Monday, February 10, 2014

Modul Gerbang Mahligai Sakinah Part IV

Kuliah Baitul Muslim ( 3.2.2014)

Kuliah dimulakan dengan menyatakan kesyukuran kepada Allah swt yang bersifat al wakil kerana masih memelihara hati kita supaya sentiasa berada dalam keimanan dan ketakwaan kepada-Nya.

Kita boleh memanjatkan kesyukuran kepada Allah swt dalam 2 bentuk:
       1.Melalui hati kita yang sentiasa mengingati Allah swt.
Hati yang sentiasa bersama dengan Allah pasti tiada ruang maksiat di dalamnya. Ini kerana cahaya rabbani Allah swt yang telah menyinari hati kita berjaya menangkis segala titik-titik hitam yang cuba menapak dalam hati kita. Jangan melupakanNya sebab Allah tak pernah melupakan kita malah Dia sentiasa beri ruang dan mengutuskan hambaNya yang hebat di sisi kita untuk berasa cemburu kepada hamba yang beriman supaya tidak terjebak pada dosa.
      
        2.  Melalui zikrullah
aliran darah yang sentiasa dalam zikrullah maka ianya akan mengalir dalam keadaan yang cukup teratur tanpa ada pergolakan dalam badan kita yang boleh menyebabkan penyakit.
Sekiranya kita sentiasa merasai kehadiran Allah swt dalam setiap detik kehidupan kita dan berzikrullah maka setiap anggota badan kita akan tunduk kepada Allah swt dan saling membantu untuk menyatakan kekhusyukan kepadaNya.

Kita juga disarankan untuk:
  • Berdoa kepada Allah

Sesungguhnya Allah swt  adalah zat yg sentiasa menguruskan hambanya. Dengan kebaikanNya, Dia takkan menyia-nyiakan kita, dan membiarkan kita ditimpa kemudaratan bahkan Dia akan sentiasa menunjukkan jalan kemaslahatan di sisiNya. Maka kita disarankan untuk selalu berdoa kepada Allah swt seperti,
 “kebaikan itu dalam genggaman kedua tgn Mu ya Allah, sedang kejelikan itu tidak dinisbat kan kpd Mu,” hadith riwayt Muslim, Abu Daud dan imam Ahmad.
  • Bertawakkal

Bagi hamba Allah yang meyakini akan sifat al wakil Allah maka akan melahirkan satu tindakan yang suci iaitu tawakkal kepada Allah swt. Justeru sebagai seorang mukmin yang sentiasa bertawakkal kepada Allah maka kita harus yakin bahawa Allah tidak akan membiarkan kita dalam kesesatan, kemurkaan, dan kemudaratan. Tawakkal bukan beeerti kita tak berusaha tetapi tawasit kita, menyandarkan hasilnya kepada Allah  dan kita berusaha untuk mengikuti landasan yang telah ditetapkan dan ditunjukkan oleh Allah.
  • Bertaubat

Antara tanda kemurahan Allah swt:
membuka pintu taubat yang akan menghapuskan dosa kita.
memberi kita satu kebaikan tambahan dengan bertaubat
menghindarkan kita dari terus melakukan kemaksiatan, kesyirikan dan dosa walau sebesar zarah sekalipun.

Setelah hampir 2 minggu tidak bertemu, para jemaah berkongsi tips untuk menaikkan iman. Antaranya ialah:

  1. solat yang merehatkan
  2. mengemaskini mutabaah amal
  3. memaafkan orang lain sebelum tidur,
  4. jumpa kawan-kawan yang soleh
  5. zikrullah
  6. ziarah kubur supaya ingat kepada kematian.


Pernikahan adalah satu ilham dari Allah kepada manusia. Manusia normal memerlukan pasangan yang berlainan jantina dalam kehidupannya secara sunnatullahnya. Maka, apabila Allah mengilhamkan kepada kita perasaan untuk bernikah maka Dia juga memberikan kepada kita kuasa untuk memilih seperti mana dalam surah as-Syams ayat 7-10.

Kita sedia maklum bahawa Allah telah memberikan kebenaran kepada syaitan untuk menggoda semua keturunan nabi adam kecuali hanya kepada hambaNya yang ikhlas akan terselamat. Maka kepada hamba Allah yang telah diilhamkan nikah ini, kita haruslah meluruskan niat ikhlas lillahitaala supaya Allah memelihara kita dari godaan syaitan dan membantu kita dengan memberi ruang atau jalan yang halal.

Apabila individu itu sudah dibentuk dengan keimanan kepada Allah, maka apabila mahu bernikah, dia akan mengikut jalan berpandukan al quran dan sunnah. Maka  kita sentiasa perlu  berdoa kepada Allah supaya menemukan dengan pasangan kita dengan cara yang halal dan bernikah atas dasar keimanan dan ketakwaan kepada Allah yang mana akan menghasilkan ketenangan dan  kebahagian. Jika jalan yang ditempuh untuk bernikah sudah salah daripada mula maka ini akan menatijahkan  keluarga yang porak peranda. 

Maka untuk mendapatkan kebahagian rumah tangga lelaki/wanita memerlukan:
1. persediaan sebelum menikah
2. perlukan pasangan yang ingin berkahwin,
3. mempelajari dan memahami dengan jelas ilmu asas seperti:
  • hukum hakam perkahwinan,
  • tahap kesihatan yang baik  
  • faham ilmu komunikasi berkesan antara lelaki dan wanita,
  • tahap kewangan,
  • taktik-taktik hubungan kelamin,
  • tips menghadapi ketegangan rumahtangga,
  • pertarbiyyahan anak-anak

A.  Persediaan sebelum menikah melibatkan persediaan hati dan minda
Persediaan hati:
1. membetulkan niat dengan ihklas untuk beribadah kepada Allah,
2. hati dipenuhi keyakinan dengan janji Allah bahawa jodoh kita sudah dipilih oleh Allah
3. penuhkan hati kita dengan kasih sayang kepada Allah maka kita juga akan menyayangi pasangan  kita lillahitaala.

B.  Persediaan minda:
1. Kita perlu membetulkan mind set kita bahawa hati dan hidayah adalah hak allah. Bila hati pasangan kita dipenuhi oleh cinta Allah maka:
  • segala sifat mazmumah akan terhapus.
  • kita akan deal dengan pasangan melalui hati dengan kasih sayang
  • kita takkan berani untuk melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah dan pasangan kerana kita tahu dia datang dari Allah.


kita juga perlu betulkan mindset kita untuk jadi role model yang baik pada ummah dan masyarakat supaya masyarakat boleh tengok keindahan islam. Kita nak kita adalah khalifah dan abid yang akan dilihat dan dicontohi oleh masyarakat akan kesyumulan islam dalam keluarga.

Untuk merealisasikan sistem perkahwinan dalam islam maka kita kena yakin dan izzah  bahawa sistem perkahwinan islam adalam sistem yang mulia. Jadi kita tidak akan terpengaruh dengan sistem jahiliyyah seperti bercouple kerana couple itu:
-Haram
-Pahala terhakis satu persatu kerana maksiat anggota badan dan hati
-Hilang focus pada pelajaran dan kerja
-Buang masa, tenaga dan duit kerana dia belum pasti menjadi pasangan kita yang halal

Sabda Rasulullah saw : "Wanita dinikahi kerana 4 perkara. Kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang memiliki agamanya, engkau akan bahagia." (HR Bukhari dan Muslim)

Di sini Allah memberi kuasa memilih kepada lelaki. Contoh analogi ayam vs wanita :

Kita mahu membeli ayam mentah yang disembelih dengan nama Allah atau ayam mentah yang mati kerana disuntik? Secara zahirnya, nampak ayam ini macam sama tetapi tidak sebenarnya. Kita mahu membeli ayam mentah yang sihat dan gemuk atau ayam busuk dan tercemar dengan virus? Kita mahu membeli ayam yang sudah tersedia dimasak dengan enak atau masih mentah yang memerlukan masa untuk masak?

Secara fitrahnya sudah tentu kita mahukan ayam yang baik dan berkualiti sahaja, sama seperti wanita/isteri. Sudah tentu kita mahu wanita yang beramal soleh berbanding wanita yang tidak beramal dengan agamanya. Sudah tentu kita mahu wanita yang baik, yang tidak tercemar akhlak dan agamanya dengan sesuatu yang haram. Sudah tentu kita mahu wanita yang sudah ditarbiyah dan dibentuk iman dan takwanya kepada Allah berbanding wanita yang belum ditarbiyah dengan sempurna.

Secara konklusinya : 

Kita perlu membaiki hubungan antara kita dengan Allah, insyaallah Dia akan memberikan pasangan yang terbaik untuk kita.

Apabila segala usaha telah dilakukan dan masih belum bertemu jodoh, maka janganlah berkeluh kesah.
Selalu bersangka baik dengan Allah bahawa Dia sedang merancang sesuatu untuk kita. Sesungguhnya Dia yang Maha Mengetahui waktu terbaik dan dengan siapa kita akan bernikah.

Teruskan istiqamah dalam usaha mempersiapkan diri kita dari segi hati, minda dan fizikal.

Berdoa (al Furqan 25:74)
Serahkan hati kita pada Allah sepenuhnya yakni tawakkal (al Baqarah 2:142) “Milik Allah lah timur dan barat, Dia memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki ke jalan yang lurus”






No comments:

Post a Comment