Kuliah
Baitul Muslim 23/04/13 (5.50pm- 7.30pm waktu russia)
Kita
hendaklah terus mengucapkan kesyukuran tanpa rasa jemu, tanpa rasa
cukup.
Hubungan
ketaatan kepada Allah adalah rasa rendah diri , rasa sayang , rasa
cinta kepada Allah taala, dan dapat merasa hubungan yang intim dengan
Allah. Itu merupakan satu kebahagiaan yang hakiki.
Hamba-hamba
yang terpilih akan sentiasa menyediakan persiapan untuk bertemu Allah
swt dan Allah sentiasa memilih hamba-hamba yang mahu dekat
kepada-Nya.
Cuma
kadang-kadang dalam perjalanan untuk mendekatkan diri kepada Allah
ada tarikan-tarikan yang mengalihkan pandangan kita dan menjadikan
kita hilang fokus. Lantas, tarikan-tarikan dunia itu mengalih
pandangan fokus kita kepada Allah di hadapan.
Kadang-kadang,
terdapat suara-suara yang menarik, yang merdu, yang menyebabkan hati
kita tergoda dan kita mengalihkan perhatian kita daripada Allah untuk
menghayati keasyikan suara merdu itu.
Ucapkan
kesyukuran kepada Allah jika kita mendapat ibu bapa yang muttaqin
sehingga anak-anak dipilih utntuk berada dalam kuliah pada hari ini.
Dipilih khas dari Allah untuk mendapat sentuhan iman.
Orang
yang bertaqwa kepada hari akhirat, pemegang passport akhirat
mengetahui bahawa kehidupan di dunia ini hanya sementara, insyaAllah
akan menghargai setiap detik kehidupan, sentiasa melakukan amal soleh
tanpa membazir sedikit pun waktu.
Kita
mengharapkan syafaat, agar kita dikenali oleh Rasulullah saw sebagai
umat yang sentiasa mencintai Allah, rasulNya dan kepada ibu bapa kita
yang memperkenalkan kita kepada Allah dan rasulNya.
Ingkarlah
kepada suruhan ibu bapa yang mahu kita melakukan mungkar. Namun,
pergaulilah ibu bapa kita dengan pergaulan yang baik.
Jangan
biarkan kita menjadi penyebab air mata ibu bapa kita kerana jika
demikian berlaku, kita akan terpaksa membayar balik air mata itu
dengan amalan soleh kita, nauzubillah..
Tanamkan
dalam hati kita doa agar di detik terakhir kehidupan ibu bapa kita,
kitalah yang akan menjadi orang yang akan menyebut kalimah 'Laailaha
illallah, Muhammadur rasulullah' untuk mereka ucapkan semasa
datangnya sakaratul maut sebelum mereka kembali dalam dakapan cinta,
dan agar kita saling bertemu semula di depan pintu syurga.
Tilawah
(ar Rum 30: 54-56)
Suruhan
Allah supaya kita amalkan. Sekiranya larangan, kita nilai balik diri
kita adakah kita masih melakukan larangan Allah ini. Buanglah rasa
ragu-ragu, rasa berat hati kerana Allah bermaksud mahu menaikkan
darjat kita.
“Allah-lah
yang menciptakan kamu dari keadaan yang lemah, kemudian Dia
menjadikan (kamu) setelah keadaan lemah itu kuat, kemudian Dia
menjadikan kamu setelah kuat itu lemah (kembali) dan beruban. Dia
menciptakan apa yang Dia kehendaki. Dan Dia Maha Mengetahui, Maha
Kuasa.
Dan
pada hari ketika terjadinya kiamat, orang yang berdosa bersumpah
bahawa mereka berdiam (dalam kubur) hanya sesaat (sahaja). Begitulah
dahulu mereka dipaling (dari kebenaran).
Dan
orang-orang yang diberikan ilmu dan keimanan berkata (kepada
orang-orang kafir), “sungguh, kamu telah berdiam (dalam kubur)
menurut ketetapan Allah, sampai hari berbangkit. Maka inilah hari
berbangkit itu, tetapi (dahulu) kamu tidak meyakini(nya).”
(30:54-56)
Kita
lahir sebagai anak kecil, yang lemah, kemudian kita menjadi kuat
tetapi kemudiannya kita menjadi tua dan lemah kembali. Pada masa itu,
kita akan memerlukan anak-anak untuk membantu kita.
Bayangkan
sewaktu kiamat, bumi meletup, bintang-bintang berguguran, bayangkan
apakah keadaan kita pada masa itu. Orang yang di dalam kubur akan
merasa betapa sebentarnya dunia. Pada masa itu, kemaafan dari orang
zalim tidak akan diendahkan oleh Allah taala. Kerana kita masih boleh
tidur dengan lena walaupun melakukan kemaksiatan. Kita tidak menutup
hari kita dengan taubat. Kita hendaklah menggunakan masa kita yang
ada untuk sentiasa beramal soleh, mempertingkatkan amalan soleh.
Allah mengembalikan ruh kita pada setiap pagi untuk melihat adakah
kita tergolong dalam golongan hambaNya yang mahu bertaubat, pulang
kembali kepada Allah.
Sama-samalah
kita melawan nafsu syahwat kita supaya kita menjadi yang terdepan
dalam berinteraksi dengan Allah swt. Jika kita berjaya memerangi
nafsu syahwat kita dalam kalangan manusia, kita akan menjadi yang
terkedepan dalam interaksi dengan Allah.
Lawanlah
nafsu kita selama 1 hari, insyaAllah darjat kita akan terangkat
sebanyak 2 darjat. Orang-orang yang mulia melawan nafsu mereka
sehinggalah Allah mengangkat darjat mereka. Mereka melakukannya dalam
masa yang lama, bukan sehari, bukan 2 hari.
Contoh
saidina Ali telah dipilih oleh Allah untuk menjadi pengganti baginda
di katil di saat pembesar-pembesar Quraisy mahu menyerbu masuk untuk
membunuh baginda Rasulullah. Itulah saat terindah bagi Saidina Ali.
Asma binti Abu Bakar pula yang berumur 23 tahun, dalam keadaan
mengandung, membawa makanan untuk Rasulullah dan Abu Bakar. Mereka
yang membantu Rasulullah dalam peristiwa besar hijrah adalah
pemuda-pemudi. Bagaimana pula dengan kita?apakah sumbangan kita untuk
Islam? Adakah kita masih berlazat-lazat dengan makanan yang enak?
Sekiranya
kita menginginkan Allah swt, jalannya sudah jelas. Ingat, kita akan
mati. Yang penting, kita hendaklah sedar bahawa Allah menciptakan
kita untuk menjalankan tugas sebagai seorang abid, dan seorang
khalifah. Tentukan hala tuju perjalanan kita di akhirat pada hari
ini. Sebagaimana Sultan Muhammad Al-Fateh setelah mendengar hadis
Rasulullah yang bercerita tentang ciri-ciri panglima dan tentera yang
menakluki kota Konstatinopel, terus dia berazam dan menjadikan solat
malam sebagai amalan. Seterusnya, kita tahu akhirnya dia berjaya!
Oleh
itu, tundukkanlah syaitan. Ia akan melajukan langkah kita menuju
Allah swt setelah kita berjaya mengawal nafsu kita. Ketahuilah setiap
orang mahukan kebahagian namun kebahagiaan yang hakiki adalah bahagia
di akhirat kelak. Jika kita cuba membahagiakan orang lain, kita akan
bahagia. Jika kita cuba mencari kebahagiaan dengan melakukan maksiat,
kita akan menderita. Tidak ada kebahagiaan di dunia yang sempurna.
Setiap bahagia di dunia akan ada cacat celanya. Ini kerana Allah mahu
kita mendambakan kebahagiaan di akhirat yang sempurna. Contoh, kita
bahagia makan makanan yang enak, selepas itu mungkin kita akan sakit
perut, atau kekenyangan yang amat lalu tidur kemalasan. Nampak kan di
sini, kebahagiaan kita makan diiringi dengan cacat cela iaitu sakit
perut atau ketiduran dalam malas.
Kita
hendaklah berdoa supaya setiap perkataan dan perbuatan kita di dunia
akan membawa kepada kebahagiaan kita di akhirat. Kita hendaklah
memanfaatkan ilmu, harta dan kesihatan untuk memastikan kita ada
bekalan untuk menuju akhirat.
Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment