Wednesday, October 10, 2012

antara bisikan syaitan dan hawa nafsu

Bismillah


KULIAH BM FASA 1 : KULIAH KETAQWAAN JUNDI
10 OKTOBER 2012

MUQADDIMAH
               
               Allah akan pertemukan kita dgn orang2 yg dicintai Allah. Semua itu berlaku dlm genggaman dan perancangan Allah. Itu adalah dalam bidang kuasa Allah. Justeru dalam apa keadaan sekalipun, Allah sentiasa memerhatikan kita. Allah nk kita berada dalam suasana dimana kita merasai keberadaanNya.
                
               Kita melihat haiwan2, tumbuhan, kesesakkan kehidupan didunia dan apa keadaan manusia, semua itu mengingatkan kita kepada Allah. Mudah-mudahan kita sentiasa berada dalam zikrullah. Moga kita sentiasa mencari. Apabila bangun qiam, doa agar hari ini lebih baik drpd semalam. Harapan yg tinggi agar membantu kita memberi petunjuk. Bukan setakat hidayah utk bezakan baik dan buruk, haq dan batil, tetapi dgn menampakkan kebenaran ini dapat gerakkan anggota kita utk lakukan kebaikkan.
                
                Untuk perkara-perkara maksiat, berazam utk tidak cuba terfikir atau lintasan-lintasan yang boleh membawa Allah murka kepada kita. Apabila berlaku lintasan, adakah lintasan itu kebenaran atau lintasan keburukkan. Lintasan memang akan sentiasa berlaku dan berselang seli.  Haq dan batil akan silih berganti. Memang akan berlaku. Apabila lintasan berlaku, put into thinking maka ia akan membentuk plan. Perancangan apabila kita fikirkan secara mendalam, ia akan menghasilkan tindakkan. Tindakkan apabila kita lakukan berterusan, ia akan menjadi tabiat. Apa lintasan yg kita raikan merupakan lintasa yg soleh, yg Allah saying, maka ia akan jadikan tabiat utk kita lakukan ketaatan. Namun jika lintasan itu adalah kebatilan yg dijolok oleh syaitan, maka dia akan kita fikirkan dan lahirkan plan. Macam mana aku nk attract dia? Maka apabila put into thinkin, plan dan daripada hati yg tersentuh dan tergugat dgn kemurkaan Allah, maka ia akan hasilkan tindakkan. Sebab itu perlu jaga. Apabila telah ada perancangan dan put into thinking, ia akan melahirkan tindakkan.
                
                  Sehari, dua hari, seminggu, sebulan, setahun, dua tahun. Bayangkan jika perkara itu dimurkai Allah, perkara itu bertahun, macam mana kita nk rungkai? Sanggup kah kita nk bertaubat setiap hari agar dosa tersebut terhapus. Satu dosa, satu taubat. Mampu kah habis taubat? Hidup kita ini pendek. Mcm exam di dunia, kita tahu tarikh, senang. Tetapi tidak bagi mati. Mati itu detik pemisahan utk transisi yang tiada jalan balik. Peperiksaan didunia ada masa utk ulang, tetapi tidak di akhirat. Sanggupkah kita hadapi bakaran neraka? Jika kita lakukan maksiat kemaluan sanggupkah di bakar kemaluan?
               
                  Allah tak perlukan kita. Allah sentiasa bagi ruang utk kita bertaubat. Andai kita bertaubat dan ulang balik dosa, bagaimana? Andai dosa kita byk didunia tetapi kita taubat nasuha, Allah ampunkan. Sanggupkah kita gadaikan Allah yang kekal abadi?
                
                 Allah ciptakan kita dgn sebab yg baik utk jadi abid dan khalifah. Sebagai seorang bakal suami, isteri ibu dan ayah, akan menetukan generasi akan datang. Apabila kita tidak taat pada Allah, adakah anak kita akan taat?
               
                  Hadith 19 : peliharalah Allah, maka Allah akan pelihara kita. Kita ikut nafsu kita masa muda. Kita cakap kita ingat Allah tetapi kita buat perkara maksiat. Kita gadaikan  dan persia-sia kan masa yang ada. Adakah Allah akan bersimpati terhadap kita? Adakah kita sempat utk menagih simpati Allah?
                
                   Selepas sahaja solat subuh pastikan mulakan hidup kita dgn baca ayat quran. Baca maknanya. Apabila ayat itu ayat perintah, doa agar kita dapat lakukan perintah nya. Sekiranya ayat itu adalah ayat yg melarang kita drpd kejahatan, adakah kita telah melakukan perbuatan itu?

TILAWAH ZUMAR : 45-67
               
                  Baru baca satu huruf, dapat 10 ganjaran. Itulah kehebatan Allah. Pemurahnya Allah dan ar-Rahim Nya dia. Memang cukup cantik ayat-ayat Allah. Itulah kebesaran dan kehebatan ayat-ayat Allah. Adakah akan bertambah iman dan tawakkal kita apabila dibaca ayat-ayat Allah.
               
                  Apakah perasaan kita apabila disebut nama Allah? Berdenyut dan berdetik tak? Dalam banyak keadaan sebut sahaja nama Allah. Apabila kita intim dgn Allah, kita akan berasa salah dgn Allah. Kita akan mencela diri kita. Jika benda itu silap jangan bertangguh. Jangan beri peluang pada syaitan.
                
                  Apabila kita terlupa utk taubat, dosa itu akan dituntut di akhirat. Manusia mudah lupa tetapi Allah tak lalai. Ini lah orang yg mempunyai jiwa ghafillah. Jiwa lalai yg tak rasa apapa apabila melakukan kesilapan dan rasa mereka melakukan kebaikkan. Kerana mereka rasa ini perkara kecil sahaja. Orang yg jiwa maksiat dan jahat asli itu senang. Orang yang lalai ini tak sedaar kerana tak boleh terima dia salah dan tak mahu taubat. Orang yg memang asli jahat apabila kita nasihat dia akan tersentap. Orang yg lalai ini, dia tak sedar dia buat salah. Agak susah utk handle dan inilah penghuni neraka yg ramai
               
                 Apa yang kita buat hari ini, kita memang tak layak langsung utk masuk syurga namun Allah beri kita peluang utk kita kembali. Supaya hanya ada Allah dalam hati kita, pemikiran kita dan seluruh aliran darah kita.

KULIAH KETAQWAAN JUNDI : BISIKAN SYAITAN DAN RUNTUHAN NAFSU
                
               Siapa kita ini? manusia macam mana kita ini? adakah kita mempunyai nafsu lawwamah atau jiwa yg lalai.
              
               39 : 57 – 58.  Allah takkan bagi kita peluang kedua apabila diakhirat nanti. Apabila kita biarkan masa berlalu dan kita kecundang. Sama-sama kita berdoa kepada Allah agar Allah tidak murka terhadap kita.
               
                Manusia yg memilih dalam surah syams. Allah beri dorongan pada kita utk memilih yang haq. Tetapi ada mereka yg enggan menerima ayat-ayat Allah malah ada yg menolak. Allah dah bagi byk hint ketika di dunia tapi kita tak endah.
              
                Bagaimana nk bezakan antara bisikkan syaitan dan dorongan hawa nafsu.
               
                Syaitan akan menggoda dgn satu kemaksiatan dan apabila kita tentang, dia akan tinggalkan kita dan goda kita dengan kemaksiatan yang lain. Dalam surah an-Nas. Syaitan tidak inginkan kita melakukan satu jenis kemaksiatan tetapi mahu kan kita lakukan semua jenis kemaksiatan. Eg : kejahatan kita suka tengok orang berlainan jantina. Tapi anak soleh dan solehah ini berpaling muka tak tengok. Syaitan akan usik pula dengan maksiat yg lain. Kalau dgn perempuan gedik, lelaki soleh tak layan. Dia add wanita tersebut dlm fb dan tegur dlm fb. Kalau anak lelaki approve, syaitan seronok. Itu strategi syaitan. Syaitan tahu, apabila sekali dah lepas, akan buat lagi yg lain. Allah utuskan hamba Allah utk tegur “jgn approve, haram”. Kalau berhenti, dia selamat. Kalau banyak alasan, dia dapat azab.
                
                 Jangan buka pintu zina. Allah kata tundukkan pandangan. Kat fb ada nama takde gambar, approve la. Apabila dah approve, syaitan goda lain. Syaitan takkan puas hati jika kita buat satu je. Syaitan akan rancang lain supaya kita akan terus lakukan kejahatan. Apabila ada conversation antara lelaki dan perempuan, itu adalah syaitan. Kadang-kadang syaitan bertopengkan dakwah dan tarbiyah utk dia menggoda kita. Mula-mula tanya soalan ttg kerja, kemudian tanya soalan lain.
                
                  Don’t allow yourself to be in that situation. Ini akan berantai. Kalau kita masuk je, akan berantai. Delete aja. Kalau yang lain, kita ada group, maka bincang dalam group. Apabila datang je, ia adalah jolokkan daripada syaitan. Once kita bukak satu, kita akan bukak dosa lain. Itu adalah strategi godaan dan bisikkan syaitan. Jolokkan syaitan tenggelam timbul. Minta kepada Allah dijauhi daripada godaan-godaan ini. haramkan daripada syaitan mengganggu kita sebagaimana Allah haramkan mereka mendapat rahmat dan ampunan Allah.
               
                  Jika kita akan melakukan salah satu kemaksiatan, dia akan menggoda kita. Yg penting kita lakukan kemaksiatan. Itulah dia bisikkan. Apabila kita buat satu dan yg lain, maka ia adalah godaan syaitan.
               
                  Nafsu cenderong melakukan satu kemaksiatan. Jika kita dapati nafsu ini memaksa maka itu bukan bisikkan. Nafsu memaksa kita utk melakukan kemaksiatan itu sehingga jiwa kita terbiasa melakukan kemaksiatan itu. Buktinya ialah orang yg melakukan maksiat tidak berasa nikmat namun ia adalah tabiat. Syaitan hanya memulakan sahaja tetapi kita meneruskan dengan nafsu. Syaitan lemparkan sahaja perempuan di hadapan, tetapi nafsu yang menjadikan tabiat.
               
                  Jangan benarkan syaitan masuk dalam kehidupan kita. Kuatkan diri kita dgn Allah. Kuatkan dgn tahajjud. Agar dpt lindungi kita drpd syaitan. Berdoa agar kita tidak kecundang. Kita memulakan mujahadah li nafs. Syaitan membuka beratus jalan utk buat maksiat, tetapi nafsu memilih satu jalan utk diteruskan.
              
                  Kalau kita kecundang dan entertain, nafsu akan take over. Nafsu dan syaitan berpakat. Apabila nafsu take over, nafsu akan go deeper. Daripada add di fb terus go deeper hingga boleh buat masturbation. Nafsu itu telah menanamkan panahan beracun syaitan segar bugar dlm manusia. Tuntun nafsu kita dalam keimanan dan ketaqwaan.
               
                  Kalau kita berada dalam ketaqwaan, kita akan merasa ketaqwaan itu dalam semangat yang membara dan tak kenal erti lelah. Kalau kita biarkan nafsu itu ditunggangi syaitan, kita akan ke neraka.
              
                  Perbezaan yg ketara antara syaitan dan nafsu adalah ketika bulan ramadhan. Yang mendorong kita ketika syaitan takde ialah jiwa yg kotor dan keji. Jiwa yg tidak pernah ditapis nafsu. Tidak pernah tolak dengan nafsu. Menjadi tawanan nafsu. Oleh sebab itu, perlu tuntun nafsu kita dan bermujahadah menentangnya.          
               
                  Untuk kita mentaujih dan islah kan nafsu kita, banyakkan mujahadah. Ini adalah janji Allah. Allah yg ciptakan kita dan jiwa kita. Allah tahu dimana kekuatan dan kelemahan jiwa kita. Apabila kita kasi banyak alasan utk tidak rapat kepada Allah, maka kita salah. Jihad ini bukan sekadar jihad qital tetapi merangkumi skop yg lebih luas. Jihad dari segi bahasa ialah memerah kekuatan untuk Allah.
                
                   Dalam terminal penyucian utk ke syurga ada 11 terminal. Dalam utk kita berjihad, selain drpd jihad qital, kita ada 14 bahagian termasuk jihad melawan hawa nafsu. Muadz bin Jabbal datang bertemu rasul utk tanya ttg perkara apa yang dapat mendorong ke syurga?
 Inti adalah islam, tiang adalah solat. Apa sahaja urusan basicnya adalah islam yang mengatur kehidupan kita. Tiangnya adalh solat. Urusan kita ini tanpa solat tak boleh berdiri dan membangun. Puncak berislam adalah jihad. Jihad itu berjumlah 14 ( para ulama’) berkata.
                
                  Jihad ada 14 bhg dalam 4 kategori. Jihad melawan nafsu ada 5, jihad melawan syaitan ada 2, jihad melawan ahli maksiat ada 3 dan jihad melawan kaum kafir ada 4.

Jihad melawan nafsu
               
                Pertama : berjihad melawan hawa nafsu dan syahwat.
Ini adalah tuntutan hawa nafsu. Hawa nafsu adalah drpd dalam diri. Tiada orang lain dapat handle melainkan diri kita sendiri. Allah tahu kelemahan kita di mana dan kekuatan kita dimana. Hawa nafsu ini adah syahwat yg terus menerus menuntut kepuasan.
               
                 Kedua : berjihad menuntut ilmu
Ketika zaman rasul, rasul agih tugas. Ada yg pergi perang, ada yang kena tinggal utk jaga keamanan dan rakyat yg tinggal. Ada sebahagian yg rasul hantar utk pergi jihad. Menuntut ilmu bukan utk diri sendiri tetapi untuk ummah. Semua ilmu adalah ilmu Allah. Menuntut ilmu agar kita dapat berbakti kepada Allah. Dalam hadith ke-36, kita telah berjihad kepada Allah ketika menuntut ilmu dan ketika kita melangkah untuk menuntu ilmu, kita membuka salah satu pintu syurga.
                
                  Ketiga : berjihad mengamalkan ilmu yg ada
Kemurkaan bagi Allah apabila kita tidak mengatakan apa yg kita lakukan. Ini semua memerlukan jihad. Ada orang dapat ilmu tetapi malas nk amal. Pada benda-benda keburukkan, nafsu akan excited. Tundukkan nafsu dengan keimanan. Nafsu yg dihalakan kearah keimanan, kita takkan puas dgn amalan kita, takkan puas dgn menuntut ilmu.
                
                   Keempat : berjihad menyeru manusia mengamalkan ilmu yg kita amalkan
Kalau kita tak mahu ajar kepada orang ramai, kita kedekut, maka itu adalah hawa nafsu
               
                   Kelima : bersabar dalam mendokong dakwah
Kita sanggup menjadikan nyawa kita sebagai tebusan utk kembalikan islam pada tempatnya. Orang yg jika dia bersumpah kepada Allah, Dia akan terima sumpah itu. Dalam system tarbiyah menuntut kita beramal dan berdakwah serta berjuang agar orang boleh kembali kepada Allah. Kadang-kadang kita ada usrah, apabila nampak susah sikit je, kita tak mahu join.

Jihad melawan syaitan
               
                    Pertama : berjihad dengan sabar menentang dorongan syahwat
Dalam melawan nafsu syahwat perlu kuat. Daripada dalam diri ada dan daripada luar pun ada. Syaitan hembus je, terus jadi. Apabil sekali gus datang, terus kantoi. Kita tak dapat tahan diri kecuali kita pegang diri dgn Allah.
              
                     Kedua : berjuang menentang syubhah ( was-was)
Syaitan yg menimbulkan was-was kita. Doa pada Allah agar Allah tutup pintu syahwat kita yang haram. Jika kita berlindung kepada Allah, insyaAllah akan bantu. Syaitan melemparkan was-was dan kita berlindung kepada Allah, ianya akan pergi.
                Apabila kita berjaya atasi dua diatas, kita akan menjadi pemimpin orang-orang yg beriman.

Jihad melawan pelaku maksiat
                
                  Pertama : jihad tangan
Kalau kita ada kekuasaan, kita lawan dgn kuasa kita tetapi dgn berhikmah
               
                  Kedua :  jihad lisan
Dengan penulisan kita, dgn amalan kita. Jgn diam lihat kemungkaran. Tegur dgn hikmah. Jangan kita menghina orang dalam kita berkata-kata. Akan tercabut hikmah daripada percakapan kita. Dalam kita berkata, jgn kita hina dan sebut. Yg kita sebut adalah kesilapan dan bukan nama orang.
                
                   Ketiga : jihad dgn hati

Jihad melawan orang-orang kafir
              
                 Pertama : membenci perbuatan mereka, tidak mencintai mereka dan tidak meniru perbuatan mereka
               
                 Kedua : jihad melalui lisan
                
                 Ketiga : jihad melalui harta ( infaq)
Kalau nk lawan orang kafir, kita perlukan harta utk peperanngan.
               
                Ke-empat : jihad mengorbankan nyawa
               

                 Kita bisa juga menjadi mujahid apabila melawan hawa nafsu dan syahwat dalam diri kita. Kita hendaklah menjadi mujahid di jalan Allah dengan kesabaran. Bersabarlah ketika berdakwah dalam jalan Allah. Jalan dakwah dan tarbiyah juga adalah jihad kita. Gabungkan diri kita dgn hamba-hamba Allah yg berjuang dalam jalan Allah.
               
                  Seperti umar al-khattab, syaitan pun takut kepada mereka. Sejauh mana kita spent masa kita utk pelajari ilmu Allah dan mengkhatamkan kitab-kitab sunnah. Adakah kita telah familiar dgn sirah nabi? Membaca ulasan tafsir. Tanya balik diri kita. Sekiranya kita dah lakukan itu, makanya kita telah berjihad dalam jalan Allah. Adakah kita beramal dgn apa yg kita pelajari? Jangan cemari ilmu yg kita dapat dgn dosa-dosa kita. Kalau dah tahu perkara itu salah, jgn fikir langsung utk buat dan involve. Give a stop.
                
                     Sudahkan kita melawan hawa nafsu? Sudahkah kita melawan maksiat? Tingkatan manusia berbeza berdasarkan amalan kita. Adakah kita akan survive atau berputus asa ditengah jalan? Itulah jihad melawan hawa nafsu. Allah akan sentiasa bagi kita peluang utk kita sentiasa berada dalam ketaatan. Allah berikan kita sahabat-sahabat, ibu bapa yg akan membantu kita. Semua yg berlaku adalah dalam susunan Allah. Allah dah pandu kita agar sumbangan kita dapat dekatkan diri kepada Allah dan dapat tegakkan islam. Pohon agar kita dapat membantu ummah dan orang lain agar kita semua dapat rasa syurga Allah. Mudah-mudahan hidup kita adalah utk keimanan dan ketaqwaan. Itu adalah tanggungjawab kita.

               

Terminal Penyucian Diri


Bismillah.

Kuliah Baitul Muslim Fasa 1
09 October 2012, Selasa

MUQADDIMAH

               Surah zumar, 39 : 6 – 10. Surah ini merupakan surah kegemaran para hafazul quran kerana content dalam surah ini sgt best. Kalau dilihat susunan al-quran ini bermula, bermula surah ahzab, saba’, fatir. Merujuk kpd tema yg besar iaitu penyerahan kepada Allah secara total. Surah zumar berkaitan dgn surah2 sebelumnya iaitu beribadah kepada Allah dgn penuh keihklasan
               
                Beribadah kepada Allah perlu dlm keadaan ikhlas.  Dalam ayat 2, ttg ibadah ikhlas. Allah juga menyentuh beberapa contoh dalam keilklasan kepada Allah.  Bagaimana Allah bermula dgn penceritaan ttg nikmat yg Dia berikan kepada kita. Bagaimana kita diciptakan dan dalam ayat ke-7, Allah tak redha pada hamba2Nya yg kufur. Bagaimana Allah mahu hambanya bersyukur. Bagaimana mungkin kita boleh beramal tanpa ikhlas?
               
                Menyembah itu sgt luas aspek nya. Sembah kerana Allah dan kerana Allah semata-mata. Allah sebut ttg keikhlasan sebanyak dua kali.. bermula dgn perkataan ibadah ( sembahlah Allah) dgn ikhlas. Boleh dilihat dalam ayat 11 dan 14. Kita menyembah Allah dan kerana Allah semata-mata. Dua perkara yg berbeza.
                
                 Beramal utk Allah bukan utk orang lain. Apabila ditimpakan manusia ini dgn kesusahan lantas berdoa dgn penuh taubat dan keinsafan, namun setelah diberi kenikmatan, dia melupakan Allah malah menyukutan.
               
                 Kita pula bagaimana? Adakah beramal dgn ikhlas tanpa balasan? Beramal hanya utk Allah? Boleh rujuk hadith 40, iaitu hadith 1 ( hadith niat). Kenapa hadith niat diletakkan / disusunkan dalam hadith satu? Dalam hadith itu bukan kerana mengejek lelaki itu. Permulaan sesuatu dimulakan dgn perubahan iaitu niat. Kenapa Omar yg meriwayatkan hadith itu? Kerana sebelum islam, dialah yg paling teruk jahiliah nya. Tetapi setelah mendapat nur drpd Allah, dia terus berubah menjadi seorang muslim yg hebat kerana niat dia mahu perubah dgn ikhlas.
               
                  Niat kita mendengar kuliah ini? kita akan dapat apa yg kita cari. Bersihkan diri dan niat agar kita buat ini semua dgn ikhlas.
                
                  Kuliah ini diadakan agar kita tidak menjadi seperti orang yg terdahulu. Agar kita menjadi lebih baik drpd mereka. Mendapat pengajaran yg baik. Implement kan dalam setiap kehidupan kita.
               
                  Allah sentiasa beri peluang kepada kita utk kita lakukan agar kita terpilih Allah. Adakah kita sentiasa menyediakan diri utk terpilih mendapat taufiq dan hidayah. Allah jadikan diri kita berbeza dgn malaikat dan syaitan kerana Allah berikan kepada kita dua jalan. Allah letakkan kedua-dua jalan dalam hati kita. Itu lah keunikkan manusia. Allah bersyura dgn malaikat utk memberitahu kpd malaikat ttg perancangannya utk menjadikan khalifah iaitu manusia. Manusia dilantik menjadi wakil Allah dibumi. Allah jadikan kita dgn dua tugasan utk kita fulfill iaitu sbg abid dan khalifah.

Allah bagikan kita peluang dan nafsu. Jiwa yg kadang2 mengajak kepada kefasiqan dan jiwa yg bertaqwa. Tafsir surah ghashiyah. Allah beri tahu kita ttg hari kiamat. Manusia ada dua golongan iaitu golongan yg beruntung. Ketika di hari kiamat, wajah mereka berseri-seri kerana byk lakukan kebaikkan. Satu lagi golongan, muka dia hitam. Marah2 time kiamat sbb dah tak tahan.

Sebelum kita lakukan sesuatu, tunaikan haq Allah. Sebelum selesaikan or berjumpa dgn org lain, jumpa dgn Allah dahulu. Tunaikan solat terlebih dahulu. Solat sunat 2 rakaat sebelum lakukan tugas agar dipermudahkan dan agar tugas yg kita lakukan ini dekatkan kita kepadaNya dan kepada syurganya. Andai tugas itu membawa kita keneraka, minta digantikan dgn yg lebih baik. Itu lah dia solat istikharah.

Siapa yg ingkar dan berdegil tidak mahu taat kepada Allah, sesungguhnya Allah tak perlukan kita. Surah zumar, ayat 7.  Seseorang yg berdosa tak pikul dosa orang lain. Kita mungkin boleh bercakap macam2 dgn orang lain, tetapi dlm hati hny Allah yg tahu.

Apabila kita bercinta dengan Allah, Allah sambut kita dengan penuh hormat. Amalkan sunnah baginda. Kalau boleh hari2 tambah amalan sunnah yg baru. Terminal penyucian dosa kita yg ke-11 ialat pengampunan. Yg ke-10 ialah syafaat nabi. Kat akhirat nanti nabi bawak air utk kita kerana baginda kenal kita. Itulah syafaat nabi. Kita ikut sunnah dia ketika di bumi. Baginda kasi air dgn tangannya sendiri. Beruntung nya.

Salah satu kesyukuran ialah tunduk kan anggota utk taat kepada Allah. Berdoa kepada Allah supaya jangan biarkan kita menentukan nasib kita sendiri. Baca lah doa tersebut di dalam solat kita agar kita tak tentukan nasib kita sendiri. Semua takdir adalah di tangan Allah. Allah takkan berikan yg buruk kepada kita. Allah beri musibah utk berikan kita terminal 4. Allah nk sucikan kita daripada kifarah dosa di dunia.

TERMINAL PENYUCIAN DIRI

11 terminal penyucian diri. Allah nk bagikan kita syurga, org yg ada dosa sebesar zarah pn tak lepas. Utk masuk syurga, ada 11 terminal. 4 didunia, 3 di kubur. 4 diakhirat. Kalau Allah bagi musibah kita jgn merungut.
                
Ketika di dunia :
             
           1- taubat.
Kalau kita lakukan dosa dan tak taubat, takkan terhapus dosa. Kalau kita taubat, Allah akan lupakan anggota kita yg lakukan dosa di akhirat. Eg : pandang lelaki/perempuan buat kali ke-dua dgn syahwat maka mata dan kemaluan akan dibakar di neraka. Kita dah terlajak lakukan dosa dan sebut innalillah dan tak buat lagi. Hakikatnya tidak diampunkan kerana tidak solat taubat. Kita berazam utk tinggalkan tanpa solat taubat, tidak terhapus. Perlu taubat spesifik. Solat taubat dan azam tinggalkan. Allah akan lupakan dosa kita. Di akhirat Allah akan panggil kita. Kita akan dibangkitkan dgn wajah yg berseri kerana sentiasa bangun malam. Bangun tahajjud. Kalau nk orang dgr nasihat kita, kita kena minta dgn Allah. Kita yg nk menyeru kepada Allah tapi kita sendiri tak rapat kepada Allah. Bangkit tahajjud, kata2 mudah di dengari. Kata2 kita adalah hanya menyeru kepada Allah. Kita tak maki hamun orang, tidak berdendam kepada orang. Dengan bangun tahajjud kepada Allah. Dating dengan Allah melalui tahajjud. Kita ckp sikit je orang tersentap utk bercinta dgn Allah. Mmg berat tp jika kita lakukan, kita akan dapat ganjaran.
              
  2- istighfar
Beristighfarlah dari dosa yg kita tidak ingat. Nabi beristighfar setiap hari lebih dari 100x, lalu apa yg menghalangi kita untuk beristighfar 100x setiap hari? Kita hanya memerlukan waktu ½ minit
               
 3- lakukan kebaikkan.
 Buat dosa sekali, buat kebaikkan sekali. Yg ideal ialah buat lebih byk. Kebaikkan itu akan hapuskan dosa2 kita
Seorang lelaki datang pada Rasul dan berkata , “Aku telah mencium seorang wanita”. Nabi segera memalingkan wajah darinya sehingga turun ayat Hud : 114. Laki-lai itu bertanya “ Wahai Rasul, apakah ini untukku?” Rasul menjawab “ Untuk yang melakukan itu dari umatku “ ( HR Bukhari dan Muslim)
               
 4- musibah.
                Musibah juga menghapuskan dosa. Allah timpakan musibah utk sucikan kita daripada dosa. Ada sesetengah manusia berlagak kerana tidak ditimpa musibah walaupun dia lakukan dosa. Allah kata, kalau kau nk dunia, Aku berikan. Tapi di akhirat, balasan yg hakiki adalah neraka jahanam.

Ketika di kubur :

1.       Solat jenazah
lagi ramai org yg solatkan kita, lagi byk dosa kita terhapus. Oleh kerana itu jika orang yg kita kenal mati, cepat-cepatlah kita kumpulkan orang yg beriman untuk melakukan solat jenazah. Yang penting bukan jumlah, tetapi dengan orang ebriman. Bersegeralah dan kumpulkanlah orang soleh utk melakukan solat jenazah.

2.       Fitnah kubur
 Kita akan rasa fitnah kubur akibat dosa kita yg masih tak terhapus. Kita terima dan redha kerana Allah nak bersihkan kita daripada dosa. 
Rasul bersabda “ Kuburan itu mungkin kebun dari kebun syurga dan mungkin jurang dari jurang neraka “ HR At-Turmudzi

3.       Hadiah pahala amalan manusia
Doa amlan anak soleh. Orang yg meninggal hny ada tiga perkara yg dpt selamatkan dia ialah sedekah jariah. Kilatkan keikhlasan dengan banyak kebaikkan. Banyak lakukan amal, kebaikkan dan sedekah supaya keikhlasan kita terjaga. Amalan kecil yg banyak akan kilatkan keikhlasan kita. Apabila byk, kita terlupa nk ungkit. Ke-2 ialah doa anak yg soleh. Jgn tinggalkan anak yg tak reti doa utk kita. Anak pula yg akan tambah seksaan kita. Jangan kita abaikan. Wajib utk kita tarbiyah kan anak-anak.

“Apabila anak Adam mati, maka terputuslah amalnya, kecuali tiga hal : ibu yang dimanfaatkan, sedekah jariyah atau anak soleh yg mendoakannya “ (HR Muslim)

Ketika hari kiamat :

1 hingga 7 settle, maka dihari kiamat, kita akan dimudahkan. Mereka ini akan merasai lalunya hari kiamat ini mcm solat sunat 2 rakaat yg singkat. Cinta dgn Allah tak akan rugi. Apabila kita mendapat cinta Allah, kita akan rasai hidup ini sungguh indah. Dapat musibah pn takpe.
                
              Andai dosa terlalu banyak, siksa kubur pn tak lepas lagi. Masih banyak lagi dosa. Maka kita akan lalui 4 terminal di akhirat ini.

1.       Kengerian hari kiamat
Kengerian itu seharusnya cukup utk menghapus dosa. Melihat matahari yg digulung, bintang yang berjatuhan, lautan yg meluap dan bumi yg digoncangkan. Semua kengerian ini menghapus dan menyuci kesalahan.

2.       Berdiri dihadapan Allah

3.       Syafaat nabi

4.       Keampunan Allah
Nabi bersabda “ Allah berfirman, “ Malaukat telah memberi syafaat, para nabi telah memberi syafaat, dan orang yg beriman telah memberikan syafaat, maka tinggallah Yang Paling Pengasih…”
Itu lah yg Allah kaut manusia dlm neraka utk beri syafaat. Allah akan kaut manusia di neraka utk diberi pengampunan.  Manusia di neraka sentiasa menunggu ketika mereka akan diberi pengampunan.

                Taubat itu terminal pertama. Sanggup kah kita utk dibakar dalam neraka? Itu merupakan satu kepedihan yg cukup menyayat. Ingatlah ketika didunia ini berubah lah. Jangan terfikir langsung utk ulang. Wudhuk 24 hours, solat dhuha, mulakan hari dgn baca quran. Mulakan hidup kita dgn taubat. Solatlah taubat 2 rakaat secara konsisten.
                
              Kalau lihat amalan kita, nak dapat tempias syurga pn susah. Apabila Allah redhai kita, Allah redhai syurga kita. Syeikh drpd Kuwait kata, sekarang ini, masalah onani  adalah masalah yg paling besar. Yang menggoda murabbi dan murabbiyah yg single. Perkara ini satu phenomenon dunia. Mereka yg berada dalam system tarbiyah ummah ialah masalah masturbation dan onani. Yang kedua ialah hubungan hambar suami isteri yang mana selepas akad nikah dia tidak setubuhi isteri dia. Mereka yg onani dan masturbation yg tidak mintak ampun kepada Allah, dia akan dpt kifarah. Masalah masturbation yg tak taubat or taubat tp buat balik, Allah akan tarik ketika dah kahwin. Ulama bagi tahu apabila cinta itu atas dasar kefasikkan, setelah dia terima islam, dia akan mencintai Allah dan tinggalkan yg lain.
                
               Jangan pandang, jgn bercinta before nikah kerana ada hikmah. Sebab itu jika lakukan dosa terus minta ampun. Taubat dgn taubat nasuha. Jgn langkau batas2 Allah.

Rujukan : Buku Hati Sebening Mata Air, karangan Amru Khalid.



Thursday, October 4, 2012

Method Dakwah Rasul



KULIAH BM FASA 1 : KULIAH FAMILY DUAT BLUEPRINT
03 OKTOBER 2012

MUQADDIMAH
                Bersyukur kepada Allah  kerana masih diberi peluang untuk bernafas , untuk memberi peluang membaiki diri , menampung lubang2 dengan cara yang mampu dilaksanakan , pelaksanaan tanggungjawab , sentiasa berdoa, agar kita diberi bantuan .
              
                 Memelihara Allah dan Allah akan memelihara kita , Allah memberi satu suasana. Allah hendak kita dalam suasana ketaatan ...  kita mudah lalai. Apabila dapat rasa satu rasa hubungan yang intim dengan Allah,  tidak akan berlengah dan putus asa.
            
                 Allah perlihatkan amalan yang baik atau yang buruk , secara terang-terangan atau sembunyi-sembunyi. Kepada orang yang ingkar , Allah beri dengan cara yang keras. Allah suruh kita baca kuat2 agar semua orang dengar. Allah hendak kita perdengarkan  satu kemaluan yang besar. Jaga keaiban orang lain , Allah akan jaga keaiban kita.
             
 Penyucian tahap pertama dalam 11 terminal : taubat
         
                Kesalahan yang dilakukan apabila lakukan taubat , Allah akan tutup kesilapan2 yang dilakukan kelak dan kepada kesilapan yang dilakukan tidak akan termansuh tanpa taubat. Dosa2 kecil akan terhapus dengan wudhuk. Melakukan taubat secara specific sekiranya melakukan dosa , tapi tidak melakukan solat taubat , dosa tidak akan terhapus. Teruskan untuk bertaubat kepada Allah taala.


FAMILY DUAT BLUE PRINT

Dalam surah luqman : 17,  wujudkan suasana dakwah dalam diri dan keluarga. Mungkin kita rasa masih jauh. Persediaan perlu dibuat secara awal.  Apabila bertapak teguh awal , akan hidup dengan roh yang sama.
Comunication skill cara rasulullah mendidik.  31: 12-19

Mohon doa  ttg rezeki ilmu. Keyakinan kita bukan sahaja dengan ilmu ,apabila lihat sahaja ilmu , kita yakin  perlu bukti untuk menambahkan keyakinan . Keyakinan yang sebenarnya

Allah rakamkan ttg luqmanul hakim. Ada setengah mengatakan luqman ini nabi ,ada mengatakan dia ini orang yang soleh . tatapan  termaktub, dia ini qudwah untuk mendidik anak2 dengan Berjaya.

Contohi la luqmanul hakim. Kebaikan allah rakamkan dan kehinaan juga Allah rakamkan . Kisah abu lahab yang selalu menyakiti rasulullah , rasulullah mahu mengajak untuk beriman. Dalam dakwah jgn ambil upah. Islam, Allah beri free of charge. Jgn mengharapkan ganjaran dengan dakwah yang dilakukan

KISAH LUQMAN MENTARBIYAH ANAK-ANAK

Solat mencegah dari melakukan kekejian dan mungkar . 31 : 17. Mmencapai hawatul iman mempunyai hubungan yang intim dengan Allah.  Kita rasa orang lain dalam kegelapan dan mahu orang lain juga mendapat cahaya. Kumpulan yang dalam kegelapan  yang perlu dibimbing kepada cahaya. Mmengajak kepada maaruf dan mencegah yang mungkar , akan berlakunya pertembungan.

Luqman menasihati agar  bersabar dengan apa yang berlaku kepada kamu.Apabila ada ujian kena sabar. Dalam kehidupan kita sebagai individu dan anak2 yang bakal dilahirkan kuatkan ikatan dengan Allah. Berterima kasih dengan Allah.  Dua step yang terakhir , laksanakan shalat , amal maaruf nahi mungkar , dan bersabar.

Apa yang diajarkan oleh ibu bapa akan disampaikan kepada kawan agar anak2 menjadi duta islam. Agar ia memahami hidup , knp diciptakan dan memahami tanggungjawab. Kemanisan islam yang dirasa , mahu orang lain juga rasa.

Mahu tumbuh dari diri anak2 roh dakwah dan daie agar hidup dalam diri anak2. Mahu anak2 yang dilahirkan berani dalam kebenaran . Hamba yang sujud dan tersungkur , bangkit malam tahajud. Siang hari bagaikan singa. Melihat kuliah2 dalam konteks akhirat dan manusia yang tidak dikongkong hawa nafsu.

Melihat dari kaca mata akhirat, tajarud ialah telanjang diri dari prinsipal2 dunia. Tergadai akhirat , terlupa dengan zikrullah , dakwah , tarbiah, sebagai abid allah yang sempurna  dan bertakwa . Kuliah2 pelajaran  ialah tempat zikrullah yang dipelajari antara ilmu Allah.

Peranan ibu bapa, luqman , guru yang pertama. Ketika disekolah , murabi atau murabiah  ialah guru yang mendekati anak2 dengan rasa tanggungjawab untuk mendidik anak2 dengan roh tarbiah  dan untuk menegakkan kalimah tauhid. pencetak tentara kebenara, pencetak penyeru2 islam , tanpa rasa takut kecuali kepada allah. Apabila anak2 disediakan dengan roh jihad , roh menyampaikan dakwah , membawa petunjuk dan menyelamatkan manusia, masukkan konsep dakwah.

Memberi kefahaman , comunication skill , mewujudkan suasana sejak kecil skill kreativiti. memberikan suasana. Kena yakin dari kecil  diwujudkan suasana dakwah. Mengisi waktu sesuatu yang bermanafaat untuk masyarakat, waktu ni kena jg ; 0 -6 tahun


Membentuk prinsip hidup. Persediaan membentuk anak2 menjadi juru dakwah

  •  kejiwaan


·         merasakan realiti kepahitan umat islam hari ini,keruntuhan political dan social
·         siapkan dengan iman dan izzah untuk mempertahankan ad-din
·          kehebatan para ,anbiya,rasul , para sahabat, ketengahkan apbila dah biasa mendapat suasana

  •             membuat perumpamaan

·         menjadi guru yang pertama
·         untuk hilang keputus asaan, jgn merasa putus asa
·         bekerja , berkorban dan tabah
·         menampak pahala yang besar kepada orang yang menyeru orang kepada allah , ali imran : 110
·          buat sesuatu untuk melayakkan menjadi umat yang terbaik

pokok2 yang harus diikuti. bukan menyampaikan dengan semborono  atau mata pedang , dasar2 ilmu dakwah hingga dapat menawan hati.Tiada alasan untuk menolak.  merasa terkesan dalam dakwah yang disampaikan , bangkit tahajud , agar perkataan didengar dan menyentuh
Perbedaan : apakah sama dengan orang yang tahu dan tidak? Allah sangat murka kepada orang yang menyeru tapi tidak buat. Yakini kebenaran dan laksanakan merasa hawalatul iman. Dakwah takyah paksa2
Yang pertama perlu ada ilmu dan perbuatan selari dengan ucapan. Ilmu yang berkat, ilmu yang diamalkan dan dapat disampaikan.

  • .           mencegah kemungkaran

              -   upaya merubah kemungkaran dengan peringkat , berhikmah dan bersabor. 
                         -  3 step dakwah , hikmah dengan hikmah , mulakan dengan nasihat yang baik 
  •          bersikap lemah lembut

                                  
method untuk berdakwah yang rasulullah tunjuk ialah bersoal jawab. 


Soal jawab yang    dapat memberikan kesedaran.  hebatnya rasulullah mendidik para  sahabat. Dari segi  orang ni hendak buat jahat , bagaimana cara rasulullah menangani .

Apa yang rasulullah adalah yang terbaik. Rasulullah didatangi dengan seorang pemuda  dan meminta izin berzina . Hikmah rasulullah untuk menawan hati pemuda tersebut menjadikan satu suasana yang berbeza. Apabila minta izin untuk berzina , orang sekeliling memaki pemuda tersebut. Rasulullah dekati dan duduk bersamanya , dan bertanya kepada pemuda tersebut .
“apakah zina ini kamu ingin terjadi kepada ibu mu? “ – tidak
“apakah zina ini kamu ingin terjadi kepada adik perempuan mu?” –tidak

Rasulullah bertanya kepada pemuda tersebut untuk menambahkan kebencian dia kepada zina.

contoh ke2 ,  rasulullah berdiri dan menyeru kepada jihad , menambahkan keyakinan dan terjadi pertanyaan, terbunuh dengan dalam keadaan sabar dan mengharapkan ganjaran dari Allah dan terus mara serta tidak mundur .
semua lepas kecuali dari dosa berhutang. infect banyak benda. Rasulullah ulang soalan dan tambah sedikit . keengganan melunaskan hutang.

contoh ke 3 : kehebatan rasulullah ialah kaedah soalan lain , jawapan lain.
Yang pertama : memberikan dialog. Singkap kembali sekiranya ia berlaku kepada dia (pemuda tersebut). Yang ke dua dalam keadaan hikmah : nabi diajukan pertanyaan ttg hari kiamat.  aware agar dia yg bertanya soalan bertambah bersedia , rasulullah bertanya ttg persediaan , pendedahan agar orang itu lebih bersedia. teknik berhikmah, kemukakan perkara yang lebih penting.

Apabila rasulullah ditanya ttg orang yang muflis , mereka yang rugi apabila berhadapan dengan Allah kelak. mengubah minda ummah,berfikiran diluar kotak. Rasulullah memberi penerangan. Dimensi pemikiran yang baru , menarik minat kepada pengajaran . Contoh yang digunakan : contoh yang menarik minat , benda yang sama. Cara rasulullah melewatkan jawapan. Orang badawi bertanya ketika rasulullah sedang memberi pengucapan. Rasulullah jawab mengikut tahap orang dihadapannya.

Tanpa perkataan pun boleh menarik orang masuk islam , cara tindakan rasulullah berdakwah kepada ummah.