Kuliah BM (23.12.2013)
Ucapan dimulakan dengan seruan kepada
pendengar agar menyampaikan rasa kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana dapat
bersama-sama menuntut ilmu pada kali ini. Kita merupakan pilihan dan jemputan
serta diberi keizinan dan hati yang bersih untuk bersama-sama menyertai kuliah
baitul muslim ini, semata-mata mencari keredhaan Allah s.w.t.
Berikut
merupakan empat perjanjian yang Allah sampaikan kepada hambaNya melalui Baginda
Rasulullah, melalui hadithnya
- Allah telah menjanjikan payung sakinah kepada orang yang menyertai majlis ilmu seperti kuliah BM ini.
- Malaikat rahmat pula akan sentiasa bersama-sama dengan orang yang menuntut ilmu.
- Mereka akan sentiasa didoakan oleh para malaikat.
- Selain itu, hamba allah yang berada dalam majlis zikrullah, namanya akan popular di sisi Allah dan penghuni langit sana.
Ummi menyeru pendengar untuk bersyukur ke hadrat Allah kerana
- Allah telah menggerakkan hati-hati untuk berada dalam kuliah ini
- Kita merupakan makhluk yang dipilih khas untuk melakukan perancangan Allah yang lebih besar di sisiNya pada masa akan datang
- Melakukan sesuatu bukanlah dibayar wang ringgit. Kita tidak akan dapat apa-apa keuntungan tanpa redha daripada Allah s.w.t
- Kerana Allah sayang kita, sebab kita melakukan perkara yang sunat, untuk berada dalam majlis ilmu ini demi mengharapkan keredhaan daripadaNya.
Semoga niat yang suci ini dapat meningkatkan kita ke martabat yang lebih
tinggi di sisiNya dan menjadi abid yang dicintai oleh Allah seperti yang telah
disabdakan oleh Rasulullah dalam sebuah hadith qudsi yang berbunyi: Allah
berfirman bahawa Aku mencintai hamba yang melakukan perkara yang aku wajibkan.
Tetapi ada di kalangan hambaKu ini yang melakukan perkara yang sunat sehingga
ke tahap aku mencintai mereka.
Perkara yang telah diwajibkan merupakan fitrah. Suka atau pun tidak kita
wajib melakukannya. Tetapi kita akan mendapat satu
tingkat yakni abid yang dicintai apabila melakukan perkara sunat.
Semoga
keikhlasan berada dalam majlis ini akan meningkatkan martabt kita disisiNya, di
mataNya, pada pandanganNya serta dikenali oleh penghuni langit.
Allah akan
meyebarkan kepada para malaikat, penghuni langit dan bumi tentang hambanya yang
melakukan perkara fardhu dan sunat serta menyuruh mencintai mereka. Apabila
mendapat cinta daripada Allah, itu ibarat kita memiliki segala-galanya. Oleh
itu, marilah kita berjuang untuk mendapatkan cinta Allah agar di akhirat kelak
kita akan dipandang oleh Allah , dibangkitkankan dengan wajah yang
berseri-seri, dikenali oleh Rasulullah. Baginda menghulurkan air kepada kita ketika
dahaga di padang Mahsyar kelak kerana kita melakukan sunahnya, berselawat
kepada Baginda, merindui untuk hidup bersama-sama Baginda.
Banyak dosa bukanlah penghalang untuk kita mendapat rahmat Allah.
Sesungguhnya para malaikat berlumba-lumba turun apabila adanya majlis
zikrullah. Kemudian ketua malaikat akan
kembali menghadap Allah dan menyatakan bahawa ada hambanya yang hadir ke majlis
zikrullah dengan dosa yang sangat banyak. Maka Allah mengarahkan agar memberi
rahmat kepadanya. Namun begitu, sekiranya di dalam majlis berlaku perkara
haram, maka orang lain tidak akan mendapat rahmat dan sakinah daripada Allah.
Maka hendaklah kita sentiasa fokus pengabdian kita ketika di dalam majlis agar
dosa kita tidak menjadi penyebab putusnya rahmat Allah kepada sahabat-sahabt
yang lain.
Surah Al-Baqarah, ayat 1-11.
Tiada keraguan dalam Al-Quran. Allah bercakap dengan kita. Ketika kita
membaca Al-Quran, menghafaz, mahu pun mendengar, hendaklah kita memandangnya
dengan hati yang hidup. Dengan itu, kita aka merasakan kebesaran Allah ketika
Al-Quran dibacakan kepada kita.
Al-Quran
merupakan petunjuk bagi hamba Allah yang bertaqwa. Kuliah pada kali ini
menekankan persedian taqwa bakal suami atau isteri. Jodoh yang Allah temukan
akan tenjadi quratul ain kepada kita serta menyaksikan amanah, nikmat, dan
rezeki dalam mencapai keredhaan Allah selain dari merealisasikan tuntutan fitrah
mengikut syariat Allah. Sekiranya tiba waktu untuk bernikah, Allah akan
memberikan peluang tersebut.
Terdapat tiga
golongan manusia di bumi ini. Allah menciptakan mereka dalam keadaan muslim.
- Golongan yang bertaqwa. Mereka tidak ragu-ragu dengan Allah dan juga Al-Quran malahan berinteraksi dengan kitab Allah dengan cukup indah.
- Golongan kufur
- Golongan munafiq
Dalam persediaan
bakal suami atau isteri, suami merupakan pemimpin yang dapat membimbing
keluarga kepada Allah. Manakala isteri pula menjadi pengurus rumah tangga,
membantu suami dalam menuju jannah Allah. Sebagaimana Allah berfirman dalam
surah al-Tahrim: peliharalah dirimu dan keluargamu daripada api neraka yang
bahan bakarnya daripada manusia dan batu dan penjaganya adalah malaikat yang
garang. Para malaikat bertanya kepada ahli neraka, “tiadakah hamba Allah yang
menyeru kamu kepada Allah?”
Al-Baqarah ayat
3
Al-Jasiyah ayat
13
Allah memuliakan
kita, meninggikan kedudukan sebagai manusia dan menjadikan unsur kesamaan
antara manusia berupa unsur tiupan Ilahi yang mulia. Kita diciptakan oleh Allah
di dalam rahim. Dilahirkan dan menjadi kegembiraan kepada ibu bapa dan orang
lain. Allah menundukkan apa yang ada di langit dan bumi untuk membantu kita
melakukan ubudiyyah kepada Allah. Begitu
juga fungsi suami isteri dalam kehidupan kita. Kehidupan kita tidak akan
sempurna seorang diri, maka Allah mengutuskan abid muttaqin sebagai pasangan kita.
Allah menuntut dan mengajar kita untuk mencari pasangan yang soleh dan solehah
di dalam Al-Quran, surah Al-Furqan ayat 74.
Bertemulah
dengan jodoh dengan cara yang halal seperti solat istikharah, tidak perlu
dating atau pun chatting.
Ciri-ciri orang
yang bertaqwa kepada Allah
- Mulakan kehidupan kita, selepas solat subuh dengan dengan membaca Al-Quran serta fahami maknanya. Lihatlah suruhannya serta larangannya, serta hokum. Seperti tuntutan dalam suratul A’laq, kita disuruh supaya membaca
- Membaca Al-Quran bukanlah wajib. Ia merupakan perkara sunat yang boleh memartabatkan kita menjadi hamba yang dicintai.
Ketaqwaan akan
melahirkan 14 perkara.
- Mendapat hidayah daripada Allah
- Mendapat bantuan Allah
- Mendapat perlindungan Allah. Apabila kita mempunyai hubungan dengan Allah, akan wujudlah rasa cinta dan perlidungan daripada Allah
- Memperoleh kasih sayang daripada Allah, RasulNya serta penghuni langit dan bumi.
- Memperoleh keampunan daripada Allah
- Mendapat penyelesaian dalam setiap masalah. Jadi hendaklah kita menanam rasa ketaqwaan ini sebelum bernikah lagi agar lebih mudah mentarbiah, mengurus rumah tangga dan memikul amanah yang diberi
- Mendapat pelepasan dari masalah
- Mendapat rezeki
- Dipermudahkan segala urusan
- Dilipat gandakan amalan sekiranya melakukan amalan soleh. Ini diibaratkan seperti menanam pokok yang keluar 7 butir, dan setiap butir menghasilkan 10 hingga 100 butir lagi.
- Diterima amalan. Surah an-Nisa ayat 195
- Mendapat kejayaaan
- Memperoleh kegembiraan
- Memdepoleh syurga. Orang yang bertaqwa akan diberikan syurga dan diselamatkan dari api neraka.
Surah Taubah ayat 111. Allah membeli kita dengan wang, masa, nyawa. Allah
memberikan jalan ke syurga itu mahal harganya. Ketaqwaan mengukur sejauh mana
kita sanggup mengorbankan apa yang kita ada kepada Allah.
Allah turut
memberitahu kita tantang hamba yang kafir serta munafiq.
Surah Al-Hijr
ayat 29. Allah menciptakan manusia dengan kemuliaan. Allah menyediakan kita bekalan untuk kita mengatur
kehidupan di bumi. Jadi, hidup di bawah naungan Al-Quran merupakan nikmat yang
paling besar, yang tidak dapat dirasai melainkan oleh hamba Allah yang
diberikan hikmah olehNya.
Setiap kali kita membaca al-Quran, kita merasakan Allah sedang berbicara
dengan kita. Perasaan tersebut merupakan satu anugerah. Jadi kita hendaklah
membuka hati kita, berdoa supaya Allah mempermudahkan kita untuk mengenaliNya. Ketika membaca Al-Quran, cuba timbulkan perasaan yang Allah sedang
berbicara dengan kita. Sekiranya tidak faham, mohonlah agar diberi kefahaman.
Selain itu, doalah agar Allah memberikan jodoh yang baik.
Semoga kita
bertemu dalam sujud sebagai abid
muttaqin dan khalifah Allah yang akan menyebarkan kalimah Aallah keseluruh umat
di muka bumi.
No comments:
Post a Comment