memberikan sesuatu suasana ataupun amalan yang memenuhi sepertimana tuntutanNya? Adab kedua ialah dengan memenuhi seruan Allah dengan mematuhi perintahNya.  Seterusnya, supaya kita selalu berada di dalam kebenaran, kita mestilah beriman dan bertaqwa kepada Allah.  Kita terus melafazkan keyakinan kita dan cernakan  keyakinan itu dalam bentuk amalan. 

PENGISIAN: AMAL MIZAN



Marilah kita sama-sama renungkan tentang mizan dan pemberian buku amal; sama ada dari tangan kanan atau kiri. Manusia terbahagi kepada tiga golongan:
  • Golongan yang tidak mempunyai kebaikan sama sekali

Mereka akan disiksa, dan dilemparkan ke api neraka. Celakalah meraka ini, dan tiada kebahagiaan sesudahnya.

  • Golongan yang tidak mempunyai keburukan

Mereka selalu memuji Allah, dan seterusnya mereka akan dipanggil bertemu dengan Allah dan dihantar ke syurga. Mereka melihat apa yang berlaku di sekeliling mereka dari neraca Allah swt. Kesenangan mahupun kegagalan merupakan tanda kasih sayang Allah kepada kita.
Kesusahan, kegagalan mahupun penyakit merupakan tanda kasih sayang dan caraNya untuk menegur kita. Jikalau kita mendapat kesenangan, Allah mahu melihat sama ada kita bersyukur atau tidak.

Diriwayatkan oleh Abu Daud dari Aisyah ra bahawa ia berkata, "Apabila teringat sahaja Neraka aku menangis. Terlihat oleh Rasulullah lalu baginda bertanya, "Mengapa kamu menangis ?". Aku menjawab, "Aku teringat Neraka ! Maka aku menangis. Apakah kelak baginda akan mengingati keluargamu ? ". Baginda bersabda, "Ditiga tempat, tiada siapa pun yang akan mengingat kepada sesiapa. Ketika amalannya sedang ditimbang, sesiapa pun tidak akan mengingati sesiapa sehingga dia tahu kedudukan timbangan amalnya sama ada berat atau pun ringan. Ketika buku catitan amalnya dilayangkan (kepadanya), sesiapa pun tidak akan mengingati sesiapa sehingga dia mengatahui bahawa ia telah menangkap buku itu dengan tangan kanan atau tangan kiri atau dari belakang punggungnya. Dan ketika sedang meniti jembatan sirat Neraka Jahanam, sesiapa pun tidak akan mengingati sesiapa setelah dia berjaya melepasinya ".…

Apabila kita ingat tentang mizan, kita akan ingat akan amalan yang akan ditimbang oleh Allah. Kita akan mengingatkan diri kita adakah amalan kita adalah amalan baik yang akan memberatkan timbangan kita ataupun amalan buruk yang akan menyebabkan kita dicampak ke dalam neraka.

Berhadapan dengan Allah, itu adalah saat yang cukup mendebarkan. Setelah amal ditimbang, buku catatan akan diberikan. Di padang Mahsyar, ketika Allah memanggil nama kita kita sudah mengetahui ke manakah akhir kita. Alam kubur juga seolah-olah satu petanda kepada kita akan nasib seterusnya. Pertolongan dari seksaan azab di dalam kubur hanyalah doa-doa dan selawat dari hamba-hamba Allah yang masih hidup. Tempat ketiga merupakan semasa meniti titian tsirat.

Di dunia, Allah sentiasa membantu kita. Macam-macam dilakukan untuk memberikan kesedaran kepada kita, bahawa Dia sayang kepada hambanya. Tapi, adakah kita dapat merasai ruh kasih sayang yang diberikan kepada kita?


“Allah berkata, ‘Wahai Adam, berdirilah dan keluarkan penghuni neraka.’ Adam berkata, ‘Labbaik, wa sa’daik, segala kebaikan berada dalam kekuasaan-Mu. Ya Tuhan, bagaimana penghuni neraka tersebut? Allah menjawab, “Dari setiap seribu terdapat sembilan ratus sembilan puluh sembilan.” 
… Abu Said mengatakan bahawa mereka berkata, “Siapakah di antara kita yang termasuk orang tersebut?”
Rasulullah menjawab. “Sembilan ratus sembilan puluh sembilan Yakjuj dan Makjuj, sedangkan dari kalian hanya satu” (HR Bukhari, Muslim dan Ahmad)

Nilai kembali masa yang digunakan di dunia ini. Adakah apa yang kita perjuangkan di dunia ini kerana Allah swt? Adakah apa yang dipelajari mendekatkan kita kepadaNya? Ingatkah kita apa yang dipelajari itu milikNya? Tergila-gilakan dunia juga boleh mencampakkan kita ke neraka.

Malaikat Zabaniyah keluar memanggil, "Mana pulan bin pulan yang menangguh dirinya dengan angan-angan? Sia-siakan umur mereka untuk beramal jahat." Maka malaikat Zabaniyah memukul dengan tukul besi, mengancam, menyiksa dan membuangnya ke neraka sambil berkata "Rasakan ini! Tinggallah di tempat yang tidak ada harapan, tinggalah di tempat yang gelap ini, yang membinasakan dan abadi. Makanannya adalah kayu duri, tempatnya adalah Al-Jahim", Malaikat Zabaniyah terus memukulnya, neraka Hawiyah mengongkongnya tidak ada penjamin. Kaki diikat, muka hitam,menjerit dan meratap, "Wahai Malik, ancaman itu telah nyata bagi kami. Berat untuk kami terima besi itu dan kulit kami lumat, keluarkanlah kami darinya, kami tak akan mengulanginya lagi." Malaikat Zabaniyah berkata " Tidak mungkin, engkau tidak akan keluar daripada tempat hina ini. Jika dikeluarkan, engkau akan ulangi perbuatan larangan."

Rasulullah saw bersabda, "Di Jahanam terdapat 1000 jurang, Tiap satu jurang ada 1000 lorong. Tiap lorong ada 1000 ular, 70 kala jengking dan semua itu pasti menyengat orang kafir dan munafik."

Ali r.a berkata, Rasullullah saw bersabda  "Mohonlah daripada Allah terhindar daripada lorong sedih dan jurang luka." Ditanyakan apa itu lorong sedih dan jurang luka, Rasullulah saw menjawab "Jurang di neraka, mohon terhindar daripadanya saban hari 7 kali. Allah menyediakannya kepada orang yang membaca Al-Quran dengan riak."

Terdapat juga jurang yang sebanyak jurang dunia dan syahawat. Dalam jurang dunia dan syahawat terdapat sebanyak 7 anggota tubuh orang yang membuat maksiat.  Terdapat 7 pintu neraka yang besar:
  •  Jahanam
  • Saqar
  •  Ladha
  •  Huthomah
  • Sa’ir
  • Jahim
  • Hawiyah

Pintunya sebanyak 7 anggota orang yang membuat maksiat. Dalamnya tidak terkira seperti syahawatnya di dunia. Besarnya lebih besar daripada dunia.

Abu Hurairah telah mengatakan, kami bersama Rasulullah telah mendengar suara bergegar. Rasulullah saw bertanya “ Tahukan kamu suara apa itu?’ Kami menjawab “Allah dan rasulnya lebih mengetahui.”  Jawapan Rasulullah “ Itu suara batu jatuh menjunam di jahanam sejak 70 tahun dan kini sampai ke dasarnya”

Seksa terkecil bagi ahli neraka semasa di hari kiamat ialah selipar api. Selipar ini apabila dipakai, otak akan mendidih disebabkan panasnya selipar itu.

Ketahuilah bahawa sangkaan api di dunia sama sahaja dengan api jahanam adalah salah sama sekali.


Dan Katakanlah (wahai Muhammad): "Kebenaran itu ialah yang datang dari Tuhan kamu, maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah ia beriman dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya". Kerana Kami telah menyediakan bagi orang-orang yang berlaku zalim itu api neraka, yang meliputi mereka laksana khemah dan jika mereka meminta pertolongan kerana dahaga, mereka diberi pertolongan dengan air yang seperti tembaga cair yang membakar muka amatlah buruknya minuman itu, dan amatlah buruknya neraka sebagai tempat bersenang-senang. (18:29)

Kemudian, sesungguhnya kamu orang-orang yang sesat yang mendustakan (kedatangan hari kiamat, tetap akan memakan (pada hari itu) dari sebatang pokok, iaitu pokok zaqqum, maka kamu akan memenuhi perut kamu dari pokok (yang pahit buahnya) itu, selepas itu kamu akan meminum pula dari air panas yang menggelegak, iaitu kamu akan minum seperti unta yang berpenyakit sentiasa dahaga dan tidak puas-puas". (56: 51-55)

Sama-samalah kita memohon perlindungan dari Allah swt dari azab seksa neraka. Mohonlah dariNya kebaikan di dunia dan kebahagiaan di akhirat. Berdoalah apa yang dilakukan hari ini tidak membawa kita ke neraka tetapi kebahagiaan yang hakiki.

Wallahualam.


Monday, May 20, 2013

Air Mata Yang Menangis Kerana Allah Adalah Rezeki


Kuliah BM 250413 (5.50pm-7.30pm waktu russia)

Assalamualaikum wrt..

Allah amat menyayangi kita dan sentiasa memberi motivasi kepada kita. Namun apakah yang kita lakukan untuk menghadapi hari akhirat?
Sama-samalah kita menyedari hakikat bahawa Allah sentiasa bersama-sama dengan kita. Allah dekat dengan kita malah lebih dekat dari urat leher kita. Malaikat-malaikat bersujud sentiasa kepada Allah.

Dalam surah an-Nahl ayat 50, Allah bercerita tentang para malaikat yang sangat taat. Kalau kita tengok betapa hebatnya perumpamaan yang telah Allah berikan kepada kita. Oleh itu, janganlah kita lupa, alpa walaupun sedetik. Jika kita ada lupa pada Allah, kembalilah kepada Allah. Sesungguhnya Allah tidak pernah lupa kepada kita sebagai hambaNya. Berdoalah kepada Allah supaya Allah memberikan kita hidayah sebagaimana kita sentiasa membaca surah Al-Fatihah 17 kali sehari semalam dalam hidup kita sehari-harian. Tanpa taufik, hidayah akan tinggal hidayah. Sekiranya kita hari ini sama seperti semalam, maka rugilah kita. Dalam firman Allah surah al-'Asr. Sesungguhnya masa yang pendek yang Allah berikan kepada kita hendaklah kita guna sebaik-baiknya untuk memastikan kita membuat persediaan yang secukupnya untuk menghadapi hari kebangkitan. Supaya kita akan berpuas hati dengan hasil tuaian kita di akhirat kelak. Ilmu yang Allah berikan kepada kita, halawatul iman yang Allah limpahkan kepada kita, gunakan untuk menyeru manusia kepada al-Haq. Berdoalah agar kita dapat berterusan memanggil manusia kepada Allah.

Saat yang paling indah adalah apabila kita dapat bersama-sama dengan orang yang kita cintai di akhirat kelak. InsyaAllah! Kita minta kepada Allah supaya kita tidak digoda oleh syaitan, orang munafik, orang fasik dsb. Amanah untuk membawa cahaya Islam ke masyarakat kini menjadi tanggungjawab kita.
Hikmah dari Rasulullah saw:
  1. Cinta al-Haq, benci pada kebathilan.~al-haq yg diturunkan kpd Rasulullah saw adalah yang terbaik. Risalah tauhi Rasulullah adalah yang terbaik. Al-Quran adalah yang terbaik.
  2. Izzah. Kena ada izzah dalam diri kita kerana kita adalah seorang muslim, mukmin, ummah yang terbaik, abid kepada Allah. Ukhrijat linnas.
  3. Selagi belum kiamat, selagi hidayah masih Allah turunkan pada hamba-hamba-Nya, kita kena ingat kita adalah orang yang mendapat cahaya Allah. Orang-orang yang berada dalam kegelapan perlu kita pimpin menuju cahaya.

Amalan setinggi gunung yang kita amalkan, namun bila tiba di hadapan Allah, hancur amal-amal kita kerana tiadanya keikhlasan dalam amalan kita, nauzubillah.

Diceritakan seorang laki-laki jatuh hati kepada seorang wanita, lalu diikutlah wanita tersebut hingga ke kampungnya. Lalu sang lelaki menyampaikan maksud hatinya. Lantas wanita tersebut bertanya, “adakah semua orang telah tidur?”. Maka sang lelaki pun melihat-lihat di sekeliling kampung tersebutnya dan dilihatnya semua orang telah tertidur. Perkara itu disampaikan kepada wanita tersebut. Lantas wanita tersebut berkata, “Apakah pendapatmu, bagaimana dengan Allah?adakah saat ini dia juga tidur?”. 

Lelaki tersebut menjawab, “ Tidak. Sesungguhnya Allah tidak pernah tidur.”. Wanita tersebut menjawab, “ Zat-Nya yang tidak pernah tidur akan melihat kita. Oleh kerana itu, Dia lebih berhak kita takuti”. Dengan segera lelaki itu, meninggalkan perempuan tersebut kerana dia takut kepada Allah. Dia pulang ke rumah dan bertaubat. Setelah lelaki tersebut meninggal dunia, ada seseorang yang bermimpi akan lelaki tersebut. Ketika ditanya apakah yang dilakukan oleh Allah kepadanya, lelaki itu menjawab bahawa Allah telah mengampuni dosanya kerana ketakutannya kepada Allah yang menyebabkan lelaki itu meninggalkan dosa keinginan mahu berzina.

Para malaikat sangat takut kepada Allah dan sentiasa melakukan . Inilah contoh yang cuba diungkapkan dalam surah an-Nahl ayat ke 50 itu. Seterusnya, nabi bersabda yang bermaksud bahawa jika tubuh seseorang hamba bergetar kerana takut kepada Allah, maka berguguranlah jatuh dosanya bagaikan dedaun di musim luruh. Sekiranya diri kita merasa bergetar takut kepada Allah, Allah dah kata dalam surah al-Anfal ayat 2 yang bermaksud,

Sekiranya seseorang yang bila disebut nama Allah, hati akan bergetar. Apabila disebut nama Allah, kita akan merasakan bahawa tiada apa-apa yang dapat kita sembunyikan daripada Allah. Dalam apa jua situasi, Allah ada bersama kita. Ketakutan kita bukanlah seperti ketakutan kita kepada harimau, tetapi ketakutan kita kepada Allah akan menyebabkan kita mahu untuk membersihkan diri kita, kita mahu menyucikan diri kita. Dalam contoh kisah di atas, wanita tersebut mengajar lelaki tersebut untuk merasai ketakutan kepada Allah.

Dalam surah Furqan ayat 70, apabila kita memohon ampun kepada Allah, Allah akan gantikan dosa kita. Bangkit malam, tahajjud, solat sunat, bersedekah. Pada satu ketika, Saidatina Aisyah ra berkata kepada Rasulullah, “ ya Rasulullah, bukankah engkau adalah maksum dari dosa? Mengapa engkau masih bertaubat dengan banyaknya?” Maka jawab Nabi, “ Salahkah aku untuk bersyukur kepada Allah?”

Dalam satu hadis Qudsi, Allah menyatakan bahawa tidak ada 2 ketakutan dan 2 keamanan yang dikumpulkan dalam dada manusia. Barang siapa yang takut padaku di dunia, maka dia akan aman di akhirat. Barang siapa yang aman dariku di dunia, maka dia akan merasa ketakutan kepadaku di akhirat. Dalam surah al-Maidah ayat 44, maka janganlah engkau takut kepada mereka tapi takutlah padaKu.

Orang yang menangis kerana takut kepada Allah, dipanggil untuk dimasukkan kedalam neraka kerana amalan buruknya. Lantas sehelai rambutnya berkata “yat tuhanku, utusanMu Muhammad berkata bahawa barang siapa yang menangis kerana takut kepada Allah, maka mata itu diharamkan dari azab api neraka.” Kemudian, Jibril membuat mengumuman bahawa lelaki tersebut telah terselamat dari azab api neraka berkat sehelai rambut di pipi.

Pada hari kiamat, ada api yang bergemuruh, sehingga menakutkan hati setia yang melihatnya. Sehingga semua berkata nafsi-nafsi (sendiri-sendiri). Hanya Nabi Muhammda saw yang berkata ummati, ummati (ummatku, ummatku). Kemudian keluarlah api sebesar gunung. Maka berkatalah ummat Muhammad yang mahu menolak api tersebut,”Demi orang-orang yang solat, yang khusyuk, demi orang-orang yang siddiq, demi orang-orang yang berpuasa, kembalilah engkau wahai api.” tetapi tersebut tidak juga pergi. Lalu, datanglah Jibril menghampiri Rasulullah dengan membawa air. Dipercikkan air itu kepada api yang sebesar gunung itu, lalu padamlah ia. Bila Rasulullah bertanya apakah air itu? Maka jawab Jibril, itulah airmata ummatmu yang menagis kerana takutkan Allah.

ya Allah berikanlah aku rezeki dua mata yang menangis kerana takut kepadaMu sebelum air mata ini habis.”

Cubalah untuk alirkan airmata taubat yang menangis kerana Allah taala. 2 titisan air yang tidak akan disentuh api neraka: airmata yang menangis di malam hari, dan titisan darah syuhada.
Dalam surah an- Naaziat, barang siap yang derhaka dan mengutamakan kehidupan di dunia, makan nerakalah tempat kembalinya. Barang siapa yang takut kepada Allah, maka syurgalah tempat diamnya.

Jika kita tengok betapa indahnya seruan Allah, yang cukup indah, cukup lembut tentang suasana yang bakal kita lalui jika kita dapat memberikan yang terbaik untuk Allah. Hasilnya, kitalah yang akan mendapat nikmat-nikmat tersebut. Semasa kita masuk syurga, malaikat hairan bagaimana kita dapat masuk syurga, lalu Allah membuka hijab dan menunjukkan bahawa kita berzikir, bertaubat dan mengharapkan pertemuan dengan Allah. Oleh itu, semasa di dunia, kita patut ambil al-Quran sunnah Rasulullah agar mudah Allah kenali kita dan dan mudah untuk kita bertemu dengan Allah. Mudah-mudahan Allah bagi bantuan kepada kita untuk mendekati Allah.

Hadis Rasulullah yang bermaksud jika kita berjalan kepada Allah, Allah datang berlari kepada kita.. terus meneruslah kita melakukan kebaikan. Kebaikan walaupun kecil tetapi dilakukan secara berterusan, akan dapat menghampirkan diri kita kepada Allah. Kita nak kita rasa cinta dan rindu pada Allah. Tanamlah dalam hati kita rasa rindu pada Allah. Semoga kerinduan kita kepada Allah akan menjadikan suasana pengharapan kita kepada pertemuan dengan Allah. Cinta adalah pertautan jiwa manusia terhadap sesuatu. Rindu pula adalah apabila kita mahu mengorbankan semua yang kita miliki demi cinta.

Kisah Zulaikha dan Nabi Yusof. Zulaikha mencintai Nabi Yusof sebelum beriman. Setelah beriman, Zulaikha mencintai Allah melebihi cintanya kepada Nabi Yusof. Itu adalah contoh.


Sesungguhnya, Imam Ghazali berkata, barang siapa mengakui 3 hal, namun tidak bersih dari 3 hal, bermakna dia sudah tertipu.
  1. Mengakui manisnya zikir sedang masih mencintai dunia
  2. mengakui ikhlas beramal tapi suka penghormatan manusia
  3. mengakui cinta Khaliqnya (Allah) tetapi masih memperturutkan nafsu.

Akan datang
  1. suka kepada dunia dan melupakan akhirat
  2. suka harta hingga lupa hari hisab
  3. cinta makhluk hingga lupa Allah
  4. suka berdoa tapi lupa bertaubat.
  5. Suka rumah tapi lupa pada kubur

Betapa banyak orang muda yang melambatkan taubat.
Semoga Allah bagi kita peluang untuk bertaubat. Ya Allah, berikanlah kami rezeki taubat. Ingatkanlah kami ketika kami lupa
ciri-ciri mukmin sejati:
  1. setiap saat selalu bertaubat
  2. menyesali dosa-dosa
  3. tidak terpikat dengan dunia
Zikir, sujud dan taubat boleh jadi pendinding kemurkaan atau boleh membuka tabir kita dengan Allah. Zikir, sujud dan taubat, kepada Allah hingga kita menangis di malam hari itulah yang akan membuka tabir kita di hadapan Allah di akhirat kelak.
Amalkanlah sehingga menjadi amalan kita supaya kita dapat melihat Allah.

Yang paling penting adalah amalan kita. Ilmu yang kita dapat terus kita amalkan, insyaAllah akan membuahkan kemanisan iman.

Sabda Rasulullah, “setiap umatku masuk syurga, kecuali yang tidak mahu.” para sahabat bertanya, “siapa yang tidak mahu masuk syurga ya Rasulullah?” “orang yang taat padaku masuk syurga, adapun orang yang derhaka padaku bererti dia tidak mahu masuk syurga” jawab Rasulullah.

Barangsiapa yang meremehkan sunnahku, haram syafaatku keatasnya”

setiap amal tanpa sunnah adalah bathil.”

WA

Jalankan amanah Allah



  Kuliah Baitul Muslim (14.05.2013)   

    Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, rabb sekelian alam, yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, Allah yang menguasai hari kiamat. Nikmat yang diberikan dalam bentuk rezeki, santapan fizikal, nikmat hidayah dan santapan rohani. Allah berikan rezeki yang mudah disekeliling kita. Badan menjadi lebih sihat dan bertenaga untuk kita menjalankan amanah iaitu menjadi abid Allah yang taat dan kasih kepada Allah dan menyedari bahawa setiap detik  kita tidak pernah alpa dari pemerhatian Allah. Allah sentiasa mencurahkan hidayah, masuk ke benjana diri manusia iaitu hati manusia. Apabila kita membuka hati, masuklah hidayah Allah yang mengalir dalam seluruh aliran darah seterusnya membentuk akidah dan keyakinan.

          Meng'esa' kan Allah sebagai Rabb, Tuhan dengan tazakur.  Tazakur bermaksud setiap saat kita dalam keadaan berzikir (baik isi hati, gerak gerik, dan kerangka berfikir kita), karena hal inilah yang akan menyelamatkan kita. Kita hadamkan hidayah Allah ke seluruh anggota , fikiran dan menggerakkan darah-darah. Jasmani dipandu untuk mengerakkan keyakinan dan akidah ketakwaan kepada Allah. Kita mengerakkan pemikiran dalam menuju kepada ketetapan dan sistem yang ditetapkan Allah. Kita hendaklah mencerna amalan-amalan soleh. Orang-orang yang bertakwa ialah yang memberikan kebaikan serta mengundang rahmat atau kasih sayang Allah. Hasil dari keikhlasan membuka pintu hati, apabila membuka hati untuk mengenali Allah. Allah telah menanamkan atau menyiramkan benih fitrah dalam diri serta lubuk hati paling dalam. Hanya orang yang kufur yang menutup pintu hati mereka. Hati mereka lalai, jika mereka terus tutup pintu hati. Allah akan kunci pintu hati mereka. Apabila manusia menutup pintu hati mereka, Allah akan kunci mati hati mereka. Itulah yang berlaku kepada golongan kafirun.

          Orang yang bertakwa, yakin dan menerima dengan hati, lafazkan dengan kata-kata bicara iaitu bicara-bicara takwa,  tauhid,  zikrullah seterusnya lahirkan dalam bentuk amalan. Amalan orang bertakwa, amalan seorang mukmin, amalan seorang mutaqqin, amalan seorang mukhlisin. Itu adalah hamba-hamba Allah yang bertakwa. Allah menyatakan bahawa al-Quran itu yang tidak ada keraguan, di dalamnya banyak perkara-perkara yang ghaib tetapi bagi seorang yang bertakwa, kita menerimanya dengan penuh ketaatan kepada Allah.

          Bagi orang-orang yang kafir, orang yang enggan mendengar kata-kata Allah S.W.T., apabila dibacakan ayat-ayat Allah maka mereka seolah-olah tidak mendengar dan seterusnya mereke metutup telinga-telinga mereka. Bayangkan diri kita, apabila ayat-ayat Allah dibacakan, bagaimana kita? Adakah kita seorang pendengar yang baik? Terutama apabila al-Quran dibacakan. Itu adalah satu petanda samada kita ini adalah hamba-hamba Allah yang mendengar atau orang-orang yang kufur. Lihat kembali adakah kita seorang yang munafik.

          Saat ketika apabila kita mengingati Allah dan kita merasa cinta dengan Allah. Ataupun apabila kita dalam keadaan digoda nafsu kita sendiri, kita menjadi lalai. Kita merasakan seronok untuk melakukan dosa, kita tidak rasa takut dengan Allah, kita tidak merasakan yang kita sentiasa berada di dalam cctv Allah dan kita berada di dalam pita rakaman yang sentiasa tidak akan kehabisan bateri sampai ke hari kiamat. Allah tidak pernah tidur, Allah sentiasa memerhatikan diri kita. Apabila kita merasakan Allah memerhatikan kita, berapa minitkah kita mengingati Allah secara 'fokus ', berapa lama kita luangkan masa untuk munajat kepada Allah di malam hari? Ataupun ketika kita belajar, kita seharusnya sedar ilmu yang diberikan itu adalah ilmu Allah. Betapa sedikitnya ilmu kita untuk dibandingkan dengan  ilmu Allah. Ataukah kita adalah golongan munafik yang menipu Allah. Kita  melakukan dosa, kita lupa untuk bertaubat. Apabila kita merasa nafsu kita memberontak, kita tunduk dan akur merelakan diri kita untuk ditunggangi oleh nafsu kita sendiri. Kita hanyut dalam tarikan nafsu kita samada nafsu makan, nafsu tidur, nafsu syahwat, nafsu tamak, nafsu berdendam dengan manusia lain ataupun apa sahaja bentuk-bentuk keburukan.

          Waktu yang diberikan, kita gunakan untuk  memenuhi perjanjian dengan Allah S.W.T. Golongan fasikun adalah golongan orang-orang yang Allah pesan kepada kita, dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang melupakan Allah. Apabila kita melupakan Allah, Allah akan melupakan kita. Bagaimana kita hendak detect Allah melupakan kita ialah dengan kita tidak sedar dengan apa yang kita lakukan. Kita tidak sedar samada buruk atau baik benda yang kita lakukan. Kita hanya hidup berterusan mengikut edaran hidup kita. Kehidupan tanpa matlamat, kehidupan tanpa kita sedar bahawa masa yang Allah bagi kepada kita akan berakhir satu masa nanti. Kita hidup di dunia seolah-olah kita merasakan seolah-olah kita akan hidup sepanjang tahun ataupun kita akan hidup sepanjang umur di dunia ataupun hidup akan berterusan tanpa akan berakhir. Kita lupa bahawa kita akan kembali kepada Allah. Namun ketika nyawa sudah sampai ke tenggorok, baru ketika itulah kita menerima hakikat bahawa hidup ini sudah sampai ke penghujung. Namun kita harus ingat bahawa ketika itu pintu taubat sudah tertutup, kerana Allah tahu ketika manusia berada dalam keadaan tertekan, dalam keadaan kesempitan, dalam keadaan nyawa di hujung tanduk memang mereka akan kembali kepada Allah. Ketika itu sudah terlambat. Waktu terus berlalu sedangkan dosa terus bertambah. Malaikat maut datang bertamu, namun hati tetap lalai. Nikmatmu di dunia hanyalah kepalsuan dan kerugian.

          Abu Ali berkata:
          ” Aku datang menjenguk lelaki soleh sedang  sakit, dia dikerumuni oleh murid-muridnya. Ketika itu dia kelihatan menangis padahal umurnya memang sudah lanjut maka dia berkata, wahai Syeikh mengapakah kamu menangisi? Aku menangis kerana aku tidak boleh melakukan solat lagi. Aku bertanya lagi, mengapa demikian? Padahal engkau telah banyak solat. Dia menerangkan kerana ini adalah hari terakhir bagiku. Padahal aku sujud dalam keadaan lalai, aku angkat kepalaku juga dalam keadaan lalai. Jangan-jangan aku mati dalam keadaan lalai juga. Kemudian dengan nafaz terputus-putus dia membacakan syair: Ku fikirkan hari perhimpunan dan  kiamat, juga tertanamnya pipiku di bawah pusara, sendirian tanpa teman, tubuhku tergadai dengan tanah liat, ku renungkan panjang dan lebarnya hisab juga hinanya makamku waktu diberi kitab, namun harapanku kepada engkau wahai Tuhanku, wahai Penciptaku, Engkau ampunilah kesalahanku.”
  
Manusia ada berbicara tiga hal:  

1.      Kita kata, kita hamba Allah, tetapi tidak merasa kewujudan Allah bersama.
  • Nilai balik diri kita. Adakah ini yang kita bicarakan? Kita kata kita hamba Allah, tetapi kita berbuat bebas seolah-olah kita tidak meraskan kewujudan Allah bersama-sama dengan kita.
2.      Kita kata Allah yang menanggung rezeki kita, namun hati kita akan merasa tenang jika bersama    dengan harta.
  •  Ini bertentangan denganucapan kita.
3.      Kita kata kita mesti akan mati
  •   Tetapi apabila kita melakukan sesuatu, kita menjalani kehidupan kita di muka bumi Allah SWT ini bagaikan orang yang tidak akan mati. Satu lagi bertentangan dengan ucapan kita.


Sama-samalah kita muhsabah diri kita dengan badan yang mana kita menghadap Allah, dengan lisan apakah yang kita akan menjawab segala apa yang kita lakukan di hadapan Allah di akhirat kelak. Apakah yang akan kita katakan kepada Allah bila Allah bertanya kepada kita. Apakah jawapan yang benar tentang apa yang Allah tanyakan kepada kita. Kenapa kita lakukan perkara-perkara tersebut, pastikan niat dan alasan yang diberikan, jawapan yang diberikan pastikan jawapan yang diterima oleh Allah. Sekiranya kita memberikan jawapan atau alasan dan kita tahu Allah tidak akan terima jawapan tersebut, maka tinggalkanlah. Takutlah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kita buat. Nasihatilah orang lain dengan tidak meninggalkan apa yang diperintahkan oleh Allah.

Semoga kita dapat diberikan bantuan oleh Allah untuk menyegerakan ataupun kita menggesakan diri kita untuk mengingati Allah SWT. Untuk menggesakan Allah, mentauhidkan Allah dalam keadaan kita bersendirian ataupun dalam keadaan ramai. Rasulullah SAW telah bersabda: “Tertulis di Arash, Aku menuruti orang yang taat kepadaKu”- Allah berkata. Aku menyintai orang yang menyintaiKu. Taatlah kepada Allah dengan takut dan ikhlas, dengan redha atas apa sahaja keputusan Allah SWT, sabar terhadap apa jua bala yang Allah berikan kepada kita, syukur atas nikmat Allah serta menerima apa sahaja pemberianNya kepada kita. Kerana Allah SWT telah berkata: “Barang siapa yang tdak redha dengan keputusanKu, tidak sabar atas pemberianKu, tidak bersyukur atas nikmatKu, serta tidak menerima akan pemberianKu, hendaklah dia mencari tuhan selain Aku.”

Kemudian seorang lelaki berkata kepada Imam Hasan Al-Basri, ahli zuhud: “Aku tidak menemukan kelazatan dalam taat.” Kemudia Imam Hasan Al-Basri berkata kepdanya: “Barangkali engkau memandang dalam wajah orang yang tidak takut kepada Allah. Ibadah bererti engkau meninggalkan sesuatu kerana Allah.” Kemudia lelaki tadi berkata kepada abi Yazid: “ Aku tidak menemukan lazatnya taat.” Lalu abi Yazid menegaskan bahawa: “Itu kerana engkau menyembah taat bukan menyembah Allah. Sembahlah Allah sampai engkau menemukan kelazatan taat.”

Kisah seorang lelaki yang lain. Ketika lelaki ini sedang bersolat. Ketika dia membacakan Iya Kana'budu  (kepadaMu lah aku menyembah), dia merasakan telah menyembah Allah dengan bersungguh-sungguh. Tiba-tiba hati nuraninya menyatakan, engkau bohong, engkau hanyalah menyembah makhluk. Maka dia segera bertaubat dan memisahkan diri dari manusia. Ketika waktu malam ketika dia solat sehingga dia membacakan Iya Kana'budu, ada lagi yang berkata bohong, engkau hanyalah menyembah pada hartamu. Maka dengan segeranya dia mensedekahkn seluruh hartanya. Namun ketika dia solat lagi dan sampai dia membacakan Iya Kana'budu, ada yang berkata kepadanya, kini engkau telah benar menyembah Tuhanmu. Itulah merupakan cirri-ciri seorang yang bertakwa kepada Allah yang ketika dia membaca sesuatu ayat-ayat Allah maka dia akan berinteraksi dengan ayat Allah SWT. Dia akan merasakan seolah-olah Allah sedang berkata-kata dengannya.

Seorang yang berakal akan meninggalkan dunia, akan menangani ataupun mengolah dunia bagi mencapai matlamat ubudiah kepada Allah SWT. Memikirkan apa yang akan kita hadapi di hari akhirat kelak dan kita sentiasa menginginkan kebahagiaan di akirat kelak kerana kebahagiaan di dunia tidak kekal. Kebahagiaan di akhirat adalah kebahagiaan yang kekal. Untuk itu Allah telah mengatakan dalam surah Asy-Syura[42:20].
  

مَن كَانَ يُرِيدُ حَرْثَ الْآخِرَةِ نَزِدْ لَهُ فِي حَرْثِهِ وَمَن كَانَ يُرِيدُ حَرْثَ الدُّنْيَا نُؤتِهِ مِنْهَا وَمَا لَهُ فِي الْآخِرَةِ مِن نَّصِيبٍ


"Barang siapa yang menghendaki keuntungan di akhirat akan Kami tambah keuntungan itu baginya dan barang siapa yang menghendaki keuntungan di dunia Kami berikan kepadanya sebagian dari keuntungan dunia dan tidak ada baginya suatu bahagianpun di akhirat."

Ketika Saidina Abu Bakar mendengar ayat Allah ini, beliau telah mendermakan 40 ribu dinar secara sembunyi kepada nabi Muhammad SWT serta 40 ribu dinar secara terang-terangan sehingga dia tidak mempunyai apa-apa lagi. Sesunggunhnya Rasulullah SWT beserta keluarganya adalah orang yang berpaling dari keindahan dan kelazatan dunia. Itulah kehebatan abid-abid Allah yang dijanjikan jannatul Firdaus oleh Allah SWT. Kita sebagai hamba-hamba Allah yang bertakwa kepada Allah SWT, jangan kita sekali-kali melupakan Allah SWT kerana melupakan Allah akan menambahkan kerugian, akan menghilangkan nikmat, akan menghalangi pengabdian. Kesan jangka panjang apabila kita melupakan Allah SWT, sabahagian besar salaful soleh, dia telah diberikan peringatan oleh gurunya setelah mereka bertanya kepada gurunya. “Apakah kerugian yang lebih besar yang engkau rasakan?” Gurunya menjawab, “Lupa kepada Allah. Apakah yang Allah lakukan terhadapmu?” Mereka menjawab, “Allah memanggilku menghadapNya seraya berkata: Wahai orang yang mengaku-ngaku, wahai pendusta engkau mengaku cinta padaKu namun kemudian engkau melupakanKu. Engaku selalu lupa sedang  hatimu tetap lalai padahal umur kian tiada sedangkan dosa makin bertambah.” Seorang ayah telah berpesan kepada anaknya, “Wahai anakku, dahulu aku hidup lalai dan matipun  dalam keadaan lalai.”

Seterusnya ketika nabi Yaakub bersahabat dengan malaikat maut. Pada satu ketika malaikat maut datang kepada nabi Yaakub, Nabi Yaakub berkata, “Wahai malaikat maut, engkau datang utuk menziarah atau untuk mencabut nyawaku?” Malaikat maut menjawab, “Untuk menziarah sahaja.” Lalu nabi Yaakub berkata, “Aku mempunyai permintaan kepadamu.” Malaikat maut bertannya, “Apakah permintaanmu?” Maka nabi Yaakub pun menjawab, “ Bila ajalku telah dekat dan engkau hendak mencabut nyawaku, hendaklah engkau memberitahu aku dahulu.” Maka malaikat maut menjawab, “Baiklah. Aku akan mengutus kepadamu dua atau tiga utusan.” Maka ketika ajal nabi Yaakub telah sampai, malaikat maut pun datang lagi kepadanya, lalau ditegur nabi Yaakub, “Adakah engkau datang untuk menziarah atau engkau datang untuk mencabut nyawaku?” dan malaikat maut menjwab, “Aku datang untuk mencabut nyawamu.” Nabi Yaakub bertanya dengan hairan, “Bukankah engkau telah berjanji kepadaku akan mengutuskan dua atau tiga utusan terlebih dahulu?” Malaikat maut menjawab, “Benar, aku telah melakukannya.” Apakah utusan itu?
1.      Putihnya rambut setelah hitam.
2.      Lemahnya badan setelah kuat.
3.      Membongkokkan tubuhmu setelah tegak.
“Itulah utusanku wahai Yaakub kepada manusia sebelum dia mati.”
Itu satu penghormatan yang diberikan Allah kepada nabi Yaakub. Mudah-mudahan kita diberi bantuan oleh Allah untuk menghadapi detik-detik akhir penghidupan kita. Sama-samalh kita memohon keredhaan kepada Allah SWT. Mata kita yang terbeliak ketika tiga perkara:
1.      Apabila kemalangan berlaku.
2.      Melihat perempuan seksi.
3.      Ketika sakaratul maut – Allah tunjukkan semua amalan kita.
-          Allah tunjukkan apa yang kita akan hadapi semasa di dalam kubur.
-          Melihat neraka, terbeliak melihat apa yang kita akan lalui di dalam api neraka.

Ketika itu kita tidak dapat meminta keampunan lagi. Terbeliak macam mana pun kita tak mampu lagi untuk memohon ampun. Jangan sampai mata kita terbeliak saat terakhir kehidupan, minta doa dan muhasabah, perbanyakkan istighfar. Minta Allah matikan dalam keadaan baik. Menyebabkan kerisaun hati apabila kita hendak mati kita akan terpikir apa yang kita tinggalkan, siapa akan mendoakan kita, siapakah yang akan memberikan kita kesenangan ketika di dalam kubur. Ketika berada di dalam kubur hanya 3 perkara yang akan dibawa setelah kematian untuk dipersembahkan dan membantu melepasi kemurkaan Allah, sedangkan Allah sentiasa hendak memberikan rahmatNya kepada kita. Allah utuskan hamba-hamba yang dicintaiNya kepada kita samada dalam bentuk kedua ibu bapa ataupun bakal suami/isteri yang bakal Allah anugerahi kepada kita. Harta dunia telah mengaburi mata kita, akhirnya kita menolak hamba Allah yang soleh. Tetapi mungkin bakal jodoh kita miskin tetapi kita tidak yakin dengan janji Allah. Sesungguhnya Allah telah berkata dalam surah An-Nur[24:32].

Rasulullah telah berpesan, sekiranya kita menolak orang yang soleh dengan alasan kita tidak mahukan gangguan dan sebagainya dan menyebabkan Allah bagi kepada kita orang yang tidak ada fikrah langsung. Pertimbangkan dengan menggunakan neraca Allah, bukan neraca duniawi sahaja. Sama-samalah kita memohon pertolongan dari Allah SWT kerana Allah telah menyatakan dalam surah an-Nisaa’[4:9]:

وَلْيَخْشَ الَّذِينَ لَوْ تَرَكُوا مِنْ خَلْفِهِمْ ذُرِّيَّةً ضِعَافًا خَافُوا عَلَيْهِمْ فَلْيَتَّقُوا اللَّهَ وَلْيَقُولُوا قَوْلًا سَدِيدًا

“Dan hendaklah takut kepada Allah orang-orang yang seandainya meninggalkan dibelakang mereka anak-anak yang lemah, yang mereka khawatir terhadap (kesejahteraan) mereka. Oleh sebab itu hendaklah mereka bertakwa kepada Allah dan hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang benar.”

Di sini Allah telah memberikan peringatan peringatan kepada kita supaya kita  hendaklah takut kepada Allah sekiranya kita akan meninggalkan keturunan yang lemah di belakang kita. Apa yang kita lakukan pada hari ini akan memberikan kesan kepada anak-anak yang bakal kita lahirkan. Sanggupkah kita nanti apabila kita mati kita akan terbeliak mata kita apabila menghadapi sakaratul maut kerana kita gagal mentarbiah anak-anak yang Allah anugerahkan kepada kita dengan didikan rabbani Allah SWT kerana kita lebih mementingkan dunia. Bagi seorang suami yang hanya mementingkan isterinya bekerja hingga sanggup meninggalkan anak-anak di bawah jagaan orang yang tidak mengenal langsung Allah SWT. Apakah jawapan yang akan diberikan kepada Allah di akhirat kelak?

 Semuanya bermula pada hari ini. Sekiranya pada hari ini, kita masih lalai dan lupa dengan Allah, masih tidak malu dengan Allah dalam melakukan dosa, bayangkan bagaimana keadaan anak-anak yang bakal dilahirkan pada generasi akan datang. Namun Allah memberikan jalan keluar. Setiap kita mempunyai amanah. Amanah beerti memberikan hak sedangkan lawan amanah adalah khianat iaitu beerti mengurangkan hak orang lain. Rasullullah SAW telah bersabda bahawa penipu, pembohong serta pengkhianat tempatnya adalah neraka, dan terus bersabda siapa yang bekerjasama dengan manusia dan tidak menzalimi mereka dan apabila berkata tidak bohong, maka dia termasuk orang-orang yang sempurna harga dirinya, terbukti keadilannya dan mestilah berkawan dengannya.

Seorang ulama mengatakan bahawa mereka seorang yang baik, memikat sebab menjaga amanah, tidak suka mengkhianati tanggungjawab dan tidak suka mencabuli kehormatan seorang muslim, mereka adalah umat yang terbaik disisi Allah SWT.

Diriwayatkan oleh Huzaifah bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda, “Sesungguhnya amanah akan diangkat dan manusia sama menjual diri, hampir tidak seorang pun melaksanakan amanah hingga dikatakan ada orang yang jujur.” Kita bayangkan dalam realiti kehidupan kita adakah kita berjanji dan menjalankan amanah Allah itu. Diberikan amanah oleh Allah untuk menuntut ilmu. Ataupun yang paling minima, Allah ciptakan kita untuk menjadi abidNya. Adakah kita sudah menjalankan amanah abid Allah? Sebagai hamba Allah, adakah kita telah jalankan amanah itu dengan sempurna? Amanah yang lebih besar iaitu sebagai khalifah Allah SWT. Sebagai pentakbir dimuka bumi Allah mengikut sistem Allah. Sudahkah kita melakukannya? Sama-samalah kita muhasabah diri kita.

Sekiranya kita rasa tidak dapat menjalankan amanah dengan baik, bertaubatlah kerana taubat itu wajib. Taubat nasuha ialah taubat yang murni untuk Allah, taubat yang bersih dari segala kekotoran. Sesunggunhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertaubat, Allah mengasihi orang-orang yang bersuci. Rasulullah SAW bersabda sesungguhnya orang yang bertaubat adalah kekasih Allah, orang yang bertaubat bagaikan orang yang tidak berdosa. Rasulullah berikan peringatan lagi kepada kita bahawa sesungguhnya Allah sukakan taubat seorang mukmin daripada seorang lelaki yang datang ke masjid yang tidak aman, ataupun seorang lelaki yang datang ke masjid yang tidak aman yang membawa bekalan lengkap makanan dan minuman dan dia tertidur sejenak, dan kudanya hilang. Dia menjumpai kudanya kembali setelah memohon doa kepada Allah. Allah lebih menyukai taubat seorang hamba mukmin dari seorang yang temui kuda setelah hilang.

Rasulullah SAW pernah bersabda sekiranya kita telah melakukan dosa setinggi langit lalu kita menyesal, lalu Allah akan menerima taubatnya. Taubat nasuha adalah pemohonan keampunan kepada Allah yang disertai dengan penyesalan. Orang yang bertaubat seperti orang yang tidak berdosa. Sesungguhnya kebaikan itu akan menghapuskan keburukan bagai air menghapuskan kekotoran.

Rasulullah SAW pernah bersabda, ketika hamba sedang bertaubat, Allah menerimanya dan melupakan malaikat hafazah akan keburukan amal yang ditulisnnya. Melupakan anggota badannya akan kesalahan yang diperbuat serta melupakan bumi dan langit sebagai tempatnya agar dia datang di hari kiamat tanpa sebarang makhluk yang menyaksikannya. Bersegeralah melakukan taubat. Allah bersabda dalam surah ali-Imran[3:135].

Sesungguhnya taubat nasuha adalah taubat zahir dan batin yang menyebabkan kita menyesal, mohon ampun kepada Allah dan kita tidak akan mengulagi dosa-dosa itu. Allah tidak melihat rupamu, tetapi Allah melihat hatimu. Betapa banyak orang yang datang di hari kiamat datang dengan taubat yang tidak disertai dengan penyesalan. Orang yang berakal akan terus memperbaiki diri. Sekiranya kita menangis dengan benar-benar penyesalan, ia akan menyentuh hati hamba-hamba Allah yang melihatnya. Ini adalah contoh taubat nasuha. Kita berasa menyesal dan barulah boleh berubah. Air mata yang jatuh itu akan menyelamatkan kita dari api neraka. Allah maha luas taubatNya. Tiada suara yang lebih disukai Allah melainkan suara hambaNya yang bertaubat dengan penuh penyesalan setelah melakukan dosa.

Jangan melupakan Allah, jaga amanah Allah. Dalam menjalankan amanah Allah, kadang-kadang kita lalai, kadang-kadang kita terkecundang dalam melawan dorongan nafsu kita sendiri apatah lagi dengan jolokan-jolokan syaitan, bisikan-bisikan syaitan. Untuk itu, Allah sediakan rahmat dengan taubat. Taubat nasuha untuk menyucikan hati kita untuk kembali kepada Allah. Sentiasalah bertaubat dengan penuh kekusyukan, tawadhu'. Mudah-mudahan hati kita sentiasa cinta kepada Allah.