Kuliah BM (10.2.2014)
Ahlan wasahlan untuk anak-anak Ummi untuk meraihkan pahala dan keberkatan daripada Allah swt. Semoga pertemuan kita pada malam ini dan malam-malam seterusnya ataupun malam yang sebelum ini sentiasa tercatat dalam Luh Mahfuz kita oleh Allah swt dan pada ketika detik yang tertentu perkara itu berlaku dengan cukup mudah. Justeru itu, sentiasalah kita persiapkan diri supaya kita sentiasa dipilih di sisi Allah swt.
Untuk itu tilikan Allah terhadap hati kita dalam setiap detik aliran darah dan degupan jantung kita , sebenarnya Allah sentiasa memberi peluang dan mengkehendaki kita sentiasa mendekatkan diri kepada Allah. Cuma, kuasa yang diberikan oleh Allah kepada manusia iaitu kuasa memilih yang mengakibatkan sama ada kita akan memilih yang baik atau sebaliknya. Namun Allah akan memastikan dan memutuskan dan seterusnya menunjukkan untuk membantu kita, mempermudahkan dan juga memastikan kita sentiasa memilih ketaatan kepada Allah, memilihyang haq berbanding jahiliyah, memilih pahala berbanding dosa, memilih kebaikan berbanding keburukan, memilih kemaslahatan berbanding kemudharatan.
Sekiranya kita ikhlas kerana Allah, maka Allah akan permudahkan segala perjalanan. Sekiranya kita lakukan selain Allah swt, maka sesungguhnya kita telah mengoyakkan atau merobekkan surat ikhlas yang dikehendaki oleh Allah swt. Kita lakukan kerana keterpaksaan bukan kerana cinta kepada Allah sebabnya kita masih kurang kenal Allah swt. Sekiranya kita kenal Allah dengan sebenar-benarnya sebagaimana Allah mengenali kita, roh murakabah akan sentiasa berjaga-jaga dan tertanya-tanya apakah yang aku lakukan ini Allah redhai atau murkai?
Roh murakabah ini adalah roh yang sentiasa berjaga-jaga dalam setiap tindak-tanduk kita, dalam niat kita, dalam aliran/gerakan anggota-anggota kita. Ketundukan kepada Allah swt yang ikhlas akan melahirkan suatu rasa sakinah, rasa ketenangan yang tidak dapat dibeli tapi hanya dengan satu pengorbanan iaitu semata-mata kerana Allah swt. Oleh itu, sama-samalah kita memohon doa supaya kita sentiasa ikhlas kepada Allah.
Pada suatu ketika, ada seorang guru mengatakan kepada anak muridnya, "Mari aku ajarkan kamu suatu ilmu ikhlas." Anak muridnya berkata "Baiklah saya ambil buku dan pen." Gurunya berkata, " Tidak perlu. Bawakan satu guni dan mari kita pergi ke pasar." Dalam perjalanan ke pasar, mereka melalui jalan yang berbatu, dipenuhi dengan batu. Kemudian guruya berkata, "Sekarang kamu kutip batu-batu besar dan masukkan ke dalam guni yang kamu bawa itu." Tanpa banyak soal, anak murid itu melakukan seperti apa yang disuruh. Setelah guni itu berat, murid itu bersuara, "Adakah sudah cukup?" Guru berkata, "Belum! Penuhi guni ini dengan batu-batu" Kemudian mereka berdua sampai di pasar namun mereka berdua tidak beli apa-apa, sebaliknya hanya membawa guni berat yang dipenuhi dengan batu-batu. Murid bertanya "Tuan Guru, kita tidak membeli di sini?" Guru berkata, "Bukankah guni kamu sudah penuh?" Setelah sampai di rumah, anak murid meletakkan guni itu dan berkata, "Apa kaitan guni dan batu-batu ini dengan ikhlas?Penat adalah!" Gurunya berkata, "Batu-batu itu umpama amalan-amalan kamu yang riak, amalan banyak tetapi diiringi dengan riak dan dilakukan kerana keterpaksaan. Oleh itu, amalan yang kamu lakukan itu tidak ikhlas. Hanya berat dan kepenatan yang kamu dapat dan kamu tidak dapat apa-apa di sisi Allah."
Pengajaran manusia yang beramal tetapi tidak ikhlas
1. Beramal dan mengharapkan pujian. Mereka terpaksa hidup dalam bermuka-muka
2. Akan rasa terseksa di dunia dan akhirat
Surah Al-Bayyinah ayat 5
"Padahal mereka hanya diperintah menyembah Allah, dengan ikhlas mentaatiNya, semata-mata kerana (menjalankan) agama dan juga agar melaksanakan solat dan menunaikan zakat dan yang demikian itulah agama yang lurus (benar)"
Dengan membina hubungan dengan Allah swt melalui solat yang didirikan tanpa rasa riak, tanpa ingin menunjuk orang betapa khusyuknya solat kita. Ketika solat kita berhadapan dengan Allah, sekiranya kita memikirkan perkara-perkara yang lain maka akan robohlah keikhlasan kita kerana Allah swt.
Dalam ubudiyyah, kita menegakkan addin dalam kehidupan kita. Kita memerlukan perhubungan sesama manusia maka zakat merupakan salah satu cara untuk menjalankan amanah Allah sesama manusia. Sedekah dapat menyucikan kita.
Hidayah hanya akan masuk ke dalam hati manusia yang dibuka untuk menerima hidayah Allah. Maka kita mestilah dipenuhi dengan sifat ini :
1. Keikhlasan
2. Yakin dengan Allah
3. Penuhi hati dengan kasih sayang
Kepada seluruh penduduk bumi Allah swt ini, bagaimanakah keluarga yang dikehendaki oleh Allah? Sekiranya kita yang bertaqwa ini tidak mempunyai ciri-ciri qudwah hasanah (contoh yang baik), apa lagi yang diharapkan oleh ummah untuk mendapat contoh keluarga muslim yang terbaik di sisi Allah? Jika kita tidak menunjukkan contoh yang baik pada ummah, siapa lagi? Bagaimana kita mahu bantu ummah yang sedang tenat di luar sana? Daripada keluargalah yang membantu manusia untuk memahami tujuan hidup di bumi Allah swt. Sekiranya kedua ibu bapa kita tidak dapat mengenalkan kita kepada Allah, itulah tanggungjawab jemaah untuk membantu manusia supaya mereka tahu tujuan hidup mereka.
Sistem kekhalifahan manusia bermula daripada keluarga. Keluarga merupakan asas kehidupan yang bersih di sisi Allah, melalui perkahwinan, melalui cara yang halal di sisi Allah. Hidup diberkati dan diredhai Allah. Dua kalimah syahadah menjadi tuntutan Allah swt, bermula daripada keluarga.

No comments:
Post a Comment