Thursday, April 11, 2013

3 Teras Kepada Sistem Akhlak dalam Islam


Kuliah Baitul Muslim 
9 April 2013

Alhamdulillah, kesyukuran kepada Allah, menikmati keindahan hidup dimuka bumi Allah taala, menikmati apa yang Allah anugerahkan, mengabdikan diri, melaksanakan tugasan kepada allah, munajat cinta 5 kali sehari semalam, solat seharian. Allah syariatkan kepada kita, dan Allah memberi peluang kepada kita, sebagai khalifah di muka bumi Allah, bumi yang Allah ciptakan khas, yang Allah tundukkan, memberi keperlukan kepada manusia. Allah memberi tanpa mengharap balasan, dan membayar balik, dan mensyariatkan, kebaktiaan. 

Allah mengharapkan kita melakukan pengabdian, kebaktian, untuk mengolah apa yang dikurnia, untuk beribadah dan tunduk kepada Allah, ganjaran berbalik kepada kita. Sebaliknya, Allah akan memberi hukuman, terhadap sesiapa yang ingkar perintah Allah taala, manusia yang membinasakan diri / kerana tidak mahu akur /tunduk dan taat.

Doa itu ibadah.

Doa itu adalah ibadah. Allah berfirman – Doalah kepadaKu, nescaya akan Aku perkenanan kepada kalian. Doa itu pintu kepada keampunan. Allah itu Maha Kaya. Apabila kita berdoa, Allah tidak akan kurang sedikit pun kekayaanNya

Tingkatan Taqwa terbahagi kepada 5 menurut Imam al Kalbi dalam tafsirnya:
1. Takut kepada kufur. Ini merupakan Makam Islam.
2. Takut melakukan maksiat – Makam taubat.
3. Takut syubhah  - Makam wara’
4. Takut melakukan yang harus – Makam Zuhud
5. Takut terfikir selain dari Allah – Makam ihsan yang tertinggi di sisi Allah. 

Nilai semula. Adakah antara taqwa ini di dalam hati kita? Sekiranya kita tidak takut untuk melakukan maksiat dalam sehari, terhapuslah makam taubat kita. 

Berusaha untuk dekatkan diri pada Allah kerana Allah akan menyahut apa yang kita minta, lambat ataupun cepat bergantung pada keizinan dari Allah. Al-Baqarah 186 – Allah menyahut doa orang berdoa. Sama-sama memohon doa pada Allah swt. 

Dari Abu Hurairah:
“Tiada sesuatu yang mulia di sisi Allah daripada berdoa”

Jangan kita berputus asa daripada Allah. Doa itu merupakan satu permohonan atau perhubungan antara Allah dan hambaNya. Jadikan ia satu semangat dan motivasi untuk terus hidup di muka bumi. Doa juga mengelakkan kita dari menjadi sombong. Kita masih sombong, kedekut, berbelah bahagi dengan masa dan harta untuk berkorban di jalan Allah. Jadi, lakukan ketaatan kepada Allah tanpa berkira, InsyaAllah Allah akan memudahkan untuk memakbulkan doa kita. 

Solat itu merupakan satu bentuk doa. Khusyuk kita di dalam solat meletakkan kita di makan yang tertinggi di sisi Allah. 

Tafsir At-Taubah:  100-105 

Ciri-ciri Hamba-hamba Allah yang diredhai di sisi Allah. 

Sekiranya mereka taat kepada Allah, sama ada muhajirin ataupun ansar, Allah redha kepada mereka dan mereka redha kepada Allah. Allah menyediakan kepada mereka syurga-syurga yang di bawahnya sungai yang mengalir. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. 

Dan di antara orang Arab Badwi, ada antara mereka yang munafik. Mereka keterlaluan dalam segala benda. Orang-orang munafik seperti orang Islam, di hadapan orang islam mereka berkata ‘aku beriman kepada Tuhanmu’. Tetapi di hadapan orang kafir mereka mengatakan -  ‘Sesungguhnya aku hanya berpura-pura di hadapan orang beriman’.

Orang munafik semakin banyak sekiranya Islam semakin hebat. Kita tidak tahu mengenai mereka. Tapi Allah swt tahu. 4 Ciri Munafik. 
  • Apabila bercakap, mereka berbohong.
  • Apabila diberi amanah, mereka khianati.
  • Sekiranya berjanji, mereka mungkari.
  • Apabila berdebat, berdebat berlebihan. Mereka suka sangat bertikam lidah dan memutar belit perkataan sehingga ramai yang ragu-ragu.


Allah mengetahui dan Allah memberitahu kepada Rasul. Kita minta dari Allah supaya Allah jaga kita dari taktik dan strategi munafik. Ciri2 mereka ada, tapi kita tidak boleh menuduh mereka. Semoga allah menjaga kita dari golongan munafik ini.

Dalam masa yang sama, ada golongan yang berdosa dan bertaubat berkali-kali. Semoga Allah menerima taubat mereka. 

Allah juga menyeru kepada pengambilan zakat untuk membersihkan dan menyucikan hati mereka. Ayat ini (9: 103) boleh digunakan apabila kita berjumpa dengan orang yang gila ataupun anak yang kuat menangis, bacakan di telingan kiri sebagai doa.

Sekirnya kita keluarkan. zakat 2.5% adalah hak orang miskin, orang baru masuk islam, anak yatim dan sebagainya. Kadang-kadang ia menjadi berat, sekiranya kita tidak keluarkan di dunia, Allah akan menuntut di akhirat. Allah akan mangambil pahala kita di akhirat dan beri kepada golongan ini.

Amalkan sedekah. Senyum itu juga sedekah. Sedekah jariah akan dibawa apabila kembali kepada Allah. Sekiranya belum bernikah, kita tidak punyai anak – doa dari anak yang soleh tidak dapat. Sedekah kepada orang miskin? Tidak dibuat. Apa yang tinggal – ilmu yang dimanfaatkan. Sekiranya tidak diamalkan, simpan pada diri sendiri atau dalam nota kerana kita rasa malu? Tak layak? – Hilanglah ketiga-tiga sumber pahala kita di dalam kubur nanti. 

Amalan pula, sekiranya kita bercerita pada orang, terhapus pahala amal kita kerana apa? Kerana kita tidak ikhlas. Sekiranya kita meninggal dunia selepas ini? Apa yang kita bawa?

Rasakan di dalam amal, rasakan setiap kali sujud itu merupakan sujud yang terakhir kepada Allah. Sentiasa bergantung pada Allah, sentiasa be postitive pada Allah. Rasakan kemanisan iman itu.

Walaupun umur kita panjang, kita disibukkan dengan dunia. Doa pada Allah, janganlah Allah letak dunia pada hati kita. Doa supaya allah letak dunia pada tangan kita supaya kita dapat mengolah dunia itu agar kita masuk ke syurga – menjadi abid dan khalifah di muka bumi. 

3 teras kepada sistem akhlak dalam Islam

Kumpulan-kumpulan dorongan yang menjadi tindakan. Dan tindakan itulah yang akan menjadi tindakan baik atau buruk. 
  • Ikhlas
  • Benar (Siddiq)
  • Sabar

10 Bidang dalam Benar.

  1. Benar dalam ikhlas kepada Allah.
  2. Benar dalam cinta kepada Allah
  3. Benar dalam takut dan taqwa kepada Allah
  4. Benar dalam wara’ kepada Allah. Wara’ – keluarkan diri dari perkara syubhaH
  5. Benar dalam tawakal kepada Allah – Bergantung dan berlapang dada pada Allah. Berasa yakin dengan apa yang Allah tetapkan. Itu merupakan satu suratan, bukan satu kebetulan
  6. Benar dalam haiya’ kita kepada Allah. Kita berasa malu pada Allah – kita akan menjaga semua larangan Allah daripada kita lakukan. Kita yakini bahawa Allah sentiasa pandang kita. Mukmin yang haiya’ akan merasa terlampau banyak nikmat yang Allah kurniakan tetapi terlalu sikit kita beryukur. 
  7. Benar dalam mensyukuri nikmat Allah – Mukmin yang sedar terhadap kecuaian dari perintah Allah kerana terdapat banyak nikmat yang Allah beri.
Syukuri nikmat Allah dalam 3 bentuk.
Dengan hati. Yakini bahawa nikmat semua itu dari Allah dan tidak dari selainNya – Keyakinan!
Lisan. Menyebut-nyebut kebaikan Allah. Ingat dan memperbesar nikmat Allah kepada kita.
Anggota. Tidak menggunakan satu pun anggota badan kita untuk melakukan maksiat. Menggunakan anggota untuk melakukan ibadah.

Mukmin yang benar dalam mensyukuri adalah mukmin yang beramal. Kita beramal bukan kerana ingin masuk syurga. Tetapi kita beramal sebagai satu cara untuk mensyukuri nikmat Allah. Beryukur merupakan satu nikmat dari Allah kerana bukan semua orang dapat merasa nikmat beryukur itu.

8. Benar dalam zuhud kepada Allah – Apabila kita takut terhadap perkara-perkara harus, maka kita telah mencapai ke makam zuhud. Zuhud: Apabila kita mendapat sesuatu kita tidak terlalu gembira, apabila kita kehilangan sesuatu kita tidak terlalu berduka cita. 

9. Benar dalam redha kepada Allah. Kadang kala kita kata kita redha tapi masih mengungkit, merungut, dan complaint. Sekiranya kita boleh tawakal, zuhud, dan cinta kepada Allah, kita redha kepada Allah. Berjaya dan gagal dalam peperiksaan atau sebarang ujian adalah sesuatu yang telah ditetapkan kepada kita. Allah telah tetapkan yang terbaik buat kita. Namun kadang kala kita selalu memandang ia sebagai buruk. Mengapa? Kerana kita melihat dari neraca kita. Jika dari neraca Allah, ia merupakan yang terbaik buat kita. (At taubah: 100)

10. Benar dalam bertaubah kepada Allah. Bertaubatlah kepada Allah dalam sebenar-benar taubat. Orang mukmin yang menyesali kesalahannya, bertaubat dan berusaha untuk tidak mengulanginya. Orang mukin yang sentiasa takut jika taubatnya yang pertama dilakukan tidak benar-benar ikhlas dan sentiasa berusaha mengulangi taubatnya. Sentiasa bertaubat sekerap mungkin. 

SABAR - Menahan Diri

- Sabar dalam ketaatan
- Sabar dalam kemaksiatan
- Sabar dalam menghadapi kesukaran

Sabar dalam melakukan ketaatan kepada Allah walau dalam apa keadaan yang menimpa kita. Al imran: 200. Kita berusaha melakukan amal fardhu dalam keadaan susah atau senang, kaya atau miskin, sihat ataupun sakit. Solat, puasa, zakat. 

Sabar dalam meghadapi semua larangan Allah. Larangan itu dikelilingi dengan benda-benda yang indah. Yang menjanjikan keseronokan. Kita perlu elakkan diri kita dari semua larangan Allah. Sebagai contoh, berzina. Dapat dielak oleh perempuan dengan memakai pakaian menutup aurat. Itu yang membezakan kita sebagai muslim yang punyai identiti sendiri. Didik diri. 

Sabar dalam mengerjakan amalan- amalan sunat. Sekiranya kita lakukan perkara fardhu, Allah akan suka. Jika kita berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk lakukan perkara sunat, Allah akan cintai kita. 

Sabar dalam menerima kebenaran. Janganlah menjadi golongan yang menentang agama Allah. Doa agar Allah beri kesabaran dalam menerima kebenaran. Mengikuti syariat Islam dengan sempurna. 

Sabar dalam hadapi ujian dan kesulitan di jalan Allah. Meninggalkan rasa keluh kesah terhadap Allah, hanya boleh mengadu agar mendapat kekuatan kepada Allah. 

No comments:

Post a Comment