Tuesday, April 16, 2013

Tawadu’ dan Takbur.


Kuliah baitul muslim
11 April 2013

Assalamualaikum wbt. 
Alhamdulillah,
Mudah-mudahan Allah akan memudahkan perjalanan kita semua ketika berhadapan dengan Allah swt kelak.Mungkin kita rasa sesuatu amalan itu kecil sahaja  tetapi jika kita ikhlaskan diri,inshaAllah Allah akan memberikan keberkatan kepada kita di akhirat kelak.

Sesungguhnya suasana yang paling penting di akhirat kelak ialah ketika kita menuju kepada Allah swt. Bayangkan setiap individu sepanjang hidupnya akan diadili oleh Allah. Sekiranya kita di dunia ini mudah untuk menyahut seruan Allah swt, mudah untuk mendekatkan diri kepada Allah, tidak bakhil waktu kita untuk Allah. 

Berusaha membersihkan hati kita untuk Allah agar hanya ada Allah di dalam hati kita dan seterusnya kita berdoa kepada Allah agar dalam setiap keadaan kita melihat sesuatu atau kita menerima apapun yang berada dihadapan kita,apa yang ditakdirkan akan berlaku dan apa yang Allah ambil daripada kita dengan neraca Allah swt.

Hatta dalam pembacaan Al -Fatihah pun kita sentiasa meminta pada Allah swt supaya kita sentiasa berada diatas jalan yang lurus. Salah satu permohonan kita terhadap hidayah daripada Allah ialah kita memohon agar dapat membezakan yang haq daripada yang batil iaitu disebut sebagai hidayah bayan.

Sekiranya kita tidak mendapat  hidayah bayan ini kita akan mencampurkan antara yang haq dan yang batil.Apabila yang haq bercampur dengan yang batil ianya tetap akan menjadi yang batil kerana yang haq itu hanya berdiri dengan sendirinya.Yang haq tetap haq.Tidak ada jalan tengah antara haq dan batil.Amat penting untuk kita meminta supaya diberikan hidayah untuk membezakan yang haq dengan yang batil dengan sejelas-jelasnya agar kita dapat memberikan komitmen yang sepenuhnya terhadap yang haq dan meninggalkan yang batil

Seterusnya ialah hidayah taufiq. Kadangkala kita cukup tahu yang haq dan yang batil tetapi untuk kita bergerak,melakukan sesuatu dan mengejar yang haq itu kita perlu memahami kebenaran tersebut .Apabila kita memahami kebenaran itu kita akan bertindak selari dengan apa yang Allah hidayahkan kepada kita.

Apabila kita mengenali yang haq itu kita akan mencintai yang haq itu dan kita akan rasa kecewa,gundah gulana dan berputus asa sekiranya kita tidak mampu meberikan komitmen kita kepada kebenaran.Sekiranya kita meninggalkan perintah Allah dan kita berasa bersalah dan menggerakkan hati kita untuk bertaubat kepada Allah itulah hidayah daripada Allah swt.sekiranya kita ikhlas Allah akan kurniakan hidayah taufiq ini kepada kita.

Setiap waktu yang kita lalui allah akan memberikan kasih sayangnya kepada kita,adakah kita merasai kasih saying Allah itu?Adakah kita menyambut pemberian kasih saying Allah swt.?

Dalam surah al-bayyinah ayat 4-5 Allah telah berfirman:

‘Dan tidaklah terpecah belah orang-orang ahli kitab melainkan setelah datang kepada mereka bukti yang nyata’
‘Padahal mereka hanya diperintah meyembah Allah,dengan ikhlas menaatiNya semata-mata kerana (menjalankan) agama,dan juga agar melaksanakan solat dan menunaikan zakat dan yang demikian itulah agama yang lurus (benar)

Semoga kita sentiasa meminta pertolongan kepada Allah daripada gangguan syaitan yang boleh menakluki hati manusia dan seterusnya kita dapat mengabdikan diri kita dengan sebenar-benarnya kepada Allah.

Bagaimana syaitan boleh menakluki hati manusia?

Hati laksana benteng, yang berpagar dan mempunyai pintu. Penghuni di dalamnya adalah akal. Para malaikat sering berjaga di kawasan benteng itu tetapi disitu juga akan ada tempat bersembunyi yang akan didiami syaitan. Peperangan akan sentiasa berlaku antara akal,syaitan dan nafsu. 

Syaitan tidak pernah berhenti mencari helah dan waktu untuk menyerang, maka penjaga hendaklah mengetahui berapa bilangan pintu kota dan bagaimana menangani kemaraan  musuh.Kota ini akan diterangi dengan zikir, diamalkan dan menjadikan padanya cermin yang akan menerbalikkan setiap yang melaluinya. 

Syaitan dan angkatannya akan berusaha mencari helah antaranya akan mewujudkan asap. Kepulan asap akan menjadikan suasana gelap sehingga pengawal tidak nampak apa yang berlaku.Asap ini juga akan melekat pada cermin yang akan menjadikan kita tidak nampak ‘image’ yang sebenarnya. Istiqamah & zikir mampu mebersihkan cermin dan menjadikannya reflektif semula.’

Pertarungan sengit sentiasa akan berlaku dalam diri kita.semakin kuat diri kita,semakin dasyat cabaran yang harus ditempuhi.kadangkala angin kencang bertiup menyemarakkan asap hingga para penjaga terlepas musuh dan masuk ke dalam penghuninya iaitu aqal.

Sama-sama kita berdoa semoga aqal kita sentiasa terjaga,diterajui dengan iman dan taqwa kepada Allah swt.kita ada Allah,Allah yang menciptakan kita,Maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita dan apa yang mampu kita lakukan untuk melawan gangguan syaitan dan dorongan nafsu.

Sifat tawadu’ yang telah disyariatkan oleh Allah swt didalam al-Quran

Untuk kita menjalani kehidupan diatas muka bumi Allah ini kita kena mempelajari dan mengajar orang lain agar hidup dalam tawadu’kepada Allah swt

Apakah yang dikatakan dengan tawadu’yang diberitahu oleh Allah swt dan Rasul?

Al-baqarah;77-80
Dan tidakkah mereka tahu bahawa Allah mengetahui apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka nyatakan’
‘Dan diantara mereka ada yang buta huruf,tidak memahami kitab (Taurat) kecuali hanya berangan-angan dan mereka hanya menduga-duga’
‘Maka celakalah orang-orang yang menulis kitab dengan tangan mereka (sendiri) kemudian berkata,’ini dari Allah’(dengan maksud) untuk menjualnya dengan harga murah.Maka celakalah mereka,kerana tulisan tangan mereka,dan celakalah mereka kerana apa yang mereka perbuat’
‘Dan mereka berkata,’neraka tidak akan menyentuh kami,kecuali beberapa hari sahaja.’Katakanlah,’sudahkah kamu menerima janji dari Allah sehingga Allah tidak akan mengingkari janjiNya ataukah kamu mengatakan tentang Allah,sesuatu yang tidak kamu ketahui.’

Kita tidak dapat bersembunyi daripada Allah swt.apa yang kita lafazkan atau apa yang kita simpan didalam hati Allah Maha Mengetahui.

Orang2 kafir,yahudi dan nasrani mengada-adakan kitab yang baru,yang menyalahi kerana mereka hanya mengambil sebahagian yang bertepatan dengan apa yang mereka mahukan,dan menulisnya kembali mengikut kehendak mereka dan mereka mengatakan itu datangnya daripada Allah.ini merupakan hamba-hambaNya yang kufur dan enggan mentaati Allah swt.

Apabila dibacakan kepada kita ayat tentang orang-orang yang kafir,kita minta kepada Allah supaya kita tidak akan terjadi seperti mereka.belajarlah tentang islam dan kebenaran agar kita tidak tergolong seperti mereka.

Tawadu’

Apakah yang bertentangan dengan tawadu’ untuk kita mengenal apakah itu tawadu’?
Yang bertentangan dengan tawadu’ ialah sifat takbur

Sabda rasulullah saw
‘Takabur ialah menzahirkan kebencian terhadap kebenaran dan memperlekehkan manusia lain’

Kebenaran datang daripada Allah swt.akibatnya apabila kita benci kepada kebenaran bermaksud kita juga benci akan Allah swt dan membenci apa yang Allah wahyukan kepada kita melalui rasulullah saw.

Hasil daripada keimanan kepada Allah akan melahirkan hubungan yang baik sesama manusia. Apabila kita telah ada dua aspek seperti yang dinyatakan diatas, iaitu tidak menjaga hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia,kita telah memiliki sifat takbur.

1) Takbur terhadap kebenaran

Hadis Rasulullah saw;
‘Orang mukmin adalah seperti unta yang sentiasa patuh manakala orang munafik adalah hina’

Tawadu’ ialah tunduk dan patuh kepada kebenaran dan menerima sesiapa sahaja yang menyatakan tentang kebenaran.Yang penting ialah kebenaran yang sampai kepada kita bukan kepada manusia yang berpegang kepada kebenaran tersebut.

sesungguhnya kebenaran tidak dikenali dengan manusia tetapi kenalilah kebenaran nescaya engkau akan mengenali ahlinya’

Kalau kita menjadikan manusia sebagai ukuran kepada kebenaran, kita tidak akan dapat membezakan mana yang haq dan yang batil

Jangan kita tertipu dengan pandangan kita sehingga kita melakukan penilaian yang salah. Apabila ingin mengatakan sesuatu hendaklah berdasarkan hujjah yang jelas daripada Al-quran dan As-sunnah.kita perlu sentiasa tawadu’terhadap hal2 yang berkaitan dengan agama.kita tidak sepatutnya mewujudkan ruang yang boleh melahirkan perselisihanPerkara yang jelas yang melibatkan Al-quran dan hadis kita tidak boleh sanggahkan dengan aqal kita.

2) Takbur sesama manusia

Janganlah kita memperlekehkan sesama manusia yang lain.

Sabda Rasulullah saw
sesungguhnya Allah telah mewahyukan bahawa hendaklah kamu tawadu’hingga kamu tidak berbangga-bangga atas orang lain dan tidak menganiayai orang lain’

Keindahan tawadu’ hanya akan dirasai apabila... 
  • Meredhai muslim yang lain sebagai saudara kita dan tidak bermegah diri dan merasai kita lebih hebat daripada orang lain
  • Menunaikan haq walaupun kepada musuh, bersedia memaafkan kesilapan orang lain. InshaAllah seandainya kita mudah memaafkan kesilapan orang lain,keampunan Allah kepada kita akan lebih berlipat ganda.


Bagaimana untuk kita mengesan virus takbur dalam diri kita?

1) Cara kita berjalan
Adakan kita berjalan dengan lagak yang sombong dan tidak mempedulikan orang lain?
Adakan kita sentiasa hendak melarikan diri daripada manusia ketika berjalan?

2) Mencari peluang untuk melakukan kerosakan dimuka bumi
-kita tidak mengendahkan nasihat orang lain dan kita bersikap angkuh terhadap perkara yang benar

3) Cara percakapan kita
-adakah percakapan kita percakapan yang melulu dan tajam?.Allah tidak suka terhadap orang yang berlebih-lebihan, ingin menunjukkan kefasihan percakapan.

4) Memakai pakaian tertentu dengan niat untuk bermegah-megah dan menunjuk-nunjuk kepada manusia

5) Gemar untuk mendapatkan penghargaan dan pujian manusia. Mudah untuk rasa kecewa andai orang tidak menghormati percakapan kita.

6) Berasa bangga apabila mendahului orang lain ketika berjalan, dalam perbualan atau ketika berada di dalam majlis

Sabda Rasulullah saw:
Sesungguhnya sesiapa yang menyukai orang yang menghormatinya maka dia telah menempatkan dirinya didalam api neraka.

No comments:

Post a Comment