Kuliah Baitul Muslim 28/5/2013
Assalamualaikum wrt.
Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah,
sama-sama kita mengucapkan kesyukuran kepada Allah swt di atas limpah rahmat
dan kurnia daripadaNya. Alhamdulillah kerana diizinkan bertemu kembali dalam
suasana zikrullah. Allah telah bersumpah dengan waktu dalam surah Al-Asr,
bahawasanya semua manusia berada di dalam kerugian melainkan orang-orang yang
melakukan amal soleh. Kerugian itu akan dialami oleh semua manusia, kecuali
mereka yang berpesan-pesan kepada kesabaran.
Penyesalan di dunia itu satu rahmat dari Allah swt, tetapi penyesalan di
akhirat itu merupakan satu kemurkaan
atau pembalasan daripadaNya. Berdoalah
kepada Allah agar kita jauh daripada sifat lupa; lupa kepada Allah satu
kepedihan yang cukup hebat. Masa yang
diberikan Allah kepada kitaini, sama-samalah kita fikirkan kembali , muhasabahkan
kembali apa yang telah kita lakukan terhadapNya.
TADABUR AL-BAQARAH,186
Allah
sentiasa dekat dengan kita, lebih dekat daripada urat leher kita sendiri. Dia
sentiasa memperkenankan hamba-hambaNya yang berdoa
kepadaNya. Supaya doa kita diperkenankan
Allah, rujuk surah Al-Fatihah: 5-6.
Adab sebelum membaca sesuatu doa ialah
mengabdikan diri kepadaNya. Layakkah kita meminta daripada Allah swt sedangkan
kita tidak memberikan sesuatu suasana ataupun amalan yang memenuhi sepertimana tuntutanNya? Adab kedua ialah dengan memenuhi seruan Allah dengan mematuhi
perintahNya. Seterusnya, supaya kita
selalu berada di dalam kebenaran, kita mestilah beriman dan bertaqwa kepada
Allah. Kita terus melafazkan keyakinan
kita dan cernakan keyakinan itu dalam
bentuk amalan.
PENGISIAN: AMAL MIZAN
Marilah kita sama-sama renungkan tentang mizan dan pemberian buku amal; sama ada dari tangan kanan atau kiri. Manusia terbahagi kepada tiga golongan:
- Golongan yang tidak mempunyai kebaikan sama sekali
Mereka akan disiksa, dan dilemparkan ke api neraka. Celakalah meraka
ini, dan tiada kebahagiaan sesudahnya.
- Golongan yang tidak mempunyai keburukan
Mereka selalu memuji Allah, dan seterusnya mereka akan dipanggil bertemu
dengan Allah dan dihantar ke syurga. Mereka melihat apa yang berlaku di
sekeliling mereka dari neraca Allah swt. Kesenangan mahupun kegagalan merupakan
tanda kasih sayang Allah kepada kita.
Kesusahan, kegagalan mahupun penyakit merupakan tanda kasih sayang dan
caraNya untuk menegur kita. Jikalau kita mendapat kesenangan, Allah mahu
melihat sama ada kita bersyukur atau tidak.
Diriwayatkan oleh Abu Daud dari Aisyah ra bahawa ia berkata, "Apabila teringat sahaja Neraka aku menangis. Terlihat oleh Rasulullah lalu baginda bertanya, "Mengapa kamu menangis ?". Aku menjawab, "Aku teringat Neraka ! Maka aku menangis. Apakah kelak baginda akan mengingati keluargamu ? ". Baginda bersabda, "Ditiga tempat, tiada siapa pun yang akan mengingat kepada sesiapa. Ketika amalannya sedang ditimbang, sesiapa pun tidak akan mengingati sesiapa sehingga dia tahu kedudukan timbangan amalnya sama ada berat atau pun ringan. Ketika buku catitan amalnya dilayangkan (kepadanya), sesiapa pun tidak akan mengingati sesiapa sehingga dia mengatahui bahawa ia telah menangkap buku itu dengan tangan kanan atau tangan kiri atau dari belakang punggungnya. Dan ketika sedang meniti jembatan sirat Neraka Jahanam, sesiapa pun tidak akan mengingati sesiapa setelah dia berjaya melepasinya ".…
Apabila
kita ingat tentang mizan, kita akan ingat akan amalan yang akan ditimbang oleh
Allah. Kita akan mengingatkan diri kita adakah amalan kita adalah amalan baik
yang akan memberatkan timbangan kita ataupun amalan buruk yang akan menyebabkan
kita dicampak ke dalam neraka.
Berhadapan
dengan Allah, itu adalah saat yang cukup mendebarkan. Setelah amal ditimbang,
buku catatan akan diberikan. Di padang Mahsyar, ketika Allah
memanggil nama kita kita sudah mengetahui ke manakah akhir kita. Alam kubur
juga seolah-olah satu petanda kepada kita akan nasib seterusnya. Pertolongan
dari seksaan azab di dalam kubur hanyalah doa-doa dan selawat dari hamba-hamba
Allah yang masih hidup. Tempat ketiga merupakan semasa meniti titian tsirat.
Di dunia,
Allah sentiasa membantu kita. Macam-macam dilakukan untuk memberikan kesedaran
kepada kita, bahawa Dia sayang kepada hambanya. Tapi, adakah kita dapat merasai
ruh kasih sayang yang diberikan kepada kita?
“Allah berkata, ‘Wahai Adam, berdirilah dan keluarkan penghuni neraka.’ Adam berkata, ‘Labbaik, wa sa’daik, segala kebaikan berada dalam kekuasaan-Mu. Ya Tuhan, bagaimana penghuni neraka tersebut? Allah menjawab, “Dari setiap seribu terdapat sembilan ratus sembilan puluh sembilan.”
… Abu Said mengatakan bahawa mereka berkata, “Siapakah di antara kita yang termasuk orang tersebut?”
Rasulullah menjawab. “Sembilan ratus sembilan puluh sembilan Yakjuj dan Makjuj, sedangkan dari kalian hanya satu” (HR Bukhari, Muslim dan Ahmad)
Nilai
kembali masa yang digunakan di dunia ini. Adakah apa yang kita perjuangkan di
dunia ini kerana Allah swt? Adakah apa yang dipelajari mendekatkan kita kepadaNya? Ingatkah kita apa yang dipelajari itu milikNya? Tergila-gilakan dunia
juga boleh mencampakkan kita ke neraka.
Malaikat Zabaniyah keluar memanggil, "Mana pulan
bin pulan yang menangguh dirinya dengan angan-angan? Sia-siakan umur mereka untuk
beramal jahat." Maka malaikat Zabaniyah memukul dengan tukul besi, mengancam,
menyiksa dan membuangnya ke neraka sambil berkata "Rasakan ini! Tinggallah
di tempat yang tidak ada harapan, tinggalah di tempat yang gelap ini, yang membinasakan dan abadi. Makanannya adalah kayu duri, tempatnya adalah Al-Jahim", Malaikat Zabaniyah terus memukulnya, neraka Hawiyah mengongkongnya tidak ada penjamin. Kaki diikat, muka hitam,menjerit dan meratap, "Wahai Malik, ancaman itu telah nyata bagi kami. Berat untuk kami terima besi itu dan kulit kami lumat, keluarkanlah kami darinya, kami tak akan mengulanginya lagi." Malaikat Zabaniyah berkata " Tidak mungkin, engkau tidak akan keluar daripada tempat hina ini. Jika dikeluarkan, engkau akan ulangi perbuatan larangan."
Rasulullah saw bersabda, "Di Jahanam terdapat 1000 jurang, Tiap satu jurang ada 1000 lorong. Tiap lorong ada 1000 ular,
70 kala jengking dan semua itu pasti menyengat orang kafir dan munafik."
Ali r.a
berkata, Rasullullah saw bersabda "Mohonlah
daripada Allah terhindar daripada lorong sedih dan jurang luka." Ditanyakan apa
itu lorong sedih dan jurang luka, Rasullulah saw menjawab "Jurang di neraka,
mohon terhindar daripadanya saban hari 7 kali. Allah menyediakannya kepada
orang yang membaca Al-Quran dengan riak."
Terdapat
juga jurang yang sebanyak jurang dunia dan syahawat. Dalam jurang dunia dan
syahawat terdapat sebanyak 7 anggota tubuh orang yang membuat maksiat. Terdapat 7 pintu neraka yang besar:
- Jahanam
- Saqar
- Ladha
- Huthomah
- Sa’ir
- Jahim
- Hawiyah
Pintunya
sebanyak 7 anggota orang yang membuat maksiat. Dalamnya tidak terkira seperti
syahawatnya di dunia. Besarnya lebih besar daripada dunia.
Abu
Hurairah telah mengatakan, kami bersama Rasulullah telah mendengar suara
bergegar. Rasulullah saw bertanya “ Tahukan kamu suara apa itu?’ Kami menjawab “Allah
dan rasulnya lebih mengetahui.” Jawapan
Rasulullah “ Itu suara batu jatuh menjunam di jahanam sejak 70 tahun dan kini
sampai ke dasarnya”
Seksa
terkecil bagi ahli neraka semasa di hari kiamat ialah selipar api. Selipar ini
apabila dipakai, otak akan mendidih disebabkan panasnya selipar itu.
Ketahuilah
bahawa sangkaan api di dunia sama sahaja dengan api jahanam adalah salah sama sekali.
Dan Katakanlah (wahai Muhammad): "Kebenaran itu ialah yang datang dari Tuhan kamu, maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah ia beriman dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya". Kerana Kami telah menyediakan bagi orang-orang yang berlaku zalim itu api neraka, yang meliputi mereka laksana khemah dan jika mereka meminta pertolongan kerana dahaga, mereka diberi pertolongan dengan air yang seperti tembaga cair yang membakar muka amatlah buruknya minuman itu, dan amatlah buruknya neraka sebagai tempat bersenang-senang. (18:29)
Kemudian, sesungguhnya kamu orang-orang yang sesat yang mendustakan (kedatangan hari kiamat, tetap akan memakan (pada hari itu) dari sebatang pokok, iaitu
pokok zaqqum, maka kamu akan memenuhi perut kamu dari pokok (yang pahit
buahnya) itu, selepas itu kamu akan meminum pula dari air panas yang
menggelegak, iaitu kamu akan minum seperti unta yang berpenyakit sentiasa
dahaga dan tidak puas-puas". (56: 51-55)
Sama-samalah
kita memohon perlindungan dari Allah swt dari azab seksa neraka. Mohonlah dariNya kebaikan di dunia dan kebahagiaan di akhirat. Berdoalah
apa yang dilakukan hari ini tidak membawa kita ke neraka tetapi kebahagiaan yang hakiki.
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment