Kuliah BM
Fasa 1 (12/2 2013)
Assalamualaikum wbt.
Bismillahirrahmanirrahim.
Marilah
sama-sama mengucapkan kesyukuran kepada Allah kerana minggu ini Allah telah
memberi kita kelapangan untuk kita bertemu lagi. Moga Allah akan memberi
ketenangan pada jiwa kita. Pertamanya, kita hendaklah memfokuskan segala niat
kita, kerana Allah swt. Kedua, kita perlulah memperbetulkan niat kita, dan
memohon kepada Allah swt untuk kita sentiasa istiqamah dan juga berada di dalam
suasana ubudiah kepadaNya, paling-paling minima mengurniakan kita akhlak yang
baik dan berada di dalam kuliah ini dengan niat yang ikhlas untuk menyucikan
diri dari sifat-sifat mazmumah dan perkara-perkara yang dimurkai Allah. Moga
usaha-usaha kecil ni diterima sebagai amalan soleh di sisi Allah swt. Sesungguhnya amalan soleh yang kecil itu jika
dilakukan dengan banyak, insyaAllah akan mengilap keikhlasan kita.
Tilawah dan
tadabur
10 kerja-kerja
batin ketika kita bermuamalah dengan Al-Quran (Ihya’Ulumuddin, Imam Ghazali):
- Memahami keagungan firman Allah. Memahami keutamaan Allah, kelembutan Allah kepada makhluknya menurunkan Al-Quran dari arasy yang tinggi.
- Merasai keagungan, kebesaran dan kekuatan Allah swt.
- Menghadirkan hati dan membuang jauh bisikan-bisikan yang menganggu kita; rasa malas, penentangan, kesusahan.
- Tadabur dan meresapkan makna ayat Quran ke dalam jiwa kita. Tiada gunanya ibadah yang kering kerana kering tadaburnya.
- Berusaha untuk memahami isinya.
- Membuang hambat-hambatan yang boleh menganggu pemahaman kita.
- Merasakan Al-Quran sedang berbicara dengan kita.
- Memberikan pengaruh kepada jiwa. Selepas mendengar ayat Al-Quran, jiwa kita berada dalam kondisi yang berbeza dari sebelumnya.
- Menghayati bahawa ketika Quran dibacakan, kita sedang berdialog dengan Allah.
- Melepaskan diri dari rayuan sekelililing dan konsentrasi kepada diri sendiri dengan kaca mata redha dan jiwa yang bersih.
Al-Ahzab, 12-24
Surah ini
mengisahkan orang-orang yang sama-sama berada di dalam golongan yang beriman
dan bertakqwa kepada Allah, namun hati mereka ada penyakit, iaitu orang munafik.
Asbabun nuzul ayat 12 ini, ialah ketika peristiwa perang Ahzab. Perang ini
merupakan perang di mana orang-orang Quraisy Mekah bersekutu dengan
kabilah-kabilah lain untuk menentang umat Islam di Madinah. Mereka telah mengepung kota Madinah. Di sinilah
kehebatan sahabat Rasullullah, Salman Al-Farisi terserlah. Setelah disyurakan
bersama para sahabat, mereka bertahan di sekeliling Madinah. Umat Islam
akhirnya mencapai kemenangan dengan bantuan Allah swt. Mereka terpaksa bertahan
di dalam kota selama hampir 3 bulan. Salman Al- Farisi telah memberikan
cadangan untuk membina parit sepanjang 5 meter kedalaman dan lebarnya.
Peristiwa Perang Al-Ahzab juga menyerlahkan umat-umat Islam yang dalam hatinya
mempunyai penyakit, seperti dinyatakan ayat 12.
Ketika peristiwa
ini juga, Rasulullah menemui batu putih yang besar. Saat Rasulullah memukul
batu itu pertama kali, Rasulullah melihat jatuhnya kerajaan Parsi dan Islam
akan berjaya mengalahkan kerajaan Parsi. Pukulan kedua, baginda melihat
mahligai merah dari tanah Romawi. Umat Islam juga akan mengalahkan kerajaan
Romawi. Sewaktu pukulan ketiga, Rasulullah melihat Yamen yang bakal dibebaskan
oleh Islam. Orang- orang munafik melihat peristiwa ini seperti sebagai
mustahil, dan hanya satu harapan yang dicanang Rasulullah.
Mohonlah
perlindungan dari Allah swt supaya kita tidak tergolong dalam kalangan mereka
yang lari dari perjuangan. Mintalah kepada Allah supaya kita termasuk dalam
kalangan mereka yang istiqamah dalam menegakkan kalimatullah di bumi ini.
Orang-orang
yang hatinya ada penyakit ini, apabila adanya orang-orang luar yang menjolok
mereka membuat kekacauan di bumi sendiri, mereka akan terus melakukannya tanpa
berfikir panjang. Walaupun sebelum ini
mereka telah berjanji kepada Allah untuk tidak akan balik ke belakang.
Sesungguhnya perjanjian pada Allah akan diminta pertanggungjawaban.
Sesungguhnya,
hanya Allah yang mempu melindungi kita. Sentiasalah berharap kepada Allah.
Keperitan, kesusahan, hanya Allah yang mampu menolong kita. Dialah yang
menurunkan bencana, Dia jugalah yang menurunkan rahmat. Sekiranya kita berada
dalam istiqamah, insyaAllah kita berada dalam peliharaanNya.
Asbabun Nuzul ayat 23, berdasarkan peristiwa Perang Badar. Mereka yang tidak mengikuti
perang Badar merasa sangat berdosa kerana tidak bersama Rasulullah di perang Badar.
Aneh sungguh mereka di mata orang. Sesungguhnya, merasakan diri sendiri
melakukan banyak dosa merupakan satu perasaan yang mulia di sisi Allah swt.
Orang yang berasa berdosa perlulah bertaubat, beristighfar kepada Allah. Tutuplah penghujung hari kita dengan solat
taubat. Sesungguhnya Allah itu maha pengampun. Mohonlah kepada Allah supaya
kita diberi kekuatan untuk meninggalkan dosa-dosa yang masih dilakukan, dan berdoalah agar kita
tidak mengulangi dosa dan kesilapan itu. Allah tidak pernah memalingkan mukaNya
daripada kita.
Iman itu
abstrak tapi nyata. Setiap kali kita mengasah ruhiyah kita, menyucikan roh kita
dengan ketaatan, taqarub kepada Allah, semakin lama kita akan semakin rasa
terasah dan tajam dengan nilai-nilai keimanan kepada diri kita. Oleh itu, nilailah diri kita sama ada kita
ini orang yang benar atau munafik.
Tips
bagaimana mengelola iman kita agar iman itu menjadi sumber motivasi dalam
kehidupan:
- Dinamik melakukan kebaikan
- Ghairah untuk selalu semangat membuat kebaikan.
- Nilai-nilai keimanan yang berada dalam diri akan menghadapi cubaan dengan sedia. Kekuatan iman akan memberi imunisasi dalam menghadapi rintangan dalam hidup.
- Kuat hubungan dengan Allah swt.
Motivasi
ialah semangat yang menggelojak. Apabila keimanan kita lemah, kita akan mudah
melakukan dosa. Orang mukmin yang sentiasa mahu dalam keadaan stamina iman yang
tinggi akan sentiasa mencari tenaga yang mampu memotivasikan mereka. Al-Quran
merupakan produk Allah yang maha agung. Mintalah kepada Allah supaya Allah mengurniakan
hikmah, supaya kta berfikir ketika membaca Al-Quran. Apabila iman dan Al-Quran
bergabung, maka terhasillah sebuah dinamik dalam amal soleh yang merupakan amal
perbuatan yang hebat dan tentu sahaja membakar semangat untuk beramal dan
meningkatkan keghairahan kepada kehendak dan juga syariat Allah swt.
No comments:
Post a Comment